Saturday, December 11, 2010

Geng 1Malaysia Homestay Batu Papan [i]


Salam 1Malaysia! [Malaysia 1!]

Hehe, sangat sangat best Program Perpaduan 1Malaysia Sekolan Menengah Peringkat Kebangsaan Homestay Batu Papan, Gua Musang. Lima hari tau. 6 hingga 10 disember 2010. Tarikh yang sangat bermakna dalam hidup aku. Yang tak akan pernah dapat aku lupakan. Momen yang terlalu aku sayang.

4 Disember .

Malam sebelum tu memang rasa malas amat nak pergi. iye laa, program tak tau macam mana. Aci redah je pergi. Lima hari pula tu. Mesti kena bawa banyak barang. Haha. Last minute baru nak kemas segala bagai. Huhu, biasa berlaku. :D

Pergi sana dengan dua buah bas. Satu bas untuk lelaki dan satu bas untuk perempuan. Yang laki naik bas oren cap bas sekolah je. Yang perempuan naik bas persiaran. Ahaaa, sabar je laa :P Tiga buah sekolah semuanya. SMKA Nurul Ittifaq, SMK Tengku Mahmud ii dan SMK Tembila. Okey, mase dalam bas tu takde laa kecoh sangat. Kalau cakap pun dengan geng kitorang je. Dengan geng sekolah laen still belum kenal. Jadi, senyap je laa. Kitorang bertolak lebih kurang dekat pukul 11 pagi. Perjalanan memang terus je. Dalam petang tu baru sampai kat Homestay Batu Papan Gua Musang. Sebelum tu, bas kitorang asyik pusing pusing kat jalan je. Last last berhenti depan sekolah. Kemudian, baru laa lima buah bas konvoi masuk ke Batu Papan. Uhuu, ramainya. Ingat sikit je. Dua bas lagi Kelantan punya.. Satu lagi Pahang punya. Memang 1Malaysia. hehe.

Bas berhenti. Maka kitorang turun dan angkut beg beg. Sambil berteduh kat dewan terbuka yang besar tu. Dari jauh tengok orang kampung pegang bunga manggar dan kompang. Haha, first time aku tengok, terdetik kat hati
'ada orang kawen ke?'

haha. rupa rupanya sebab nak sambut kitorang. Ewahh, glemer je rasa. Hahaha. Kemudian, kami kena angkut beg dan beratur kat jalan.. Iye laa, nak masuk pergi dewan tertutup tu.. Ada khemah lagi, macam kenduri untuk kitorang. Kampung kan, jalannya kecik je.. Bukit je kiri kanan, sangat best! Cantik. Hehe. Lelaki beratur satu barisan dan perempuan satu barisan. Maka, berjalan beriiringan laa kami semua dengan diiringi paluan kompang. Gempak je rase, tersengih aje. Kali pertama ni disambut. Terharu betol. Sungguh!

Letak beg kat kawasan tu.. budak budak semua dah meluru ke khemah. Makan. Sedap je nampak. Tapi, kitorang konon konon tak nak makan laa. Malas laaa. Last last, amik juga makanan.... Sedap je rase.. :) Ehemm, lepas tu pergi masjid. Sebelah dewan tu je. Solat dulu. Kemudian, masuk dewan.. Duduk dan dengar apa yang di kata.. 


Maka, terkejutnya kami apabila diberitahu yang kami akan duduk dengan keluarga angkat masing masing. Dah ditetapkan. Riuh je dewan masa tu. Oh laa laaa, memang sangat berdebar ye waktu pembahagian anak tu. Cewahh, iye lah. Ada yang duduk empat. Tiga. Lima. Tujuh. Macam macam. Sejuk tangan. Haha. Lama tu, tetibe je kedengaran

Syafiqa Izzati

erkk, haru haru. sampai nama mak angkat tak ingat. seraya je bangun lalu ke hadapan. bersalam dengan ma. kemudian lagi, dipanggil nama 

Syafiqah Aqilah
Azhani

Omaigod! Serius, geng aku.. rase macam nak terlompat je. Haha. Akhirnya, kami bertiga dapat ma dengan ayah angkat yang sama. Kami tiga beradik. Hahaha, syukur.

Maka, setelah selesai semuanya... Kami ikut ma pulang. Jalan kaki je, dekat sangat. Jalan lurus sekejap, belok kanan sikit dan sampai. Ooo yeahhh. Macam macam ragam tengok budak budak ni. Riuh je keadaan, masing masing balik dengan adik beradik baru dan keluarga angkat. Hehe.

Bila dah sampai dekat rumah, ma tunjuk bilik kitorang. Bilik tu kat depan. Actually, ruang tu ma baru tambah. Jadi, ada yang tak siap lagi. So, memang lengkap laa bilik kami. Bilik baru katakan. Dekat dengan tandas baru lagi. Hehe, beramah mesra juga dengan ma walaupun malu malu lagi. Ahakkss, ngade ngade. Ma tanya nama kitorang. Kami dipanggil Iqa, Qilah, Hani. Hehe. Ma ada lima anak perempuan kat rumah tu. 

Kak Inn form 5. Wani form 3. [ade geng laa kitorang] Zati. Ann. Dina yang berumur lima tahun. Masing masing macam pemalu lagi dengan kitorang. Hehe, takpe takpe amik mase dulu. Lepas tu, ma tinggal kitorang kejap. Kitorang start laa letak letak barang. Katil single ada dua. Maka, dirapatkan. Meja solek yang kosong tu tetibe je penuh. Haha. Hani dengan Qilah ni kuat mekap ehh.. :p

Malam tu pergi sana dengan di temani anak anak ma. Jalan kaki. Hahaha, riuh je. Orang kampung. Memang rasa macam kampung betol laa! Suka sangat. Sangat suka. Betol! Hurmm, malam tu kitorang di perkenalkan dengan Abang Hadi dengan Abang Anuar. Yeahh, fasi kitorang. Abang Hadi memang rock sangat! Abang Anuar suka sangat amik gambar. Haha. Masing masing ada style tersendiri. Ehemm, caya laa.

Macam macam kitorang buat. Abang Adi suruh letak kasut selipar masing masing kat tengah. Kemudian, dia sepahkan.. Kemudian, dia suruh kitorang amik sepasang yang bukan milik kita bagi dekat tuan empunya kasut tu. haha, gile r. Berebut rebut. Aku amik yang Cyfaa. Aifaa amik yang aku. Hehe. Ada yang kena pecah ikot bulan kelahiran. Cari kawan baju hitam. Cari yang kuning laa. Macam macam. Haha, nak suruh kitorang saling kenal tu. Dan, part penting pun bermula... Nak bahagi kumpulan. Masing masing berbaris ikut negeri. Kemudian, bilang sampai no 14. Oo laa laa. Aku dapat kumpulan 10. Dah la takde pun yang aku kenal. Huhu. Aku pun pergi. Haha. 

Bermula lah episod ngeri malam tu. Ada laa sorang tu, aku panggil HA. Hehe. Suka sangat mengusik. Huhu, aku pun tak tau kenapa jadi emo sangat mase tuh. haha, maybe rase keseorangan. Maka, biarpun dia buat lawak.. namun aku tahan sedaya upaya ni bair tak ketawa. Punyalah muka tu masam mencuka. Oh, hantu mana merasuk entah. Haha, siap kena panggil ustazah lagi. Haha. Nasib aku laa. Yang penting, malam tu memang mencuka je aku dek ketua menteri kumpulan sepuluh kuat sangat mengusik. Yang laki berdua lain senyap je. Okay laa. Perempuan sangat okey. Permai Abadi. Nama kumpulan kitorang. Hehe. 

Hanis. Alif. Firdaus. Adibah. Azma. Ayu. Daruni. Sya Izz. 

Malam tu memang aku rasa nak menanges giler. Qilah dengan Hani sibuk bercerita tentang kumpulan diorang yang best. Aku? Memang rasa nak menjerit tahap giler giler. Hahaha, emosi emosi. Konon konon aku dapat kumpulan yang tak best! Haha. Betul laa kot. Bila benci lama lama jadi sayang. Haha, aku akui. Memang aku tak suka dapat kumpulan sepuluh pada awalnya. Tapi, satu demi satu episod terjadi akhirnya cukup untuk hati aku sematkan bahawa kumpulan 10 kumpulan yang sangat aku sayang!

Malam tu tidur agak lewat. Dalam pukul 1 pagi. Sangat best! Konklusinya, hari yang sangat memenatkan. Di mana kami masih belum saling mengenali

:)

Okeyh, hari pertama tamat sudah.

 Hanya untuk menunjukkan banner program. Yang berdua tu anggap je laa model midel hensem. Haha

3 comments:

Mizz Amierah said...

Sham kenal jee model midel nsem kt banner tuuuw. Hakhak

Sya Izz said...

haha, budok smktm ii weh..

The Boy NaMed HaZiq said...

haha...