Selamat petang !
Hmmm . Yeayy ! Esok satu hari je lagi exam ! . Yes ! ... Esok Kh , Sj dan BI 1 . Hmmm ... Tadi macam biasa , memang seronok kat sekolah ! Haha ... Sebab hari ni lepak dengan Amni ... Jadi , agak pelik sikit jadi perangai kitorang . Huahuahua . Sangat - sangat macam budak kecil . Weh , ingat kita ni sekolah rendah lagi ke Meni ? Hahaha . Tapi , best !
Tadi , macam biasa . Rutin harian kalau balik lewat . Aku , Efa , Meni @ Rolah , Jihah , Pqah @ Roqah pergi makan laa nasi air kat kedai Kak Som . Hehe . Efa , dah alergi dengan aku ke sekarang ? Hahahaha . Saket betul . Tapi , aku tahu Efa @ Ropa sayang Ika @ Roqa , kan ? Haha . Kan Ropa sendiri mengaku kat Roqa tadi , wakaka . :P
Hmmm , lepas Efa dengan Pqah pergi KKQ , tinggal lah aku dengan Meni . Huhuhu . Memandangkan cuma tinggal kami berdua sahaja ... Maka keboringan yang amat telah melanda . Disebabkan aku ni jenis yang tak boleh duduk diam , maka Meni pun macam tu juga . Haha . Konklusinya , dengan rajinnya kitorang jalan - jalan pusing sekolah tanpa arah tujuan ..... Hahaha . Meni pegang buku Kh manakala aku pula pegang buku Sj . Ehm , pegang dan baca . Haha .
Tiba - tiba kitorang nampak bangku dekat laluan nak masuk asrama . Hahaha . Duduk kejap tapi panas laa . Dan Meni dengan kurang pemalu nya duduk atas simen kat tepi tiang . Hahaha . Aku pun dengan kurang pemalunya juga tumpang sekaki . Hahaha . Best ! Lagipun , tak ada orang pun kat kawasan sekolah . Hmm , bukan tak ada . Cuma , budak-budak sekolah ini lebih suka lepak kat pondok - pondok depan . Jadi , kawasan itu bagai kami yang punya .. Hahahaha . :D
Lepas dah puas menghafal Sj kat situ , maka kitorang tukar angin lah pula . Jalan punya jalan .... Sampailah dekat kawasan bengkel Kh . Kat tengah tu ada taman kaktus . Errr . Pokok kelapa sebatang lepas tu dipenuhi rumput-rumput yang menghijau . Sangat redup . Dek kerana cintanya kami kepada alam sekitar maka , sekali lagi dengan kurang pemalunya ... Aku dan Meni duduk atas rumput yang menghijau tu . Nasib baik jarang je orang lalu tapi , kalau lalu pun tak kisah . Nak malu apa . Hahaha .
Konon - kononnya sedang membaca ... tiba-tiba je si Aiman Azzim tu lalu . Dia cakap datang nak mengajar kitorang study . Ceh , haha . Sebab tadi masa dia kat atas kelas , sempat bual - bual dengan dia dengan Najwa dari bawah . Haha . Dia berhenti kejap cakap-cakap dengan aku dengan Meni . Hahaha . Style dia memang jenis kurang pemalu dan happy go lucky macam kitorang . Jadi , enjoy je laa borak-borak dengan dia . Dengan lawaknya , memang ceria laa . Hahaha.
Lepas tu , tempat last pergi .. Kat perpustakaan sekolah . Yang ada pun memang kakak , abang form 5 yang sempoi dan geng-geng form 3 . Sikit je orang . Tu bebas je cakap kuat - kuat . Hahaha . Sempat borak dengan Aena , kak baiy , muhai , dehe , mira , tirah , bass . Agak - agak dah lama duduk kat pustaka sambil borak-borak maka dalam pukul 5 baru chaw ! Kat pustaka tadi , saket betol sorang-sorang . Haha . Sementara tunggu papa , sempat pergi solat Asar kejap kat surau sekolah . Lalalala , jumpa mirah dengan nifah . Hmmm , best laa hari ni .
Bertuah kan hidup kalau punya kawan ....... kawan yang hadir , memang sangat menggembirakan hati . Ibarat memberi cahaya keriangan . Thanks korang sebab sudi jadi kawan-kawan aku yang sempoi ! Aku nak korang tahu yang sampai bila-bila pun , aku tetap akan ingat kat korang ! Aku tetap akan sayang korang , selamanya ......
No comments:
Post a Comment