Salam
Hoho, semalam ke pantai. Mula mula tak nak pergi, tapi.. budak sangat pandai memujuk. Terus kalah, pergi dengan Aina Diyya dalam pukul 5.30 petang.. Uhuuu, ramai juga orang. Lepak lepak kat sana je laa. Budak Aifaa tu siap bawa sepupu comel dia lagi, Fathnin. Lepak kat sana, sekitar pukul 7 baru balik. Haha, serius.. rasa macam tak nak balik. Melepak dan terus bercerita :)
Itu cerita semalam.
Cerita hari ini, si Aifaa ni buat kenduri.. Duduk kat rumah baru kan. Hoho, selamat menjadi jiran kami :D haha, dah jadi penduduk Limbongan ye? Hak hak hak. Jadi, sebab kitorang pergi ramai ramai kan.. maka, berjalan kaki je laa. Haha.
Kitorang = Aku, Pqah Manaf, Aina Diyya, Hani, Aiman.
Bila Pqah manaf pergi rumah aku, kami pun mulakan perjalanan. Lalu ikut jalan rumah Aiman, haha. Ingat nak tunggu Hani dengan Aina kat simpang, rupa rupanya.. Cik Aina masih bermekap mekap HAHA terpaksa laa kami bertiga pergi dulu. Sampai kat rumah Aifaa, tak ramai sangat orang. Maklum laa, dah ramai yang datang sebelum kitorang. Huhu, tapi tetap malu malu auww auwwww. Bila si Aifaa keluar, jenuh tarik kitorang masuk. Haha, tapi asyik melekat je kat pintu depan. Hak hak, kat dalam tu.. ada Fifi dengan Zahir, hoho tengah makan. Lama juga kecoh kecoh kat sana haha, akhirnya kitorang pun masuk. Jumpa Cg Sue, salam segala bagai. Hehe, lepas tu berebut nak dukung Iman. Hak hak, si Aifaa pulak macam laa tak pernah dukung adik dia tu. Haha, sesenang je kami buat riuh kat rumah orang. Huhu, takpe.. kat rumah cg sendiri. Hehe.
Kemudian, pergi lepak kat belakang. Sambil makan makan, main main, borak borak, gambar gambar. Hehe, memang best laa. Dalam pukul 2 lebih pergi, dekat pukul 5 baru balik. Hahaha, aifaa punya laa tak bagi kitorang balik. Cehh, bila nak balik.. panggil Cg Sue yang tengah cakap dengan tetamu.. supaya ikut kitorang kat ruang tu. Nak bergambar, haha. Cun semua laa. Haha. Tetiba, Aifaa menggedik nak ikut kitorang. Haha, jom jom jom jiran baru.
Jalan punya jalan, biasa laa. Bila dah dengan Hani, memang gila laa. Selamba je buat buat masuk rumah orang. Haha, setakat pintu pagar je laa. Bukan satu, tapi tiga empat buah. Tambah tambah dengan otak tak cukup kalsium si Aifaa, haihh. Haru betul, hahaha.
Jalan punya jalan, sampai kat rumah Aiman.. Bye Aiman.
Jalan punya jalan lagi, sampai kat rumah aku. Bye aku dan Pqah Manaf.
Jalan punya jalan lagi, sampai kat rumah Aina. Bye Aina, Hani, Aifaa dan Fathnin.
Haha, aku dengan Pqah balik solat je. Lepas tu, ke rumah Aina lagi. Lepak dengan budak budak tu. Macam macam perkara yang diborakkan. Happy aje!
Pukul 6 lebih, Aifaa dan Fathnin pulang. Comel je budak Fathnin tu! Macam sepupu dia laa, haha. Mulut pun kecoh, hak hak hak. Lambai lambai, kami bertiga lepak kat jalan. Haha. Dekat pukul 7, daddy Pqah pun mari amik dia. Hoho, hari yang sangat mengujakan.
Dengan Hani. Aifaa. Aina. Pqah Manaf. Aiman. Fathnin. Iman. Fifi. Zahir. [watak watak hari ini] Dan, semuanya.
[selingan]
Pssst : Ziem, comel dop aku lukis ? wakaka ;p
2 comments:
Comey Ngat!..syaZa?..aish!!
hahahahhaa ;P nsib baek bukan syazim :D coey ork? susah pyh ak lukis nie.
Post a Comment