Salam.
Apa khabar? Eheee, akhirnya hari yang paling tak ditunggu telah pun tiba dengan jayanya. Hari pengakhiran cuti raya. Huhu, esok sekolah laa sayang. Permasalahannya ialah... Kerja sekolah aku belum beres. Wakaka, banyak sangat jalan jalan dicampur dengan keMALASan yang amat. Maka, terdiam kaku laaa buku buku tercinta di meja study dalam bilik tanpa disentuh. Hehe, penyakit aku pula.. Kejap, kejap lagi, kejap lagi laa. Last last, amik ko! Tak tidur laa malam ni. Haha. Iya, aku cakap betul. I'm finished! Naya, mamposs. Hehehe. Tapi, itulah virus MALAS semakin menjadi jadi.
Takot takot takot ni.. Nampak tak saya tengah gigit jari ni tanda betapa takotnya saya? :P Hehe, betol laa. Exam dua minggu lagi.. Ooo yeahhhh. Tapi, takot tu takot jugak. Main main tetap main main. Haihhh, apa nak jadi apa nak jadi apa nak jadi ni awak oii? :D
No no no, exam ini sekali seumur hidup je. SEKALI. Faham tak sekali? Jadi, siapa yang tak mao buat yang terbaik kan? Huhu, kena tekad. Baru tak malas. Hehe.
Oohh yaa, sekarang ni kalo malas malas aku amik inspirasi daripada beliau yang aku sayang.. Ececece, sepupu je tau! Hahaha. Inspirasi macam mana?
Hari tu, hari Khamis. Ayah Chik buat mee kari dan macam macam sempena menyambut ketibaan ayah sue dah family ku dari pulau. Hehe, che' ma pun ada. Malam tu, bergalak sakan laa kami. Iyaa laa, jumpa ramai ramai macam mana tak riuh rendah. Tambah tambah budak budak kecik bertimbun timbun, hehehe. Budak tu pula, masa orang tengah bergelak ketawa segala bagai macam pontianak mengilai.. Dia steady je duduk diam diam kat meja belajar study. Study apa? Aaaa, itu kite tak tau. Haha. Sampai ayah mat tegor.. 'tengok tu yoe study rajinnnn..' Ngeee... :D Terkesima aku kelih, hehe. Punyalah kuat study budak Akimi ni. Haihhh. Padahal form 4 je, hehe. So, sekarang ni asyik terbayang bayang je muka tekun yoemi tu study. Ooo laa laaa. Oh yaa, happy happy happy sangat. Dah jadi macam dulu dah sepupu kesayangan aku ni. Jadi da old Akimi a.k.a. Yoemi [hehe, aku sorang je yang panggil yoemi. Nama khas] macam masa dia sekolah kat SMKANI [sekolah aku tu :)].. Memang perangai jadi macam dulu laaa! Tak skor aku. Haha, bukan apa.. Dulu, lepas dia pindah sbp.. macam change into somebody else. Senyap, agak kurang cakap je.. Dulu selalu juga lawan mulut dengan dia. Tapi, jarang bercakap dengan dia sejak dia jadi budak sekolah laen. Haha, sekarang! Dia dah jadi macam dulu. Ooo yeahhh, good cousin. Hehe. Aku asyik tanya je nape nape nape dulu berubah? Jawapannya takde takde takde. Elehhh :P
Ehh, ehhh. Melalut masuk topik sepupu pula. Hahaha. Okay, jadi daripada membebel panjang panjang kat sini lebih baik je laa aku ucapkan SELAMAT TINGGAL. Ia, ada jodoh.. Jumpalah post baru aku kat sini. Hehehe, tak de laa. Cuma, sudah mao pergi. Berjuang, berperang..
Eishhh, moga moga urusanku dimudahkan. Moga moga kawan kawan yang aku sayang pun dilancarkan perjalanan hidup. Moga moga kami dapat beri dan buat yang terbaik..
Aminn.
Bye bye dulu ! Jangan rindu rindu saya yaa, nanti saya rindu rindu kamu . Haha.
Regards,
Sya Izz
1 comment:
ala, die dah nak balek sekola la :'( habis la akak tade kawan nanti.
hehe emo terlebih pulak si akak nih hak hak.
chaiyok2, Sya Izz! :D nanti cuti bole hapdet blog lagi :D
ps : lawa template. splashes of colors. :D
pss : kem salam kat Yoemi. haha cumil name die :D
Post a Comment