Sunday, October 31, 2010

Poem


Salam

Hm, hari ni memang best laa kat sekolah. hurmm, aku Hani Amni Aifaa asyik merempat kat bilik kaunseling je. Hehehe. Ermm, tengok budak budak ni berlatih nasyid. Boys laa. HAHA, sungguh lucu mereka ya.. dan sangat sedap. Yeahhh, aku bagi sokongan penuh! HAHA. ^^

Oh yaa, dipaksa rela masuk poem. Huk huk huk. Berlatih poem teachers, rupa rupanya tema 1Malaysia. Arh, saket sungguh. Nape sajak syair segala jenis bagai tu tema bebas ? Hua hua hua. Tak pe laa, kemudian... ada perjanjian dengan dia. Hahaha. Kalau aku tak boleh buat, dia akan ganti aku. Yeahh yeahh. dan dia pon tolong cari gak poem. Huhu, yeahhh. Tapi, syaratnya aku kena buat dulu. Hurmm, okai aku try dulu. Tapi, kalau dah tak leh wat apa apa, nescaya dia laa akan ganti aku.

Hmm, okay.. hujan sungguh lebat ye sekarang. Huk huk huk sangat sangat sejuk. Cool ~ Okeyh, sekian dulu. Bye bye :)

dia = budak yang sentiasa tolong aku. Haha, aku anggap dia tu tahap bestfrend laa. Tapi tak tau laa dia anggap aku ni kawan biase je. HAHA, tak pe tak pe. Ikhlas dalam berkawan. Ekekeke.

Saturday, October 30, 2010

Di Mana Terangnya Bulan


Salam

Hurmm, hari ni geng geng ni ada buat bbq kat pantai. Alah, pantai tepi rumah je. huhu, tapi my mom tak bagi pergi. okay, jadi je laa anak yang baik. Maka, tak pergi laa aku. Jelesnya tengok gambar budak budak ni kat fb. huwaaaaa T_T

Okay, petang tadi pergi jalan jalan ke pusat bandar iaitu Jerteh yaa. Haha, pergi SMO.. Aku apa lagi, belek kat novel laa.. Dan, aku berjaya mendapatkan Di Mana Terangnya Bulan : Bahruddin Bekri. Huhu, terharu rasa! Memang lama sangat cari buku tuh. Hehe, jumpa Diari Mat Despatch dan Burger Del. Okay, kena beli SATU buku je. Maka, aku pun pilih yang paling menjadi keinginan hati. :P

haha, kenapa SATU je buku ? Sebab, dalam sedar tidak sedar.. Sudah empat buah novel aku rembat bulan ni. Erkk, sangat tidak sedar diri ye ko Sya Izz... Haihhh, penyakit gila novel semakin kuat. Histeria je aku bila pergi kedai buku tengok buku buku bersusun banyak. Huwaaa, terutama buku JS dan PTS. Memang syok abes laaa! :)

Okay, then rembat blouse. Blouse aku sama je dengan blouse Sarah. Kakak aku pula beli blouse lain. Ehm, sempat lagi kak aku memutuskan tali sandal ku. Maka, rosaklaa sandal ku.. Huhu, bila my parents suurh beli lain.. aku buat keras je. Huargghhhh, hehe. Malas eden beli. Biar kaki ayam tak payah pakai selipar, haha. Oh yaaa, sempat juga beli cd maher zain. Yeahhh yeahhh yeahhh.

Maka, sekian laa cerita hati untuk hari ni.

Ieqa, gi sk esox!! - Ziem BFF

Ceh, iya aku pergi laaaa

:)

BFF - best friend forever

Crush [i] aku pergi sekolah ke tak esok ea ? HAHA - menggedik :P -

Friday, October 29, 2010

Crush


takpe, kumpul lah crush banyak2 HAHA adoi, spoil kan anak orang je ko nih, *****! XD bak kate kawan akak, takpe lah kite ade crush. at least, rase seronok nak g sekola. tapi kene belajar la, crush tuh nombor 2. agak2 dah penat, usha la crush .. untuk menambah kan semangat XD HAHAHA habis la rosak anak orang, ***** oi! XD

haha, sporting laa kakak aku sorang ni. Hurmm, betol tu. Amboi, kecik kecik dah nak pandai crush segala. Huk huk huk. Erkk, remaja walau macam mana baik pun tak kan lari dari semua ni. Hurmm, haha. Tapi, crush tu saje saje laa ye. Dah nama pun crush, bukannya chenta-ntah-hape-hape. Haha, hambar pulak hidup takde crush. Kah kah kah.
:P
crush tu .. haha XD erm, suke kat orang. tapi bukan lah chenta. crush tuh .. erm, kite suke kat die, mungkin sebab pemakaian die, perwatakan die, ape-ape je lah yang apparent depan mata. chenta laen kot. tak boleh di jelas kan ;) ekeke

Haha, konklusinya.. crush ialah mainan. Huk huk huk, nanti nanti laa aku introduce crush aku. Kah kah kah. Erm, crush i dan crush ii. :D

Ehemm, ehemm. Ini belog saya. Maka, suka hati saya nak merapu. Tapi, lepas tu sila diam diam je laa ye! Tengs - Sya Izz

Wednesday, October 27, 2010

Lawatan : Form 3'10 : Nostalgia



Salam rindu,

Hehe, okay. Sekarang nak cerita sesi yang terindah dalam hidup aku. Sesi lawatan dengan geng form 3, majoriti budak kelas sina. Sungguh, nostalgia yang amat indah!
Cikgu Azman and Cikgu Rosli
Cikgu Rosmini and Cikgu Zakiah

Hafifi. Izzat Muhammad.
Amirul Adli. Syazwie.
Syafiq. Zahir.
Syafiq Nik. Danial.
Hazim. Mukmin.
Izzat Aya. Aidil.
Saed Arifuddin. Aiman Azzim.
Muzakkir. Fahmi.

Syazwani. Liana.
Amirah. Nik Athirah.
Asmaq. Suhada.
Wan Nabilah. Azianti.
Syafiqah Aqilah. Sya Izz.
Aifaa. Azhani.
Asyikin. Nadiah.
Syairah. Amni.
Fatin Fasiha. Nurul Nabilah.
Najihah. 

16 boys + 19 girls = 35 .

Ahad

Pergi sekolah pagi pagi. Hak hak hak. Cikgu cakap bertolak pukul lapan pagi. Hurmm, okay. Ahad ada perhimpunan. Sebab kami ini rajin maka pergi duduk kat surau. Tak mahu laa berdiri lama lama kat dataran perhimpunan tu. Hehehe, borak borak main main tunggu tunggu. Hurmm, rasanya dalam pukul 8 lebih bas tunggu kat luar pagar. Yeahh, angkut beg beramai ramai. Excited ni! Heee. Ustaz Azmy bagi taklimah kejap, untuk program pertandingan pertandingan khas untuk budak form 3 lawan antara sekolah sekolah. Okay, salam dulu dengan cikgu cikgu dan naik bas. Hurm, aku duduk dengan Pqah Qilah. Kat belakang sekali. Tapi, kejap duduk dengan Pqah. Kejap dengan Jihah. Sebab Jihah duduk sorang sorang. Wani dengan Yana jiran tempat duduk jihah. Betul betul belakang boys. So, pqah pun selalu juga pergi duduk dekat Wani dengan Yana. Kawan baik kan, hehe. Okay, riuh ni. Happy aje! Ngeeee.   

Sempat berhenti dekat kawasan setiu rasanya, sarapan. Siapa siapa yang nak sarapan laa. Aku dengan yang lain pergi kedai runcit. Beli itu ini. Makanan ringan je. Sempat suruh fifi belanja cokelat. haha, dapatlah mentos yang panjang satu. Hehe. Dan sempat tegur budak budak perempuan yang kecik kecik tengah main. Hehe, mesra betol diorang. Ada sorang tu nama sama macam aku! Haha, comel je. Okay, teruskan perjalanan. Makin lama makin sunyi. Haha. Budak budak dah tidur. Mana taknya, dah laa sejuk.. hujan pula. Huhu, last last aku sendiri yang tertidur. Dekat pukul satu, baru aku tersedar. Terpinga pinga, dah kat mana eh? Heeee, kiri kanan pokok kelapa sawit. Felda kot. Okay, hujan. Cikgu cakap tengok laa dapat pergi tak ke zoo kemaman. Iye laa, hujan. Huhu. Takpe, takpe. Singgah solat dulu. Kat masjid, nama apa eh tak ingat dah. Hurmm, alhamdulillah lepas tu dah tak hujan. rintik rintik je. Yeahh, dapat pergi zoo!











































Oh yeahhh. Gambar gambar kami ketika di zoo. Banyak kenangan terindah hadir kat jiwa ni tau! Haha. Lepas pergi zoo, naik nas dan terus ke tempat tinggal kami. Duduk kat homestay laa. Kawasan rumah kedai, tingkat atas. Ada empat bilik, tiga bilik air, satu ruang tamu, satu ruang kelurga, satu ruang dapur. Uhuks, besar dan selesa. Sebab, ada air-cond setiap stau bilik tu. Hehe. Lima orang sebilik. Dan bilik kami - Pqah Qilah, Wani, Yana, Jihah, Sya Izz. Hehe. Tapi, borak borak bergelak ketawa dulu sebelum bersiap siap. Jam tujuh petang dah kena ada kat bas. Mahu pergi jalan jalan, shopping gitu! Hahaha. Pergi dekat megamall kuantan. Hurmm, lama. Dekat pukul 10 baru blah. Biasa je, cuma tu laa. Sempat rembat cincin, teddy bear kecik kecik, novel antara safa dan marwah, seikat kembang merah. Hehe, part yang paling best bila Qilah beli dua gelang yang sama. [i] untuk dia. [ii] untuk aku sempena birthday aku nanti. Hehe, terharu! Hahaha.











Haha, balik rumah. Masuk bilik kami dan bergelak ketawa. Hehe, siap ada sesi sarung cincin segala bagai, hahaha. Malam tu memang kecoh. Hurmm, dekat pukul 1 lebih baru nak tido. Haihh, memang riuh laa cakap pasal itu ini. :)

Isnin


Pagi pagi lagi sudah bangun. Sudah bersiap siap. Hehe, kecoh laa.. Mana taknya, budak perempuan.. sibuk pilih baju pilih tudung pilih kerongsang mekap situ mekap sini. Haha, macam macam ragam.Okayy, sebak laa rasa. Sesi mengemas ngemas barang. Huk huk huk. Pukul lapan, dah bersiap. Hehe, budak budak laki semua dah siap. Erkk, apasal girl lambat nih? Haha, makan nasi lemak kat tepi je. Kedai sebelah. Pemilik homestay ni kot. Hurmm, macam kenduri pula rasa. Haha, lelaki bersila perempuan bersimpuh di atas karpet. Auww, huk huk huk.

Kemudian, pergi jalan jalan dulu dekat tepi sungai.. Besar punya tulisan KUANTAN.. Memang posing habis habisan laa kat situ. Berjalan menghirup udara pagi. hehe, sebelum bertolak ke gambang. Yeahhh, gambang water park. Nak main air! HAHA












Sungguh! Kat Gambang Water Park ni memang meninggalkan nostalgia yang amat manis buat aku dan kawan kawan. Iye laa, dalam pukul 11 start main air.. dekat pukul 2 petang baru pulang. Hehe, tambah tambah dengan gelagat kawan kawan yang erkkkk terlebih sporting laki pompuan sama je. kan best kalu korang korang pun macam ni gak kat sekolah.. hehe, cikgu azman pun sporting amat tengok kitorang main air. Terutama part main ombak kat coco beach. memang lawak laa rasa. terutama bila kat paras 1.8 m. Huhu, dalam. Si izzat dengan Eme pun berani turun dekat 1.5 je. Hehe. kami yang pendek pendek ni apatah lagi.. Haha, jadi kitorang just duduk atas pelampung yang sebesar bas tu sambil borak borak main percik percik air siket. Lagipun, cikgu suruh dekat dekatkan pelampung. Hurmm, wani dengan qilah. Eme dengan izzat. Akkir dengan zahir. syafiq dengan hazim. aku dengan jihah. memang kami sekelompok laa menunggu ombak sambil pegang pegang pelampung. cikgu cakap jangan bagi pisah, nanti ombak datang. Haha, maka bila ombak datang.. bergelumang dengan jeritan laa kami yaa. erkkk, sangat 'aneh'. sebab rasa rapat sangat dengan budak budak ni. kat sekolah memang rapat cuma tak de laa sporting macam ni.. haha, memang terbaik laaa. baik pula guys ni :P
















Main galaxy, apa apa yang pusing pusing dari atas sampai bawah buat aku menjerit tak henti henti tu pun best gak. naik tiga. yang canopy je tak sempat naik. malas laa, haihh. lenguh tangan tangan duk mengangkut pelampung sebesar bas dengan jihah. hehe, kat journey of ice pun best gak. sweet giler! kami pun tak malu malu nak main kat 'for kids only', haha. itulah tempat first kami main. aku dengan hani yang malang. elok elok berdiri.. dushhh! bergelen gelen air menimpa kami. jatuh terduduk laa gamaknya. mereng sekejap kepala, senget je rasa. Haha.

Sempat beli belah key chain segala bagai kat kedai. Hurmm, beli satu dua je. sekadar kenangan kat gambang. Huhu, tapi kenangan kat gambang banyak sangat yang aku tak terceritakan kat sini. sebab, semua dah ada kat hati. selamanya, tak akan terungkai.. memang aku akan ingat, part kita kita main ombak. part korang korang yang sporting. part bergelak sakan, huhuhu! sweet sangat.

Lepas blah dari gambang, pergi makan dulu. Huhu, riuh laa dalam bas. Tapi, kebanyakan budak budak dah beradu.. haha. letih sangat main air kot. Hurmm, then.. berhenti makan. Ow, aku makan mihun sup. Tapi, tak luak siket pon. Lapar tapi tak boleh nak makan. really takde selera. Huhu, makan siket je. haha, hangus rm 4 aku.. heee, minum air je laa. huk3. Then, pergi shopping. Kat parkson, carefour. Huhu, aku jalan dengan Hani dan Jihah. Hehe, memang jeng sungguh laa. Semua tempat kami pergi. Hani punyalah nak cari cincin.. hurm, jeles laa tu sempat kami sempat beli cincin mase kat megamall. Tapi, dia dengan aifaa nak beli kedai pun dah tutup. Sayangnya, jari hani terlalu kurus. Haha, cincin semua tak padan. Haihh, sempat rembat keychain nama untuk dia. Sempat beli roti buat makan. Hahaha. Mmenag seronok laa pusing pusing dengan budak budak ni. Kacau bilau huru hara riuh rendah. Haihhh.

Maghrib tu, singgah solat  jama' taqdim kat surau stesen minyak. Hurmm, malam tu teruskan perjalanan. Gelap gelita sunyi sepi je bas. Iya laa, walau baru pukul 9 gitu semua dah lelap. empat lima orang je yang masih hiperaktif. hehe, aku pergi duduk dengan qilah kat belakang. buat luahan hati siket, nyanyi nyanyi. huhu, syiok giler. Then, berhenti makan. ouh, aku tak turun. diet, mana makan malam. hehehe. tak de laa. cuma pergi kat tempat aku dengan jihah dan tertidur kat situ. huhuhu. pinjam jacket bilah.. tak tahan sejuk sangat. hurmm, macam macam pose mase tidur. iye laa, tido dalam bas. huhu. then, dengar laa budak budak riuh rendah. aik? dah segar dah dapat makan kot.. hurmm, aku dengar gitu gitu jer laa sambil mata terpejam. Aduhai, indahnya kenangan. huhu.

Tiba tiba, tersedar. dah sampai kat sekolah rupanya. tengok jam.. detik 1.28 a.m. huhu, sebaknya rasa. lawatan ni lawatan yang terbest pernah aku ada dalam hidup! kemudian, turun. oh yaa, aku tumpang cikgu azman. hehe, jiran depan rumah. hak hak hak. aku, hani dan akkir. tumpang kereta cikgu. masa tunggu cikgu dalam kereta.. dania sempat masuk duduk kat tempat pemandu konon konon ak bawa kereta. ceh..




sampai kat rumah dalam pukul 2 gitu. huhu, tak tido lagi. kemas kemas siket. then, baca novel. baru tido dalam pukul 3 lebih. huhu. keesokannya bangun dalam pukul 6 lebih. PERGI SEKOLAH, hehehe. rajin tak saya ? kalau bukan sebab dah janji dengan cikgu, nescaya memang aku tak akan berganjak dari katil. tapi, sebab selasa ada pertandingan pidato cerita poem bla bla dan bla dan program kat jetti maka pergi laa jugak sekolah. dengan kelesuan. ngeh2, tangan saket. sebab mengangkut pelampung sebesar bas ke hulur ke hilir tu.

maka, sekianlah cerita lawatan.

sungguh, walaupun semua ni hanya tinggal kenangan namun akan ku jadikan ia nostalgia terindah dalam hidup.

lawatan = nostalgia terindah