Tuesday, January 19, 2010

Cerita Hati .

Assalamualaikum .. Salam Cinta .

Ehm , hari ini .... Hari yang pelbagai . Variasi . Haha . Seronok . Geram . Gembira . Suka . Semuanya ada hari ini ! Ouh .. Kerja aku hari ini asyik menjerit jer .. Menempik . Hak . Hak . Bukan aku sorang jer . Hampir semua kawan-kawan aku . Yang perempuan lah . Lelaki ada juga tapi tak mungkin mereka mengaku mereka SAKIT . Haha . Sebab ? Semalam kena cucuk untuk ATT . Jarum yang digunakan sangat halus dan tajam . Ouh . Sangat - sangat SAKIT . Sampai hari ini tak ada orang pun boleh sentuh lengan aku . Err . Lengan kitorang . Haha . SAKIT . Ish .. Ish .. Ish ...

Pagi tadi ada perhimpunan pertama kokurikulum 2010 . Beratur , macam biasa . Dan ! Ini adalah perhimpunan kokurikulum kami yang terakhir bersama PK KO kami iaitu Cikgu Nazlan . Nanti hari khamis dia dah nak pindah . Sedihnya ! . Kami semua sayang cikgu ! Hak . Hak . Rehat tadi aku tak makan pun . Pergi kantin teman Jihah tapi aku asyik buat kerja sekolah BA yang tak sempat siap semalam lantaran peranan jarum yang sangat - sangat menyakitkan lengan aku . Haha . Sambil minum air milo . Huhu . Nasib baik dah makan pagi . :)

Tadi dalam kelas sangat-sangat seronok ! Dengan gelagat masing-masing yang macam kanak-kanak . Tak ingat dunia ? Haha . Tak lah . Cuma , terlebih gembira ! Kelas sangat bising . Namun , itulah kitorang panggil ceria !! Haha . Semakin hari , kelas 3 Ibnu Rushd semakin seronok dan ceria ! Aku sayang korang selamanya :P

Wah , sebenarnya petang ini ada perjumpaan unit beruniform . Puas aku , Yana dan Qilah jalan pusing bangunan . Kitorang pergi koperasi , lepas tu naik atas kelas .. Tempat perjumpaan . Kemudian turun balik ke koperasi , Qilah nak beli air . Jalan lagi . Dan ! Dapat 50 $en daripada SyAz . Haha . Dia minta tolong aku masuk dalam koperasi .. Beli cokelat sebab masa tu koperasi dah nak tutup . Aku minta upah 20 $en . Hak . Hak . Acah je sebenarnya . Tapi , SyAz terus nak blah sambil cakap

" Amik ko mg blako ar 50 $en tuh . "

Aku cakap tak nak . Aku nak bagi balik tapi dia terus naik ke tangga . Haha . Aku kejar lepas tu aku hulur baki 50 $en tu dan dia cakap

" tak per arh . Aku belanja mg hari ni . Haha "

Haha . SyAz memang baik . Masa form 2 pun dia suka bagi upah kat aku kalau aku tolong dia . Err . Aku yang minta upah dulu . Haha . Acah tapi selalunya dia bagi betul-betul . Huk . Huk . Rindunya masa tingkatan 2 . Ada SyAz , Hani , Syerah . Sekarang diorang dah naik kelas . Tak apa . Tak apa . Asalkan kita kawan selamanya !



Alih - alih perjumpaan hari ini batal ! Oh , dan aku lepak - lepak dulu bawah tangga . Dah nak dekat pukul 4 , aku pergi join Mirah , Miyrah , Mira , Thirah . Haha . Seronok berbual - bual . Kemudian , bila tinggal aku je dengan Mira ... Kitorang imbas kembali kenangan masa kecil - kecil dulu . Haha . Imbas apa ? Lagu yang kitorang suka nyanyi dulu lah . Ada Tanya Sama Pokok , Kereta Merah , Twinkle Little Star . Haha . Kitorang buat konsert versi duet secara slow . Haha . Sangat - sangat gembira . Rasa macam budak kecil !!!

Ops ! Tadi kongsi jelly kelapa dengan Efa . Haha . Lucu laa dia tu . Hak . Hak . Sangat riuh kitorang tadi . Hahaha . Seronok , seronok juga . Kerja sekolah tetap berlambak ! Haha , okay lah . Sekian cerita aku hari ini . Haha . Aku sangat sayang kamu semua ! 

Ana Uhibbukum Antum !


CERITA HATI .


No comments: