Monday, February 28, 2011
Princess, sekuat badang!
baru tahu, hikmahnya segala bagai
kalau tak kerana perkara itu,
tak mungkin aku berani bertanya
tak mungkin aku bertanya dan terus bertanya
walaupun, orang lain semua tak berani
baru tahu, semua ini
mengajar aku jadi lebih kuat (kot)
a'a laa ye, waktu tu tak dapat fikir lagi
bila dah lepas, dah jadi perkara lama
baru tahu, memang yang terjadi tu ada hikmah tersembunyi
aku memang tak nampak
kadang kadang je bila aku luaskan pandangan
dengan akal dan fikiran
hoho
tahu,
semua ini sangat susah
tapi aku tak pernah di ajar untuk mengalah
ataupun beralah untuk sebab sebab yang tak patut
dah,
dah usaha dah
biar hati kuat, harungi hidup sekarang yang buat aku rasa
macam-nak-terjun-ke-dalam-laut-dalam-berenang-sepuasnya-seluasnya
huhuhu,
tengah usaha
tengah cuba
aku kan, nak jadi budak baik (?)
HAHA, masih akan selalu ingat pesanan dia 'sentiasa jadi watak baik' lalala
dan ayat 'siapa saya untuk tak suka pada orang?'
uhuuuu, tetibe je terbukak mata (walaupun tu ayat pernyataan dia)
a'a laa kan,
'siapa aku untuk tak suka pada orang?'
sebenarnya kan, banyak ayat dia yang menyentap secara langsung atau tak langsung. hoho, memang laa sekadar ayat tapi itu lah.. entah macam mane mesti ada gak yang zupppp erk, erk. haha. suka dengar dia membebel dalam chat, kalau nak harapkan kat luar memang kirim salam dulu lagi laa kan (:P)
ehh ehh ehhh.
yang aku tahu,
aku lah princess sekuat badang! HAHA
sekian.
Sunday, February 27, 2011
ey
"When you can't laugh on the same joke again and again, then why do you keep crying over the same thing over and over again?"
bangkit, nak?
change for good isn't a crime, ey?
:)
Friday, February 25, 2011
Lagu lagu nostalgia
Salam.
Hari ni rasanya mahu cerita tentang lagu laa :)
Hanya Kau Yang Mampu. Aizat.
- Lagu ini, memang nostalgia untuk aku dan sepupu sepupu. Lagu ini masa tu, tengah popular haha, rasanya sekitar tahun 2008. Memang asyik kedengaran aje lagu ini. Okey, jadi sampai sekarang bila dengar lagu yang mendayu dayu ini minda aku akan automatik teringat CameronHighland. Sebab, kami gilakan lagu ini semasa bercuti kat Cameron waktu cuti sekolah. Ramai ramai pergi, dengan kenangan. Hoho. Teringat pula bila bebudak ni selamba-yayaya turun tebing yang curam. Bawah tu ada longkang. Disebabkan Anif Ilah dan yang lain lain dengan machonya turun haha maka aku dengan Kak Siha pun konon konon nak mencuba juga. Baru je nak turun tup tup tak tau jadi apa entah. Rumput licin sangat (berembun) terus aku menggelungsur turun (ala ala naik gelongsor kat taman permainan haha) kak siha pula lagi advanced, tergolek golek laa jugak. Haha, memang kami kena gelak sungguh sungguh laa dengan sepupu sepupu lain. Ceh, nasib baik tak sempat masuk longkang. Haha, sangat tragis tapi seronok! Lagipun tinggi juga dari atas nak ke longkang. Haha, biasa :)
Tinggal Kenangan. Saleem.
- Aku tak tahu kenapa, setiap kali dengar lagu ini mesti mau teringat kenangan lawatan budak tingkatan tiga ke Kuantan. Ahaa, terutama memori kat taman tema air Gambang. Yuhuuu, sangat mengujakan. Terutama, part cocobeach. Hahaha, memang main sungguh sungguh. Dalam tiga jam kot. Ahakss, meriaaaaaaaaaah sangat rasa masa tu. Iye laa, dengan kawan kawan kan :D Ingat lagi, lepas main air.. kami sudah mahu pulang kan. Masa dalam bas tu, memang terus jadi sunyi sepi. Pasal bebudak semua dah tak larat buka mata angkat muka segala bagai.. letih sangat main air kot! Tido memanjang, haha. Serius, manis sangat kenangan masa tu!
I Have A Dream. Westlife.
- Lagu ini mengingatkan aku kepada satu satunya kem UPSR waktu aku darjah 6 semestinya. Tahun 2007. Kat pantai air tawar, tapi sungguh aku dah tak ingat nama tempat tu =_= Ngeee, anjuran sekolah aku kan.. Ingat lagi, waktu baru tiba.. ehm ehmm tak bestnya. Nampak biase biase aje tempatnya kan haha. Punya laa kami dah cop nak duduk sebilik dengan siape siape tup tup ehemm ehemm cikgu cakap cikgu yang tentukan kami akan duduk dengan siape. Huwaaa, memang tak suke laa masa tu. Sebab, kami memang tak mesra sangat lagi masa tu. Haha, faktor kelas kan. 6.1. 6.2. 6.3. dan 6.4. Jarang bergaul kot. Haha. Kemudian, aku dapat bilik no berapa entah. Campur, aku jadi ketua rasanya haha mungkin sebab aku budak kelas pertama huhu dan mula mula rasa sangat tak best! tetapi, rupanya yuhuuu sangat gila gila sebilik dengan mereka yang lain. Bilik aku lima orang rasanya. Geng aku kat bilik sebelah, merangkap jiran. So, selamba je main ketuk ketuk pintu masuk rumah orang haha. Pengalaman yang sangat best. Dan, pasal lagu ini.. waktu tu penceramah BI. Dia pasang lagu ini. Entah kenapa, aku pun tak ingat. Aku memang dah tak ingat muka dia, tapi sentiasa kata katanya terngiang sampai sekarang. 'Saya mungkin tak ingat awak tapi awak mungkin ingat saya. Tegur la saya kalau terjumpa kat mana mana :)' Ahaaa. Aku juga masih ingat di mana cikgu Dina bagi kami semua kertas dan list perangai buruk kami yang kami nak buang. Haha, berjela jela aku list. Then, cikgu bawa kami ke pantai. Kami masing masing berdiri dekat gigi air. Lepas tu, cikgu kasi semua orang buang kertas sambil menjerit kuat kuat 'aku tak mau dah ke mu, pergi jauh jauh' Huhu. Sekuat tenaga kami lempar kertas tu ke ombak pantai.
Gemuruh Jiwa. Faizal Tahir.
- Yang ini pula, lagu semangat. Lagu ini aku dengar dengar sambil tengok klip video pasal angkasawan negara bla bla bla. Tahun 2007. Memang, idola sungguh laa angkasawan negara yang pertama ni. Waktu dalam kelas, sehari tak bercakap pasal angkasawan memang tak sah. Punya laa best nampak, sebab angkasawan dapat naik roket pergi ISS. Aku, siap kumpul keratan keratan akhbar pasal misi ni dan letak kat buku log. Penuh dengan pelbagai berita. Haha, punya laa kami sanjung angkasawan waktu tu. Hehe.
Love Story. Taylor Swift.
- Entah macam mana boleh dengar lagu ini. Haha, rasanya cerita dua tahun lepas. Haha, sepupu aku Yoe dan Mirah memang selalu pasang lagi ni. Waktu tu, aku selalu lepak dengan diorang kat rumah diorang sambil belajar matematik. Hehe. Teringat pula, pukul dua tiga pagi tapi masih dengar Yoe cerita pasal bola itu ini bla bla bla siap perkenalkan satu persatu pemain dia bla bla bla. Teringat lagi, waktu tu Yoe baru balik kelas tambahan.. aku dengan Mirah lepak kat atas sambil dengar dengar lagu. Bila dia balik, dia naik atas. Kami lepak cerita sama sama. Haihh.
Mungkin Nanti. Peter Pan.
- Hmmm, lagu ni lagu yang terlalu bernostalgia. Huhu. Ingat lagi, rasanya waktu aku Darjah 4. Biasa, waktu ini memang ramai guru praktikum ambil alih kan. Nak dijadikan cerita, ada empat orang cikgu yang datang kat sekolah aku. Heee, tahu tak.. aku sangat sayang cikgu ni. Sampai sekarang, aku masih ingat nama dia. Siti Radziyah Em Daik. Orang Johor kot, huhu ingat ingat lupa.. Serius, dia baik sangat. Ingat lagi, cikgu bagi keychain yang dah print nama kita dan di sebelahnya lagi ada gambar teacher. Atasnya, tertulis All The Best. Sampai sekarang aku simpan. 05-11. Hampir enam tahun dah, isk isk. Huhuhu. Bila balik rumah, aku pun ternyanyi lagu mungkin nanti ni. Sedih T___T
Kenangan Terindah. Samson.
- Aku dedikasikan buat segala kenangan terindah yang aku ada laa. Time teringat sesuatu je, mesti nyanyi lagu ini. Sangat indah, ye laa liriknya pun kena je kan. Haha, khas untuk kawan kawan. Bila terdengar lagu ni, semestinya tup tup teringat kawan kawan lama. :)
Kasih Kekasih. Inteam.
- Aku tak berapa dengar sangat lagu ni pun. Cumanya, waktu ni darjah lima atau enam (ingat ingat lupa) Kelas aku masa ini masuk ke perpustakaan. Buat kerja sendiri laa kan. Perpustakaan, memang bersambung dengan Bilik Muzik. Hmm, mama aku yang bawa pelajar darjah dua rasanya masuk ke Bilik Muzik lepas tu suruh aku jaga diorang. Haha, peluang keemasan laa kan. Aku pun masuk, ada laa kawan kawan yang ikut. Selamba-yayaya pasang cd lagu nasyid. Aku. Azam. dan Azhar. Daus ada juga rasanya, tak berapa ingat laa. (kenapa kawan kawan aku semua laki? haha) Tetiba, aku pun pergi tukar kasi berkumandang lagu Kasih Kekasih ni. Diorang gelak. Terus diorang berseloroh cakap 'glenya' atau maksudnya, sama dengan gedik. Haha, iye iye laa. Budak budak tak patut dengar lagu ni kan :P
Fikirkan Boleh.
- Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan bla bla bla.. (nyanyi) Lagu ni memang tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan. Huhu, sewaktu darjah 6 memang setiap hari kami akan berkumpul kat dataran perhimpunan (bila dah dekat nak UPSR) Agendanya, cikgu akan selalu bagi nasihat kat kitorang, ajar itu ini dan pasang lagu ini seterusnya kami akan nyanyi bersama sama dengan semangat! Bila dah masuk kelas, terus rasa jiwa meruap ruap nak belajar sungguh sungguh haha.
Akrab Persahabatan. Inteam.
- Lagu, waktu tahun 2008. Lagu ni bernostalgia khas untuk kawan kawan masa tingkatan 1. Kalau nyanyi lagu ni, memang teringat diorang laa. Kenangan, kelas dan jamuan akhir tahun. Hehe. Masa tu, memang terlalu best laa kan. Iye laa, perangai pun tak berapa rock lagi (biasa, baru bersekolah menengah) dan still terikut ikut perangai budak sekolah rendah. Haihh, indahnya kenangan laa kan.
Tentang Bulan. Fatin Nur Afifah.
- Tentang kawan, sahabat. Sebenarnya, aku sangat suka akan cerita Tentang Bulan. Iye laa, cerita ala ala zaman dahulu kan.. duduk kat kampung, main sama sama, mengaji sama sama, mandi sungai bla bla bla. Aduhai, aku sangat hargai cerita ini. Aku rindu kawan kawan lama! Sangat sangat. Jadi, bila dengar lagu ini rasa macam sangat sangat ala laa laaa.. berjiwang laa rasanya. Oh yaa, satu lagi.. Ceritanya, waktu tingkatan satu.. aku pernah print lirik lagu ni lepas tu letak kat meja. Lepas tu, meja aku di belakang meja Fahmi dan Danial. Haha, aku paling 'suka' dekat dengan diorang. Kejap kejap, paling ke belakang mintak pemadam.. liquid, pembaris, buku aiyooo! Budak lelaki ni memang ada pen sebatang je ke? Haha, biase.. budak budak laa waktu tu kan.. Ehh ehh. Tersasul haha. Then, aku dengan tengah pusing ke belakang (bercakap dengan bilah, fatin, zati).. tetibe, aku ternampak Famy amik kertas lirik tu. Dan, dia nyanyi. Haha. Sungguh 'macho' hoho. Haha, aku buat buat tak nampak laa kan, sambil tersengih sengih cuba tahan ketawa. Haha, btw Famy memang 'macho' pun. Terutama, bila dia main alat muzik untuk nasyid dan main kompang juga. Haha, menggedik kejap. Hihi, tu laa.. kenangan dengan kawan kawan sekolah kan. Lalala.
1Malaysia.
- Seia sekata sehati dan sejiwa la la la la.. Lagu yang tengah popular sekarang. Mesti ada main kat tv. Aku sangat pantang (suka amat) dengar lagu ni.. lepas mengikuti Kem Perpaduan 1Malaysia kat Batu Papan. Sangat memberi kesan kepada kami, geng 1Malasyia. Hari hari mesti nyanyi lagu ni. Lagu ni, aku rasa mendamaikan. Melodinya, lembut aje. Haha. Masa kat kem tu, ada satu malam (malam terakhir) kami nyanyi sungguh sungguh. Berulang ulang kali. Sangat, wow.. sayangkan perpaduan. Sangat cintakan perpaduan! Jadi, setelah lebih dua bulan berlalu... bila dengar je lagu ni, automatiknya aku akan teringat segala perkara yang berkaitan dengan kem ni. Abang fasi, keluarga angkat, kawan kawan Terengganu, Kelantan, Pahang, warga Batu Papan. Aduh, aku rindu. Aku sayang semua itu. Hehe.
Hoho, sudah habis cerita pasal lagu lagu. Hehe. Cukup laa dua belas aje. Banyak lagi kot, tapi yang ini sangat beri kesan. Haha, nostalgia kot. Lalala.
P/s : Sambutan Maulidurrasul 1432h kat sekolah kelmarin sangat best. Tak dapat nak tulis dengan kata kata. Meriaaaaaah sungguh. Hehe. Usamah tetap menang, di hatiku! Wakaka. Nanti, hanya gambar gambar yang boleh berbicara :D
Wednesday, February 23, 2011
Drama DS(3)AH.
Assalamu'alaikum, :)
Gembira sangat! Jumpa Aifaa dengan Amni. Hoho. Ceritanya begini, pagi tadi datang sekolah (lewat-laa-jugak, haha) lepas aku jalan je laa kan. Tup tup, daripada kejauhan nampak seorang yang cantik haha tengah berdiri kat pintu Bilik Kaunseling. Dia renung aku dari jauh lagi. Haha, aku masih kelam kelabu gelap gelita sebab tak nampak sangat laa kan. Jalan punya jalan... aku tengok dia. Erk, buat muka terkejut. Serius, terkejut amat. Terus sengih lepas peluk dia. Aiyoo, rindu sama Cik Aifaa! Borak kejap kejap, Amni pula yang baru datang. Berlari lari dia ke arah kami. Haha, main peluk peluk lagi. Tapi, tak dapat peluk sangat laa sebab aku pegang buku yang bertimbun kat tangan. Bila tengok Cik Amni peluk sape-ntah dengan eratnya, terus cakap
'sampai hati, peluk ye kuat kuat.' (buat muka merajuk)
'ehh, doh Iqa pegang buku kan..' Dia cakap. Memujuk konon konon.
Terus aku letak buku aku kat tangan Cik Madiyy, 'dah dah, mari nak peluk semula'
Dia pun sengih. Haha, berpelukan dengan erat huhu. Tup tup, jalan sama sama naik ke kelas. Yeahh, diorang ke kelas lama diorang. Hoho, budak KISAS sekarang ye awak berdua (?) mmuaaah. Tetap sayang walau di mana anda berada. Haha.
Aku pula, masuk kelas dengan rasa yang huwaa T____T Memang langsung takde mood. Tak tau terbang ke mana, rasa macam nak mengamok pagi pagi buta. Hahaha. Waktu BM dengan QS, cikgu dengan ustazah takde kan.. jadi, buat la kerja masing masing huhu. Pagi tu memang aku serabut gile. Lalala. Yang tak bestnya lagi, tiba laa masa Bio kan. Aku tengok cg mengajar tapi aku takde perhatian. Haha, asyik fikir benda benda lain je. Lastnya, apa yang cikgu sebut pasal hypertonic, istonic bla bla bla langsung takde kat kepala. Arh, buat lagi perangai macam ni ye, Sya Izz. =_=" Tak pasal pasal kena study balik pasal mende ni. Haihh. :P
Bila dah lepas rehat, baru mood kembali masuk dalam jiwa raga ni. Haha, mengade ngade sungguh. Cehh, sebab asyik gelak ketawa waktu BI. Kami belajar literature, kali ini short stories : QWERTYUIOP. Hee, teacher pun bahagikan kumpulan. Dari page sekian sekian, setiap kumpulan buat sepuluh soalan. Yeahh. Kumpulan aku, namanya DS(3)AH [kump 6]. Haha, group kami je campur. Takpe, teacher cakap untuk belajar memang takpe. Hehe. Maka, bermula laa kisah yang agak seronok. Hak hak. Mula mula, S(DongHae) yang bincang bincang dengan H dan A. Aku jauh ketinggalan, sebab baru nak baca. Haha, kami dapat page belakang dekat ending.. so, memang kena baca dari mula la. Aku ingat, apa laa cerita ni. Tapi, best juga laa kan. Bila baca dan faham, aku cerita kisah QWERTYUIOP pada D dan S(SiWon). H pun dengar juga rasanya. Haha, S(SiWon) sampai suruh dua kali aku ulang cerita. Tak faham katanya huahuahua. Dah sudah, S(DongHae) dan H yang bincang bincang buat dulu. Suasana memang sempoi la masa itu. Aku, S(SW), D dan A tup tup masuk bab cerita. Haha, kami buat drama! Kami reka skrip sendiri haha sambil bayangkan keadaan itu bla bla bla, memang kejap kejap gelak macam orang takde kerja. Bila dah gelak sungguh sungguh, S(DH) pun ala ala menjerit suruh senyap. Haha, habis group lain berpaling ke kami (di belakang) Erk. Haha, kesian diorang. Cehh, aku pun insaf laa kan. Aku dengan D pula yang bincang nak buat bla bla. Cuma, S(SW) dan A je yang sambung buat cerita tergelak gelak punya bersungguh. Haihh, dah laa sabitkan aku. Aku lempang jugak kan, wakaka :P Huhu, endingnya.. kami bagi adil laa untuk setiap watak watak haha. Sempat pula S(SW) kena renjis dengan air dua kali oleh S(DH). Tu laa, pandai pandai kenakan dia. Haha.
Okey, okey. Dah bergelak ketawa. Jom, turun ke makmal. Waktu Khemiyya tercinta. Erm, tapi aku pergi perjumpaan rumah. Aku, Fatin, Bilah, Syatun, Faeza. Huuu, banyak kerja kami buat. Dari waktu km sampai laa waktu pulang sekolah. Punya laa semangat ni, nak sambut Maulidurrasul esok. Hmm, kami yang cadangkan nak letak macam mana kain hijau tu bagi girls. Haha, macam macam gaya try try try last last, baru konfem. Ouhh, lepas tu buat bunga manggar. Cucuk cucuk kat betik. Buat reben untuk songkok boys. Main gunting gunting. Ahaa, macam kilang je rasa. Bilah yang buat, Syatun yang letak, kami yang gunting. Tekun bekerja tau! Haha, bila part cikgu cikgu main potong potong daun pandai nak buat bunga rampai.. tetiba rasa macam nak buat kenduri kawen. Haha, merewang ala ala kampong gitu. Sangat seronok, sangat meriah. Tak sabar mahu tunggu esok!
Ehm, tu je laa cerita hari ini. Hoho.
Konklusi, ermm ermmm ermmmm sangat sangat suka drama hari ini.
Tentang cerita drama group DS(3)AH, dan cerita Usamah. Hijau mesti menang! Hahaha.
:)
Tuesday, February 22, 2011
Merah jambu (?)
Salam.
Tiba tiba, erk merah jambu (?) haha. Tukar selera pula. Ahaaa, rasa cantik je bunga merah jambu ni. -_- Mengada ngada sungguh. Hoho, takpe takpe. Sekali sekala, jadi ayu auww auwww laa pula. Heeee.
Erm, semalam memang rasa letih yang amat. Uhuuu, pagi dengan hari sekolah yang padat sampai lemas lemas otak tak boleh bernafas hahaha. Bila petang pula, masih stay kat sekolah. Selalu memang gitu laa, study berdua dengan budak tu. Haha, yang bestnya kami study kat bawah tangga. Bukan duduk atas bangku tapi betul betul bak gadis melayu bersimpuh bersila atas lantai. Heeee. Bukan ada orang pun petang petang macam tu. Selalu sampai pukul lima laa kami ulangkaji. Ikut mood. Mood kelmarin, pulun kimia. Haha. Eishh, saya sayang kimia muah muaaah muaaahhh. Bila malam menjelma, pergi kelas fizik. Erk, kerja sekolah berlambak lambak hoho tapi, bila dah balik rumah tak larat dah nak pegang buku. Tup tup tertidur, huhu tapi hati tetap tak tenang sebab asyik ingat kerja Sejarah tak siap siap. Haha, berhantu sungguh Encik Sejarah. Tidur tak lena dibuatnya, sanggup bangun awal awal pagi siapkan benda tu. Hehe, mentang mentang cikgu ugut nak denda baru sungguh sungguh aku buat. Ceh. =_=
Bila hari ini ke sekolah, macam biasa laa kan ada perhimpunan unit (hari selasa). Cuma, kali ni kitorang berkumpul ikut rumah. Usamah. Khalid. Zubair. Tariq. atau Hijau. Kuning. Biru. Merah. Nak tau tak kenapa? Sebab, hari Khamis ini sekolah aku akan buat sambutan Maulidur Rasul. Buat julung kalinya, kami buat ikut rumah sukan masing masing. Selalunya, memang ikut kelas. Haihhh, macam pelik tapi best juga sebab dah dapat rasakan aura kemeriahannya! Haha. Suka suka suka :D
Disebabkan hari ini sekolah dan kawasan berdekatan takde air, (sebab-ape-ntah) maka PK KO cakap takde perjumpaan ko laa petang ini. Yuhuuuu, kalau takde air memang susah. Hehe. Sebab itu, lepas perjumpaan pagi terus kami amik masa sekejap buat perjumpaan rumah terus. Nak bincang pasal hal lusa laa ni. Geng aku, macam biasa berkumpul kat Dewan Makan Aspuri. Hehe, aku dengan Asmaq takde kerja lain laa. Borak borak borak. Haha. Punyalaa aku ingat nak pakai baju hijau tahun ini (patriotik!) tup tup sebab cikgu cakap ramai budak budak yang takde baju hijau kan... maka pakai laa dot dot dot (rahsia :P) Tapi, siapa yang ada baju hijau tu boleh pakai, sebab cg nak letak kat depan depan bila berarak nanti. Nampak laa macam rumah Usamah siket. Erk, erk. Malas laa aku berkurung hijau, haha :)
Dalam pukul 9 lebih gitu, baru selesai perjumpaan. Huhu, sungguh tak sabar menantikan yaumul khamis. Haha. (malas nak belajar je, sebenarnya :P) Ermmm, seterusnya sesi pembelajaran berlangsung seperti biasa laa ya. Sangat enjoy belajar hari ini. Terutama, Kimia. Iye iye, aku memang suka kimia dengan biologi. Suka sangat sangat.
Dan, hari ini juga buat selamba-yayaya haha. Okey, tanya je. Erm, rasanya.. dah okey! Takde pape laa. Selamba-yayaya ouhh. Memang sengih, memanjang je lepas tu. A'a, aku tahu apa yang aku perlu buat.
Arh, dah habis cerita hari ini. Hihi, yang aku tahu.. malam ni memang kena pulun fizik. Sebab, esok kena hantar peka, modul, nota segala bagai. Huwaaaaaaaaaaaa. T__________________T
(nampak sangat, tak siap lagi)
Aku dah jadi lupa bila dah habis exam. Sebab, aku tak tau dah kerja sekolah apa yang lepas lepas aku masih belum siapkan. Aduh, naya sungguh. Nak buat macam mana, sebelum ni macam tak terurus siket. Haha, macam macam melanda. Heee. Aku tahu, banyak perkara aku masih belum selesaikan. Kena atur masa semoleknya laaa ni. Haihh.
(nampak sangat, tak siap lagi)
Aku dah jadi lupa bila dah habis exam. Sebab, aku tak tau dah kerja sekolah apa yang lepas lepas aku masih belum siapkan. Aduh, naya sungguh. Nak buat macam mana, sebelum ni macam tak terurus siket. Haha, macam macam melanda. Heee. Aku tahu, banyak perkara aku masih belum selesaikan. Kena atur masa semoleknya laaa ni. Haihh.
(gambar jamuan pss tahun lepas punya, tak tau kenapa suka sangat dengan gambar ni. nostalgia kot)
budak yang tulis,
princessya.izz
feb 22, 11.
Sunday, February 20, 2011
Baru tahu :)
Baru tahu, rupanya senyap itu menenangkan
senyap itu membahagiakan
senyap itu sesuatu yang, erk, mengujakan
Haha
Seronok kan, kalau diam aje. Bercakap bila perlu aje. Betul, hari ini aku memang senyap (kot)
'bakpe saya nampak awak sedih je ari ni?'
erkk. ehh ehh, mana ada. haha. senyap sikit je n_n
* * * * *
belajar mahu lebih f o k u s, dan i s t i q a m a h
Haihh, Sya Izz.. jangan tulis aje, tapi laksanakan huahuahua
aku rasa, aku belajar sesuatu laa hari ini
sesuatu yang, istimewa
macam.. 'semangat!'
biar sedikit tapi berterusan, jangan banyaaaaaak tapi jarang jarang hoho 0.o
* * * * *
dah mula rasa, mahu positif haha. tepat tepat kena kat diri sendiri waktu Quran Sunnah tadi, hoho. bila ustazah sebut, terus dia palingkan mukanya ke belakang, tengok aku, konon konon mengiakan kata ustazah.
erk, iye iye. aku cuba positif.
entah, cuma rasa nak tinggal jauuuuuh jauuuuuh perkara lepas dan hanya mahu senyum huhu. tapi, dalam masa yang sama rasa mahu lari jauuuuuh jauuuuuuh dan diam. erk, erk.
takpe takpe, pedulikan laa bab semua ni. yang penting, mahu fokus ahakss. jasa dia selama ni, belajar sama sama tiap petang.. erk, atau dia yang selalu ajar aku laa. sifu, anak murid yang blurblurblur lagi haha. tak kan aku tak nak balas semua jasa dia? tak kan aku nak kecewakan dia? hehe, dan.. tak kan laa aku nak kecewakan diri aku sendiri?
Sya Izz, tolong pegang kata kata kau. Dan, teruskan.
Saturday, February 19, 2011
Jalan jalan, SI & AD
Salam,
Hari yang sungguh memenatkan. Haha, pergi jalan jalan dengan Aina Diyya... cari barang barang kelas. Dekat tiga jam tau huhu. Habis seluruh Jerteh kami pusing hoho semata mata untuk 4Rock tercinta. Rasanya, kena tukar nama pula.. biar jadi 4Pelangi. Haha, sungguh berwarna warni huhu. Lantaklah, asal ceria. Ceria itu kami. Kami itu ceria, hehe.
Esok sekolah, arh arh arh 'rajinnya' huhuhu. Eyt! Okay, okay. Saya sayang sekolah. Sekolah sayang saya. Kan kan kan? :P
Okey laa, sempat rembat Tuhan Manusia. Kan dah cakap, mahu kumpul FT's novel. Hehe.
"Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama."
:)
Friday, February 18, 2011
pantai, teng teng, taman, love forever ever.
Assalamu'alaikum.
Tadi, bila balik dari tuisyen addmath.. pergi pantai. Wohaa, melepak. Aku. Pqah Qilah dan Jihah. Dari rumah cg Nordin, kami jalan jalan borak borak sampai ke pantai. Hoho. Bila kat pantai.. tenang je kan? Pantai dah mula panas hoho tapi tak kisah laa. Okay, jom main tulis tulis. Sangat BESAR apa yang kami tulis. Qilah tulis yang dia laa. Aku tulis yang aku. Hoho, memang BESAR dan PANJANG sebab kami tulis bersambung sambung. Hmm, rasanya tak ditelan ombak sebab ombak tak sampai. Aku pulak, tengah syok tulis tetiba ombak datang dushhh. Erkk. Haihhh.
Lepas tu, aku dengan Qilah main teng teng. Buat petak dan lompat lompat lompat. Konon konon teringat masa main benda ini waktu Misi Perpaduan kat KRN. Hak hak hak, rindu. Sempat ukir 18/2/11 kat pasir. Kenangan :) Okey, kami main sungguh sungguh dan gelak tawa sungguh sungguh. Bercakap dengan nada yang sangat kuat, mahu lawan suara pantai konon konon. Tapi, tak terlawan pun, aduh. Heee, part yang dinanti nanti. Okey, duduk sebaris.. sila pandang ke arah pantai dan menjerit sekuatnya. Macam macam kami jerit tapi, letih laa. Macam tak larat dah nak jerit banyak banyak. Haha. Sebelum blah, renovate sikit tulisan pasir tu haha dan tinggal macam tu je. Biarlah nanti ombak yang bawa. Umpamanya konon konon, bila ombak sapu tulisan tu dan bawa ayat ayat tu ke pantai.. ayat ayat tu tak akan hilang. Sebab, air kan banyak. Selagi ombak pantai laut biru tu kekal.. selagi itu laa ayat tu kekal. Kah kah kah. :P
Okay, jalan jalan. Main kat tempat untuk bersenam tu. Haha, aku dengan Qilah laa main macam tak pernah main benda benda tu semua. Haha. Jihah jugak yang cool, opss jiwang laa :D Bila dah letih, beli aishkrim dulu. Nyumm nyummm nyummm *makan* kemudian kami pergi ke taman permainan. Yeahh yeahhh. Kitorang main semua benda yang ada kat situ. Buaian. Gelongsor. Yang panjat panjat tu. Semua laa. Tapi, harus diakui laa. Qilah memang lagi power bab bab stamina ni waaa waahaahaa bukan bermakna aku ni lembik, opps :)
Bercerita, berborak dan aku rasa lega. Ermm, gembira? Sangat sangat. Macam semua masalah dah terbang pergi. Segala kekusutan dah lari jauh. Haha, mengada ngada.
Sangat suka jadi budak budak. Doraemon, pinjam mesin masa boleh? Mahu pergi ke hikayat dahulu kala. Isk. Isk. Isk. T________________________________T
Psstt : Qilah, love forever-ever, dot dot dot dot dot bla bla bla haha. Kita kita je kan, ? :P
selamba-yayaya
kalau Tuhan bagi ujian, itu bermakna aku boleh hadapinya.
kalau Tuhan bagi masalah, itu bermakna aku boleh selesaikannya.
kena kuat, semua ni bukan apa apa laa.
bak kata kak rossa,
buat selamba-yayaya (haha)
aku tahu, kawan kawan sentiasa ada dengan aku. buktinya, memang sorang sorang ceramah aku. haha. terima kasih ye, sekurang kurangnya aku tahu korang masih peduli aku. dan, yang penting.. korang sentiasa buat aku fikir yang aku ni budak kuat. korang dah buat yang terbaik untuk aku. dan, aku akan lakukan perkara yang sama. :)
salah satunya;
aku nok mung lebih tabah lepas nih
jangan jadikan masalah sebagai tekanan
jangan jadikan tekanan sebagai kelemahan
jangan jadikan kelemahan sebagai penghalang
jangan jadikan penghalang pembunuh kehidupan
jadikan kehidupan lebih cekal dengan kekuatan
kerana itulah sumber kebahagiaan
<<<The End>>>
kawan kawan, aku sangat menyayangi korang. dan, kak rossa yang sempat hulurkan munge hahaha @>------^--- (sayang akak juga, selamba-yayaya. kan :P)
aku kan, watak baik :D
psst : tetiba jadi suka dengan skillet. sebab, lirik lagu yang best best dan lagu yang kuat menandakan kegeraman aku yang belum habis, haha.
Thursday, February 17, 2011
timeForgets.
Kalau pelangi itu indah
aku mahu jadi sepertinya
sentiasa memancarkan kecantikan
dari warna warni kehidupan
Kalau bintang itu bersinar
aku mahu jadi sebahagiannya
di mana sinarannya menyenangkan
setiap mata yang memandang
Kalau hujan itu nyaman
ingin sekali aku bahagikan jiwaku
biarkan setiap kepingan
diresapi rintisan dingin itu
Kalau angin itu membuai
peluklah aku dengan ketenangan
dorongkan aku menelusuri cahaya
yang bergema di lorong awanan
SI|0800.170211.timeforgets
Wednesday, February 16, 2011
kesayangan sekalian.
salam
gelak gelak, golek golek. petang tadi, mama long datang nak amik ilah dengan kak siha yang sudah tiga hari berkampung di sini. hoho. ingatkan, mahu merempit dan berbasikal pusing kampung seperti kelmarin. tapi, atas sebab sebab teknikal *hehe* maka.. kami beriadah saja. haha, disebabkan anif pun ada. maka, jadi teramat meriah pekarangan rumah.
mula mula, kitorang main bola bayang atau bola beracun namanya. hehe, aku sekumpulan dengan anif dan adib. ilah pula kumpulan dengan atin dan kak siha. main main atas rumput. tergolek golek bila kena bola. aku dan atin serta ilah yang super hebatnya kesan bila terkena bola. haha. sungguh, erk.
lepas tu, kita main bola kaki tiga. main susun susun selipar. haha, part ni memang sungguh kejam laa anif dengan ilah. ceh, memang asyik gelak je. hehe, lepas tu lagi.. main futsal. hoho. konon kononnya laa. budak kecik adib dengan farah jadi penjaga gol. haha. bersenam :D
bila matahari dah tak nak nampakkan diri, nyamuk pun dah mula menggatal.. jom jom jom masuk rumah. hehe, cuma.. enjoy! alaaa, rasa macam tak nak kasi sepupu sepupu aku tu pulang. haha, macam laa tak pernah jumpa. huhu, tapi tapi tapi T___________________________T
dah dah dah, esok sekolah. arhh. wahai diri sendiri, sila tanamkan azam mahu ke sekolah dengan gembira segembira gembiranya. yeahh, positif itu membahagiakan.
LaskarPelangi (?) hoho, indah.
Tuesday, February 15, 2011
15 Feb 11
Salam Maulidur Rasul.
Ermmm. Sebenarnya aku tak tau nak coret apa kat sini, sementelah tiada apa apa cerita yang mahu aku riwayatkan. Hoho. Aku hanya, tak mahu tulis apa apa *konon konon*
Mahu cerita apa, ya?
Aku nak sangat tulis ni, tapi aku tak tau nak tulis apa. Rasa, macam hati dah nak pecah. Sebab, banyak sangat benda kat hati ini. Huhu.
Masalah memang tak putus putus, hikayat setia yang lekat kat hati. Haha. Rasanya, aku dah boleh terima suasana, persekitaran, dunia yang baru atau apa apa yang berkaitan dengan hati yang terbuka. Maksud aku, kalau nak tertekan ke, nak sedih sedih ke.. Tak guna juga, sebab mesti laluinya juga kan. Lebih baik, aku lalui semua ini dengan hati yang senang, gembira dan lapang. Sekurang kurangnya, ini pasti akan lebih menyeronokkan. Heeee, semua perkara menyeronokkan. Aku cuma, perlu ketuk ketuk basuh basuh hati dan fikiran. Itu je jalan aku, nak lari daripada kekusutan yang kadang kadang tak patut ada pun. Haha, cikgu selalu cakap yang aku ni suka memberatkan kepala dengan perkara yang remeh. Haha, sangat tak patut. Maka, dalam konteks pembelajaran hidup.. aku cuma mahu hidup yang bahagia. Faham faham sendiri laa cik SI ye? *okey* :)
Ermm.
Peperiksaan TOV yang entah-apa-apa-tu dah berakhir semalam. Result? Hoho, aku dah malas fikir. Sebab, aku memang tak study. Haha, punya laa malas. Lagipun, aku tau soalan tu ada sampai yang bab empat lima. Jadi, buat endah tak endah je laa. Haha. Rasanya, kena selalu up semangat. Kena amik semangat dia jugak. Kena sentiasa optimis, kan kan kan my sb? Huhu. Aku kena ada matlamat. Matlamat bersama rakan seperjuangan di 4Rock. Ahaaaaks.
Waktu peperiksaan BA kelmarin, yang dua jam setengah tu punya laa entah apa apa. Tidur bangun tidur bangun. Haha, sangat lama tidur. Soalan pertama jawab, mesti laa soalan karangan. Uhibbu Usrati. Hehe, nasib baik masih ingat yang tingkatan 3 punya. Hehe. Lepas jawab karangan, terus tidur. Sedangkan, bertimbun timbun lagi soalan masih tak jawab. Aku malas laa, sebab banyak tak faham arahan. Jadi, tak tau laa nak jawab apa. Hak hak hak. Bila tinggal lagi sejam masa, baru start buat sungguh sungguh. Kot. Exam habis pukul 1.20 petang. Tapi, budak budak ramai yang hantar awal. Pukul 1 sudah hantar. Hoho, katang r. Aku dengan Faeza je malas nak hantar lagi. Sebab, masih tak siap haha. Ohh, aku dengan Faeza je yang meja terletak nun jauuuh di belakang. Hehe. Kami berdua, saja. Bila semua orang dah hampir balik, hampir hampir tepat masa.. baru kami hantar. Well, kami tepati masa. Haha. Biasa laa.
Pergi maktabah kan, pinjam novel novel. Menuju Puncak. Naluri Hidayah. Bedar Sukma Bisu english vers. dan Twilight Time. Hoho, tetiba je rasa nak membaca banyaaak banyaaaaaak. Ahaksss :D
Sudah laa, aku tak tahu nak merepek apa lagi kat sini.
Hehe.
Sekali lagi,
salam maulidur rasul. 1Malaysia 1Ummah.
Tapi, aku rasa aku nak lakukan sesuatu. Kepada diri sendiri :)
Sunday, February 13, 2011
Manja manja dengan kawan kawan | K's session, SI n A.
Hari ini cuma exam Bahasa Melayu. Hoho. Exam yang paling aku suka sebab langsung tak tidur dan tak bosan. Menulis dan terus menulis sampai aku puas. Haha. Ermmm, lepas rehat. Aku, Qilah, Pqah, Hani, Madi, dan Eyrah lepak kat BK. Hurmmm, jarang dapat peluang macam ni sekarang. Haha, bila asyik study study study dah jarang dapat jalan jalan. Aku borak borak. Ermm, hari ini balik pukul 1.15 petang. Ouh, bila dah dua belas lebih.. naik kelas amik beg.
Aku stay kejap dalam kelas. Budak budak sungguh takde kerja, terutama boys. Sungguh sungguh amat main shahiba, bersorak tahap giga. Haha. Bising laa kelas. Korang, tak tahu ke esok exam bahasa arab? :P Seronok laa manja manja dengan kawan kawan.
Malas nak beratur, Yana kata public sudah panjang. Haha, belok ke asrama. Guna public sana, haha. Ermm, bila sekali lagi masuk BK.. borak borak dengan dia. Dia ajak aku masuk dalam bilik kecil yang dikhaskan untuk K. berkumpulan. Hurmm, pasang kipas je. Suasana, gelap tapi ungu. Erk, romantik? Haha.
Dia cerita semua laa pada aku. Aku dengar. Sebab, aku tahu perasaan yang dia alami. Aku pun pernah rasa. Sungguh tak best kan bila rasa macam ni? Sakit, keliru, rasa nak lari dari segala galanya. Dia bercerita panjang, aku pula amik watak jadi penasihat kali ini. Memang aku sungguh sungguh mahu up semangat dia, macam yang orang lain pernah lakukan perkara sama untuk aku. Air mata dia menitik juga laa. Aku just senyum je la, kan. Proses biasa dalam luahan perasaan. Haha, aku rasa macam nak sangat dia jadi bersemangat balik. Macam yang aku kenal dia, sewaktu dua tahun lepas. :)
Bila dia cerita, kadang aku mencelah. Aku bagi pendapat aku. Aku cakap apa yang aku nak cakap. Memang pertama kali aku betul betul bersungguh macam ni. Aku nak dia tak larut lagi. Sebab, aku pun pernah alami macam yang dia alami sekarang.
'kalau mu tersepak batu berulang kali, lepas tu mu jatuh berulang kali.. kenapa mu tetap bangun? kenapa tak terus biar je diri mu rebah macam tu? walaupun mu tahu, mu asyik tersepak batu dan rebah berulang ulang kali.' tetiba, aku cakap macam tu.
Bukan hanya untuk dia. Tapi, untuk aku juga. Lepas aku kata macam tu, tetiba aku tersedar. Macam dushh kat diri sendiri. Erk, hehe.
'try mu bayangkan, mu nak pelangi. nak sangat sangat, tapi mentari tengah cerah bersinar. bila hujan turun, memang sepi sedih. lepas tu, pelangi pun datang. lagi cantik daripada masa mentari cerah tu. sekurangnya, mu akan rasakan kebahagiaan yang lebih bila dah rasakan keperitan dulu'
dia diam. aku pun diam, aku cerita cerita juga perasaan aku dulu. aku nak dia paham, memang tak mudah nak lalui semua ini. aku kasi dia ingat kisah kisah lama. aku ingatkan balik diri dia yang dulu. nak nangis aku bila aku sendiri yang ingatkan dia tentang main main kejor kejor, tentang ketawa macam pontianak :P aku nak dia sentiasa bahagia, sebab aku sayang dia.
aku hanya beritahu apa yang mampu aku beritahu. aku nak juga dia paham yang aku pun dapat menyelami perasaan dia sekarang. sangat sakit kan? yang penting, kekuatan je. :D aku nak dia bangkit sungguh sungguh, macam apa yang kawan kawan pernah buat kat aku waktu aku down seperti ini. Aku sayang kawan kawan :]
Pssst : Aku baru sedar betapa penting aku buka hati aku, dengan menerima menghargai serta menyayangi. Baru aku rasa bahagia :)
Saturday, February 12, 2011
Dari Lib ke Jerteh| Cik SI & Cik SM
Salam
Hari ni melepak kat lib dengan budak Pqah Manaf. Sungguh sungguh ni buat Khemiyya. Haha, bila dah boring, buat phizix. Lastnya, buat addmath lagi best. Huk huk huk. Oh yaa, jumpa Zul senoir f5 2010 yeahh yeahhh. Nak dijadikan cerita, macam mana terkeluar bicara nak pergi SMO, mahu beli buku buku latihan rujukan segala bagai. Tup tup, telefon mama
'nak pergi smo, ma'
mama cakap petang nanti. Study dulu kat lib tu. Haha, lepas tu tepon uncle manaf. Dengar pqah cakap
'nak pergi jerteh, ayaaaaaahhh [nada manja auuww auuuwwww]' haha.
Tup tup, ayah dia dah pergi la jerteh. haha, tepon papa aku plak
'pa, nak gi smo'
tup tup lagi
'laa, pa duk jerteh doh ni' erkkk. =_="
huahuahuahua. takpe laa. takde rezeki. haha, tiba tiba papa tepon cakap nak mari amik pulak. tapi, cik pqah pulak tak jadi atas sebab sebab tertentu, heeeee. okey, biarlah. sedang enak enak makan aishkrim bawah pokok, tetiba uncle manaf tepon cakap che su nak pergi jerteh. haha, so.. che su amik kitorang kat lib laa. cehh, jadi jugak pergi. maknanya, kalau dah jodoh tak ke mana (?)
papa datang hantar duet dulu, hak hak. lepas tu, borak kejap dengan ustazah maimunah yang datang nak amik anaknya kat lib. Huhu, mula mula kitorang pergi galeri hidayah. Ronda ronda nampak Penulis yang Disayang Tuhan. Omaigod! Terus sambar, haha.
Lepas tu, che su and others pergi galeri hidayah yang satu lagi. Aku dengan pqah ke econjaya. Baru laa kami susul ke Galeri jugak. Nampak Kita Hanya Di Seberang Jalan. Huhu, jimat cermat Cik Sya Izz. Haha, iya laaa. Pandang pandang je laa novel novel tu semua. Bila masuk Pustaka Timur, nampak koleksi buku Faisal Tehrani. Ada Ketupat Cinta, Tuhan Manusia, Bahlut, Tunggu Teduh Dulu dan others. Aku tercari cari Manikam Kalbu, tapi takde. Rasanya, aku mahu kumpul novel novel FT laa pula. Bila dah baca MK, terus rasa macam nak baca novelnya yang lain. Tapi, cover kebanyakan tak berapa cantik.. tu yang takde mood nak beli. Hahaha, yang penting cheritanya, erkk. :P
Tempat last, SMO. Huhu, beli buku buku latihan. Amik mood, semangat baru lepas exam tov ni. Mesti belajar sungguh sungguh heeee. Che Su belanja makan kat restoran. Hehe, terus Che Su hantar balik rumah. Hak hak hak. Tak rancang pun nak beli belah dengan budak Pqah ni. Pertama kali lepak gini. Uhukss. Best kan kan kan? :D
Malam, ada tuisyen Khemiyya. Rasa malas je menggoda, tapi digagahkan juga pergi. Haha, sebab result Khemiyya menyakitkan hati kan :P Seronok sangat belajar Chem. Haha.
'naphthalene tu ubat gegat laa, ubat lipas tu'
semua senyap. semua dah tahu. tetiba,
'laaaa, oooo' buat muka baru tahu.
tup tup, semua pandang aku [Cg, Razi, Aiman, Akkir, Izzat, Qilah, Ba]
lepas tu diorang ketawa. Terutama budak Aiman, ketawa punya sungguh sungguh.
Ceh, aku hempuk jugak kan nanti =_="
lepas tu diorang ketawa. Terutama budak Aiman, ketawa punya sungguh sungguh.
Ceh, aku hempuk jugak kan nanti =_="
'erkk, erkk. Hehe'
Dah memang aku baru tahu, atau aku tak ingat kalau cikgu kat sekolah pernah cakap kot haha.
Tadi, sebaris boys di depan budak sn ict. Kami sebaris di belakang, budak sn tulen. Ermm, tuisyen tempat yang amat best dan sempoi untuk belajar. Alaa, memang laa best. Sebab, kami kami je semua. Dari tahun lepas lagi, mengadap muka sama. Kat sekolah mereka. Kat tuisyen pun mereka. Tapi, cool laa mereka. Aku suka aku suka aku suka hoho.
Dah nak balik, salam. Tangan cikgu masih belum lepas
'cikgu, cikgu comel laa'
cikgu sengih. buat muka terkejut, teruja terharu. Haha, serius. Memang cikgu comel sangat, terutama bila bercakap dan senyum. Lesung pipit jelas terserlah. Haha.
Sudah laa, itu je cerita hari ini. :)
Friday, February 11, 2011
Cahaya
Kaki aku menapak perlahanterus bergerak mengikut kata hatiaku masih tidak berhentisampai suatu ketika, aku lihat cahaya
Cahaya itu bagai jelmaan mimpi indahaku kejar ia dalam kegelapanaku panggil ia dalam kesunyianaku gapai ia dalam keheningan
Sesaat pergi, bersama cahaya akuaku terduduk dalam kesuramanaku pandang sekelilingaku hilang lagi, dalam mencari arah
Tolong, kembali kan cahaya akuaku masih di sinimenunggu.
SI|1945.110211
Thursday, February 10, 2011
Menerima, Menghargai dan Menyayangi :)
Salam
Hari ini kan takde exam. Maka, bila bangun pagi tu terus terdetik.. tak nak pergi sekolah! Haha, konon konon. Sekarang kan, aku rasa sekolah tu tempat yang paling aku 'suka'. Hurmmm, pergi ke kelas macam biasa. Budak lelaki dah gabung balik meja diorang. Tapi, budak girls belum. Iya laa, ahad isnin masih exam. Huk huk huk.
Maka, pabila masa math mod.. teacher tak masuk. Huhu, aku tak nak fikir laa yang sukanya cikgu tak masuk sebab selalunya memang cikgu akan masuk. Tak kan kecewa kalau macam tu? Haha. Tengok, aku dah jadi budak yang teruk, haihhh. Disebabkan hari ini hari khamis, aku sangat takde mood nak bukak buku dan menghadap buku itu. Serius, aku memang takde mood langsung nak belajar. Rasa macam nak angkut beg, balik. Kejamnya, haha. Jadi, nak kembalikan mood seperti biasa, kena laa borak borak. Haha, bila borak borak ketawa ketawa auw auwww, baru laa dah jadi macam biasa. Kelas terus bising, dengan bebudak lelaki yang main catur dan shahiba. Aku pula, siapkan peka phizix.. takut cikgu nak hari ini. Haha, buat peka dengan Faezadti. Sambil borak borak, pasal kenangan masa hari nak ambil result pmr. Hehe.
Lepas math mod, masa SI. Ustaz masuk kejap, tapi ustaz tinggal kasi buat kerja masing masing. Macam macam jenis.Yang boys still main. Aku still borak borak. Hajar dan yang lain borak borak juga. Syatun dengan Farahim melukis. Ahaaa. Agaknya, hari ini memang tak belajar ehh? Aku pun hanya bawak buku phizix dengan SI je. Haha. Bila dah siapkan peka phizix, mula la tak de kerja. Hehe, merayau rayau tapi dalam kelas je la. Borak itu ini. Lukis itu ini. Haihhh, cerita cerita. Ermm, masa BM cikgu takde juga. Sebab, Cg Aida ikut geng merentas desa wakil sekolah ini pergi bertanding. Yuhuuu, sebab itu laa kami tak exam hari ni dan cikgu tak mengajar. hak hak hak.
Bila tiba waktu rehat, ermmm ermmm macam biasa laa kan. Lepas rehat tu masa addmath. Cg tak masuk juga. Haha, kami menghias kelas punya laa rajin. Hehe, Anis, Farah dengan Syatun laa. Serius, tetiba je rasa yang kelas aku ni dah jadi macam tadika (?) aiseh, apa ni? Kitorang dah siap cakap yang kelas 4 R itu boleh juga nak dipanggil 4Rock. Haha, yang papan kenyataan kat belakang konon konon nak buat imej ghotic. Tapi, apesal yang papan kat depan jadi terlalu tadika? Haha, takpe takpe. Aku suka. Erk, kami suka sangat sangat! Rasa ceria ceria ceria :D
Masa BI, teacher masuk. Tapi, kami buat kerja sendiri. Terbahagi kepada empat. Putera main catur. Kami main shahiba. Hajar dan geng borak borak. Syatun dengan Farah melukis. Hehe, memang sangat best main dengan diorang!
Masa ini baru laa rasa, 'betapa aku tak mencuba hargai apa yang ada di depan mata selama ini' *senyum*
Betul. Tetiba je rasa, semua ini best. Kalau laa aku dapat rasakan dari dulu... Tapi, satu je yang aku fikir.'aku tak kan dapat nikmati semua kegembiraan kebahagiaan yang aku dapat masa sekarang kalau aku yang menutup hati aku. Aku hanya perlu syukur dan terima apa adanya. Semunya akan jadi best. Kan?'
Oke oke. Main main main kemudian ikut Syahirah kutip duit pandu puteri. Jumpa cg Zimah kat bilik kaunseling. Dengan prs yang sibuk angkat angkat barang mahu pindah bilik, hehe. Dalam ramai ramai tu, cg panggil aku. Haha, cg bisik markah khemiyya. Hahaha, terus erkk 'aku benci khemiyya :p' Menempik sekejap kat tengah tengah keriuhan, haha. Giler laa =_="
Bila dah masuk kelas, tengok geng dah kemas shahiba. rasanya, takde orang menang ehh? hhaha. Aku tinggal bila huruf aku dah hanya dua. terus bagi kat faezadti. hak hak hak, maka jom jom jom hias kelas. Seronok tau! Masa tu masa fizik. Hehe, yang budak lelaki dari pagi ke petang main catur.. tak puaskah? heeee.
Borak borak hias kelas. Sangat best. Aku sayang 4Rock!
Oh yaa, part nak balik tu.. bila aku keluar surau, nampak kereta cg zimah. Cg pun panggil aku. Aku pergi. Meluahkan ketidakpuasan hati pasal khemiyya geram geram geram huhuhu dan tetibe cg hulur kerongsang yang panjang panjang kira kira sejengkal. Alaa, fesyen sekarang kan.. yang pakai dengan tudung ariani. Hehe, cg hulur leps tu cakap 'hadiah sembilan A'. Heee, aku buat muka teruja je laa haha.
Petang tadi, Qilah datang umah. Berderet deret dengan adik adiknya aidil dan azim. haha, jalan jalan pergi rumah cg sue. dan, jalan jalan pusing kampung dengan basikal.
Apa yang aku dapat hari ini ?
'Belajar menerima, menghargai dan menyayangi :)' Serius, aku dah mula sukakan sekolah lagi, yippi!
Subscribe to:
Posts (Atom)