Kalau pelangi itu indah
aku mahu jadi sepertinya
sentiasa memancarkan kecantikan
dari warna warni kehidupan
Kalau bintang itu bersinar
aku mahu jadi sebahagiannya
di mana sinarannya menyenangkan
setiap mata yang memandang
Kalau hujan itu nyaman
ingin sekali aku bahagikan jiwaku
biarkan setiap kepingan
diresapi rintisan dingin itu
Kalau angin itu membuai
peluklah aku dengan ketenangan
dorongkan aku menelusuri cahaya
yang bergema di lorong awanan
SI|0800.170211.timeforgets
No comments:
Post a Comment