Friday, December 24, 2010

Of Kenangan Result PMR 231210

Salam. :)

Mahu cerita, tentang hari yang menjadi debaran. Haha, dah berlalu pun akhrinya hari itu.. hari yang bagaikan mimpi HAHA :)


Hurmm, pagi khamis tu baru rasa berdebar. haha, sebelum ni cool aje. haha, rase macam... erkkk. entah. okey, pergi sekolah dalam pukul 10 lebih gitu ann. buat ape pergi awal awal, bukan best pun. 

menambahkan debaran tu ada laa.

heee, awal awal lagi aku tak bagi mama papa ikut. cewahh, kira nak pergi sorang sorang laa ni. ermm, tak nak diorang ikut.. sebab takut kecewa. hak hak hak. baru je aku turun kereta, nampak Wani/Kak Long. Hoho, Wani datang dengan ayah dia. hihi, aku pun jalan laa dengan Wani. Mula mula kami pergi pondok wahh. Nampak Husna Madiha yang ayu tengah berdiri kat tiang. Yeahhh, kami bertiga pun borak borak laa. Orang pun dah ramai laa kan. 


Erkk, cool beb.


Akhirnya, Pqah Qilah pun datang. Haha, aku ajak Qilah pergi bawah pokok kejap. Jumpa dengan Nadia. Nak tengok baju kelas. Hurmm, lama lepas tu.. Qilah pergi dengan Asmaq. Aku pula duduk dengan Cik Hani kesayangan. Bagi aku laa kan, baju kelas aku tu comel je. Sangat simple. Wahh. 


Yang aku rasa nak tergelaknya, kitorang nak buat baju biru tulisan hitam. Tapi, kedai pergi buat baju hitam tulisan biru. Erkk. campur putih siket siket. dan, aku rasa comel laa! Nasib baik orang kedia tersalah buat. Kalau tak, tak merasa laa nak berpakaian hitam dengan Rushdianz. Ermm, baru macho. Serius!


Okey, agak agak dalam pukul berapa entah.. aku Hani Qilah Wani dan Yana pergi kat surau. Uhuu, takde orang pun kat surau. Yer laa ann. Orang lain semua still berkumpul kat pondok dan kelas. Hmmm. Wani pun dengan comelnya menawarkan phone dia untuk aku Qilah Hani hubungi mama. Ermm, mama angkat yang masa program KRN tu. Haha, still berhubung tau! Maka, borak borak laa kami. Haha, mesej pula asyik masuk je dalam phone aku.

Mesej tanya result, haha.


*sengih*


okey, dalam pukul 11 gitu.. nampak cikgu azman masuk ke dalam dewan makan. Haha, pintu pagar dewan tu dekat surau je. Hurmm, siap tanya lagi cikgu.. 'bila nak bagi resultnye ?' Nampak macam tak sabar gitu, huhu. Memang laa.. dah lama tunggu ni.


Maka, cikgu pun cakap.. 'sabarlaa, dalam sepuluh minit lagi laa.. tunggu..'


Kitorang dah resah. Haha, terus bangun nak menuju kat bilik kaunseling. tetiba, kat tengah jalan.. terserempak dengan cikgu khairuddin.. ahaaa! kitorang pun nampak slip keputusan peperiksaan. Haha, aku pun pura pura minta 'cikgu, nak tengok?'


Cikgu pun sengih.. 'tak leh..' 

cikgu pun jalan ke dewan makan. Hihi. Rupa rupanya, cikgu cikgu dan segerombolan pelajar cewahhh dah mengikut kat belakang. Diorang dalam perjalanan ke dewan makan gak. Erkkk, tidak tidak. Masing masing cikgu kelas dah pegang result anak anak murid.


ermm, kami pun pusing.. berpatah balik ke dewan makan! haha. aku pun ikut. bila masuk pagar. dewan.. baru perasan ada mesej tak baca. Erkk, daripada Cg Azimah?


Cikgu tulis.. 'tahniah syg' [10:52 am]

Oh tidak! Kenapa aku baru baca? Haha, masa tu dah rasa dalam pukul 11 lebih kot. Huhu. Pelik juga aku.. kenapa cikgu hantar macam tu? macam.. dapat aje! Haha, tapi.. senyum je laa dulu. Musykil musykil.


Bila masuk je dewan, terus kitorang serbu Ustazah Maimunah. Hehe, memandangkan aku seorang je kelas R.. aku tumpang dengar je laa. Ustazah pun cakap laa yang budak kelas S result. Haha, aku wani yana hani qilah laa yang bertanya. hihi, bila diorang dah tau result... gamat je! Biasa, budak perempuan tak lari daripada menjerit menempik segala bagai. Haha.


Okey, kami pergi duduk. Aku juga yang cuak sebab masih berteka teki ni! Hehe, lepas tu, cikgu zimah pergi dekat kitorang.. Cikgu pura pura merajuk.. 'saya hantar mesej tak balas'


haha. aku dengan comelnya cakap tak perasan. Memang tak perasan sangat. hehe.


Dan, cikgu pun cakap yang aku dapat straight A. Masa tu Amni pun ada dekat dengan aku. 

Cikgu pun cakap.. 'Amni juga'..


Erkk, menempik laa kitorang. Nasib baik tak ramai lagi orang dalam dewan tu. Haha, excited sangat! Tapi, aku still rasa macam tak percaya lagi laa sebelum dapat tengok slip depan mata. Haha, mengada ngada.


Okay, cikgu Asiah pun ada kat belakang cikgu Zimah. Cikgu Asiah siap cakap lagi 'betol..' Sebab, kitorang ala ala still tak percaya gitu! Haha. Maka, pengetua pun dah datang. Okey, dewan pun dah penuh kan. Cikgu Azman pun panggil laa nama budak yang dapat 9A.. Hoho.


Dengar punya dengar.. yeahhh. Nama aku. Haha, cool lagi. Sebelum naik pentas, kena lalu dekat cikgu cikgu dulu. Sengih dulu.. Hehe. Cikgu Zimah suruh naik dulu.. lepas tu baru cakap cakap. Haha, masa aku nak pergi tu sempat lagi aku dengar cikgu cakap


'tengok kasut dia tu'


haha, ape laa cikgu. mentang mentang saya pakai baju kurung dengan kasut yang ala ala rock sporty. kah kah kah. redha je laa. okey, amik slip.. cium tangan ummi pengetua. hak hak hak. keluar ikut pintu lagi satu. pusing dan masuk pula ikut pintu lagi satu. kemudian, baru berhenti kat cikgu zimah. haha, lama juga laa aku berdiri kat cikgu walhal cikgu azman still tengah panggil nama budak budak laen. haha, tak kesah.


ade laa aku borak borak sikit dengan cg zimah. pasal ape ? biarlah rahasia! haha


ermm, okey. aku pergi duduk. slip dah dalam tangan.


A
A
A
A
A
A
A
A
A


ermm, mimpi? tak. :)


aku dan Hani dah lepas. Cena yang kat tepi sejuk tangan. Haha, aku pula yang tenangkan dia. Ahaa, waaahhh. Dan, selepas 47 orang.. maka habislaa budak budak yang dapat 9A. Yang dapat lain, kena amik slip sendiri dengan cikgu kelas yang ada kat depan. Hurmm. Mase tu dewan memang gamat la. 


Ucapan tahniah kedengaran situ sini.


Salam salam dengan cikgu.


Senyum nangis semua ada.


Okey, bila keadaan macam dah reda kan.. aku pun tengok Ustazah Rohani guru kelas ku yang tercinta.. Nak tegur laa. Sebab, ustazah nampak tak busy. Salam dan cakap cakap dengan ustazah.


Dan, enam orang budak kelas 3 Ibn Rushd dapat 9A. Tahniah ye


Amni
Amira
Fasiha
Faezadti
Hasliza

Caya laa korang!


Heee, kami pun keluar beramai ramai. Huk huk huk. Ramai laa kat pekarangan sekolah tu. Sempat salam segala bagai. Jumpa jumpa senyum senyum. Uhuu, sebelum tu dah call my papa cakap dapat berapa result.


Haha, my mama siap warning awal awal lagi.. kalau tak dapat 9A, jangan telefon! Erkk. 


Baru je ingat tak nak telefon, tak nak kasi tau lagi.. tapi, tak sampai hati pula :)


Yang 9A semua kumpul, amik gambar. Haha, aku rasa aku yang lewat sekali. Nasib baik sempat bergambar cewahh. Sebenarnya, pergi bilik guru dulu.. nak cari cikgu Asiah tapi tak jumpa. Dan, kembali ke surau. Tengok diorang tengah berkumpul. Aku pun kena laa berdiri kat tepi sekali. Haha, lelaki pula yang ada empat orang. Dua kat kiri dua kat kanan. 


Hafifi dengan Zahir belah aku ye. Hahaha.


Tq untuk hadiah hari jadi tu. Teddy yang sangat sangat comel dan sederhana besar. Tu pun, malu nak bawa sebba takde beg! Haha, kat mana nak sorok? Pegang je laa. Pergi amik baju kelas dengan Yaya. Sumbat teddy, slip dalam plastik baju. Settle. Hehe.


Sementara tunggu my papa, borak borak kat pondok dengan Hani. Well, hani balik dengan aku. Ada kak Fauziah juga. Ada Syikin. Heee, lama lepas tu. Cg Zimah berhenti duduk kejap, borak borak lagi. 


Dan, cikgu siap tunjuk IC lagi.. haha. Sebab, aku buat nada tak percaya yang 23/12 birthday cikgu! Haha, ape laa cikgu. Nak dekat ye kite. Cg Zimah 23. Amni 24. Aku 25.


Oo yeahhh, bila papa dah sampai.. kami berdua pun berjalan laa keluar. Hmm, sekolah dah sunyi sepi lorh! Papa siap tunggu kat luar kereta lagi. Nak tengok slip dengan mata sendiri. haha, akhirnya.. betul laa! Dapat 9A lorh.


Hehe, ceria je perjalanan balik tu.


Haha, aku dah usul dah hadiah apa yang aku nak. Ade laaa. Yeayyy! Walaupun mama macam main tarik tali je macam nak bagi tak nak bagi.. papa tetap senyum. Haha, maka peluang adalah terlalu cerah. Yes!


Sayang Hani. 


Ermm, akhirnya.. pulang ke rumah.


Maka, masih tak rasa apa apa. Speechless.


Dan, hari ni baru rasa mimpi. Berulang kali tengok slip tu. Macam tak caya aje! apa pun, Alhamdulillah.


Tapi, aku memang dah taubat dah. Masa form 4, mesti buat yang terbaik dah. Nanti laa nak tulis jerih perih sepanjang tiga tahun ni. Haha, actually masa form 2 dengan form 3 laa baru rasa jerih perihnya nak memburu impian. hihi.


macam macam laa.


dan, aku bersyukur.


sangat bersyukur.

 erkk, ini kenangan sambutan raya 2010. haha, mase tu baju sepasang je dengan ketua kelas HAHA tapi sepanjang hari bad mood maka kurang bergambar sebab tak boleh nak amik gambar, redha je.



Terima kasih, Allah :)

6 comments:

Ainaa Athirah said...

best lah .. hehe citerlah lagi ye :)
thn dpn sy lak pmr,berdebar rasanya..

Demona said...

wow. dh dpat adiah besday. spe yg bgi? =D

Sya Izz said...

ainaa - cool :) hak3

one know - seorang kawan? erkk. haha

fathiyyah said...

tahniah dear :)

Sya Izz said...

tengs kak fathy!

Demona said...

oh. okay. congratz, neway! <3