Thursday, December 16, 2010

Geng 1Malaysia Homestay Batu Papan [v]


Salam.

10 Disember. Jumaat.

Hurmm. Sedar tak sedar, akhirnya tiba laa masa ye untuk aku dan kawan kawan tinggalkan batu papan ni. huhu, tempat yang meninggalkan terlalu banyak memori. haha, seperti kebiasaan.. aku aje yang last siap. yang first mesti qilah. hahaha. setiap hari macam tu. bab tidur pula, sama sama lambat. tapi, setiap malam aku dengan hani asyik bergelak ketawa je. haha, mengganggu ketenteraman ma dengan abah je :P

bangun pagi, bersiap. uhuu, barang dah siap kemas habis dah. semalam lagi. okey, makan sarapan. untuk last day. huwaaaa T_T betapa seksanya perpisahan itu. haha, barang barang kami ma cakap tak payah bawa lagi. nanti abah hantar. ahakss, sayang ma abah. haha, kami pun melenggang laa pergi kat dewan tu. huhu, tengok kat sana.. dah ramai dah ada. penuh kawasan. macam mula mula kami sampai hari tu lagaknya. :)

menunggu, lama juga. iye laa, masing masing berkeliaran je kat kawasan tu. hehe, semua orang buat aktiviti sama, hihi. borak borak cakap cakap dan bergambar. manis kan? hurmmm. masa tu dah boring giler, tetiba terlihat zahir and the gang kat luar pagar. haha, panggil diorang cakap nak bergambar. iye laa, orang laen bergambar kita laa bergambar jugak kan? ahaha.

kami bergambar ramai ramai. sekali dengan budak rhino high school [nizam n adhwa]. baru je kenal diorang. huhu. part nak balik laa baru nak bermesra segala bagi. eytt, menyampah. haha. glemer gitu budak rhino high school. sek men keb badak. haha. banyaaaaaak cantik. diorang bagi buku tulis, suruh tulis biodata. haha, tulis je laa. siap buat SQH's Serenade lagi. oo laa laaa. kawan kawan, saaaaaayang korang!

okay, aku rasa kami yang masuk lambat ke dewan. haha, asyik bergambar weh. kejap gitu kejap gini. berbual bual. haha, takde tempat laen.. kat pagar jugak. hihi, ermmm.. bila dah masuk dewan, bermulalah part sedih yang menyayat hati T_T

okay, bagi ucapan segala bagai.. biasalah majlis kan. then, nyanyi lagu berpisah! bertemu dah berpisah adat manusia biasa.. hilang di mata tapi di hati tidak lupa.... laa laaa laaaa. haha, berulang kali juga kami nyanyikan lagu tu. siap berdiri tepuk tangan ikut rentak lagi. tapi, masa tu memang air mata sudah mencurah curah laa. qilah kat tepi aku pun sama. hani yang kat depan je nampak cool sikit. memang, tengah nyanyi laju je air mata turun. sebak sangat. hua hua hua. ermmm, tapi nasib baik aku tak ingat sangat lagu tu. maka, tak dapat laa terlalu menghayati. jadi, kesedihan masih boleh di-cover. T_T

okay, sebelum tu pergi amik kain tuala kecik dan pen bertulisan program kami tu. haha, yang pen tu kami semua gantung sekali dengan kad. haha, nasib baik tak terjerut dengan dua tali tu. huhu. kain tuala yang dalam plastik tu kami kena bagi kat keluarga angkat. hehe, dan kami? masing masing amik warna berbeza. aku hijau kot. qilah biru, hani pink. ermm, pinjam marker. dan, aku pun tulis nama penuh kitorang dan nama manja disertai tahun '10 kat tuala tu. biar mereka ingat kami, sampai bila bila... haha, aku tulis dengan penuh perasaan cewaahh haha sampai qilah cakap cantik jugak tulisan aku. erkkk, ape laa kau. aku tahu laa tulisan aku terlalu cantek sebelum ni, huhu.

okay, lepas nyanyi tu emosi dah stabil siket. sabar sabar. tarik nafas. heeeee. kemudian, sesi bergambar. oo yeaahhhh. yang laki naik pentas yang perempuan tak payah naik pentas. haha. cikgu laa yang susun segala bagai. kitorang ikut je.hurmm, aku dengan geng awal awal lagi bersila di lantai. haha, senyuuuuuuuum.

klik situ klik sini. senyum situ senyum sini. kami pun kena beratur, buat barisan. lelaki dan perempuan. cewaahhh, imam muda di panggil ke hadapan. baca selawat. huwaaa, sabar sabar. cool ye. imam muda = izzat rosmadi. haha, pe kes laa budak budak ni panggil dia macam tu? hihi. layan je laaa. hurmm. kami pun buat ala ala majlis izin ilmu gitu. ibu ibu dan bapa bapa beratur. kemudian, sorang sorang pergi salam. hurmmm. sebak dah rasa. masing masing dah nanges!


hurmmm, okey.. tiba je giliran kitorang.. terus tak boleh tahan. air mata laju je. haha. kitorang siap peluk ma lagi. hurmm. salam cium pipi nanges. hehe, orang kampung kat sini baik sangat! haha. part yang aku nanges giler giler masa salam dengan ma dan mak cik tu. kitorang duduk sebelah mak cik tu tadi masa dengar ucapan. sempat borak borak dengan dia.. cakap tak nak balik laa, best laa duduk sini.. hehe.

dan masa salam, mak cik tu pun peluk sambil cakap

'kalau tak nak balik pun takpe, tak payah balik laa.. duduk sini lagi.. kekgi biar abah mari amik.. lalala'

erkkk, terus menanges! hehe, sebak nye amat amat sangat. huhu. serius, sayang diorang.


dan, bila dah siap nanges nanges, amik masa sekejap.. dan kitorang pun bergambar dengan family angkat. okey, masa tu dah mampu senyum dah. nak bergambar kan.. kena laa cun T_T senyum memanjang je. iye laa, nak tinggalkan diorang.. dengan senyuman :)

amik masa bermesra dengan kak adik angkat dulu. ann dan dina. haha, ann tu mase hari keempat kelima baru nampak kecoh je dengan kitorang terutama dengan aku. haha, tak sangka ye? ape kes.. sekali masa tu sempat dia sembur aku..

'kak iqa menempik ye semalam?' sambil sengih sengih.

aii budak ni. erkkkk. HAHA. tu kerja aku dengan hani laa tu malam malam. kan dah cakap, memang mengganggu ketenteraman rumah orang je! haha.

peace, smile. hehe. seronok je usik ann. umur dia pun dalam tujuh lapan tahun rasanya.

hehe, dan sesi bergambar diteruskan. mana yang nampak depan mata, aci rembat je laa. haha. gambar eksklusif dengan hazim [nah, amik.. aku sebut nama mu :p] dan budak budak sekolah aku. haha, hazim sapik zahir mukmin.. geng geng aku laa tu. cewaaah.



haha. mintak bergambar dengan 'adik'. hehe, haziq hazman. popular wuu kat kem tu. dia je budak form 1. dari beberapa orang je panggil adik terus semua orang panggil dia adek [sempat lagi diusik kenapa adik sama tinggi dengan kakak. huwaaaaa] haha, comel je.. gambar dengan syarul, serta beberapa lagi serta yang paling penting ngee ngee ngeee Perdana Menteri. Haha, cute je PM kitorang. memang sporting tahap habes!


gambar gambar dengan geng kitorang. gambar gambar dan gambar. haha, masa nak naik bas sempat kumpul geng ittifaq. bergambar ramai ramai kat dewan. haha. sebelum pergi, peluk ma. kitorang peluk. haha. ma dengan abah siap bagi kitorang bekal perjalanan lagi. semua diorang beli sama. haha, macam kembar tiga dah. biskut cokelat air semua sama! haha. takut kitorang dengki katanya, hihi.

okey, masa naik bas.. still senyum. ramai je diorang. bas kelantan terengganu gerak dulu. yang Pahang lambat siket sebab bas rosak siket rasanya. arghh, tak adil. haha. lambai lambai diorang dengan penuh perasaan. bye situ bye sini. flyin' kiss situ. flyin' kiss sini. haha. dah tak kira dah, lambai semua! tanda sayangnya kitorang. hehe, bas dah meluncur laju. cewaaah, dan aku.. tengok ke arah luar. betapa batu papan tu menjadi saksi bahawa aku pernah ada memori yang sangat indah kat sini. terlalu indah.

okey, naik bas dah mula pening pening. huhu. tapi, gagahkan diri. haha, tengok jalan. at least cuba ingat. iye laa, ada rezeki nak datang lagi. hehe, berbual bual borak borak.. terus lelap. haha. tersedar pun sebab sejuk sangat hehe. barang barang penuh dengan makanan segala bagai. bas sunyi sepi je. sedih sangat. dan, berhenti kat masjid. masa tu orang tengah jumaat. hurmmm. dah ceria dah.. nampak tharinee kat bas kelantan. bye bye kat dia! hehe. yang ralatnya, tak sempat cakap good bye kat daruni! dia demam, dan aku sayang dia. chan rak ther mark!

hehe, maka untuk hilang kebosanan dalam bas tu.. mesej mesej calling calling cewaahh. glemer je rase. huhu. dan, kami berhenti di stesen minyak yang sama. haha, kali ni hani belanja cadburry! haha, sayang hani. aku pula belanja jihah cokelat-apa-nama-entah. haha, takpe.. aku pun sayang dia. sedar yang aku ni banyak je buat salah kat jihah. jihah, walau apa pun.. mu selalu kat hati. huk huk huk.

dan, masa kat kaunter.. beratur sebelah dia. haha. sebabkan geng kitorang je maka riuhlaa kedai stesen minyak tu. haha, suruh belanja. dan, amik lolipop kat tepi, letak atas meja. dia tengah bayar. haha, relaks. muka seposen je. haha, kita kan kawan ^^ dah bayar tu, dia pun blah dengan cakap 'siape nak bagi?' haha. aku sengih je laa sebab aku tahu dia akan bagi. macam aku tak kenal dia. haha, last last fatin najihah kat belakang yang hulur lolipop tu. haha, kan dah cakap.. kawan aku semuanya baek baek belaka. hihi.

dan, ada iklan livita laa pula atas bas. hehe. bas kami sebelah menyebelah. satu bas laki dan satu bas perempuan. maka, sementara nak menunggu bas bas tu bergerak, kecoh laa dulu. haha. disebabkan langsir diselak kasi cahaya masuk eewaahh maka riuh je kitorang. haha, dan ada laa kawan PM ni, orang panggil shah. haha, dia glemer jugak. dia laa yang sebut 'laye' sampai AbaDi terbahak bahak. haha, mula mula dia ketuk cermin. dan buat gerak mulut tanya hani 'ganu?'

hani angguk je laa. kitorang semua dah sengih bila mamat tu, erkk baru form 4.. tunjukkan aksi minum minuman dia. haha, lawak sungguh. gayanya ala ala model terhangat yang mampu buatkan kitorang ternganga. haha. dia minum LIVITA! Haha, siap konon konon angkat lengan ni tunjuk otot dan minum livita. sesiapa yang tengok, memang erkkkk geli hati laa. haha, budak budak sungguh pelbagai ragam. perlu waktu nak mengenali sikap satu sama lain tapi bila dah kenal, kita akan hargainya :)

dan, perjalanan kitorang berakhir di pekarangan ppd besut. sebelum balik, sempat pergi masjid kg raja kat depan. haha, gile punya jalan.. lebar gedebak. dah takut takut nak lintas, tapi cool okey. nasib baik ada trafic light jadi bila kereta tak gerak kami yang gerak haha. manis je kenangan. hani balik dengan aku. bye bye. heeeee.

terima kasih yaa sebab beri aku peluang merasai indahnya 1Malaysia. terima kasih yaa sebab beri aku peluang sertai program ni. terima kasih yaa kawan kawan sebab benarkan aku memasuki hidup kalian. dan, terima kasih untuk hikayat yang paling agung ini. terima kasih untuk perpaduan ini. terima kasih untuk kebahagiaan dan senyuman ini.

Program Perpaduan 1Malaysia Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan, Batu Papan Gua Musang akan selamanya berada di hati aku.

Orang kampung Batu Papan.
Ma abah dan anak anak.
Fasi fasi AbaDi AbaZim AbaNua dan Abang Nabil
Kumpulan Permai Abadi [10]
Geng 1Malaysia Terengganu Kelantan Pahang

1Malaysia!


regards,
Sya Izz

4 comments:

The Boy NaMed HaZiq said...

eh3..mana ader popular..si shahrul and pm tu lagi la popular..aper ar...x baek ar sebar fitnah..heheh~

ha_ziem said...

koya adek!

The Boy NaMed HaZiq said...

haha...mana ader...btol aper adq ckap..dier popular...i mean shahrul...ajim pun sama gak...hik3..

Sya Izz said...

hahaha,, adek popular d aty kak~