Saturday, July 2, 2011

Cukup Indah





1Malaysia 1Sukan 1Murid, ke apa aku tak ingat lah~

Cumanya, hari ini ada larian 1Malaysia. Wuuu. Wuuuu. Hari ini cuti hujung minggu laa, brader. Alala. Tapi, aku pergi je sekolah. Sebab... waktu tak belajar laa waktu yang paling best untuk melepak kat sekolah dengan kawan-kawan tercinta lalala.

Oh, mujur jugak aku pergi sekolah sebab semua girls 4 Rock hadir. Yeahh yeahhh. Semangat konon-konon mahu lari. Larinya tak jauh, 1.5 kilometer je. Kalau laluan sekolah aku, keluar pintu pagar depan lepas itu ikut jalan kampung pusing sekolah lepas tu sampai laa. Aku berlari-larian dengan Ipa dan Pqah J . Yang tak tahannya, asyik gelak aje kalau melekat dengan diorang. Ohh, waktu sesi memanaskan badan tadi.. Ipa buat aku sakit jiwa haha. Makanya, boleh aje kami menari-nari kat dataran itu. Takpe, kami kat belakang sekali... takde orang nampak kecuali girls yang sedia ada. Macam, euwww berdansa kat situ~

Serius, memang penat laa. Haha, stamina aku dah lama takde sejak aku berhenti taekwondo tahun lepas. Berhenti setakat tali pinggang hijau je. Sebab... dah malas haha. Kalau masuk taekwondo, memang tinggi la stamina. Mana taknya, berlatih setiap hujung minggu menjadikan aku kuat. Ceh, sekarang... memang hampeh. Rasa nak pengsan je waktu lari-lari tadi.

Part bestnya, bila waktu perjalanan balik... kasut aku rosak. Ipa boleh aje ketawa kat situ. Huarghh, makanya  bukak kasut jalan kaki ayam je kat tengah-tengah jalan itu sebelum masuk ke pagar sekolah. Huhuhu.

Okey, berehat-rehat laa kan. Kemudian, dalam pukul 10 pagi ada ceramah Israk Mikraj kat surau. Ustaz Muda kitorang je yang bagi ceramah. Mengantuk sangat-sangat. Sempat lagi terlena kat Thirah. Haha, sungguh nyenyak. Tapi, ceramahnya memang enjoy laa. :) Tak boleh lupa jugak, sebelum tu... sempat kacau Yana Thirah Pqoh. Huahuahua. Bila aku dan Yana kacau Thirah, terus dia menjerit comel! Gelak tu gelak tapi sempat kena marah dengan sorang kakak senior sebab terbuat bising dalam surau. Erk, sorry tak sengaja --"

Dan, balik dalam pukul 12.30. Tapi, aku balik pukul 3 petang. Haha. Melepak dengan Ipa dan budak kecik Hajar. Macam-macam kami borak lalalala. Oh, Hajar tu junior aku. Budak f2. Baru je kamceng dengan dia. Semestinya sebab facebook. Uhuhuhu, tak dapat dinafikan facebook ni memang boleh merapatkan hubungan haha. Selama ni memang selalu je nampak dia, tapi tak berani tegur laa kan sebab tak kenal. Bila dah mula main komen-komen dalam tu, automatiknya jadi rasa nak cakap-cakap kat sekolah. Begitu la kisahnya. Terima kasih je laa Encik Facebook XD

Okey, yang paling best tahap giga.. esok cuti! Aiyaya suka suka suka.






PS: Jatuh cinta dengan lagu Cukup Indah (Alif Satar) wuuu wuuu. Sweet dan comel aje lagu tu. Haha. Memang melekat kat hati :P




                                                                                                                                             Best regards,
Sya Izz

2 comments:

mierah. said...

alah kau ciplak aku nye lagu ! herrr geramm :P

Sya Izz said...

haha, kau sebuk ape? alah, dgn kezen pun nk berkire ke bhai? ha3, kau bagi balik novel2 aku tuuu :P