Thursday, April 14, 2011

Q and I. (R|H|PM;oursaviours)



Aduhai, rindunya dekat ini blog. Hehe, rasa macam duduk asrama pula.. seminggu sekali baru dapat update. Wohoa, minggu yang menggilakan sebenarnya XD. Macam-macam benda lah terjadi.


Yang paling memberikan kesan, adalah apabila hikayat persahabatan teruji. Haha, memang kaw-kaw laa. Empat  hari; kami masing masing diam. Tak bercakap sepatah pun, mata je menafsirkan kata-kata. Kalau terserempak, bertatapan mata dan habis macam itu aje. Hari pertama, kedua, ketiga dan keempat. Wuhuuu, memang gile laa. Tapi, disebabkan usaha-usaha pihak berwajib yang sedia membantu; tolong nasihat, jadi tempat lepas perasaan, tempat bercerita maka akhirnya aku dan Q sama-sama minta maaf :) Lawak je rasa, bila masing-masing buat muka comel dan mengaku salah sama-sama. A very big thanks to dia (R), and dia (H) also dia (PM), sebab jadi penasihat dan pendamai yang baik untuk kami lalala. Tak tau macam mana nak berterima kasih kat korang, nanti aku belanja cokelat ey ? :D


R; with his 'anak ayam & anak itik's story (sikap tolak ansur dan mengalah)'
H; with his cool words 'relaks ey :)'
PM; with her mulut-mak-nenek-yang-comel 'bla bla bla (nasihat)'


Rupanya, berterus-terang adalah perkara yang sangat melegakan XD. Okey, krisis dah selesai. Bila kami fikir balik, macam nak tergelak aje. Ada ke boleh gaduh sampai macam tu sekali? Takde ape-ape pun padahal, hahaks. Isk isk isk T__________T


Dan, hari Ahad pergi ke Pesta Buku DBP kat sekolah teknik airport. Wuhuuu, semua buku terbitan DBP aje yang ada... jadi, macam agak tak best laa huhu. Biasa laa, buku DBP macam kurang publisiti.. nak beli pun macam tak yakin je takut tak best (untuk novel) dan cover pun kebanyakannya tak menarik (untuk pelajar macam kitorang). Bagi mengelakkan tangan kosong, aku beli buku Seindah Mawar Berduri. Buku itu cover tak cantik tapi insyaAllah ceritanya sangat bagus (dah pernah baca versi pendek). Lepas itu, pergi jalan-jalan kat Mydin aje. Dah takde benda nak buat kan, bebudak ni pun nak blah awal daripada pesta tu hehe. Jalan-jalan, beli gelang untuk kami bertiga (aku, hani, cena). Konon-konon sweet gitu :P Dalam bas memang kecoh tahap tak ingat dunia dah bebudak ini. Aci ada makanan, main pass dari depan ke belakang, belakang ke depan. Mintak-mintak cokelat, habis semua benda nak makan XD. Yang boys suka nyanyi, yang girls asyik bergambar aje. Aku dengan Cena, sibuk main-main rakam video haha. Dalam perjalanan pulang baru lah keadaan sepi. Masing-masing tido aje. Letih laa tu :D


Hari Isnin, ada spotcheck. Yang tak tahannya, masing-masing cool je laa kan.. dah tau ada spotcheck pasal tetibe je kelas f1 kena serbu. So, bila pengawas masuk ke kelas kitorang.. boys boleh pulak buat ala-ala terkejut yang amat lepas itu kami gelak sesame. Haha. Tapi, pendrive kena amik. Macam laa ada apa apa dalam itu. Thanks tolong cuci virus :P 


Hari Selasa ada Hari Riadah. Yang latihan kawad, teruskan seperti biasa. Yang lawan bola jaring, lawan laa. Yang main futsal, awal awal lagi dah kena angkut dengan bas pergi main kat mana entah. Huuuu. Aku? (bukan aku laa, kami) Tido. Haha, ponteng kawad. Tahun ini memang tak de mood nak kawad. Redah je laa.


Kelmarin, duduk kat sekolah sampai pukul enam lebih. Mula-mula, jaga Iman anak Cg Sue. Ada cg-cg yang balik lewat sebab nak masak untuk Majlis Kesyukuran Sekolah hari ini. Lepas bagi Iman, amik Idlan anak cg Zimah pula. Bawak lari pergi tengok bebudak berlatih bola tampar. Menyandar kat dinding bangunan, sambil tolong PqahManaf buat karangan dia lalala. Sebetulnya, minggu ini banyak hari aku balik dalam pukul enam. Jadi, sementara nak balik itu... selalu je tengok geng boys kengkawan aku ini main bola. Suka tengok diorang main, macam meriah. Rindu aspuri T__________T Oh yaa, bila aku nak pergi blok f5.. jumpa KP nak amik pendrive tetibe kat tangga nampak Akimi. Terkejut aku, hampeh punya sepupu. Nak datang sekolah lama pun tak cakap kat aku, haha. 


Hari ini, ada majlis kesyukuran sempena kecemerlangan bebudak pmr, spm, stpm 2010. Makan gulai lalala. Dan, Sya'e datang ke sekolah yeaa yeahh. Datang melawat huhu. Rindunya dia. Jadi, sepanjang hari berkepit dengan dia, hani dan cena. Part paling best; lepak kat bilik dadah lepas itu buat dua video yang berkonsepkan rancangan temu ramah yang kami kasi nama 'Remaja Hari Ini'. Satu; Hani jadi pengacara.. Sya'e jadi tetamu jemputan. Diorang membincangkan topik pelajar cemerlang. Haha, semata-mata untuk menunjukkan imej ke'skema'annya... sanggup si Sya'e itu berpanas dengan blazer juga dibalunnya spek aku. Dua; Sya'e jadi pengacara dan aku jadi tetamu. Topiknya; wajhulkitab (facebook :P). Entah kami merepak ape, asyik gelak situ sini. Ouh, aku sangat menyayangi korang :*


Dah laa, mahu tulis sampai di sini sahaja. Yeahh, mulakan misi menggodek homeworks yang ada. Serius, masa memaaaaang macam emas kot. Hihi, sampai berjumpa lagi =_='


All praises to Allah, Alhamdulillah :) Thanks God, for what had happened. 
For give me strength, for give me friends. For always by my side.

5 comments:

ha_ziem said...

haha...da oK da pon..

Sya Izz said...

haha, very big thanks to you mr H! (ni aku syg kwn2 aku nieh.. haha,, kekg ak blanje coklat eyy :P)

ha_ziem said...

Laa?..aq k mr.H tuh?..xtaw pom

Sya Izz said...

haha, baso jeng laa mg nieh.. mu laa antara oursaviours, haha. dop ingt doh ko ayat mu... T_____T isk3

KilL3rz95 said...

o.O ea?..