Thursday, December 30, 2010

Kami, f3.


Salam.

Ho ho ho, KAMI :)


(Atas)
Mukmin, Mirah, Iman, Syahirah, Mira, Syairah, Asmaq, Husna, Azianti, Pqah Manaf, Khaleeda, Syikin, Aisyah, Maisarah, Hatimah, Zahir

(Bawah)
Hazim, Uswati, Hanini, Suhada, Pqah Qilah, Nadiah, Amni, Mila, Nabilah, Aimann, Nazifa, Sya Izz, Hafifi


 Husna

 Nadiah

 Amni

 Fifi

 Mukmin

 Sya Izz

 dan...

kami lagi! haha


 the best kenangan, of 23 disember, pelajar PMR 2010,
smka nurul ittifaq, besut, terengganu

Monday, December 27, 2010

3-0, meriaaaaaaaaaah

Salam

Malaysia boleh!

Ahaaa, bersemangat patriotik sungguh! Gara gara bola, cewaahhh. Takde laa, petang semalam Abah Long and family datang ke rumah. Ooh laa laaa. 

Dan, bila sudah ada Kak Seha.. Ilah [kami peminat novel!].. Ijak [haha, dapat pun jumpa sepupu kesayangan aku ni. geram tak pergi tengok dia kat hospital hari tu.. wah, makin macho yer :P].. Anif.. Uhuuu, sayang sayang korang wah! <3

Hurmmm, memang duduk depan TV laa semalam. Makan minum pun depan TV. haha, yang aku pula.. gossip girls. Atin aku kak seha ilah duduk dalam bilik aje mula mula. Cerita macam macam bila berjumpa. The rest dah kat luar, menghadap TV. Anif dengan Sarah je yang menghadapat komputer. Ouh, diorang memang macam tu. Tak macho laa katakan :P

Kemudian, aku keluar dulu. Iye laa, gamat sungguh bebudak ni. Terutama Ijak dengan Adam. Haha, lelaki! Pantang tengok bola. Okay, yang gol pertama aku tak tengok. Yang kedua dan ketiga baru aku tengok. Haha, excited giler. Terus menempik wah sama sama.. Biasa, lelaki perempuan sama je. Yang mama dengan mama long pun sama. Dah terikut perangai kitorang. Siap tepuk tepuk tangan lagi wahh. Haha. Cuma, Abah Long dengan Papa je yang tengok TV dalam bilik. Haha, konon konon siaran astro lambat. Ermm, memang lambat sikit pun. Nak gol je, mesti dengar papa cakap 'gol!'.. lepas tu terus bola tu masuk. Hahaha.

Ijak pula cakap.. 'kalu ayah long oyak gol.. mesti masuk. haha'

erkk, macam macam sungguh.

aku dengan ilah pun sungguh sungguh sungguh tengok ni. Erkk, bab ke'hensem'an pemain pemain juga turut diselitkan. Ahaaa, perempuan!

okey, kitorang borak borak. Arh, rindunya sama sepupu sepupu aku yang lain. haha, rindu sayang semua! Abah Long pulang dalam pukul 11 malam gitu. Uhuuu, will miss korang ye! Haha, Ilah cakap.. 'Aci ada bola je, mesti datang sini :)'


Tengok ramai ramai, meriaaaaaaaah kan?


;D


******


susahnya susahnya
bila orang tersalah faham
tersilap tafsir
apa yang kita maksudkan sebenarnya
susahnya susahnya
bila tak dapat nak terangkan
yang sebenar
terpaksa mengalah dan diam
asal keadaan jadi baik
takpe takpe
belajar daripada pengalaman kan
sekarang
kena lebih peka
akan hati orang
selidik dulu nak cakap ke tak
alaa, manusia selalu buat silap
lepas ni kena berhati hati
tak boleh ingat hati orang ni
macam hati kita
sabar sabar
dan
mengalah tak rugi


:)



Saturday, December 25, 2010

saya budak berumur lima belas


Selamat ulang tahun yang ke 15, wahai diri sendiri

Diri sendiri,
selamat berumur lima belas
walaupun dah nak bergelar budak tingkatan empat lagi seminggu
haha, tak cukup umur laa katakan
ermm, moga moga aku sendiri dapat berubah
menjadi gadis yang lebih ayu auwww HAHA
dan lebih penyabar
tak mudah melatah
kurangkan menempik dalam kehidupan seharian
haha auwww perempuan kan
nak jadi orang yang disenangi semua
dan tetap nak jadi watak baik
macam dia cakap
sekurang kurangnya watak baik akan selalu dilindungi dan disayangi
tak perlu jadi watak jahat
nanti rasa diri sendiri tak guna
nak jadi gadis yang lebih solehah
penyayang sesuai dengan maksud nama HAHA
jadi gadis yang pandai menghormati
ceria ceria selalu
belajar daripada pengalaman
sentiasa optimis positif
tak mau menyusahkan orang lagi
diri sendiri susah takpe


dan


bila nak masuk tingkatan 4 ni
dah tak mau main main
dah tak nak rasa stress
mahu belajar dengan sepenuh jiwa raga
tak mau dah malas malas
belajar daripada kenangan masa
tingkatan satu dua yang agak erkkk
memang budak pemalas laa waktu tu
kerja sekolah pun aci ikut rasa je nak buat ke tak
kalau tak buat paling tak dapat cubitan
haha
bila dah tingkatan tiga baru terhegeh hegeh
nak cover semua
sampai diri pun dah tak betol
fikiran pun dah tepu
bukan senang nak bagitau diri
jangan putus asa
walau senyum gembira ada
nangis nangis semua perkara biasa
emosi ke laut
tak betul, tak betul
dah rasa macam orang yang erkk.
tapi, alhamdulillah
berjaya lalui semua tu
hasil dorongan semua
yang tak jemu dengar aku berkeluh kesah
maka semuanya pasti boleh
asal jangan putus asa
perit mana pun
jangan jangan dan jangan


dan


selamat berusia lima belas tahun wahai diriku
25 disember 1995 > 25 disember 2010


terima kasih untuk kawan kawan yang wish
kat phone, fb
sayang sayang korang ye


semalam pun tido aci lewat saja
haha, bermesej mesej bercalling calling
sangat hargai
dan gembira laa konon konon
walaupun hanya dapat jadi my sweetheart just for tonight
kah kah kah, tengs my SB.
tetap anggap tonight tu ala ala forever
haha, saja nak ngade ngade
takpe takpe
kalau tak ngade ngade sekarang, bila lagi?


lepas ni kan ala ala nak jadi perempuan melayu terakhir gitu
haha angan angan
sikap takkan berubah punya
maknanya tak kan jadi seorang yang senyap ayu punya
mesti tetap ceria ceria banyak mulut
suara pun sampai ke hujung dunia boleh dengar
ala ala guna pembesar suara dah
hehe, anugerah laa tu


selamat menjadi seorang yang lebih dewasa
yang lebih tahu apa erti hidup
yang lebih bersyukur
serta
yang lebih menyayangi orang orang sekitar
juga yang lebih menyelami perasaan orang lain
maknanya takde takde penting diri semua


*senyum*


saya budak berumur lima belas tahun sekarang!
tahniah tahniah.


:D
 

Friday, December 24, 2010

Of Kenangan Result PMR 231210

Salam. :)

Mahu cerita, tentang hari yang menjadi debaran. Haha, dah berlalu pun akhrinya hari itu.. hari yang bagaikan mimpi HAHA :)


Hurmm, pagi khamis tu baru rasa berdebar. haha, sebelum ni cool aje. haha, rase macam... erkkk. entah. okey, pergi sekolah dalam pukul 10 lebih gitu ann. buat ape pergi awal awal, bukan best pun. 

menambahkan debaran tu ada laa.

heee, awal awal lagi aku tak bagi mama papa ikut. cewahh, kira nak pergi sorang sorang laa ni. ermm, tak nak diorang ikut.. sebab takut kecewa. hak hak hak. baru je aku turun kereta, nampak Wani/Kak Long. Hoho, Wani datang dengan ayah dia. hihi, aku pun jalan laa dengan Wani. Mula mula kami pergi pondok wahh. Nampak Husna Madiha yang ayu tengah berdiri kat tiang. Yeahhh, kami bertiga pun borak borak laa. Orang pun dah ramai laa kan. 


Erkk, cool beb.


Akhirnya, Pqah Qilah pun datang. Haha, aku ajak Qilah pergi bawah pokok kejap. Jumpa dengan Nadia. Nak tengok baju kelas. Hurmm, lama lepas tu.. Qilah pergi dengan Asmaq. Aku pula duduk dengan Cik Hani kesayangan. Bagi aku laa kan, baju kelas aku tu comel je. Sangat simple. Wahh. 


Yang aku rasa nak tergelaknya, kitorang nak buat baju biru tulisan hitam. Tapi, kedai pergi buat baju hitam tulisan biru. Erkk. campur putih siket siket. dan, aku rasa comel laa! Nasib baik orang kedia tersalah buat. Kalau tak, tak merasa laa nak berpakaian hitam dengan Rushdianz. Ermm, baru macho. Serius!


Okey, agak agak dalam pukul berapa entah.. aku Hani Qilah Wani dan Yana pergi kat surau. Uhuu, takde orang pun kat surau. Yer laa ann. Orang lain semua still berkumpul kat pondok dan kelas. Hmmm. Wani pun dengan comelnya menawarkan phone dia untuk aku Qilah Hani hubungi mama. Ermm, mama angkat yang masa program KRN tu. Haha, still berhubung tau! Maka, borak borak laa kami. Haha, mesej pula asyik masuk je dalam phone aku.

Mesej tanya result, haha.


*sengih*


okey, dalam pukul 11 gitu.. nampak cikgu azman masuk ke dalam dewan makan. Haha, pintu pagar dewan tu dekat surau je. Hurmm, siap tanya lagi cikgu.. 'bila nak bagi resultnye ?' Nampak macam tak sabar gitu, huhu. Memang laa.. dah lama tunggu ni.


Maka, cikgu pun cakap.. 'sabarlaa, dalam sepuluh minit lagi laa.. tunggu..'


Kitorang dah resah. Haha, terus bangun nak menuju kat bilik kaunseling. tetiba, kat tengah jalan.. terserempak dengan cikgu khairuddin.. ahaaa! kitorang pun nampak slip keputusan peperiksaan. Haha, aku pun pura pura minta 'cikgu, nak tengok?'


Cikgu pun sengih.. 'tak leh..' 

cikgu pun jalan ke dewan makan. Hihi. Rupa rupanya, cikgu cikgu dan segerombolan pelajar cewahhh dah mengikut kat belakang. Diorang dalam perjalanan ke dewan makan gak. Erkkk, tidak tidak. Masing masing cikgu kelas dah pegang result anak anak murid.


ermm, kami pun pusing.. berpatah balik ke dewan makan! haha. aku pun ikut. bila masuk pagar. dewan.. baru perasan ada mesej tak baca. Erkk, daripada Cg Azimah?


Cikgu tulis.. 'tahniah syg' [10:52 am]

Oh tidak! Kenapa aku baru baca? Haha, masa tu dah rasa dalam pukul 11 lebih kot. Huhu. Pelik juga aku.. kenapa cikgu hantar macam tu? macam.. dapat aje! Haha, tapi.. senyum je laa dulu. Musykil musykil.


Bila masuk je dewan, terus kitorang serbu Ustazah Maimunah. Hehe, memandangkan aku seorang je kelas R.. aku tumpang dengar je laa. Ustazah pun cakap laa yang budak kelas S result. Haha, aku wani yana hani qilah laa yang bertanya. hihi, bila diorang dah tau result... gamat je! Biasa, budak perempuan tak lari daripada menjerit menempik segala bagai. Haha.


Okey, kami pergi duduk. Aku juga yang cuak sebab masih berteka teki ni! Hehe, lepas tu, cikgu zimah pergi dekat kitorang.. Cikgu pura pura merajuk.. 'saya hantar mesej tak balas'


haha. aku dengan comelnya cakap tak perasan. Memang tak perasan sangat. hehe.


Dan, cikgu pun cakap yang aku dapat straight A. Masa tu Amni pun ada dekat dengan aku. 

Cikgu pun cakap.. 'Amni juga'..


Erkk, menempik laa kitorang. Nasib baik tak ramai lagi orang dalam dewan tu. Haha, excited sangat! Tapi, aku still rasa macam tak percaya lagi laa sebelum dapat tengok slip depan mata. Haha, mengada ngada.


Okay, cikgu Asiah pun ada kat belakang cikgu Zimah. Cikgu Asiah siap cakap lagi 'betol..' Sebab, kitorang ala ala still tak percaya gitu! Haha. Maka, pengetua pun dah datang. Okey, dewan pun dah penuh kan. Cikgu Azman pun panggil laa nama budak yang dapat 9A.. Hoho.


Dengar punya dengar.. yeahhh. Nama aku. Haha, cool lagi. Sebelum naik pentas, kena lalu dekat cikgu cikgu dulu. Sengih dulu.. Hehe. Cikgu Zimah suruh naik dulu.. lepas tu baru cakap cakap. Haha, masa aku nak pergi tu sempat lagi aku dengar cikgu cakap


'tengok kasut dia tu'


haha, ape laa cikgu. mentang mentang saya pakai baju kurung dengan kasut yang ala ala rock sporty. kah kah kah. redha je laa. okey, amik slip.. cium tangan ummi pengetua. hak hak hak. keluar ikut pintu lagi satu. pusing dan masuk pula ikut pintu lagi satu. kemudian, baru berhenti kat cikgu zimah. haha, lama juga laa aku berdiri kat cikgu walhal cikgu azman still tengah panggil nama budak budak laen. haha, tak kesah.


ade laa aku borak borak sikit dengan cg zimah. pasal ape ? biarlah rahasia! haha


ermm, okey. aku pergi duduk. slip dah dalam tangan.


A
A
A
A
A
A
A
A
A


ermm, mimpi? tak. :)


aku dan Hani dah lepas. Cena yang kat tepi sejuk tangan. Haha, aku pula yang tenangkan dia. Ahaa, waaahhh. Dan, selepas 47 orang.. maka habislaa budak budak yang dapat 9A. Yang dapat lain, kena amik slip sendiri dengan cikgu kelas yang ada kat depan. Hurmm. Mase tu dewan memang gamat la. 


Ucapan tahniah kedengaran situ sini.


Salam salam dengan cikgu.


Senyum nangis semua ada.


Okey, bila keadaan macam dah reda kan.. aku pun tengok Ustazah Rohani guru kelas ku yang tercinta.. Nak tegur laa. Sebab, ustazah nampak tak busy. Salam dan cakap cakap dengan ustazah.


Dan, enam orang budak kelas 3 Ibn Rushd dapat 9A. Tahniah ye


Amni
Amira
Fasiha
Faezadti
Hasliza

Caya laa korang!


Heee, kami pun keluar beramai ramai. Huk huk huk. Ramai laa kat pekarangan sekolah tu. Sempat salam segala bagai. Jumpa jumpa senyum senyum. Uhuu, sebelum tu dah call my papa cakap dapat berapa result.


Haha, my mama siap warning awal awal lagi.. kalau tak dapat 9A, jangan telefon! Erkk. 


Baru je ingat tak nak telefon, tak nak kasi tau lagi.. tapi, tak sampai hati pula :)


Yang 9A semua kumpul, amik gambar. Haha, aku rasa aku yang lewat sekali. Nasib baik sempat bergambar cewahh. Sebenarnya, pergi bilik guru dulu.. nak cari cikgu Asiah tapi tak jumpa. Dan, kembali ke surau. Tengok diorang tengah berkumpul. Aku pun kena laa berdiri kat tepi sekali. Haha, lelaki pula yang ada empat orang. Dua kat kiri dua kat kanan. 


Hafifi dengan Zahir belah aku ye. Hahaha.


Tq untuk hadiah hari jadi tu. Teddy yang sangat sangat comel dan sederhana besar. Tu pun, malu nak bawa sebba takde beg! Haha, kat mana nak sorok? Pegang je laa. Pergi amik baju kelas dengan Yaya. Sumbat teddy, slip dalam plastik baju. Settle. Hehe.


Sementara tunggu my papa, borak borak kat pondok dengan Hani. Well, hani balik dengan aku. Ada kak Fauziah juga. Ada Syikin. Heee, lama lepas tu. Cg Zimah berhenti duduk kejap, borak borak lagi. 


Dan, cikgu siap tunjuk IC lagi.. haha. Sebab, aku buat nada tak percaya yang 23/12 birthday cikgu! Haha, ape laa cikgu. Nak dekat ye kite. Cg Zimah 23. Amni 24. Aku 25.


Oo yeahhh, bila papa dah sampai.. kami berdua pun berjalan laa keluar. Hmm, sekolah dah sunyi sepi lorh! Papa siap tunggu kat luar kereta lagi. Nak tengok slip dengan mata sendiri. haha, akhirnya.. betul laa! Dapat 9A lorh.


Hehe, ceria je perjalanan balik tu.


Haha, aku dah usul dah hadiah apa yang aku nak. Ade laaa. Yeayyy! Walaupun mama macam main tarik tali je macam nak bagi tak nak bagi.. papa tetap senyum. Haha, maka peluang adalah terlalu cerah. Yes!


Sayang Hani. 


Ermm, akhirnya.. pulang ke rumah.


Maka, masih tak rasa apa apa. Speechless.


Dan, hari ni baru rasa mimpi. Berulang kali tengok slip tu. Macam tak caya aje! apa pun, Alhamdulillah.


Tapi, aku memang dah taubat dah. Masa form 4, mesti buat yang terbaik dah. Nanti laa nak tulis jerih perih sepanjang tiga tahun ni. Haha, actually masa form 2 dengan form 3 laa baru rasa jerih perihnya nak memburu impian. hihi.


macam macam laa.


dan, aku bersyukur.


sangat bersyukur.

 erkk, ini kenangan sambutan raya 2010. haha, mase tu baju sepasang je dengan ketua kelas HAHA tapi sepanjang hari bad mood maka kurang bergambar sebab tak boleh nak amik gambar, redha je.



Terima kasih, Allah :)

Thursday, December 23, 2010

Alhamdulillah.

Hari ni 23 Disember. Hari bersejarah laa kot ? Hehe.

Apa apa pun, sangat bersyukur tak terhingga.

Thanks untuk yang bagi support selama ni

Papa Mama dan family
Cikgu Cikgu 
Kawan Kawan
Seniors Juniors
dan
Kak Arina tersayang

hehe, tahniah untuk kawan kawan seperjuangan.

:D

till then,
salam

Rindu Abang Hadi

  
rindu abang hadi

rindu juga abang nuar

rindu juga abang azim

dan rindu juga abang nabil

tapi, sangat sangat rindu abang hadi, erkk atau aku panggil abadi jer. hehe, panggilan manja auww. serius rindu giler giler. satu satunya fasi yang paling aku sayang, haha. rindu nak dengar abang hadi cakap dengan gaya segala bagai


'oo, biase berlaku'


'sabar je laa'


'don't be gelojoh man'


'yang perempuan jaga jaga, yang lelaki cover cover'



banyak lagi laa.
 
abang hadi yang sempoi, walaupun kadang kadang garang HAHA sebab sikap kami.

abang hadi yang naikkan semangat kitorang. haha, masa tu dengan abang azim.. well. abang zim garang siket HAHA maka kami pun macam dah lesu letih nak break clap segala bagai. hehe, kemudian abang hadi datang depan. dia cakap cakap dan suara serta sikap dia terus aje naikkan semangat kitorang. terus 'ooo yeahhh!' lepas tu, abadi pun buat tanda bagus dan tinggalkan kitorang kembali dengan abang zim. huhu, nampak tak betapa bermaknanya abadi kat hati kami? :)

erkk, atau kitorang yang ngade ngade sebab tak nak fasi yang garang siket (?) :P

dan sekarang.. sangat sangat rindu my abadi




abang hadi akan sentiasa abadi di hatiku. HAHA, nama ayah abadi sama je dengan nama papa aku. cewahh, bangga bangga =_="

sayang abadi.

dan aku takkan lupakan abadi, walaupun abadi dah lupa aku laa. HAHA, memang laa. abadi kena ingat ramai kanak kanak ribena manakala kanak kanak ribena yang ramai tu hanya akan ingat abadi rock yang sorang tu je. harap abadi tak kan lupa kitorang geng Bt Papan. hehe, apa pun.. harap abadi sentiasa rock.. yeahhh.

1Malaysia, kan? :)


Wednesday, December 22, 2010

Dani's Qaqa, and the memoirs

Salam

entry ini entry rindu, kerinduan, merindukan, erkk..

semalam aku mimpi Dani. Entah kenapa, masa tu kitorang pakai baju sekolah. cewaaahh, lepas tu dalam ramai ramai murid sekolah aku nampak dani. baru je nak panggil, kawan dani pun tarik dani pergi duduk kat kerusi. aku pun kejar dan tercari cari di celah celah orang ramai. dan, aku pun nampak dani. aku pergi dekat barisan kerusi dia dan jerit 'dani!' dani pun tengok aku. dia pun bangun. dani dengan aku pun sama sama menjerit ke'excited'an HAHA kemudian kami pun peluk.

drama pun habis, :) 

aku rindu dani.

aku baik je dengan dia dalam kumpulan. mana mana aku cari dani. dani baik. kami pun sempat sama sama nyanyi lagu 1Malaysia malam tu , siap pegang pegang bahu lagi dengan erat. dan, lepas nyanyi dengan penuh perasaan tu.. dani pun berpaling kat aku dan dia cakap

'saya sayang awak laa'

dia senyum. aku senyum. aku balas

'mean chan' [saya juga/macam saya]

aku suka dengar dia bercakap, lembut. dia memang baik. aku sayang dia juga.

dia tak jemu jemu jawab pertanyaan aku. hampir setiap hari aku tanya perkataan siam yang baru. dalam 10/11 patah, balik rumah aku tulis. dan aku siap buat ayat mengarut segala bagai dengan menggunakan kosa kata yang aku tahu cewaaahhh dan dia akan dengar. lepas tu, dia akan cakap

'haa, betul' 

aku sayang dani.

tapi, malam terakhir dia tak datang. dia demam. tercari cari aku mana dani. selalu aku sampai dia dah sampai. aku rindu dia. bila tanya yurie, dia pun cakap dani demam.

esoknya, dah nak balik. awal awal lagi aku tanya yurie dengan rat, mana dani? diaorang cakap dani nanti datang lewat siket. demam kan. kecewanya aku.

dan, bila dah siap siap nanges salam segala bagai, kitorang buat aktiviti sendiri kat luar. budak budak ni mesti laa bergambar. ehm, then.. aku nampak dani. tapi, aku tak tegur lagi mase tu. dalam hati aku cakap

'lepas lepas ni laa, nanti tak ramai orang. lagipun dia kan demam'

rupa rupanya aku yang ralat. tak berjumpa pun dia, tak nampak pun dia lepas tu. aaa, mana dani? at least, aku nak peluk dia.. kho tod daruni.

okey, memang dah tak jumpa. :'( 

dan bila bas kami berhenti kat depan masjid, nampak tharinee kat tingkap. tharinee lambai lambai kami. kami pun lambai lambai rhinee. tapi, dani kat mane ye?

dalam bas, aku pinjam buku nota Lau. tengok bioz dani. tapi, dani tak letak nombor telefon. hurmm, takpe. aku dah ambil nombor yurie dengan rhinee. nanti nak tanya diorang lar. aku pun sayang mayurie dengan tharinee jugak. :)


chan rak ther mark. ther di kap chan. ther phean-kan chan nan, dani. chan chop khong ther phrok ther suai mean chan. hak hak hak. ther di mai wan ni phrok ther di nan. 
chan sau, daruni. 

dani la yang nyanyi lagu dalam siam untuk aku, rasanya dua kali. sebab, aku kata aku nak dengar. dia pun nyanyi. aku rindu dia. dan, sedikit kosa kata yang aku belajar dan hafal kat sana, aku takkan lupa. dia yang bagi penerangan macam mana bahasa siam, dan part yang aku suka bila dia dan geng cakap siam. haha, aku akan duduk kat diorang dan dengar. hehe. lembut sangat. dan, aku nak buat tu jadi kenangan. kenangan terindah kat sana.. dengan daruni.

dan, daruni satu satunya orang yang panggil aku Qaqa. or maybe Kaka (?). hehe, sempat dia tanya aku.. suka tak pemain bola nama Kaka tu? aku tanya dia pula.. dani suka ke? dani cakap.. 

'tak laa' 

hehe. dani.. dani..



itu mayurie, sweater pink. ratchanok baju pink.. kat tepi yurie.


sayang diorang.


sayang kenangan.


Regards,
Dani's Qaqa
06 -10 disember 2010

Monday, December 20, 2010

Nak Jadi Watak Baik

:)

Lamanya rasa tak meng'update' blog HAHA, konon konon lama.. hurmm, lama la kot bagi aku. Entah, best juga kan macam ni. 


Tak usah update belog.

Tak payah buka facebook.


Diam je, kan ke tenang hidup? Lagipun, aku dah mula rasa bosan bosan dan tetap bosan. Terutama dengan facebook lar. Belog jangan, sentiasa di hati. Kalau takde belog, aku nak menulis menaip kat mana? hehe. Bila buka facebook, chatting aje kerja. Haha, bukan aku yang chatting tapi aku yang tengok orang chatting. Selalu je budak budak ni suruh aku join, tapi aku jadi malas la. haha, pertama.. sebab ramai sangat. erkk, ramai laa kot. tapi, sejak bila aku tak suka ramai ramai ni? aneh. tapi, tu laa yang aku rasa sekarang. aku lebih senang buat hal sendiri dan hanya perhati je hal orang. tak ikut campur. pasif? tak juga. maybe ini akan jadi prinsip aku, prinsip kat dunia maya. sebab, kalau nak suruh aku jadi pasif kat realiti.. erkkkk, dalam mimpi lar. :P

Sungguh, aku rindu sekolah ~ aku dah bosan tak pergi sekolah. aku sayang kawan kawan. aku nak jumpa kawan kawan. sebab, bila aku jumpa kawan maka aku akan happy. heee, tak sama lar chatting dan jumpa. chatting tak best, huhu. entah kenapa aku semakin benci chatting sekarang? haha, minat sudah tiada. tapi, kalau orang tegur dulu.. aku balas laa.. huhu. bukan nak sombong ke ape tapi mood aku sentiasa pelbagai. kejap rasa nak chatting dengan semua orang. kejap rasa malas yang amat. erkk, ntah ape ape.. aku pun tak faham.

yang penting, biarlah aku dengan dunia aku sendiri. biarkan aku sendiri ~


pstt : sampai sekarang masih teringat ingat


*kalau jadi jahat, saya akan rasa diri saya tak gune.


*sekurang kurangnya watak baik akan sentiasa disayangi dan dilindungi.


*kena kuat selalu. pura pura kuat pun takpe asalkan tak tunjuk lemah.


dan, aku nak jadi watak baik.. sebab aku mahu sentiasa disayangi dan dilindungi walaupun watak jahat selalu menyeksa :) tengs ye kawan, <3 *****



Thursday, December 16, 2010

Pemerhati



erkk, sangat setuju

huhuhu, penat laa. aku sayang korang semua, jangan laa pisah dari aku yer? sayang sangat sangat. 

aku masih memerlukan korang dalam hidup, sangat perlu walaupun aku bukan penting pun bagi korang. korang tau tak, setiap korang yang hadir.. buat aku tahu apa maknanya kenangan terindah. iya, manusia tak sempurna. jenuh je bace perkataan tu kan? haha, tapi hakikatnya memang macam tu.

dan, aku rasa.. aku nak lari. cewaahhh, haha. lari dari dunia maya. sebab? takde sebab. aku tak suka berhubungan kat dunia maya sebab aku bukan orang yang selalu dan akan faham perasaan orang. a'a, nampak je macam ni.. tapi, mungkin aku sukar nak fahami perasaan orang.

Haha, tak kesah laa cuma aku ni kurang memahami atau menyelami hati orang. haha, dah tak nampak depan mata macam mana nak selami? bukan senang ye berhubung kat dunia maya. ha ha ha. after all, realiti masih terbaik walaupun kadang kadang erkkk agak ermmmmm... ^^

dan, aku manusia biasa. sentiasa buat silap. sebab tu aku suka jadi pemerhati, seronok bila aku perhatikan korang yang ceria. takpe, aku diam je. sebab, aku sayang korang.

erkk, entri takde faedah la la la la, nanti nanti draft laa. cuma, still tak tahu apa yang hati aku nak.

dan aku rasa, nak jadi.. diam dan sepi.

itu terbaek.

Geng 1Malaysia Homestay Batu Papan [v]


Salam.

10 Disember. Jumaat.

Hurmm. Sedar tak sedar, akhirnya tiba laa masa ye untuk aku dan kawan kawan tinggalkan batu papan ni. huhu, tempat yang meninggalkan terlalu banyak memori. haha, seperti kebiasaan.. aku aje yang last siap. yang first mesti qilah. hahaha. setiap hari macam tu. bab tidur pula, sama sama lambat. tapi, setiap malam aku dengan hani asyik bergelak ketawa je. haha, mengganggu ketenteraman ma dengan abah je :P

bangun pagi, bersiap. uhuu, barang dah siap kemas habis dah. semalam lagi. okey, makan sarapan. untuk last day. huwaaaa T_T betapa seksanya perpisahan itu. haha, barang barang kami ma cakap tak payah bawa lagi. nanti abah hantar. ahakss, sayang ma abah. haha, kami pun melenggang laa pergi kat dewan tu. huhu, tengok kat sana.. dah ramai dah ada. penuh kawasan. macam mula mula kami sampai hari tu lagaknya. :)

menunggu, lama juga. iye laa, masing masing berkeliaran je kat kawasan tu. hehe, semua orang buat aktiviti sama, hihi. borak borak cakap cakap dan bergambar. manis kan? hurmmm. masa tu dah boring giler, tetiba terlihat zahir and the gang kat luar pagar. haha, panggil diorang cakap nak bergambar. iye laa, orang laen bergambar kita laa bergambar jugak kan? ahaha.

kami bergambar ramai ramai. sekali dengan budak rhino high school [nizam n adhwa]. baru je kenal diorang. huhu. part nak balik laa baru nak bermesra segala bagi. eytt, menyampah. haha. glemer gitu budak rhino high school. sek men keb badak. haha. banyaaaaaak cantik. diorang bagi buku tulis, suruh tulis biodata. haha, tulis je laa. siap buat SQH's Serenade lagi. oo laa laaa. kawan kawan, saaaaaayang korang!

okay, aku rasa kami yang masuk lambat ke dewan. haha, asyik bergambar weh. kejap gitu kejap gini. berbual bual. haha, takde tempat laen.. kat pagar jugak. hihi, ermmm.. bila dah masuk dewan, bermulalah part sedih yang menyayat hati T_T

okay, bagi ucapan segala bagai.. biasalah majlis kan. then, nyanyi lagu berpisah! bertemu dah berpisah adat manusia biasa.. hilang di mata tapi di hati tidak lupa.... laa laaa laaaa. haha, berulang kali juga kami nyanyikan lagu tu. siap berdiri tepuk tangan ikut rentak lagi. tapi, masa tu memang air mata sudah mencurah curah laa. qilah kat tepi aku pun sama. hani yang kat depan je nampak cool sikit. memang, tengah nyanyi laju je air mata turun. sebak sangat. hua hua hua. ermmm, tapi nasib baik aku tak ingat sangat lagu tu. maka, tak dapat laa terlalu menghayati. jadi, kesedihan masih boleh di-cover. T_T

okay, sebelum tu pergi amik kain tuala kecik dan pen bertulisan program kami tu. haha, yang pen tu kami semua gantung sekali dengan kad. haha, nasib baik tak terjerut dengan dua tali tu. huhu. kain tuala yang dalam plastik tu kami kena bagi kat keluarga angkat. hehe, dan kami? masing masing amik warna berbeza. aku hijau kot. qilah biru, hani pink. ermm, pinjam marker. dan, aku pun tulis nama penuh kitorang dan nama manja disertai tahun '10 kat tuala tu. biar mereka ingat kami, sampai bila bila... haha, aku tulis dengan penuh perasaan cewaahh haha sampai qilah cakap cantik jugak tulisan aku. erkkk, ape laa kau. aku tahu laa tulisan aku terlalu cantek sebelum ni, huhu.

okay, lepas nyanyi tu emosi dah stabil siket. sabar sabar. tarik nafas. heeeee. kemudian, sesi bergambar. oo yeaahhhh. yang laki naik pentas yang perempuan tak payah naik pentas. haha. cikgu laa yang susun segala bagai. kitorang ikut je.hurmm, aku dengan geng awal awal lagi bersila di lantai. haha, senyuuuuuuuum.

klik situ klik sini. senyum situ senyum sini. kami pun kena beratur, buat barisan. lelaki dan perempuan. cewaahhh, imam muda di panggil ke hadapan. baca selawat. huwaaa, sabar sabar. cool ye. imam muda = izzat rosmadi. haha, pe kes laa budak budak ni panggil dia macam tu? hihi. layan je laaa. hurmm. kami pun buat ala ala majlis izin ilmu gitu. ibu ibu dan bapa bapa beratur. kemudian, sorang sorang pergi salam. hurmmm. sebak dah rasa. masing masing dah nanges!


hurmmm, okey.. tiba je giliran kitorang.. terus tak boleh tahan. air mata laju je. haha. kitorang siap peluk ma lagi. hurmm. salam cium pipi nanges. hehe, orang kampung kat sini baik sangat! haha. part yang aku nanges giler giler masa salam dengan ma dan mak cik tu. kitorang duduk sebelah mak cik tu tadi masa dengar ucapan. sempat borak borak dengan dia.. cakap tak nak balik laa, best laa duduk sini.. hehe.

dan masa salam, mak cik tu pun peluk sambil cakap

'kalau tak nak balik pun takpe, tak payah balik laa.. duduk sini lagi.. kekgi biar abah mari amik.. lalala'

erkkk, terus menanges! hehe, sebak nye amat amat sangat. huhu. serius, sayang diorang.


dan, bila dah siap nanges nanges, amik masa sekejap.. dan kitorang pun bergambar dengan family angkat. okey, masa tu dah mampu senyum dah. nak bergambar kan.. kena laa cun T_T senyum memanjang je. iye laa, nak tinggalkan diorang.. dengan senyuman :)

amik masa bermesra dengan kak adik angkat dulu. ann dan dina. haha, ann tu mase hari keempat kelima baru nampak kecoh je dengan kitorang terutama dengan aku. haha, tak sangka ye? ape kes.. sekali masa tu sempat dia sembur aku..

'kak iqa menempik ye semalam?' sambil sengih sengih.

aii budak ni. erkkkk. HAHA. tu kerja aku dengan hani laa tu malam malam. kan dah cakap, memang mengganggu ketenteraman rumah orang je! haha.

peace, smile. hehe. seronok je usik ann. umur dia pun dalam tujuh lapan tahun rasanya.

hehe, dan sesi bergambar diteruskan. mana yang nampak depan mata, aci rembat je laa. haha. gambar eksklusif dengan hazim [nah, amik.. aku sebut nama mu :p] dan budak budak sekolah aku. haha, hazim sapik zahir mukmin.. geng geng aku laa tu. cewaaah.



haha. mintak bergambar dengan 'adik'. hehe, haziq hazman. popular wuu kat kem tu. dia je budak form 1. dari beberapa orang je panggil adik terus semua orang panggil dia adek [sempat lagi diusik kenapa adik sama tinggi dengan kakak. huwaaaaa] haha, comel je.. gambar dengan syarul, serta beberapa lagi serta yang paling penting ngee ngee ngeee Perdana Menteri. Haha, cute je PM kitorang. memang sporting tahap habes!


gambar gambar dengan geng kitorang. gambar gambar dan gambar. haha, masa nak naik bas sempat kumpul geng ittifaq. bergambar ramai ramai kat dewan. haha. sebelum pergi, peluk ma. kitorang peluk. haha. ma dengan abah siap bagi kitorang bekal perjalanan lagi. semua diorang beli sama. haha, macam kembar tiga dah. biskut cokelat air semua sama! haha. takut kitorang dengki katanya, hihi.

okey, masa naik bas.. still senyum. ramai je diorang. bas kelantan terengganu gerak dulu. yang Pahang lambat siket sebab bas rosak siket rasanya. arghh, tak adil. haha. lambai lambai diorang dengan penuh perasaan. bye situ bye sini. flyin' kiss situ. flyin' kiss sini. haha. dah tak kira dah, lambai semua! tanda sayangnya kitorang. hehe, bas dah meluncur laju. cewaaah, dan aku.. tengok ke arah luar. betapa batu papan tu menjadi saksi bahawa aku pernah ada memori yang sangat indah kat sini. terlalu indah.

okey, naik bas dah mula pening pening. huhu. tapi, gagahkan diri. haha, tengok jalan. at least cuba ingat. iye laa, ada rezeki nak datang lagi. hehe, berbual bual borak borak.. terus lelap. haha. tersedar pun sebab sejuk sangat hehe. barang barang penuh dengan makanan segala bagai. bas sunyi sepi je. sedih sangat. dan, berhenti kat masjid. masa tu orang tengah jumaat. hurmmm. dah ceria dah.. nampak tharinee kat bas kelantan. bye bye kat dia! hehe. yang ralatnya, tak sempat cakap good bye kat daruni! dia demam, dan aku sayang dia. chan rak ther mark!

hehe, maka untuk hilang kebosanan dalam bas tu.. mesej mesej calling calling cewaahh. glemer je rase. huhu. dan, kami berhenti di stesen minyak yang sama. haha, kali ni hani belanja cadburry! haha, sayang hani. aku pula belanja jihah cokelat-apa-nama-entah. haha, takpe.. aku pun sayang dia. sedar yang aku ni banyak je buat salah kat jihah. jihah, walau apa pun.. mu selalu kat hati. huk huk huk.

dan, masa kat kaunter.. beratur sebelah dia. haha. sebabkan geng kitorang je maka riuhlaa kedai stesen minyak tu. haha, suruh belanja. dan, amik lolipop kat tepi, letak atas meja. dia tengah bayar. haha, relaks. muka seposen je. haha, kita kan kawan ^^ dah bayar tu, dia pun blah dengan cakap 'siape nak bagi?' haha. aku sengih je laa sebab aku tahu dia akan bagi. macam aku tak kenal dia. haha, last last fatin najihah kat belakang yang hulur lolipop tu. haha, kan dah cakap.. kawan aku semuanya baek baek belaka. hihi.

dan, ada iklan livita laa pula atas bas. hehe. bas kami sebelah menyebelah. satu bas laki dan satu bas perempuan. maka, sementara nak menunggu bas bas tu bergerak, kecoh laa dulu. haha. disebabkan langsir diselak kasi cahaya masuk eewaahh maka riuh je kitorang. haha, dan ada laa kawan PM ni, orang panggil shah. haha, dia glemer jugak. dia laa yang sebut 'laye' sampai AbaDi terbahak bahak. haha, mula mula dia ketuk cermin. dan buat gerak mulut tanya hani 'ganu?'

hani angguk je laa. kitorang semua dah sengih bila mamat tu, erkk baru form 4.. tunjukkan aksi minum minuman dia. haha, lawak sungguh. gayanya ala ala model terhangat yang mampu buatkan kitorang ternganga. haha. dia minum LIVITA! Haha, siap konon konon angkat lengan ni tunjuk otot dan minum livita. sesiapa yang tengok, memang erkkkk geli hati laa. haha, budak budak sungguh pelbagai ragam. perlu waktu nak mengenali sikap satu sama lain tapi bila dah kenal, kita akan hargainya :)

dan, perjalanan kitorang berakhir di pekarangan ppd besut. sebelum balik, sempat pergi masjid kg raja kat depan. haha, gile punya jalan.. lebar gedebak. dah takut takut nak lintas, tapi cool okey. nasib baik ada trafic light jadi bila kereta tak gerak kami yang gerak haha. manis je kenangan. hani balik dengan aku. bye bye. heeeee.

terima kasih yaa sebab beri aku peluang merasai indahnya 1Malaysia. terima kasih yaa sebab beri aku peluang sertai program ni. terima kasih yaa kawan kawan sebab benarkan aku memasuki hidup kalian. dan, terima kasih untuk hikayat yang paling agung ini. terima kasih untuk perpaduan ini. terima kasih untuk kebahagiaan dan senyuman ini.

Program Perpaduan 1Malaysia Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan, Batu Papan Gua Musang akan selamanya berada di hati aku.

Orang kampung Batu Papan.
Ma abah dan anak anak.
Fasi fasi AbaDi AbaZim AbaNua dan Abang Nabil
Kumpulan Permai Abadi [10]
Geng 1Malaysia Terengganu Kelantan Pahang

1Malaysia!


regards,
Sya Izz

Tuesday, December 14, 2010

auld lang syne


tetiba je rasa nak masuk dalam dunia gelap balik.

sorang sorang, sepi, sendiri.

senang kan? takde dah orang nak masuk dunia aku. dan orang yang dah masuk, tak boleh dah keluar. kalau nak keluar, silakan. aku hanya hargai orang yang turut sama menghargai (?)

arh, jangan emo. baru je nak keluar daripada trademark emo gelap sepi segala bagai. agaknya, dah memang jadi jiwa tak? gelap. dark. ha ha ha. 

ermmm.

auld lang syne bernada lagi,

dan aku

(?) 

y'know that feeling where you think the world is turning againts you? and you say you want to be alone, but really you just want to have that one person who doesn't take all the 'i'm fines' for an answer, who'll stay on the phone until you fall asleep, who'll hug you when you need it and make you laugh when you don't even feel like smiling. yeah, i want someone like that, that i can trust with my life .

Kesayangan Hati

Pernah tak bunga bunga rindu
mencengkam hati?
Pernah tak awan awan kasih
meliar di jiwa?

Ia, aku pernah
merasakan rindu yang teramat
kasih yang terlalu kukuh
sampai tidak larat aku leraikan
pabila rindu dan kasih tidak bersegan silu
berpaut di khayalan

rindu
pada mereka yang hadir 
ketika aku kekosongan
ketika aku keseorangan

kasih
pabila mereka ada
waktu aku sendiri
waktu aku mengharap

terima kasih untuk kenangan 
yang telah diuntaikan jauh di sini

sakit 
bila aku harus terima perpisahan
bila aku harus menjauh
bila aku harus lari dari memori
yang terlalu cantik

terima kasih untuk senyuman
terima kasih untuk kebahagiaan
terima kasih untuk jiwa jiwa
yang menerobos hidupku

terima kasih
wahai kesayangan hati


[izz;dec14'100712_auld acquaintance]

Geng 1Malaysia Homestay Batu Papan [iv]

*menulis dengan rindu yang membuak*

salam. haha, entry sudah masuk hari ke empat. hehe, setiap entry sebelum ni panjang je kan.. tu pun ada yang tak terluah lagi sebab memang dah tak boleh nak luah lagi dah. oh, kenangan yang buat aku sebak je kalau diingatkan balik! hurmmm. biasa berlaku :)

okay, hari keempat hari yang takde aktiviti sangat. cuma, majlis perasmian penutup laa sayang. huhu, sabar sabar. dan kenduri rakyat. yeahh, sangat best!

pagi ni ada senaman aerobik. diketuai oleh AbaDi haha. happy yang amat! Sangat best laa. gembira. hehe. aerobik. chicken dance. senyuman AbaDi. oohh, rindunya. hehe. okeyh, dah sudah aerobik tu.. kami dibahagikan kepada dua. satu kena merewang untuk kenduri rakyat. satu lagi kena stay kat dewan terbuka buat persiapan. yang terlepasnya cuma kumpula tarian india dan choral cpeaking. mereka kena laa berlatih untuk persembahan petang nanti.

aku hani qilah dengan sukarelanya pergi merewang. cewahhh, hahaha. mula mula kitorang potong kubis je. haha, kubis yang sangat banyak. sempat tengok lembu sekor baru lepas kena sembelih. huhu, kesiannya. hurmm, yang laki potong daging. yang perempuan, bawang sayur. haha, best buat kerja dengan makcik pakcik kat kampung tu. best sangat sangat. first time rasa macam ni. iye laa, orang kampung bergotong royong buat kenduri rakyat dengan kitorang ramai ramai. sweet sangat. heeee. 


tapi, aku dengan hani lepas potong kubis terus pergi dewan terbuka. haha, konon konon tukar syif. lalala, konon konon susun susun kerusi laa juga.. padahal sempat lagi bergambar sambil tengok geng syarul buat tarian india. berlatih. dengan cikgu dua orang. haha, seronok amat tengok! cute je diorang diorang semua. oo yeahhh.

lepas tu, kami jalan jalan pula dekat dewan tertutup. haha, kitorang pergi tengok orang melapah daging, haha. ermm, tetiba je PM berpaling kat aku hani dan thirah dan dengan suara lantangnya sebut 'haaa.. ustazah!' erkk. terkejut kitorang, terus blah. haha, sungguh nakal perdana menteri kitorang. tu, yang pakai baju kuning tu. hehe. dan, bila dia terserempak dengan kami lepas tu, terus senyum senyum malu bila terlihat kitorang. haha, takpe. biasa berlaku...

hak hak hak. dan kami pun tolong pasang bunga manggar dengan anak anak kampung ni. lalalala. kemudian, jalan jalan dan jalan. hehehe. okay, rehearsal bermula. kami kena duduk kat kerusi masing masing. haha, abadi abanua siap jadi vip lagi. hak hak hak. yang jd MC, Nizam dengan Niza. Haha, comel tak? Masa rehearsal diorang laa yang kena jadi pengantin. wakaka. actually, ada gimik perkahwinan.. pengantin tu orang kampung ni laa. kerusi air mawar hantaran segala bagai. haha.


kemudian, dalam 12:45 kami kena pulang dan pukul 1.30 datang balik dengan baju rasmi. omaigod. hahaha. giler sungguh rasa. baru je nak balik, orang kampung panggil suruh makan. huhu, ramai jugak laa yang tak makan. balik je. dah takde masa. haha, majlis perasmian nanti mula pukul 2 petang. hurmm.


balik rumah bergegas tukar baju segala bagai. haha, qilah pulak badmood hari tu. sabar sabar biasa berlaku. kan kan kan? :P cepat je kami balik rumah. dan, bila dah ke sana lagi baru kami makan dengan aman. haha, sebab orang takde lagi. hehe, balun habis habisan makanan tu bro. hasil kerjasama semua yaa. cewaahhh.


akhirnya, kami pun duduk laa kat dewan terbuka. lama tu, acara pun bermula. iye laa, macam biasa. ucapan situ sini. hehe, mengantuk pun ada. iye laa, petang petang kan. hurmm, bab persembahan laa yang paling cool. haha. terutama persembahan dikir barat orang kampung. serius, memang comel sangat sangat. haha, first tengok dikir yang best depan mata. selalu yang biasa biasa saja. habis sudaaa. haha.


akhirnya, majlis pun tamat. kami kena angkut balik kerusi kerusi plastik tu semua. iya, kemas laa dewan. abazim dah cakap, yang perempuan maksima tiga kerusi je sorang. haha, sayang abazim. tapi, memandangkan dah takde kerusi yang nak diangkat.. maka aku dengan hani pun angkat sama sama. tiga kerusi dua orang. haha. bila dah nak sampai kat dewan tertutup tu, terserempak dengan abazim. abazim pun tengok kitorang dengan aneh. terdiam kitorang. wakaka, punyalah takut dengan abazim. hahaha.



lepas tu, dah lama ni kami nak amik gambar dengan abaDi. dan, peluang ada.. yeahh. jauh kat dewan terbuka tu terus nampak abaDi kat sana. hehe, jom pergi. ajak hani. ekeke. abaDi tengah sorang sorang maka aku dengan berdebarnya cakap kat abaDi nak bergambar. dia pun sengih dan buat style rock nye. hahaha. happening gile. asyik ketawa je masa amik gambar. dan, yang lain pun ikot laa bergambar juga dengan abaDi. hehe. ada sekali tu, aku dengan hani nak amik gambar dengan abaDi. masa tu abaDi tengah cakap dengan abg nabil. hak hak hak. abaDi siap minta diri lagi dengan abg nabil cakap nak bergambar, well ramai peminat kan beb. haha. konon konon menunjuk laa kan. dan bila kami bersiap nak bergambar.. kamera dah 1,2,3, terus abg nabil melompat depan kami. haha, dramatik giler. memang gelak tahap habis habisan laaa!

petang tu program boleh dikatakan berakhir awal laa. dalam pukul 5 dah boleh balik kan. hurmm, kami amik kesempatan bergambar. haha. siap duduk atas jalan lagi kat depan rumah. sampai geng geng lain yang dalam perjalanan balik siap tegur lagi kuat kuat. part tak boleh lupa along cakap 'haha, ustazah bertapa laa..'

jeng sungguh. haha, takpe takpe. minta tolong zati adik angkat kitorang yang jadi gambargrapher. haha. seronok je kitorang bergambar kat tepi tepi jalan. cewahh, last last tanya dia gua madu dekat tak? yang kitorang dah pergi dah hari tu. tapi, rasa nak pergi pula laa. haha, zati pun bawa kitorang ke sana. jalan kaki. yeahhh. selalu je jumpa geng kitorang yang lelaki bawa motor. haha, padahal AbaDi dah haramkan. Sungguh melanggar peraturan. haha. kami tegur je laa diorang gitu gitu. bila dah sampai kat batu madu, nampak geng geng lelaki sebahagian ada kat pondok. sebahagian lagi dah selamat dalam sungai. haha, giler laa korang. air tengah keruh pun still mandi lagi. haha, kami ternampak. bukan mengintai ye. siapa suruh diorang mandi depan depan. wakaka.


kat jambatan gantung siap posing lagi. haha, ramai juga terjumpa kawan kawan aku. naik motor. arh, tak aci laa korang. zahir siap bye bye lagi kat kitorang, haha dia pembonceng je. syafiq pun sama. tapi, yang bestnya.. masa nizam dengan syafiq nak naik jambatan gantung.. motor terus tak hidup haha. so, syafiq turun dulu. hehe, sementara nizam berusaha gigih nak bagi motor hidup nak naik jambatan tu.. kami bergambar gambar dulu. haha, percubaan kitorang baru nizam berhasil. gelak gelak. siap tepuk tangan lagi kitorang. dan, bye bye. wakaka. dalam perjalanan balik, hani tersayang pula dah takde mood. wakaka, sabar sabar. cubaan, senyap je budak tu. nasib baik dah masak dengan budak tu. wakaka, dalam bilik.. tahulah apa yang aku buat kat dia. akhirnya, steady je. dah okay. haha. terkekeh kekeh gelak bersama.


okay, malamnya pula malam yang indah. malam terakhir kan kat sini. sebak je rasa. hurmm, dengan ceramah. pasal rukun negara. cikgu yang bentang guna slaid. sambil sambil masa terluang tu, nyanyi dulu lagu biasa. sayu sangat rasa. kemudian, dengar abang nabil berkata kata. eewaaahhh. sampai hati diorang cakap kat kitorang yang diorang nak balik kuala lumpur malam ni juga. konon konon dah tak boleh jumpa esok. huhu, kitorang siap cakap lagi..'tak nak!' sebak sebak. sempat main 'siti kata dan abang kata' dengan abanua. haha. gembira je! hurmm, serius. sayang abadi, abazim, abanua dan abang nabil. sangat sangat.



sebelum balik rumah, sempat bergambar gambar kat dewan tu. agak agak lambat juga laa kitorang pulang. hehe. dah balik pula, pergi dapur.. makan makan sambil borak borak dengan ma dan abah. haha, elok elok borak borak.. ma pun keluarkan gelang yang dia buat. haha. cantek, ma pakaikan tapi gelang tu ketat. hehe, kami yang gemok kah? wakaka. kitorang pun ikot ma pergi sambung gelang tu. rupa rupanya ma buat gelang suasa. haha. banyak sangat kristal kristal. comel sangat. macam macam kami tanya. pukul 1 lebih baru tidur. haha, rasa macam tak nak tidur je! sebab, tak nak balik.. huhu.


dan, kami pakai gelang tu.. tak tanggalkan dah.. hehe, ma buat tiga gelang yang sama. ma cakap kalau tengok gelang tu semoga kitorang ingat kat ma. huhuhu, sedih amat!





aku sayang, kenangan hari keempat. kenangan yang sangat indah. sayang sangat sangat