Sunday, January 31, 2010

* Satu Hati : 30/31 Jan .

Assalamualaikum . 

Cerita 30 Jan 10 : Sabtu .

Hmmmm . Hari yang meletihkan tapi sangat-sangat menyeronokkan ! Sebab ? Dapat kumpul ramai-ramai kat Pasir Puteh . Sayang , sayang , sayang keluargaku !

Petang tu mak-mak saudara sibuk memasak kat dapur . Aku dan Kak Atin , boring . Jadi , pergi rumah Abah Long . Haha . Macam biasa . Guna laluan alam semula jadi yang dah disediakan . Haha . Lalu kat ... hmmm .. nak kat semak pun tak sangat . Biasa - biasa saje . Lepas tu , Kak Atin sibuk duduk berborak dengan Kak Siha dan Bilah dalam bilik . Hmmm . Aku pula duduk kat luar . Kononnya baca Ba lah , tapi alih-alih sibuk duduk berbual dengan Ijak . Haha . Sambil-sambil tengok Anif main komputer . Hak . Hak .

Lepas tutup buku Ba , belek-belek kejap novel Ijak . Ada Khalid Al Walid , Mat Kilau ... Apa eh satu lagi ? Ish . Sangat jeles dengan dia . Sokmo beli buku . Haha . Konklusinya , aku belek aje tapi tak baca pun . Haha . Sebab sibuk duduk tengok Ijak buat Rubic Cube . Oh ! Senang nampak . Lepas tu aku try belajar pula dengan dia . Haha . Susah . Pusing situ . Pusing sini . Haha . Agak - agak lama juga belajar buat rubic cube tu ... Tapi , blur lagi . Formula sana , frmula sini . Formula situ . Haha . Lantak lah . Lepas - lepas ni je laa belajar . Cuma , tengok je Ijak buat . Best nampak ! Tapi , Anif buat lagi cepat . Haha . Aku ? Arh , nak buat juga .....


Malam pula , baru pergi rumah Ayoh @ Tok . Tengok-tengok makanan semua dah siap . Sedapnya ! Haha . Tapi , seperti selalu , mesti lepak kat tangga atau kat atas . Haha . Sebelum orang datang , aku dengan Mirah sempat berbual-bual dengan Ayah Chik . Haha . Pasal Math . Ayah Chik cerita laa sedikit sebanyak tentang Math , bagi nasihat sikit-sikit lepas tu cerita kisah-kisah dia kat sekolah . Haha . Sempoi habis borak-borak dengan Ayah Chik . Best ! :) .

Dekat pukul 12 a.m. baru sampai kat rumah . Huhu . Balik je terus tidur . Haha . Best sangat kalau kumpul ramai - ramai dengan keluarga . Sayang , sayang , sayang ! Ouh , my sweet forever family . It's here . Always in my heart ! Sayang !

Bulan sangat cantik lorh ! Purnama gitu . Sangat-sangat indah ! ..... Ehm , sebenarnya ada solat hajat untuk kedua - dua sepupuku . Ijak dengan Yoe . Hehe . Tahniah ! Ijak sebab dapat Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Yoe sebab dapat SBPI Pekan . Moga korang bahagia di sekolah baru ! Okeyh ? Sayang sepupu - sepupuku .





Cerita 31 Jan 10 : Ahad .

Aduh ! Hari ni periksa Ba lorh ! Huhu . Masa jawab Ba laa aku paling mengantuk . Bosan sebab kena jawab soalan dalam masa 2 jam setengah ? . Haha . Tak juga . Malah , Ba laa paling best sebab masa yang diberikan lama . Haha . Tapi , mengantuk sangat tadi . Tahu tak ? 30 minit pertama aku bazir macam tu . Pening tengok soalan . Haha . Kejap minum air laa , kejap makan cokelat laa . Kejap pejam mata laa . Haha . Lepas tu baru laa start jawab . Dah tak mengantuk ..... Hehehe . Tapi , senyap aje kawan-kawan aku jawab periksa . Tengah fikir jawapan la tu . Berkerut habis dahi sorang-sorang . Hehe . :D

Eh ! Lupa , tadi ada perhimpunan . Riuh budak-budak ni laa masa beratur . Semua bawa buku . Duduk menghafal laaa . Macam-macam . Haha . Agak-agak bising laa juga sampai pengawas yang jaga suruh baca buku nanti naik atas kelas . Hehe . Penangan peperiksaan katakan . Sebab perhimpunan , exam start lewat sejam . Haha .

Tadi , sangat - sangat best ! Study dengan Nadiah , Hani , Aeina , Jhah , Amni , Pqah kat perpustakaan . kebetulan , sunyi je . Tak ada orang mana . Ada satu group je budak form 5 . Best laa kitorang bersuka ria di sana . Hihihi . Sempat main tukar-tukar spek dengan Aeina . Habis semua orang bagi komen bila aku pakai spek Aeina , Aeina pakai spek aku . Semua cakap comel tapi lain bila aku pakai spek tak ada bingkai . Haha . Dan diorang cakap Aeina nampak lain juga cantik bila pakai spek aku . Haha . Memang pun . Spek aku bingkai penuh , hitam menawan gitu . Haha . Study sains dengan Nadiah . Bising je pustaka sebab semua asyik borak-borak dan study dengan kuat . Hahaha . tak kisah lah . Asal happy ! :P

Ada orang belanja aku hari ni . Haha . Rm 1 pun jadi lah . Haha . Mula-mula anggap belanja tapi lepas tu anggap kononnya duit aku tolong download lagu-lagu Mawaddah . Haha . Aku kan baik . Wakaka . Apa-apa laa . Hmmm . Sabar , sabar . Dua hari je lagi periksa ! Yeayyy ! Tadi , borak - borak dengan Haniey . Haha . I miss her . So much .... Nanti raya cina ni akak dia kahwin . Dia ajak aku pergi . Hmmm . Mungkin aku pergi kot walaupun aku tak kenal kakak dia . Haha . Tak pe . kenal adik pun cukup kan ? Hani , Hani , Hani .. She's my sweet friend , ever !

Jadi , agak - agak dah cukup panjang tak aku menulis ? Haha . Sememangnya , aku mahu menghargai setiap hari - hari indah yang aku lalui dalam hidup . Kerna , kenangan terindah itu cuma sekali dalam hidup ........ Sayang di sayang . Selamanya , aku sayang semua !!! :)


No comments: