Monday, February 7, 2011

Kalau.... boleh kah?

Kalau
Bintang itu merendahkan dirinya
lalu membenarkan aku memautkan
secebis kesedihan yang menggunung,
boleh kah?


Kalau
Purnama itu sudi meminjamkan
sedikit sahaja cahayanya
buat menerangi jiwa aku,
boleh kah?


Kalau
Angin itu masih sudi berhembus
lalu meredupkan hati
dengan ketenangan dan kenyamanan,
boleh kah?


Kalau
Matahari yang terang dan perkasa
mahu menurunkan suhunya
untuk dipinjamkan habanya kepada hati yang kedinginan,
boleh kah?


Kalau
Ombak yang rutinnya menghempas ke pantai
lakukanlah perkara yang sama kepada aku
gulunglah sakit ini, hempaskan semahunya,
boleh kah?


Kalau
Pelangi mewarna warnikan dirinya dengan indah
tolong jadikan hati aku juga begitu
calitkan lah warna kehangatan itu biar hanya sedikit,
boleh kah?




SI|21:14,070211

No comments: