Assalamualaikum ...
Ehem , aduh ! Esok dah sekolah . Tapi , di sini aku nak akui ... Satu kerja sekolah pun aku belum sentuh !! Oh Sya Izz , apa kena dengan kamu ni hah ? . Ish . Ish . Malam Khamis aku ada tuisyen . Kemudian , Jumaat ... Pagi sampai tengah hari pulak . Hanya ada masa petang untuk aku buat kerja rumah . Malam pula ada tuisyen lagi ! Dan .. Hari sabtu pula hanya tuisyen malam . Maknanya aku memang sempat buat kerja rumah iaitu pada pagi dan petang sabtu . Tapi , kenapa aku masih tak buat lagi ni !!!
Inilah sebab - sebabnya mengapa aku sangat - sangat tidak suka akan hari cuti . Sebab ? Aku akan jadi seorang yang pemalas daripada biasa . Iya lah . Dah nama pun cuti , cuti lah . Haha . Apa laa . Tapi betul , hari sekolah aku rasa bagus . Sebab pagi memang confirm aku belajar . Dan setiap petang juga aku akan study sambil lepak kat sekolah dengan kawan-kawan . Dan , malam pula aku akan terperap dalam bilik sampailah aku rasa nak keluar bila kerja sekolah dah siap . Err . Atau hampir siap . Haha .
Oh ! Tolonglah , jadi rajin .Dan esok ? Sekolah . Sekolah . Sekolah . Hei , belajar untuk mendapat ilmu .. Bukan ? Jadi harus ikhlas . Belajar bukan kerana cikgu . Bukan kerana sekolah . Bukan kerana peperiksaan . Bukan kerana terpaksa . Tapi , belajar harus kerana ALLAH ! . Kerana ilmu . Kerana diri sendiri . Kerana kita . Kerana hidup . Kerana ibadah . Kan ? Kan ? Kan Sya Izz?
Dan , tolong lah . Berubah untuk kejayaan . Jadi , aku kena jadi lagi rajin daripada sebelum ni . Tak kan mengalah . Harus berusaha . Tiada kejayaan tanpa pengorbanan .
Wahai Diriku , ALLAH sentiasa ada di sisi kan ?
~ Ingat ALLAH sentiasa sayang ~
:)
No comments:
Post a Comment