Wednesday, September 7, 2011

Tak Kenal Maka Tak Cinta


Budak-budak kesayangan hati sangat riang hari ini. :D

Haha, sekarang ini.. kitorang kalau nak turun ke makmal bio... mesti cepat-cepat. Bersungguh laa konon-konon ni. ^^ Oh, lepas rehat tadi... belajar SI sahaja. Itupun ustazah kasi buat kerja sendiri. Hehe, mesti laa budak-budak ni bersungguh buat 'kad semangat'. Esok dah kena hantar, alaa kad semangat untuk abang kakak adik yang akan menduduki peperiksaan penting tahun ini. Wah, punya laa semangat. Siap dengan kertas kaler, pen kaler, segala yang kaler-kaler laa. Kecoh je, dah laa cikgu tak ada kan... jadi, memang riuh laa kelas.

Nick, Ime, Sapik, Danny, Aziz sibuk bikin kad semangat. Nak gunting laa, marker la, kertas warna la, ayat la aduhai --'

Satu kelas gelak, bila dengar Thirah terpanggil Aziz dengan melodi yang comel hihi. Wuuuu wuuu. Haha, comel laa diorang ni. Kitorang memang comel. :P

Satu kelas gelak ha ha, bila Ime buat lawak konon-konon. K-rol ketuk pintu tanya siapa rumah zubair. Semua buat dek je, lepas tu Ime cakap.. 'kat sini takde rumah zubair. ni rumah batu'. Lepas tu, ramai-ramai buat ha ha ha, gelak sinis. Hihi, lepas tu baru gelak betul-betul. XD

Main kutuk-kutuk kad, habis bersepah meja budak-budak ni. Alahai, kalau abang kakak adik tak hargai... memang sia-sia laa kami bersungguh buat kad tu kan? :P

Oh, esok sekolah buat sambutan hari raya. Wah, seronok kot. Dulu, waktu tingkatan 1(aku ponteng hehe)... kitorang kena bawak kuih raya ramai-ramai lepas tu pergi makan kat kantin ramai-ramai. Erk. Waktu tingkatan 2, aku rasa dekat dataran perhimpunan. Makan ramai-ramai jugak. Waktu tingkatan 3, buat konon-konon rumah terbuka ikut tingkatan. Seronok! Walaupun itu lah sambutan raya yang paling erk huhuhu :( Tahun ini, buat ikut rumah sukan pula. Okey, hidup Usamah! :)

Okey, dah cukup kot aku membebel kat sini. Sampai jumpa lagi!

* * * * * *


Cakap kat Ipa, "Aku benci kelas ni."

"Kenapa?"

"Sebab, kelas ni buat aku sayang sangat kelas ni (?). Tak mau pisah dah."

"Aku pun."

Senyum sama-sama.

Sangat la betul, bahawa tak kenal maka tak cinta! :)


4 comments:

prince akasyah said...

haha...jap kna buat kad raya ke??..ya Allah ...lupe..sy rsa, bdak laki klas 4s x bt..haha...aissyy..hahaha..nmpknya klu ad masa sy wak ...kihkh.salam.

Sya Izz said...

eh, kad rye pula. kad semangat! haha, soei salaaaaaaaah tulis ~

Muhammad Syafiq Azman said...

huh....buat kak semangat tengok sape paling kreatif,sebab tuh gua buat jugak..haha...x mahu kalah ok...

Sya Izz said...

ye laa, aku thu laa kad ak kreatif.. x pyh laa nk mention lbh2. hahaha. --'