Tuesday, April 5, 2011

I'm gonna miss you a lot, Sya'e.

Ya, dia dah pergi. Tinggalkan kami, tinggalkan sekolah. Dia tinggalkan kami dengan kenangan. Huuuu, meksya dah pindah! Huk huk huk. Hari ni hari terakhir dia kat sekolah. Sejak semalam, aku fikir nak bagi laa ye kat dia. Hurmm, aku cuma 'collage'kan gambar kitorang dan print. Yeah. Hari ini, tetibe waktu belajar sejarah entah kenapa muncul 'pohon cinta'. Yeah, dah dapat idea! Berganding bahu dengan Anis dan Husna, kami buat curi curi waktu ada kesempatan. Uhuuu, waktu math mode laa kot jadi mangsa. Cikgu suruh siapkan latihan review, kami buat mende tu semua. Sorry, teacher! Kali ini aje kami buat perangai macam ni. Hehe. 


Hampir-hampir tak rehat, semata mata nak siapkan benda tu. Bila rehat, Madiyy dengan Hani datang. Dapat idea lagi. Kami kumpulkan tanda tangan dan kata kata serta apa apa laa yang hendak ditulis. Sanggup ini, ketuk ketuk pintu kelas Q, macam macam. Tergelak, bila baca yang boys tulis. Sapik dengan tulisan bulatnya. Fahmy dengan tulisan santai. Nick dengan bahasa skemanya. Danny dengan bahasa 'kejam'nya. Hazim yang takde ape ape bahasa. Fifi, dengan bahasa yang selamba-yayaya. Yang aku, Husna dan Anis special punya. Kami buat love kecik warna kuning tiga dan kami belasah je tulis apa yang kami mahu. Haha. Erm, sedih sebenarnya. T____________T. Tak nak meksya pergi! Entah berapa kali peluk dia hari ini. Dia pun entah berapa kali menangis hari ini, sampai bengkak mata. Huuu. Dah siap semua, terus ke maktabah. Mahu laminate segala bagai. Kecoh, tergesa gesa aku dan Husna siapkan hehe. Okey, pergi surau untuk solat. Jumpa meksya kat situ. Dan, kami berkampung kat luar surau.. semata mata nak perfect kan 'pohon cinta kenangan'. Yeahh, dah siap warning meksya lagi.. jangan sekali kali keluar dari surau! Kejamnya kot, meksya pun ikut aje la. Lama jugak dia tunggu. Okey, pergi dekat dia. Borak borak sambil suruh dia tutup mata. Ahaa, dia excited. Ahaks, kami pun sama. Bila aku letak je kat tangan dia, terus dia menjerit. Yuhuu, kami tahu laa cantik kan? Dia terharu. Kami pun terharu sama. Kami kan sayang dia, :) 


Kami mengelilingi dia, dia pun peluk sorang sorang. Sebak, huk huk huk. Dan, lepas itu ada perjumpaan.. latihan kawad. Diorang ponteng, haha. Cena, Hani, Anis, Ada. Pergi main gambar gambar. Aku tak sampai hati laa kan. Tup tup, bila kawad... langsung takde mood nak kawad. Cakap nak pergi tandas (aku dan Qilah), sampai kesudahnya kami tak kembali. Qilah pergi tengok st john kawad. Aku melepak dengan diorang sambil gambar gambar. Lantak laa, :D 


Suka laa main peluk peluk, sayang! Nak nangis T________________T Petang itu, solat Asar. Bye meksya. Aku pulak, balik hampir pukul enam. Siapkan kerja sekolah dulu. Hihi. Nampak kereta meksya keluar pagar sekolah. Entah bila aku dapat jumpa dia lagi. Iye, dia dah laa tinggal kat around sana (sekolah baru; es bi pi ai batu rakit). Mesti dia tak kan datang sini lagi dah. Aku sayang dia. Aku rindu suara dia. Bebudak kelas dia pun buat jamuan tadi untuk dia. Kesian meksya, nangis tahap petala ke sepuluh. 


Sya'e, dah takde dah orang nak ajar aku science macam waktu form 3. Sya'e, dah takde dah orang nak cerita kat aku macam macam. Sya'e, dah takde dah orang nak bercakap dengan aku setiap kali dengan penuh semangat. Sya'e, dah takde dah orang nak kasi aku nasihat. Sya'e, dah takde dah orang yang nak gaduh gaduh mulut dengan aku. T______________T
















Sya'e, i'm gonna miss you a lot. I love you. We love you, indeed. Do not forget us here. Hope we'll meet again, InsyaAllah. Thanks for our memories together, hand in hand, big time with you! Let the word hang in the air, cause nobody'll understand what i feel. You know, it's not the goodbye that hurts. It's the flashbacks that follow T___________T. I love you, Nur Syairah Ramli. 


sya'e @ meksya @ sya; one part of my precious hikayats. 


p/s : see, life form 4 memang tak best.

4 comments:

Anonymous said...

apesal akak pulka yang nak nanges mase bace nih? huk huk. :'(

semoge ukhuwah Sya Izz dan kawan-kawan sume berkekalan. :)

Sya Izz said...

touching touching :(

ha_ziem said...

urh..xskoR arh ye G..tP bia arh..opp?

Sya Izz said...

utk kebahagiaan meksya.. haha