Thursday, May 27, 2010

Outta universe.

Salam sayang seribu kali sayang,

Ehemm, sekarang demam exam tengah melanda dengan dahsyatnya. Tambah-tambah sekarang peperiksaan pertengahan tahun. Uhukss, masing-masing memang struggle habis-habisan laa. Dan aku sendiri? Sungguh, aku rasa inilah exam pertama yang aku struggle-tahap-maut

Semalam, dari pukul 8 malam sampai 12 pagi, aku study sains. Waww, rekod bagi aku. Ermm, malam tu aku rasa macam erkkk! tak tahu nak kata apa. Sebab aku berkampung kat atas lantai, dan ambil teddy bear besar gedabak, kemudian aku letak encik teddy tu depan aku. Maka aku pun mula laa hafal itu ini, cakap kuat-kuat dengan encik teddy. Sambil peluk puan garfield. Hehehe.

Dah laa tidur pukul 12, bangun pula pukul 4 pagi. Buat macam selalu tapi kali ini boleh aje aku tertidur. Penat amat. Haihh, pagi tu okay laa jawab exam. Malangnya, Geo banyak sangat aku tak ingat. Setakat tawakkal je laa bila tanda. Sebab, tumpukan sangat sains. Waaaaaa ~ tapi, tak menyesal laa. Sebab, InsyaAllah boleh jawab sains. Kalau tak boleh juga, nampaknya aku kena cakap pada diri 
" Allah tak pandang natijah atau hasil, tapi Allah pandang usaha. " :)

Tapi,usaha kena laa betul-betul. Waaa. Lagi dua hari exam. Mt1, Bi1, Kh, dan BA. Uhuksss, aku nak sangat buat yang terbaik! Sya Izz, moga kau tetap dengan keadaan sekarang. Sentiasa berusaha. Belajar bukan untuk exam kan? Sebab, belajar untuk ilmu.

Sya Izz , Sya Izz , Sya Izz .

Wake up, please ?!


You never reach sucsses if you are still dreaming. Dreaming to Innisfree while you are still here. It is not impossible to stand in the eyes of the world, even in outta universe. If you have the courage.If you blast out the spirit . ~ SIAA ~


1 comment:

Anonymous said...

good luck, Sya Izz! gua caya sama lu hahaha. smoge mudah segala urusan ms nk jawab exam. amin.

ps: ade award utk kamu kat blog akak. feel free to take it back home yea. ;)