Sunday, January 31, 2010

* Satu Hati : 30/31 Jan .

Assalamualaikum . 

Cerita 30 Jan 10 : Sabtu .

Hmmmm . Hari yang meletihkan tapi sangat-sangat menyeronokkan ! Sebab ? Dapat kumpul ramai-ramai kat Pasir Puteh . Sayang , sayang , sayang keluargaku !

Petang tu mak-mak saudara sibuk memasak kat dapur . Aku dan Kak Atin , boring . Jadi , pergi rumah Abah Long . Haha . Macam biasa . Guna laluan alam semula jadi yang dah disediakan . Haha . Lalu kat ... hmmm .. nak kat semak pun tak sangat . Biasa - biasa saje . Lepas tu , Kak Atin sibuk duduk berborak dengan Kak Siha dan Bilah dalam bilik . Hmmm . Aku pula duduk kat luar . Kononnya baca Ba lah , tapi alih-alih sibuk duduk berbual dengan Ijak . Haha . Sambil-sambil tengok Anif main komputer . Hak . Hak .

Lepas tutup buku Ba , belek-belek kejap novel Ijak . Ada Khalid Al Walid , Mat Kilau ... Apa eh satu lagi ? Ish . Sangat jeles dengan dia . Sokmo beli buku . Haha . Konklusinya , aku belek aje tapi tak baca pun . Haha . Sebab sibuk duduk tengok Ijak buat Rubic Cube . Oh ! Senang nampak . Lepas tu aku try belajar pula dengan dia . Haha . Susah . Pusing situ . Pusing sini . Haha . Agak - agak lama juga belajar buat rubic cube tu ... Tapi , blur lagi . Formula sana , frmula sini . Formula situ . Haha . Lantak lah . Lepas - lepas ni je laa belajar . Cuma , tengok je Ijak buat . Best nampak ! Tapi , Anif buat lagi cepat . Haha . Aku ? Arh , nak buat juga .....


Malam pula , baru pergi rumah Ayoh @ Tok . Tengok-tengok makanan semua dah siap . Sedapnya ! Haha . Tapi , seperti selalu , mesti lepak kat tangga atau kat atas . Haha . Sebelum orang datang , aku dengan Mirah sempat berbual-bual dengan Ayah Chik . Haha . Pasal Math . Ayah Chik cerita laa sedikit sebanyak tentang Math , bagi nasihat sikit-sikit lepas tu cerita kisah-kisah dia kat sekolah . Haha . Sempoi habis borak-borak dengan Ayah Chik . Best ! :) .

Dekat pukul 12 a.m. baru sampai kat rumah . Huhu . Balik je terus tidur . Haha . Best sangat kalau kumpul ramai - ramai dengan keluarga . Sayang , sayang , sayang ! Ouh , my sweet forever family . It's here . Always in my heart ! Sayang !

Bulan sangat cantik lorh ! Purnama gitu . Sangat-sangat indah ! ..... Ehm , sebenarnya ada solat hajat untuk kedua - dua sepupuku . Ijak dengan Yoe . Hehe . Tahniah ! Ijak sebab dapat Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Yoe sebab dapat SBPI Pekan . Moga korang bahagia di sekolah baru ! Okeyh ? Sayang sepupu - sepupuku .





Cerita 31 Jan 10 : Ahad .

Aduh ! Hari ni periksa Ba lorh ! Huhu . Masa jawab Ba laa aku paling mengantuk . Bosan sebab kena jawab soalan dalam masa 2 jam setengah ? . Haha . Tak juga . Malah , Ba laa paling best sebab masa yang diberikan lama . Haha . Tapi , mengantuk sangat tadi . Tahu tak ? 30 minit pertama aku bazir macam tu . Pening tengok soalan . Haha . Kejap minum air laa , kejap makan cokelat laa . Kejap pejam mata laa . Haha . Lepas tu baru laa start jawab . Dah tak mengantuk ..... Hehehe . Tapi , senyap aje kawan-kawan aku jawab periksa . Tengah fikir jawapan la tu . Berkerut habis dahi sorang-sorang . Hehe . :D

Eh ! Lupa , tadi ada perhimpunan . Riuh budak-budak ni laa masa beratur . Semua bawa buku . Duduk menghafal laaa . Macam-macam . Haha . Agak-agak bising laa juga sampai pengawas yang jaga suruh baca buku nanti naik atas kelas . Hehe . Penangan peperiksaan katakan . Sebab perhimpunan , exam start lewat sejam . Haha .

Tadi , sangat - sangat best ! Study dengan Nadiah , Hani , Aeina , Jhah , Amni , Pqah kat perpustakaan . kebetulan , sunyi je . Tak ada orang mana . Ada satu group je budak form 5 . Best laa kitorang bersuka ria di sana . Hihihi . Sempat main tukar-tukar spek dengan Aeina . Habis semua orang bagi komen bila aku pakai spek Aeina , Aeina pakai spek aku . Semua cakap comel tapi lain bila aku pakai spek tak ada bingkai . Haha . Dan diorang cakap Aeina nampak lain juga cantik bila pakai spek aku . Haha . Memang pun . Spek aku bingkai penuh , hitam menawan gitu . Haha . Study sains dengan Nadiah . Bising je pustaka sebab semua asyik borak-borak dan study dengan kuat . Hahaha . tak kisah lah . Asal happy ! :P

Ada orang belanja aku hari ni . Haha . Rm 1 pun jadi lah . Haha . Mula-mula anggap belanja tapi lepas tu anggap kononnya duit aku tolong download lagu-lagu Mawaddah . Haha . Aku kan baik . Wakaka . Apa-apa laa . Hmmm . Sabar , sabar . Dua hari je lagi periksa ! Yeayyy ! Tadi , borak - borak dengan Haniey . Haha . I miss her . So much .... Nanti raya cina ni akak dia kahwin . Dia ajak aku pergi . Hmmm . Mungkin aku pergi kot walaupun aku tak kenal kakak dia . Haha . Tak pe . kenal adik pun cukup kan ? Hani , Hani , Hani .. She's my sweet friend , ever !

Jadi , agak - agak dah cukup panjang tak aku menulis ? Haha . Sememangnya , aku mahu menghargai setiap hari - hari indah yang aku lalui dalam hidup . Kerna , kenangan terindah itu cuma sekali dalam hidup ........ Sayang di sayang . Selamanya , aku sayang semua !!! :)


Saturday, January 30, 2010

~ Al lughotul al 'arobiyyah ~

Lalalala , boring eh .. Petang-petang gini .. Lambatnya nak balik Pasir Puteh . Hehehe . Nak jumpa sepupu - sepupu ku tersayang . Haha . Esok exam Geo & Ba . Ouhh . Berdebar rasanya . Tapi , Ba setakat ini memang okaylah . Kalau dulu minat gitu-gitu jer tapi sekarang boleh dikatakan minat lah . Serono ustazah Rohani mengajar ! Banyak yang faham .

Walaupun mula-mula rasa ouuhhh ! jugak sebab setiap hari kena menghafal 10 perkataan BA , hari-hari ustazah bagi kerja sekolah banyak .... Tapi , sekarang .. Memang best laa masa Ba ! Walaupun agak kalut hari-hari sebab kalau pagi - pagi pergi sekolah mesti tengok kawan-kawan buat kerja Ba . Haha . Aku pun sama jugak sebenarnya . Masa beratur pagi-pagi kat koridor , baru nak sibuk sorang-sorang pegang buku kecil ... Hafal .. Nak tulis dalam sarwah kekgi .

Apa pun , saya suka bahasa Arab !

Al lughotul al 'arobiyyah !

Sayang Ustazah ... !

Friday, January 29, 2010

~ Ikhlas ~

 
Assalamualaikum ....

Hmmmm . Nak tulis apa eh ? Sekadar mengisi kebosanan . Haha . Study ? Malas . Sebab dah pergi tuisyen tadi . Petang - petang ni pula baru buka buku . Huhu . Nak buat macam mana lagi ... Exam . Exam . Exam ! Tapi , aku bukan belajar untuk exam . Kan ? Aku nak belajar kerana ilmu . Duniawi dan ukhrawi . Exam hanya sebagai kayu pengukur ! Jadi , tak semestinya kalau tak berjaya dalam exam , bermakna kita gagal ! Tapi , kadangkala exam ni penyebab kita belajar . Penyebab kita berusaha untuk dapat yang terbaik . Kan ? . Hurmmm , buat aku terfikir pulak . Selama ni aku ikhlas tak belajar ? Yer lah . Matlamat semasa aku untuk tahun ini belajar untuk dapat 9a . Matlamat kekal aku ... ? Maybe sebab tu aku banyak mengalah kot . Susah sikit dah tak boleh buat . 

Jadi , perbaharui matlamat belajar aku .

Matlamat sementara : 
Aku mesti berusaha dan belajar bersungguh-sungguh , nak dapat 9A !

Matlamat kekal : 
Aku belajar untuk ilmu Allah , dunia dan akhirat !

Konklusinya , aku nak jadi yang terbaik . Aku tak nak cepat mengalah .... Harus semangat ! Setiap orang istimewa ! .. Masing - masing ada kelebihan dan kekurangan sendiri . Dan , lebihkan kelebihan aku ... kurangkan kekurangan aku . Kita semua hebat , kita lah juara

Yeayyy !!! 

Be the best and beat the rest !!

&

' Never try to fail , Never fail to try '


Thursday, January 28, 2010

[Puisi] Bintang Itu

Bintang itu ....
sekejap muncul sekejap hilang ..
kerdipannya sekejap ada ..
namun sekejap tiada ..

Nun jauh di atas sana ..
aku mencari
sesuatu yang berharga
hmm !
bukan aku yang mencari
tapi hatiku yang mengintai
sepi ...

langit yang luas
aku tenung damai ..
bagai transkripsi sekeping qalbu ..
mencari arah-arah
yang sebelum ini hilang ...
begitu saja ..
bagai kabus ..

Alam yang terbentang
bikin hatiku berbicara
tentang realiti sebuah keimanan
ceritera kehidupan
cerita hati .

 SyAz - Cute kan ? Haha , ambil laa . Khas buat SyAz . Hahaha .

A Lesson !

Assalamualaikum ... :]

Hmmm . Alhamdulillah 5 kertas dah jawab . Bm 2 , Pai , Math 2 , Sn 2 , Bi 2 . Hoho ... Tak apa . Tak apa . Tiga hari lagi baru merdeka . Tapi , periksa tadi .. Alhamdulillah boleh juga jawab walaupun aku tak berapa study sangat .. Errr .. Bukan . Bukan . Bukan tak study sangat tapi memang tak study kot ... Sebab ? Huuu . Semalam tertidur awal . Dah dua hari asyik tidur pukul 9 lebih aje .

Adoi , pagi tadi sempat belek-belek aje buku Literature Bi .. Bayangkan 15 minit nak periksa baru buka buku . Huhu . Teruknya , tapi BI okaylah jawab tadi ... walaupun bahagian literature aku tulis agak mengarut huraian dia tapi , nasib baik masih ingat theme Potato People yang sir ajar tahun lepas . Bagai terbayang-bayang je ...

Math pula tengok gitu - gitu aje contoh soalan . Tengok formula sikit-sikit . Dan , soalan agak senang laa juga . Tapi , sebab ada juga yang masuk tapi tak belajar lagi .. Aku bantai je lah . Haha . Pada aku , Sains tadi lah yang teruk hari ini . Sebab tak sempat ulangkaji form 1 dan 2 . Nasib baik ada Husna . Memang sejak tahun lepas lagi berkepit dengan dia kalau exam . Haha . Terutama Sains . Belek buku dalam 20 minit aje . Lepas tu , jawab je lah apa yang boleh . Bahagian depan-depan boleh .. Bahagian belakang karut sikit . Ish . Asal siap ...

Konklusinya , apasal jadi macam ni ? Tak boleh ni . Asyik - asyik tertidur awal je . Kalau dulu sebelum pukul 12 pagi jangan harap aku nak tidur . Hmmm . Mungkin sebab boring belajar sorang-sorang dalam bilik kan . Huk . Huk . Nggak bisa nie . Kena cari strategi baru pula . Hmmm . Fikir .. Fikir .. Fikir ..

Apa pun , pengajarannya : Sila ulang kaji awal-awal lagi ! Jangan asyik tangguh-tangguh je . Okay , I got a lesson today . Can't be lazy anymore . Yeay ! Fight for the best ! I must !!!

P/s : Dapat little small Upin & Ipin badge . Sangat cute ~ Thanks Izzati .




Wednesday, January 27, 2010

~ .... ~


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji oran-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."

(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)



Jangan lembik , okay !

Tuesday, January 26, 2010

Kuat ~


"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

( Ali Imran : 200 )


Monday, January 25, 2010

Hari Lahir ketua , Izzat .


Selamat Hari Lahir !

Ucapan ini khas buat Ketua Kelas 3 Ibnu Rushd 2010 ....

Izzat Muhammad B Azmi .

Kawan kami . Err . Ketua kami yang handsome dan baik . Wakaka .

Apa pun ,

Selamat Hari Lahir , Ketua !

Happy Birthday , Izzat !!


Izzat Si Pengacau Asyura , haha . :)


 Nota : Haha , sebenarnya petang tadi baru ucap kat dia . Sebab tak tau pun . Nasib baik Mirah tolong cakap . Haha . Baru lah aku dan Jihah ucap . Dia cuma sengih :D . Haha . Izzat , sama laa kita . 25 hb . Haha . Cuma . Izzat Januari . Aku Disember . Haha . Biasalah , aku kan anak bongsu 3 Rushd . :)


Aku kejar , Dia kejar .

Assalamualaikum !

Hmm . Hari ni agak seronok ! Tapi , banyak main laa hari ini . Haha . Dalam main-main pun , jadi rajin pula buat kerja sekolah masa cikgu tak masuk kelas . Hehe . Petang tadi balik pukul 6 . Konon membaca . Tapi , entah kenapa banyak main aje . Haha . Hari ini rasa macam budak kecik jer .

Teringat pula masa sekolah rendah . Haha . Main kejar-kejar . Tapi , dalam senyap - senyap je laa tadi . Padahal hanya kerana RM 1 aje , habis kawan terlibat . Haha . Kesian duit tu , asyik berpindah tangan . Konklusinya , tetap bahagi dua . Dapat lah 50 sen seorang . Haha . Saket betul laa . Asyik tak nak mengalah je . Akhirnya , tak ada menang .. Tak ada kalah . Win-win situation . :)

Tadi , akhirnya dah bagi birthday present to my cousin . Haha . Ops ! Lusa dah periksa TOV . Huhu . Aku nak mengaku , satu habuk pun aku tak baca lagi . Adoi ! Tolonglah Sya Izz , do the best . Lalala . Rindu nya . Rindu kat Irish Girl aku . Ponti aku . Si Madiha , Si Qylah . Oh !

Konlusinya , aku harap kawan - kawan sentiasa ada dengan aku . Dan , sahabat selamanya .

Forever , in my heart !

Tuai Padi Antara Masak,
Esok Jangan Layu-layuan;
Intai Kami Antara Nampak,
Esok Jangan Rindu-rinduan .







Sunday, January 24, 2010

Cikgu Nazlan .

Assalamualaikum !

Tadi , ada majlis perpisahan PK KO kami ... Cikgu Nazlan b Abdullah . Hari ini semua pakai baju unit beruniform . Untuk cikgu . Tahniah cikgu sebab dinaikkan pangkat menjadi PK HEM . Tadi , rasa macam nak menangis aja . Masa perhimpunan , dengar cikgu berucap . Ouh , cikgu dah 10 tahun kat SMKANI . Pelik rasanya cikgu tak ada . Sedih . Sedih . Sedih .

Masih aku ingat beberapa kenangan dengan cikgu . Kenangan masa cikgu mengajar Geo di kelas 3 Ibnu Rushd . Walaupun hanya tiga minggu , tapi ! Kenangan yang manis akan ada . Sentiasa ada . Tadi , sedih pula dengar cikgu berucap . Dan , masa dah nak habis majlis perpisahan tu ... Semua murid beratur . Pelajar lelaki bersalam dengan cikgu . Pelajar perempuan ? Sempat lagi cikgu lambaikan tangan dan cakap ' bye - bye laa . ' . Haha . Masa tu dah rasa sebak . Hua . Hua . Hua . Terutama bila dengar selawat yang kedengaran mengiringi perpisahan kami . Rasa sangat sedih . Dah tak dapat dengar cikgu buat lawak . Iya . Itulah cikgu . Tegas tapi sangat kelakar . Huhu .

Semoga cikgu bahagia di sekolah baru .

Cikgu akan sentiasa kami ingati . Sentiasa ...

PK Ko SMKANI 2000 - 2010 . Tuan Haji Nazlan b Abdullah .


 

~ Lilin Seorang Guru ~



Saturday, January 23, 2010

Hari Asyura Smkani 2010 ~

Assalamualaikum !

Ehm . Hari ni hari yang sangat menyeronokkan namun meletihkan . Hak . Hak . SMKANI hari ni buat bubur asyura . Gotong royong gitu . Haha . Best ! Apa yang penting , kerjasama ! haha . Memang seronok . Tapi , aku sibuk ambil gambar je . Haha . Habis satu sekolah pusing . Gambar situ , gambar sini . Haha .

Okay . Kenangan indah hari ini !














 













Sayang Smkani .

P/s : Hari ni ramai yang nangis . Haha . Sebab ? Tak tahan dengan asap kayu yang panas berhabuk masa kacau asyura . Haha . Alih-alih semua mata dah berair dan merah . Lelaki dan perempuan sama saja . Nangis . Haha .


Friday, January 22, 2010

<< Cerita Hati >>

 Cerita Hati : Hafiz Hamidun

Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga





Thursday, January 21, 2010

21 Jan : Akimi .

Assalamualaikum !

Hari ni , macam biasa . Seperti hari-hari kelmarin yang menjadi kenangan terindah dalam hidup aku . Cewahh . Haha . Opss ! Ehm , di sini aku ingin mengucapkan

SELAMAT HARI LAHIR : Yoe @ Akimi .

Dia lah sepupu aku . Dia lah kawan aku . Dia lah teman aku . Dia lah keluarga aku . Dia lah cikgu aku . Dia lah abang aku . Dia lah musuh aku .
Hahaha .



Selamat Hari Jadi ...
Selamat Hari Jadi ...
Selamat Hari Jadi , sepupuku ...
Selamat Hari Jadi !

Selamat bergelar ' sweet sixteen ' .

May Allah bless you always !

Semoga gembira senantiasa , berjaya dalam kehidupan , bergelar pelajar yang cemerlang , dan ! yang pasti kamu akan terus bergelar sepupu ku . Selamanya .....



2I Januari 1994 .

21 Januari 2010 .


Salam Sayang : Ur Sweet Cousin ,
Sya Izz 
21 Jan 10

Wednesday, January 20, 2010

... Far Away ...

Assalamualaikum !

Hari ini sangat-sangat seronok ! Huk . Huk . Tapi , hari ini Cikgu Che Ana dah pindah . Tadi pelajar kelas 5 S & 5 R pergi hantar cikgu ke sekolah baru . Walaupun Cikgu tak pernah mengajar aku tapi aku pernah juga cakap-cakap dengan dia . Dia sangat baik dan cantik . Hehe . Kami akan merindui cikgu !

Hari ini kelas GEO terakhir dengan cikgu Nazlan . Tapi , cikgu Rohaya cakap hari Ahad ini baru Cikgu Nazlan pergi . Huhu . Kenapa lah tahun ini cikgu yang best pindah ? Alaa . Cikgu Nazlan best ! Sangat - sangat best ! Huk . Huk . Walaupun baru tiga tahun , err , dua tahun lebih sikit aku kenal cikgu sebagai PK KO Smkani yang tegas tapi kelakar ... Tapi , kitorang tetap sedih .  :(



Lalala , tadi petang .... Aku lepak dengan Mila dan budak kelas K . Haha . Saja tak malu pergi jenguk kelas diorang . Kelas diorang best sebab happy go lucky ! Macam kelas aku tapi sayang , budak-budak kelas aku jarang balik lewat . Haha . Tak kisah lah . Sangat sayang Mila .

Konklusi ? Hari ni best , sedih , seronok ! Terbayang juga macam mana lah kalau dah tak bergelar pelajar sekolah . Mesti aku akan sangat rindukan semuanya ! Suasana , rakan - rakan , cikgu - cikgu , gelak tawa , sendu duka .... Semuanya terindah kan ?

Tapi , sekarang aku masih pelajar sekolah . Tugas aku adalah belajar . Dan cipta kejayaan . Walau sesusah manapun , aku tak akan mengalah ! Hargai dunia remaja yang aku lalui sekarang ini . Kerna ini hanya sekali . Sekali untuk lakukan yang terbaik di sebalik sinaran pelangi senja yang berwarna warni , penghias hati .



Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” 
( Al Insyirah : 5-6 ) 


Tuesday, January 19, 2010

Cerita Hati .

Assalamualaikum .. Salam Cinta .

Ehm , hari ini .... Hari yang pelbagai . Variasi . Haha . Seronok . Geram . Gembira . Suka . Semuanya ada hari ini ! Ouh .. Kerja aku hari ini asyik menjerit jer .. Menempik . Hak . Hak . Bukan aku sorang jer . Hampir semua kawan-kawan aku . Yang perempuan lah . Lelaki ada juga tapi tak mungkin mereka mengaku mereka SAKIT . Haha . Sebab ? Semalam kena cucuk untuk ATT . Jarum yang digunakan sangat halus dan tajam . Ouh . Sangat - sangat SAKIT . Sampai hari ini tak ada orang pun boleh sentuh lengan aku . Err . Lengan kitorang . Haha . SAKIT . Ish .. Ish .. Ish ...

Pagi tadi ada perhimpunan pertama kokurikulum 2010 . Beratur , macam biasa . Dan ! Ini adalah perhimpunan kokurikulum kami yang terakhir bersama PK KO kami iaitu Cikgu Nazlan . Nanti hari khamis dia dah nak pindah . Sedihnya ! . Kami semua sayang cikgu ! Hak . Hak . Rehat tadi aku tak makan pun . Pergi kantin teman Jihah tapi aku asyik buat kerja sekolah BA yang tak sempat siap semalam lantaran peranan jarum yang sangat - sangat menyakitkan lengan aku . Haha . Sambil minum air milo . Huhu . Nasib baik dah makan pagi . :)

Tadi dalam kelas sangat-sangat seronok ! Dengan gelagat masing-masing yang macam kanak-kanak . Tak ingat dunia ? Haha . Tak lah . Cuma , terlebih gembira ! Kelas sangat bising . Namun , itulah kitorang panggil ceria !! Haha . Semakin hari , kelas 3 Ibnu Rushd semakin seronok dan ceria ! Aku sayang korang selamanya :P

Wah , sebenarnya petang ini ada perjumpaan unit beruniform . Puas aku , Yana dan Qilah jalan pusing bangunan . Kitorang pergi koperasi , lepas tu naik atas kelas .. Tempat perjumpaan . Kemudian turun balik ke koperasi , Qilah nak beli air . Jalan lagi . Dan ! Dapat 50 $en daripada SyAz . Haha . Dia minta tolong aku masuk dalam koperasi .. Beli cokelat sebab masa tu koperasi dah nak tutup . Aku minta upah 20 $en . Hak . Hak . Acah je sebenarnya . Tapi , SyAz terus nak blah sambil cakap

" Amik ko mg blako ar 50 $en tuh . "

Aku cakap tak nak . Aku nak bagi balik tapi dia terus naik ke tangga . Haha . Aku kejar lepas tu aku hulur baki 50 $en tu dan dia cakap

" tak per arh . Aku belanja mg hari ni . Haha "

Haha . SyAz memang baik . Masa form 2 pun dia suka bagi upah kat aku kalau aku tolong dia . Err . Aku yang minta upah dulu . Haha . Acah tapi selalunya dia bagi betul-betul . Huk . Huk . Rindunya masa tingkatan 2 . Ada SyAz , Hani , Syerah . Sekarang diorang dah naik kelas . Tak apa . Tak apa . Asalkan kita kawan selamanya !



Alih - alih perjumpaan hari ini batal ! Oh , dan aku lepak - lepak dulu bawah tangga . Dah nak dekat pukul 4 , aku pergi join Mirah , Miyrah , Mira , Thirah . Haha . Seronok berbual - bual . Kemudian , bila tinggal aku je dengan Mira ... Kitorang imbas kembali kenangan masa kecil - kecil dulu . Haha . Imbas apa ? Lagu yang kitorang suka nyanyi dulu lah . Ada Tanya Sama Pokok , Kereta Merah , Twinkle Little Star . Haha . Kitorang buat konsert versi duet secara slow . Haha . Sangat - sangat gembira . Rasa macam budak kecil !!!

Ops ! Tadi kongsi jelly kelapa dengan Efa . Haha . Lucu laa dia tu . Hak . Hak . Sangat riuh kitorang tadi . Hahaha . Seronok , seronok juga . Kerja sekolah tetap berlambak ! Haha , okay lah . Sekian cerita aku hari ini . Haha . Aku sangat sayang kamu semua ! 

Ana Uhibbukum Antum !


CERITA HATI .


Monday, January 18, 2010

* Al Imran *


"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah Al-Imran ayat 139)



Sunday, January 17, 2010

~ Great time with Kak Mimi ~

Assalamualaikum !

Hari ini hari yang sangat meletihkan tapi ! sangat menyeronokkan juga !!! . Hari ini punyalah lama berdiri kat perhimpunan . Hak . Hak . Tipu aja . Sebenarnya tak ada laa lama sangat . Ada laa dekat sejam lebih . Sebab ? Sebab hari ini ada watikah perlantikan pengawas sekolah sesi 2010 . Haha . Tapi , kitorang yang beratur ni sedang asyik bermain , bergurau senda . Haha .

Lepas rehat , ada sesi motivasi bersama Kak Fatin Hamimi iaitu salah seorang pelajar Smka Nurul Ittifaq yang dapat top ten PMR peringkat kebangsaan . Mula dalam pukul 11 dan habis dalam pukul 1 .Sangat sangat seronok dengar Kak Mimi bagi nasihat , bercerita . Dia sangat manis . Haha . Sampai tak terasa masa berlalu . Hehe .



Petang pula , lepak kat pondok . Dengan sepupuku Mirah , Jhah , Meni . Hak . Hak . Aku sempat pergi kacau Si Arif adik Mirah yang sedang duduk sorang-sorang study kat bawah pokok . Well , sebagai sepupu ... Kemahiran komunikasi antara keluarga perlu ada . Kan . Kan ? Haha . Aku saja jer . Tak ada kerja kan . Kacau sepupu . Haha .

Dan ! Lepas balik sekolah ... Sempat pergi pasar malam . Hak . Hak . Sudah lama sangat aku tidak pergi ke pasar malam . Huhuhu . Dan aku jumpa ustazah Hanifah , Cikgu Faridah . Haha . My lovely teacher . Sempat borak-borak kejap . Hihihi .

Jadi . Be the best and beat the rest !




Saturday, January 16, 2010

~ Cinta Terakhir ~

Assalamualaikum ...

Ehem , aduh ! Esok dah sekolah . Tapi , di sini aku nak akui ... Satu kerja sekolah pun aku belum sentuh !! Oh Sya Izz , apa kena dengan kamu ni hah ? . Ish . Ish . Malam Khamis aku ada tuisyen . Kemudian , Jumaat ... Pagi sampai tengah hari pulak . Hanya ada masa petang untuk aku buat kerja rumah . Malam pula ada tuisyen lagi ! Dan .. Hari sabtu pula hanya tuisyen malam . Maknanya aku memang sempat buat kerja rumah iaitu pada pagi dan petang sabtu . Tapi , kenapa aku masih tak buat lagi ni !!!

Inilah sebab - sebabnya mengapa aku sangat - sangat tidak suka akan hari cuti . Sebab ? Aku akan jadi seorang yang pemalas daripada biasa . Iya lah . Dah nama pun cuti , cuti lah . Haha . Apa laa . Tapi betul , hari sekolah aku rasa bagus . Sebab pagi memang confirm aku belajar . Dan setiap petang juga aku akan study sambil lepak kat sekolah dengan kawan-kawan . Dan , malam pula aku akan terperap dalam bilik sampailah aku rasa nak keluar bila kerja sekolah dah siap . Err . Atau hampir siap . Haha .



Oh ! Tolonglah , jadi rajin .Dan esok ? Sekolah . Sekolah . Sekolah . Hei , belajar untuk mendapat ilmu .. Bukan ? Jadi harus ikhlas . Belajar bukan kerana cikgu . Bukan kerana sekolah . Bukan kerana peperiksaan . Bukan kerana terpaksa . Tapi , belajar harus kerana ALLAH ! . Kerana ilmu . Kerana diri sendiri . Kerana kita . Kerana hidup . Kerana ibadah . Kan ? Kan ? Kan Sya Izz?

Dan , tolong lah . Berubah untuk kejayaan . Jadi , aku kena jadi lagi rajin daripada sebelum ni . Tak kan mengalah . Harus berusaha . Tiada kejayaan tanpa pengorbanan .

Wahai Diriku , ALLAH sentiasa ada di sisi kan ?

~ Ingat ALLAH sentiasa sayang  ~



 :)


Thursday, January 14, 2010

* Dunia Aku *

Assalamualaikum !

Hari ini hari yang sangat-sangat menyeronokkan . Terutama masa dalam kelas . Rasa macam kembali masa form 2 balik . Yang mana semua orang bergembira , main-main , buat kerja dengan suka , buat latihan sambil gelak-gelak . Memang sangat manis .

Hari ini asyik gelak jer . Study dengan sempoi . Haha , sungguh aku rindu waktu seperti ini . Hehe . Tapi itulah, kerja sekolah tetap banyak . Ehm , seronok . Husna . Faeza . Liza . Jihah . Mirah . Tirah . Mira . Amni . Ida . Ira . Yang aku tak henti-henti gelak sebab budak lelaki . Ada Razi , Nije , Ikhwan , Izzat dan kawan-kawan yang lain . Mereka duniaku . Haha .



Hari ini aku balik awal . Hehe . Setelah seminggu lebih balik lewat .. Akhirnya terbuka juga hati nak balik awal . Ceh , haha . Tak ada lah . Cuma rasa malas aja nak study kat sekolah hari ini . Tak apa . Tak apa . Rileks . Hehe .

Hari ini .... Kesimpulannya ? Aku sangat - sangat menyukai hari ini . Hari yang indah . Hari yang ceria . Hari yang gembira . Hari yang riang . Bersama kawan-kawan . Cikgu-cikgu . Semuanya terindah . Kisah terindah .....


Nota Kau dan Aku :

SyAz - Hai kembali :P ...

(Sempat bertegur sapa dengan SyAz tadi . Dah lama tak dengar suara dia . Al maklumlah . Dah terpisah kelas . Akhirnya Kuih Lapis tetap dengan Crispy . Hak . Hak . Apa pun , kita kawan selamanya dan jangan cakap aku sombong pula . Kamu tetap di hati aku . Wek . Haha . Kawan !)

Hanie - Sangat - sangat rindu kamu . Sunyi betul kelas kamu tak ada . Sob . Sob .

 


Wednesday, January 13, 2010

~ Kisah Lama ~

Assalamualaikum !

Hmmm . Hari ni hari yang ? Gembira . Tadi ada sesi fotografi untuk Pengawas PSS . Terlepas masa BM . Lepas tu , masuk bilik kesihatan . Buat ujian . Timbang berat badan . Uji mata . Tengok ketinggian . Haha . Lepas tu , masa SN . Best . Kemudian , macam biasa . Masa Geo memang seronok ! Sangat-sangat ceria . Haha . Sampai tak cukup nafas nak ketawa . Cikgu Nazlan kan !

Petang . Buat rutin harian . Pergi makan nasi air + air jagung . Haha . Menu wajib . Jumpa my lovely Kak Dibah . Haha , khusyuk benar Kak Dibah dengan Mirah tengok tasbih cinta tadi . Aku siap suruh Kak Dibah masuk dalam Tv , sempat lagi Kak Dibah cakap ... Nak jadi heroin . Haha . Kak Dibah sangat-sangat comel . :)

Ops ! Hari ni Ai[e]Fa belanja aku lagi . Kiranya Rm 2 habis dia hari ni untuk aku . Sebab dia bayar separuh untuk nasi air dan air jagung . Haha . Aifaa . Aifaa . Tapi , Si Mirah dan Najihah yang habiskan air jagung aku . Haha . Kesian betul .



Tadi , rasa macam budak-budak balik . Main kejar-kejar dengan Aifaa . What ? Haha . Masa tu aku teman Mirah pergi kelas 2 R . Jihah dengan Aifaa tunggu kat bawah tangga . Lepas tu masa aku nak turun , nampak Aifaa tengah lari kat tangga . Intai aku eh ? Haha . Aku pun panggil laa Aifaa . Dia lari , aku kejar . Sampai lah masa ... Hilang !

Puas aku cari , rupa - rupanya dia dengan Jihah sembunyi kat kelas 5 R . Adoi . Last - last aku yang merajuk . Muahaha . Lepas tu baru kitorang sambung study kat pondok . Rajin . Rajin . Tapi , itu lah . Asyik ketawa jer . Haha . Chop ! Sempat buat vandalisme kat papan hijau gelap @ hitam , kelas Si Vampire . Haha . Tak tahu lah kalau esok masih wujud atau tidak . Haha .

So , begitu lah cerita aku hari ini . Ada suka ada gembira . Semuanya kenangan . Satu hari nanti akan jadi cerita lama yang terindah !



Tuesday, January 12, 2010

~ Cikgu Rohaya ~

Assalamualaikum !

Tadi sempat borak-borak dengan cikgu . Masa tu aku sorang-sorang sebab Najihah dah balik .  Dalam pukul 5 rasanya . Join cikgu kat pondok sambil buat BA dan main-main dengan anak cikgu .

Terima kasih cikgu !

Sebab Cikgu naikkan semangat Sya Izz.Cikgu beri keyakinan kepada Sya Izz.
Cikgu nasihatkan Sya Izz.Cikgu mendengar cerita Sya Izz.Cikgu bercerita kepada Sya Izz.

Tentang kejayaan.Tentang usaha.

Segalanya bisa !

InsyaAllah , 9A !



Sayang cikgu sangat !


P/s : Anak-anak cikgu sangat comel . Terutama si kecil Sumayyah !


Monday, January 11, 2010

Happy Birthday My Friend !

Selamat Hari Lahir ..
Selamat Hari Lahir ..
Selamat Hari Lahir , Adham ..
Selamat Hari Lahir ..

Happy Birthday , !

~ 11 Januari  ~

I wish you'll get the best in your life !

Forever , we're friend !




:p


Love Note :

~ Hari ni seronok sangat lepak dengan Aie[Fa] dan Am[Ni]e . You all so rock , girls !
~ CFa - Rindu kamu hari ni . Esok datang sekolah tau !
~ Aie[Fa] - Terima kasih belanja me nasi air tadi . Haha . Laen kali kita lepak lagi !






Friday, January 8, 2010

Romantik?



 Romantik ? Haha .

Hmmm.Semalam best ! Date dengan Mila kat sekolah.Pergi menyibuk kat budak kelas K.Haha.Saja,memandangkan budak-budak kelas me dah chaw semua.Huhu.Tak apa.Tak kisah sangat.Lama tak borak lama-lama dengan Mila,kawan baik ku yang ku kenal sejak darjah 1 lagi.Haha.Sayang Mila ~


~Review Minggu Ini ~

Hari pertama,Ahad ke sekolah!Semangat yang berkobar-kobar.Tak sabar ni nak belajar,jumpa kawan-kawan.Cewah.Lepas tu,segalanya seperti biasa.Hari pertama pun dah dapat kerja sekolah.Sabar.Sabar.Haha.

Hari kedua?Malas bangun pagi.Haha.Tapi,ku gagahkan jua bangun ... Pergi sekolah.Hari kedua lagi lah banyak kerja sekolah terutama Ba.Tapi,tak kisah sebab Ba best!Cuma,kena study lebih laa pada waktu malam.

Hari ketiga.Selasa.Lagi banyak kerja sekolah.Agak-agak cikgu tak ada,semua asyik study jer.Macam rajin laa.Rajin.Rajin.Suasana yang lain.Haha.Kena berubah laa kan.Tak macam tahun-tahun lepas,kalau cikgu tak ada .. jangan harap nak buka buku kecuali buat homework yang tak siap.Haha.Rindunya ~ .Ops!Petang sempat lepak dengan Jihah.Siapkan Ba kejap,lepas tu belajar Math.Math Form 2.Haha.Dah kurang ingat apa semua tu.Nasib baik petang tu dapat tenaga pengajar yang habis baik walaupun rock sikit.Haha.

Hari Rabu.Macam biasa.Balik lewat juga,tapi lebih lewat lagi.Dalam pukul 6 petang.Solat Asar kat surau.Selalu balik pukul 5 tapi apa mimpi entah aku dan Jihah balik lewat.Haha.Study kat pondok.Buat Ba dengan Kh.Lama.Tapi,nasib baik sambil borak-borak jadi tak lah boring sangat.BA.Terima kasih laa kat sepupuku,Kimie .. Sudi ajar me buat ayat Ba.Translate maksud Ba untuk me walaupun me kena tolong beli air untuk dia.Haha.Tapi,tak apa.Dapat upah.Kan3.? Ajar Math. :)

Dan,hari Khamis.Lepak dengan Mila.!Great!

~ Tamat ~


Ehm,begitulah cerita minggu ini.Haha.Sekarang ni kena terus jadi lebih rajin.Rajin.Rajin.
Ops!Lupa,Hani .. Aku rindu Hani :P



Wednesday, January 6, 2010

~ Never ~



Sya Izz , never give up !
Try and Error , Try and Sucsses !

Tuesday, January 5, 2010

~ Me Story ~


Assalamualaikum !

It is hard time for me now.New syllibus,new friends,new teacher.Hmmm.It is great but sometime i feel 'zero'.Haha.Because?This is the important year for me and others.We have to study more than the old time.We have to pay attention in the class.We can't play like before.We have grown up.Our mission now,''All A are in our hand!''.I want to be like Kak Fatin Hamimi.She's great!.

We will sit for TOV soon.Huhu.I hope that I can do the best.Opps!I must do the best.Not just hope and dream.Haha.Now,I have so much works to do.So much things to learn.Study.Study.Study.



All A is our mission ! It's mine !

Monday, January 4, 2010

Tahniah Kak Mimi !


Assalamualaikum !

Hmmm.Hari ini hari kedua di sekolah.Hmm.Suasana?Agak 'tak seperti biasa'.Haha.Biasa lah,baru hari kedua.Lepas-lepas ini baru 'seperti biasa' kot.Sabar jer laa.Haha.Erm,nak cakap apa lagi eh?Oppss!Lupa nak ucap tahniah kat Kak Fatin Hamimi sebab dapat 'top ten' terbaik kebangsaan PMR 2009.Tahniah!Tahniah! ~ We proud to be SMKANI student ~





~ Lilin seorang guru ~

Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini



~ Sayang.Sayang.Sayang.All my guru. ~