Tuesday, July 26, 2011

Buah Salak dan Kenangan



Hari ini, Sapik bawa buah Salak ke sekolah. Sudah laa dalam bentuk segugus, macam buah anggur. Mula-mula, dia bagi kat aku... letak macam tu je atas meja. Dengan tanahnya, habuknya. Waaa, rosak meja gua. Haha. Lepas itu, lepas rehat... girls suruh aku mintak dengan Sapik itu buah. Waahaha, mintak laa sendiri. Akhirnya, Pqoh memberanikan diri haha. Akhirnya, dapat lah kami berkongsi rasa buah Salak.


Nak dijadikan cerita, Sapik letak laa segugus buah Salak atas meja Anis. Iye laa, nak bahagikan kepada girls yang mahu. Tup tup, dari itu gugusan keluarlah Encik Lipan. Erk. Anis, macam tak kenal... terus menjerit. Huaaa, terkejut bebudak ini. Aku lagi lah. Meja aku kan tepi meja Anis. Anis dah menjerit terus blah ke belakang. Aku automatik terbangun dari tempat duduk. Sapik yang kat depan pun terkejut. Pokoknya, semua terkejut habis. Lipan tu jatuh ke depan, dekat tempat duduk Sapik. Apa lagi, terus dipijaknya itu Encik Lipan sampai tak nampak dah badannya. Hancur. 


Huuuuu, Sapik siap cakap lagi,"Ingatkan, besar sangat lipan. Haha"


Anis bikin satu kelas kecoh, haha. 


* * * * * * 


Tak tahu apa nama makanan itu. Kuih, intinya warna pink. Luarnya warna kuning. Nampak itu budak makan satu. Ada satu lagi dalam plastik. Haha, dengan selamba-yayaya mintak. Itu budak kasi. Tengah kecoh pasal cerita lipan.. bila dah tenang... itu budak tanya sebenarnya aku nak ke tak itu kuih? Aku senyum. Haha. Aku cakap kita kongsi dua laa ye. Aku separuh, itu budak separuh. Boleh pula itu budak sambung cakap,"baru romantik, kan?" Haha. Banyak laaaa mu XD


Der, jangan risau. Esok-esok gua kasi makanan gua pulak. Haha.


* * * * * *


Terharu, dengan budak kesayangan. Nazifa namanya :) Haha, dia buat kraftangan berbentuk love untuk aku. Aku dah gantung di beg. Cantik! Aku dan dia ni, tak tahu nak describe perhubungan macam mana. Selalu je aku cakap kita macam perempuan kalau suka kaler pink! Huahuahua. Lepas itu, dia bidas balik,"Habis, mu tu gender apa?Haha."


Ipa brutal. Sekali aku cakap I Love You, dia kasi aku penampar sayang je. Haha. Aku suka buat dia geli. Dia macho, tapi penuh dengan kasih sayang. Kan baby? Hahaha. Dia laa, orang pertama yang aku boleh selamba-yayaya cakap depan-depan I love you... aku sayang mu... baby... darling dan sejenis yang seangkatan dengannya.


Serius, Ipa... aku sayang mu! -_-"


* * * * * *


S jatuhkan kotak pensel N dari tingkat 3. N pula balas balik. So, aku amik kotak pensel mereka berdua dan pegang. Dalam phy lab, aku just kembalikan yang S punya. Haha, bila N mintak... aku kasi kotak pensel aku. Cik Penolong cakap yang dia bangga N guna barang aku. Haha. Entah ape-ape.


Tapi, S pergi conteng key chain aku huhu. Dah laa aku letak nama Encik Sepupu Kesayangan. Dah key chain itu Ijak yang kasi. T________T


Redha. Redha. Banyak gelak tadi, terutama di Perpustakaan. Orang lain buat math mode, kitorang main baca-baca majalah. Cakap cakap, borak-borak. Takpe, asal kerja siap. Siap laa sangat o.0


* * * * * *


Sekarang dah pandai kenakan orang. Terutama bab bunyi sebutan.


Budak I, kami yang girls ini saja-saja je. Suka-suka, bergurau kan boleh merapatkan silaturrahim! Haha.


Alah, sekelas sama je perangai. Satu kepala, nakal. Haihhh.




PS: Hai orang di sana, silakan mengupdate blog ye! Terima kasih :)



2 comments:

Azhunk Awang said...

Fathy tu SMKANIAN ke?

Sya Izz said...

a'aa.. f5 tahun lpas...~