Ermm ..
Hari ni ponteng sekolah .. ermm , demam . huk . huk . alaaaa , benci nya . rindu kat kawan-kawan . hahaha . hari ni dah okey sikit .. err , banyak . semalam je tak berapa , hahaha . tapi , semalam laa buat aku sedar yang aku ada kawan-kawan yang baik dan penyayang ... aku ada kawan-kawan yang best ! caring ..... walaupun sebelum ni aku tak berapa nak sedar semua tu . tak perlu mengharap yang lain sekiranya apa yang terbaik sudah ada di depan mata .
okay , cerita semalam .
hmmm , pagi .. aku okey je . cuma dah rasa tak berapa nak okay , haha . tapi , seperti biasa .. buat tak tahu je laa . pagi tu still kuat . siap gaduh dengan razi lagi , hahaha . sebab ? dah berminggu aku minta gambar dia untuk maktabah tapi tak pernah nak bagi . macam-macam alasan , maklumlah .. dia kan masih budak kecil :) sangat - sangat berperangai macam budak 5 tahun ! . masa ni kawan-kawan semua tengah buat soalan Pai . Aku pulak tengah gaduh dengan budak 5 tahun tu , aku rebut buku dia . dia nak rebut balik tapi tak boleh , aku kan kuat . hua . hua . hua .
last-last dia keluar kelas then aku pergi duduk kat tempat dia tuh . geram weyh . hahaha , aku kan tak pemalu . agak-agak dah lama , baru budak kecik tu masuk kelas balik . tiba-tiba izzat tanya jawapan pai kat aku ,tup-tup budak kecik tu ambil buku dia balik . urhh , aku pun dah malas nak layan . biar je laa . tak apa , esok lusa ada lagi . hak , hak .
masa rehat , adoi . dah rasa macam demam je . hmmm , amni dan jihah ajak pergi kantin tapi aku tak nak . entah , aku pun pergi koperasi .. beli air milo dan biskut . naik atas kelas .. masa tu banyak cakap lagi . amni dan jihah pun masuk kelas . diorang pelik laa tengok aku senyap , maklumlah suara aku kan loud speaker , dah laa banyak cakap pula tu . amni tanya aku kenapa ? aku just hmmm . amni pun sentuh dahi aku .. dia cakap 'panasnya' .. aku pun 'tak dok gape eh, ok jah' . pastu amni pun letak tangan dia tas bahu aku dan peluk aku . haha , so sweet . :)
tapi , lepas rehat masa Pai . masa ustazah masuk tu aku dah macam tak ada mulut . hahaha , senyap je . selalu dalam kelas aku paling bising . then , mata aku pun macam dah nak berair je . tidak ku tahu kenapa ... lepas ustazah keluar .. cikgu Geo tak masuk lagi . budak-budak ni macam biasa ... asyik bercakap macam 10 tahun tak jumpa , bising seperti selalu . :P
tiba-tiba je aku pergi dekat amni yang tengah duduk atas kerusi . aku pun melutut kat atas lantai lepas tu peluk dia . haha , nasib baik tak nanges masa tu . hak , hak , hak . buat drama je ... sempat lagi aku dengar ketua cakap
"ish , jolo ko . tadi molek2 jah duk berambat ngn razi "
amni pulak
"oloh laa , tadi bakteria dok kuat lagi , loni kuat doh laa , haha "
amni dan jihah pun ada cakap-cakap yang buat aku tergelak . hak . hak . hak , apa laa korang ni . cikgu Aminah pun masuk . aku pun pergi duduk kat tempat . cikgu ajar pasal graf , skala , peta . dan aku masa tu dah laa tak pakai spek , mata dah berair .. blurr aje . nasib baik tajuk senang je . haha , sambil-sambil duk cakap dengan jihah .
okey , masa solat . hmm , lepas salam dengan cikgu .. tiba-tiba aku jadi emo . hihi . dah nanges . hahaha , aku pun tak tau bakpe . abes budak-budak perempuan ni pujuk aku . aku plak , ouh .. terkelu . lepas tu , fatin dan zati pergi amik panadol . jihah dengan nadia duduk dengan aku atas kelas . okey , ada dekat 10 minit . aku pun bangun , kesat mata yang berair ni . haha , ceh .. buat drama je . apa laa sya izz . pergi ke bilik sakit dengan jihah . makan ubat . cikgu bagi dua biji tapi aku makan sebiji je . sebiji lagi tak sempat telan sebab dah masuk dalam sink . eyyy , nak makan sebiji tu pun aku dah seksa . wekk , i hate ubat . hahaha , tapi terpaksa .
masuk kelas agak-agak dah okey . sementara tunggu budak-budak ni masuk , aku duduk menyandar kat dinding sambil peluk beg najihah . haha , best . teacher masuk tapi tak kisah laa sebab ada lagi budak-budak ni tak masuk kelas kan . jadi , bising laa sebab teacher tengah bagi markah bi . ouhh , aku tinggi sekali kertas satu tapi kertas dua .... buat mata aku jadi berair lagi . hua . hua . hua . rendah nya . alih-alih dapat B , 71 . huk . huk . sedehy lagi sebab mira dapat 74 . dia lintas aku ... tapi mula-mula sedeyh gak tapi dah okay .
fatin N dengan mirah sibuk pujuk aku . eytt ! aku okey jer laa . :D n geng razi si budak kecik tiba-tiba jadi caring . asyik cakap kat aku 'syukur lah' , 'syukur gak'. 'syukur laa wei' . haha , tiba-tiba aku tersenyum .... baru aku tahu kawan-kawan aku sangat baik , sayang korang laa !
okey , dah balik pun sekolah . hmmm , aku dan jihah turun laa nak pergi kat bawah . aku lalu tepi ketua .. tiba-tiba dia cakap
'kelik kekgi makan ubat , kalu dok aku sepak kang '
aku
'bakpo gitu,urh,wekk'
ketua
'ikut aku r,hehe'
sambil-sambil sengih . hahaha , macam-macam r kawan-kawan aku ni . kat tangga pula masa tengah berebut buku dengan jihah , tiba-tiba je file dan buku-buku teks yang aku pegang jatuh , haha . dah laa kat tangga . siap kena 'booo ! ' lagi kat budak-budak laki kelas lain . haha . aku sengih je laa . saket betol . lepas tu SyAz pun tolong ambil buku teks math aku yang dah meluncur turun tu . jihah nak amik buku teks tu tapi SyAz tak bagi ..
dia cakap
'biar tuan dia amik sendiri laa'
jihah pun
'eii , '
aku pun pusing belakang nak ambil buku tu sambil gelak
'terima kasih'
SyAz pun sengih
'sama-sama'
hahaha . apa laa budak-budak ni .
yang aku tahu , aku sangat sayang korang . aku sayang kamu selamanya . serius , memang aku sayang giler kat kawan-kawan aku . sebab aku tahu , aku ada kawan yang sangat baik ! terima kasih kawan , untuk segala kenangan terindah yang korang beri dalam hidup aku . terima kasih sebab korang hadir dalam hidup aku . dan terima kasih sebab korang bergelar kawan aku . Kita Kawan Selamanya ...
P/s : Masa perjumpaan rumah usamah kat dewan makan , tiba-tiba je aku terdengar S.I. Solo . Si Nik yang cakap from mic . satu dewan dengar tapi buat ignore je laa sebab tak tahu apa maksud . hahaha . hanya aku dan yang tahu saje yang tahu maksudnya . wakakakaka . dan semalam juga aku dengar ada budak kelab nasyid dan kompang nyanyi lagu ummiku sayang masa cikgu buat ujibakat gitu . haha , sangat-sangat sedap !
No comments:
Post a Comment