Salam rindu dengan sepenuh hati .
Hehehe , assalamualaikum . Wahhh , esok ada ada Majlis Multaqa PMR atau Majlis Temu Murni . Hak3 , ibu bapa kena datang sekolah . Huk3 , rasa-rasanya papa yang datang kot . Hehe . Oh yaa , pagi tadi kan best ! Ulangkaji soalan geo masa tingkatan 1 . Hurmm , kemudian ... Berpusu - pusu budak tingkatan 3 pergi serang koperasi . Hehe , penuh sangat . Sebab , nak binding je . Hehe , penangan buat kerja last minute , Kerja Kursus Geo . Haha . :)
Kemudian , masa KH tadi buat elektronik . Lepas solat , masuk kelas . Masa free , jadi .. Budak - budak ni sibuk buat kerja kursus . Dan , cg zizul masuk dalam kelas sekejap . Jalan punya jalan , terus cg berhenti dekat tempat aku dengan Husna duduk . Nun jauh di belakang . Hahaha , cg pun amik kerja kursus Sya Izz yang dah siap tu kemudian cg pun belek-belek . Cg tanya berapa markah penuh , kitorang cakap 50 . Terus cg cakap ' saya bagi awak 51 ' . Haha , cg memang sporting . Baik aje :) . Maklumlah , pemangku pengetua smkani ..
Kemudian , dah dekat pukul 3 . Kena pergi berkumpul kat surau untuk taklimat Geo . Hohoho , tapi .. Aku masih stay atas kelas . Tunggu Jieja buat peta lakar . Sambil borak - borak dengan B Face , Mezar , Mu'min , Zati . Huk3 . Maka , di surau .. Cg rohaya dan Cg Ct bagi taklimat pasal kerja kursus ni .
Okay , nampaknya ... Peta lakar aku kena buat semula , jadual dan langkah / cadangan mengatasi . Fuhhh , nasib baik hari selasa ni pula baru hantar . Alhamdulillah , tapi kerja kursus Sj tak siap lagi . Aku baru start nak buat elemen dua . Huwaaaa ! Tak apa , tak apa . Sikit je lagi . Chaiyokk3!
Sudah taklimat dalam pukul 430 petang . Hurmm , aku kelaparan . Hahaha , sebab masa rehat tadi sempat makan roti saja . Dan beberapa sudu nasi goreng yang Jieja bawa . Waww , kak Bilah masak sedap :) . Seperti biasa , Jieja ajak aku pergi makan nasi air kat belakang . Hak3 , berjalan lah kami berdua di petang yang panas berangin .
Sudah makan , dah dekat pukul 5 . Okayh , disebabkan pak guard sudah mengunci pintu pagar belakang , maka terpaksalah aku dengan Jiehah jalan jauh memasuki pagar utama yang terletak di depan . Makin putih laa muka aku . kah8 , tapi best juga berjalan berdua dengan muka yang berkerutan sambil bercerita dan dibuai dengan bayu-bayu petang , kan Jiehah sayangg ???
Naik atas kelas untuk ambil beg dengan keletihan dan kepanasan yang amat . Berpeluh-peluh . Rasa macam mahu pengsan . Kenapa laa semakin hari semakin panas ? Huk3 , rehat sekejap . Ambil beg , terus turun dan semestinya mengucapkan selamat tinggal kepada smkani ter'chenta' . Esok jumpa lagi ! :)
Pssttt , sangat menggilai lagu Tentang Kita sekarang . Waaa , sangat sweet :)
No comments:
Post a Comment