Saturday, September 17, 2011

4 Ibn Rushd





Ilman, Zakwan, Nik, Syafiq, Aidil, Ajwad, Zulhilmi, Aziz, Danial
Fatin, Faezadti, Narhana, Hajar, Ainina, Farahim, Azlina, Athirah, Zarifah, Husna, Syafiqa
Anis, Liana, Nazifa, Eisyatun, Syafiqah, Aina, Maisarah, Aishah, Nabilah


Nah, itu gambar kelas untuk tahun 2011. Macam senget je kan? Haha, tapi tak kisah lah. Tetap nampak cantik bagi aku sebab kesayangan hati aku semuanya ada. Yeah yeah. Susunan pun macam tak stabil kan? Haha, entah macam mana la aku boleh berdiri tepi Pqoh. Kan jelas kelihatan kependekan di situ, hua hua hua. Sekali lagi, tak kisah lah. :)

Sayangnya aku pada mereka yang ada dalam gambar itu. Alahai.

Ingat lagi, awal-awal tahun dahulu... huuuuu. Memang haru la. Kami macam kekok sesama sendiri. Ye laa, dulu ada geng masing-masing. Sekarang tiba-tiba kami kena sekelas dan Tuhan je laa yang tahu perasaan kami waktu tu. Haha. Dulu, geng aku kelas 3R. Geng diorang kelas 3K. Kami macam, yeah kawan tapi tak rapat sangat laa. Mungkin sebab faktor kedudukan kelas ketika di tingkatan 2 di mana kelas K sahaja yang duduk sederet dengan kelas tingkatan 5. Manakala, R dan S berjiran bersama tingkatan 6. Itu yang kami macam rapat dengan kelas S. Bila di tingkatan 3, baru laa bunga-bunga kasih sayang bercambah sebab semua budak tingkatan 3 duduk sederet. Yeah. :)

Tapi, faham-faham je laa bila kena duduk sekelas dengan orang yang kita tak biasa... kelas pun jadi macam pelik je kan? Haha, aku lagi laa. Awal-awal tahun dahulu, memang bangun pagi rasa malas sangat nak pergi sekolah :( Memang gila petala ke sepuluh laa waktu tu. Rasa sakit jiwa sangat, sebab aku rindukan kawan-kawan aku yang dulu. Pertama kalinya dalam hidup, sampai terpaksa bersesi kaunseling. Huhu. Jangan cakap laa macam mana, sampai pada satu tahap aku cakap... tingkatan 4 tahun yang paling menyakitkan! Memang tema hidup aku waktu tu struggle to survive la.

Segalanya berubah, bila aku mula mengenali Nazifa (wah, Ipa.. mesti mu bangga aku letak nama mu dalam blog kan? Waahaha) Sebab dia, aku dah mula kenal dengan kawan-kawan lain. Kenal tu, memang dah lama kenal... tapi, kenal secara mendalam tu belum.

Ipa kembalikan aku yang dulu :) Sampai satu tahap, aku fikir sampai bila nak jadi macam ni kan? Setahun, setahun aku akan bersama mereka.. kenangan hanya untuk dikenang bukan untuk diingati. Cikgu laa yang cakap. Huhu. Okey, lepas tu aku mula berlagak macam biasa. Macam aku yang dulu. Yang banyak cakap, yang selalu pot pet pot pet -_-'

Perlahan-lahan, hati aku dah mula terima mereka. Okay, dah mula sayangkan mereka. Dah pandai menggedik dengan mereka, bergurau senda. Tambah-tambah, mereka pula macam guardian angels aku. Penyeri hidup aku. Aku ingat lagi, ketika bulan April... aku cakap kat cikgu yang bulan baru semangat baru. Sejak itu, aku dah kurang moody. Well, hidup kena lah berbahagia kan? Hihi. Dan, tika masuk bulan 7... aku dah jadi sangat-sangat rapat dengan mereka. Setiap kali bangun pagi, mesti aku terfikirkan mereka dan aku senyum. Nak pergi sekolah, nak jumpa mereka sebab rindu mereka. Nak belajar dengan mereka :D

Tuhan je laa yang tahu, bagaimana sayangnya aku pada mereka. Kalau awal tahun dahulu, aku tak terfikir pun  yang aku akan menyayangi mereka sebegini rupa. Yeaahhh, setelah berbulan-bulan kami duduk sekelas.. tak kan lah masih tak tumbuh rasa sayang tu kan. Makanya, tak kenal maka tak cinta. Betul laa tu! ^^ Sekarang, rasa sayang sangat nak biarkan masa berlalu. Tak tak. Rasa tak nak pun masa berlalu sebab tak sanggup nak hilang mereka lagi. :(

Tapi, apa yang aku belajar ialah.... kasih sayang memang ada dimana-mana. Untuk sesiapa yang mahu dan untuk sesiapa yang mencarinya.

Untuk;

Ime, Zack, Nick, Sapik, I-dil, J-wad, Ijo, Aziz, Nyaa
Fatin, Faeza, Hana, Hajar, Nina, Farah, Lina, Thirah, Za, Cena, Pqoh
Anis, Yana, Ipa, Syatun, Pqah, Aina, Mai, Shah, Bilah


Terima kasih, sebab sudi menceriakan hari-hari dalam hidup Sya Izz.
Terima kasih, sebab sudi jadi orang-orang terindah dalam hidup Sya Izz.
Terima kasih, sebab sudi menghadirkan diri dalam hidup Sya Izz.

Aku sayang korang, sangat-sangat.

Lagipun, mereka suka memanjakan aku. Haha.

Ipa, yang sentiasa berkasih sayang dengan aku. Haha, sehari tak sah kalau tak cakap.. aku sayang mu. Mu sayang aku tak? XD

Anis, yang sangat penyabar dengan aku. Selalu, selalu je bila aku tak jumpa cari kertas-kertas yang bertimbun dalam fail... mesti dia tolong. Mana taknya, bila aku tak jumpa cari.. terus aku masam atau istilah yang kami panggil ialah 'mecok' haha lepas tu mula la Anis ambil fail aku dan belek-belek kertas dalam tu. Memang, memang selalunya dia akan jumpa. Hailaaa.

Farah, yang sentiasa memanjakan aku kat surau. Sementara tunggu iqamat kan, mesti aku pergi dekat dia. Lepas tu, selamba yayaya tidur atas riba dia sambil cakap nak tido nak tido. Haha, dia pun gosok-gosok belakang aku. Pqoh pun sama, suka manja-manja dengan dia :) Diorang layan aku macam budak kecik, haha dan korang haruslah mengaku yang korang memang sayangkan adik bongsu korang ni kan? Hihi.

Pqah, haaa kak long nama gelarannya. Penolong yang sangat manis haha. Sayang dia. Cena pun, bekas penolong tahun lepas. Tika itu, kitorang panggil dia Mama Rock. Haha, sayang Cena yang sentiasa ada disamping aku huhu. Muahhh.

Sapik, okey yang ni memang kawan baik aku yang sangat baik. Tambah-tambah, bila dia duduk di depan aku. Memang haru laa hidup kalau dia ada. Ada je perkara yang dia nak buat orang gelak. Dia pandai melukis kartun yang mencuit hati dan pakcik-pakcik Danbo dulu tu.. aku la yang paksa dia lukis. Dia pun agak jiwang, okey sangat jiwang kot haha sebab dia sangat suka tulis kata-kata. Dia baik, sangat baik. Dulu pun, dia laa antara mereka yang selalu 'basuh' aku tatkala aku rasa dunia aku ni tak berwarna waaaaa.

Ikutkan hati, nak aje aku huraikan satu-satu tentang mereka hihi tapi akhir tahun nanti lah... baru syok sikit! Hui hui hui, dah panjang sangat kot catatan hari ini. Hehehe. Oh, baru balik dari rumah Che Ma. Ada majlis bertunang. Yeah, pertama kali tengok secara live hihi. Comel aje~ Omaigod.

Okey lah, cukup lah untuk hari ini. Tak terucap rasanya sayang aku pada Kanak-kanak 4Rock. Ya, aku sayang korang semua. Kalau korang nak tahu, korang macam bintang-bintang yang muncul di malam hari. Sentiasa menyinari hati aku ~ :D Untuk pengetahuan korang, aku sangat suka bintang-bintang. Jadi, malam-malam nanti korang bolehlah pandang langit dan lihat bagaimana cantiknya korang yang aku umpamakan sebagai bintang-bintang hati aku. Cewahhh.