Friday, February 4, 2011

akubudakkuat, kan?



I keep many things form my past that I should just let go of .
Kalau laa kan, aku boleh lupa korang semua
Kalau laa kan, aku boleh buang kenangan korang semua
Kalau laa kan, aku boleh jauh kan korang dari hati aku
Kalau laa kan, aku boleh tengok korang lepas tu buat macam kita tak pernah kenal


Kenapa ye? Kenapa buat aku tak boleh lepaskan korang?


Pantang tengok gambar ramai ramai, mesti sedih.
Pantang tengok benda benda yang bersangkut paut dengan korang, mesti sedih.
Pantang nak amik mood sedih, terus je ingat korang. Bertambah tambah sedih.


Degil ye, aku. Dah beribu orang [tipu je ;p] cakap kat aku jangan ingat kenangan lama bla bla bla tapi aku masih buat bodoh je. Siapa yang seksa? Aku juga. Atau, aku yang lebih lebih sayangkan korang sampaikan tak boleh lepaskan korang pergi? Hoho, korang bukan pergi mana pun. Nah, nak tengok depan mata.. hari hari nampak. Haha, tapi aku cuma tengok korang dari jauh je laa kan. Jumpa gitu gitu, cakap gitu gitu.


Warga kesayangan, hari hari aku pandang muka I M, Cena, Thirah, Bilah, Fatin, Faeza.
 Lagi l a p an b e l a s.. aku rindu kalian :D


Aku dah cuba dah, sentiasa. Aku cakap kat diri aku. Aku cakap kat hati aku.

'kalian tak ke mana mana, ada di sini <3'


tapi, aku nak jugak sesuatu yang aku tak akan dapat.


Dah laa Sya Izz, tak semua yang kau nak.. kau akan dapat. Boleh tak, kau hanya nikmati hidup yang kau miliki sekarang? Situasi ni sama je masa darjah 6 dulu kot. Tingkatan 1 mana best kan? Tapi, bila dah lama lama... kau akan biasa dan terima semua ini apa adanya. Kan? Hidup tak best kalau dapat semua yang kita impikan. Kadang kadang, mungkin kau akan lebih bahagia hidup begini.. tanpa kau sedari. Boleh tak, kau just terima dan diam?


Aku tahu aku tahu aku tahu semua itu.
Tapi, bila aku dah terlalu sayangkan sesuatu...... =_="


Dah, dah. Terima dengan senang hati apa yang aku dapat. Mesti tahu, proses menyesuaikan diri adalah proses yang sangat tidak best. Walau apa pun, k u a t. Nak jadi watak baik kan? Kalau begitu, nah.. jangan mengeluh. Orang lain mungkin lagi bahagia daripada aku tapi mungkin ada orang yang lebih kurang bahagia daripada aku. 


Tuhan beri aku semua ini, anugerah yang hadir dalam kehidupan aku. Siapa aku yang hendak nafikan perjalanan takdir? Siapa aku hendak mempersoalkan segalanya walhal aku sendiri tidak boleh melihat masa depanku sendiri?


Aku tahu, mungkin ini ujian buat aku. Ermm, masing masing kan Dia dah tetapkan ujian sendiri [yang pelbagai] Untuk aku pula, aku kena harungi ini sebab aku tahu di sebalik guruh petir dan titisan hujan hari ini pastinya akan terselit secebis keindahan mentari dan warna warni pelangi di kala hari esok.


Senyum, dan teruskan segalanya.


:)






akubudakkuat, kan?