Tuesday, February 15, 2011
15 Feb 11
Salam Maulidur Rasul.
Ermmm. Sebenarnya aku tak tau nak coret apa kat sini, sementelah tiada apa apa cerita yang mahu aku riwayatkan. Hoho. Aku hanya, tak mahu tulis apa apa *konon konon*
Mahu cerita apa, ya?
Aku nak sangat tulis ni, tapi aku tak tau nak tulis apa. Rasa, macam hati dah nak pecah. Sebab, banyak sangat benda kat hati ini. Huhu.
Masalah memang tak putus putus, hikayat setia yang lekat kat hati. Haha. Rasanya, aku dah boleh terima suasana, persekitaran, dunia yang baru atau apa apa yang berkaitan dengan hati yang terbuka. Maksud aku, kalau nak tertekan ke, nak sedih sedih ke.. Tak guna juga, sebab mesti laluinya juga kan. Lebih baik, aku lalui semua ini dengan hati yang senang, gembira dan lapang. Sekurang kurangnya, ini pasti akan lebih menyeronokkan. Heeee, semua perkara menyeronokkan. Aku cuma, perlu ketuk ketuk basuh basuh hati dan fikiran. Itu je jalan aku, nak lari daripada kekusutan yang kadang kadang tak patut ada pun. Haha, cikgu selalu cakap yang aku ni suka memberatkan kepala dengan perkara yang remeh. Haha, sangat tak patut. Maka, dalam konteks pembelajaran hidup.. aku cuma mahu hidup yang bahagia. Faham faham sendiri laa cik SI ye? *okey* :)
Ermm.
Peperiksaan TOV yang entah-apa-apa-tu dah berakhir semalam. Result? Hoho, aku dah malas fikir. Sebab, aku memang tak study. Haha, punya laa malas. Lagipun, aku tau soalan tu ada sampai yang bab empat lima. Jadi, buat endah tak endah je laa. Haha. Rasanya, kena selalu up semangat. Kena amik semangat dia jugak. Kena sentiasa optimis, kan kan kan my sb? Huhu. Aku kena ada matlamat. Matlamat bersama rakan seperjuangan di 4Rock. Ahaaaaks.
Waktu peperiksaan BA kelmarin, yang dua jam setengah tu punya laa entah apa apa. Tidur bangun tidur bangun. Haha, sangat lama tidur. Soalan pertama jawab, mesti laa soalan karangan. Uhibbu Usrati. Hehe, nasib baik masih ingat yang tingkatan 3 punya. Hehe. Lepas jawab karangan, terus tidur. Sedangkan, bertimbun timbun lagi soalan masih tak jawab. Aku malas laa, sebab banyak tak faham arahan. Jadi, tak tau laa nak jawab apa. Hak hak hak. Bila tinggal lagi sejam masa, baru start buat sungguh sungguh. Kot. Exam habis pukul 1.20 petang. Tapi, budak budak ramai yang hantar awal. Pukul 1 sudah hantar. Hoho, katang r. Aku dengan Faeza je malas nak hantar lagi. Sebab, masih tak siap haha. Ohh, aku dengan Faeza je yang meja terletak nun jauuuh di belakang. Hehe. Kami berdua, saja. Bila semua orang dah hampir balik, hampir hampir tepat masa.. baru kami hantar. Well, kami tepati masa. Haha. Biasa laa.
Pergi maktabah kan, pinjam novel novel. Menuju Puncak. Naluri Hidayah. Bedar Sukma Bisu english vers. dan Twilight Time. Hoho, tetiba je rasa nak membaca banyaaak banyaaaaaak. Ahaksss :D
Sudah laa, aku tak tahu nak merepek apa lagi kat sini.
Hehe.
Sekali lagi,
salam maulidur rasul. 1Malaysia 1Ummah.
Tapi, aku rasa aku nak lakukan sesuatu. Kepada diri sendiri :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
great puitis words.
n_n
hux6..mmG orG nyee puitis,,x g2?..hux6..
peace, hehe.
Post a Comment