Wednesday, January 20, 2010

... Far Away ...

Assalamualaikum !

Hari ini sangat-sangat seronok ! Huk . Huk . Tapi , hari ini Cikgu Che Ana dah pindah . Tadi pelajar kelas 5 S & 5 R pergi hantar cikgu ke sekolah baru . Walaupun Cikgu tak pernah mengajar aku tapi aku pernah juga cakap-cakap dengan dia . Dia sangat baik dan cantik . Hehe . Kami akan merindui cikgu !

Hari ini kelas GEO terakhir dengan cikgu Nazlan . Tapi , cikgu Rohaya cakap hari Ahad ini baru Cikgu Nazlan pergi . Huhu . Kenapa lah tahun ini cikgu yang best pindah ? Alaa . Cikgu Nazlan best ! Sangat - sangat best ! Huk . Huk . Walaupun baru tiga tahun , err , dua tahun lebih sikit aku kenal cikgu sebagai PK KO Smkani yang tegas tapi kelakar ... Tapi , kitorang tetap sedih .  :(



Lalala , tadi petang .... Aku lepak dengan Mila dan budak kelas K . Haha . Saja tak malu pergi jenguk kelas diorang . Kelas diorang best sebab happy go lucky ! Macam kelas aku tapi sayang , budak-budak kelas aku jarang balik lewat . Haha . Tak kisah lah . Sangat sayang Mila .

Konklusi ? Hari ni best , sedih , seronok ! Terbayang juga macam mana lah kalau dah tak bergelar pelajar sekolah . Mesti aku akan sangat rindukan semuanya ! Suasana , rakan - rakan , cikgu - cikgu , gelak tawa , sendu duka .... Semuanya terindah kan ?

Tapi , sekarang aku masih pelajar sekolah . Tugas aku adalah belajar . Dan cipta kejayaan . Walau sesusah manapun , aku tak akan mengalah ! Hargai dunia remaja yang aku lalui sekarang ini . Kerna ini hanya sekali . Sekali untuk lakukan yang terbaik di sebalik sinaran pelangi senja yang berwarna warni , penghias hati .



Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” 
( Al Insyirah : 5-6 ) 


No comments: