Salam
Hari ini kan takde exam. Maka, bila bangun pagi tu terus terdetik.. tak nak pergi sekolah! Haha, konon konon. Sekarang kan, aku rasa sekolah tu tempat yang paling aku 'suka'. Hurmmm, pergi ke kelas macam biasa. Budak lelaki dah gabung balik meja diorang. Tapi, budak girls belum. Iya laa, ahad isnin masih exam. Huk huk huk.
Maka, pabila masa math mod.. teacher tak masuk. Huhu, aku tak nak fikir laa yang sukanya cikgu tak masuk sebab selalunya memang cikgu akan masuk. Tak kan kecewa kalau macam tu? Haha. Tengok, aku dah jadi budak yang teruk, haihhh. Disebabkan hari ini hari khamis, aku sangat takde mood nak bukak buku dan menghadap buku itu. Serius, aku memang takde mood langsung nak belajar. Rasa macam nak angkut beg, balik. Kejamnya, haha. Jadi, nak kembalikan mood seperti biasa, kena laa borak borak. Haha, bila borak borak ketawa ketawa auw auwww, baru laa dah jadi macam biasa. Kelas terus bising, dengan bebudak lelaki yang main catur dan shahiba. Aku pula, siapkan peka phizix.. takut cikgu nak hari ini. Haha, buat peka dengan Faezadti. Sambil borak borak, pasal kenangan masa hari nak ambil result pmr. Hehe.
Lepas math mod, masa SI. Ustaz masuk kejap, tapi ustaz tinggal kasi buat kerja masing masing. Macam macam jenis.Yang boys still main. Aku still borak borak. Hajar dan yang lain borak borak juga. Syatun dengan Farahim melukis. Ahaaa. Agaknya, hari ini memang tak belajar ehh? Aku pun hanya bawak buku phizix dengan SI je. Haha. Bila dah siapkan peka phizix, mula la tak de kerja. Hehe, merayau rayau tapi dalam kelas je la. Borak itu ini. Lukis itu ini. Haihhh, cerita cerita. Ermm, masa BM cikgu takde juga. Sebab, Cg Aida ikut geng merentas desa wakil sekolah ini pergi bertanding. Yuhuuu, sebab itu laa kami tak exam hari ni dan cikgu tak mengajar. hak hak hak.
Bila tiba waktu rehat, ermmm ermmm macam biasa laa kan. Lepas rehat tu masa addmath. Cg tak masuk juga. Haha, kami menghias kelas punya laa rajin. Hehe, Anis, Farah dengan Syatun laa. Serius, tetiba je rasa yang kelas aku ni dah jadi macam tadika (?) aiseh, apa ni? Kitorang dah siap cakap yang kelas 4 R itu boleh juga nak dipanggil 4Rock. Haha, yang papan kenyataan kat belakang konon konon nak buat imej ghotic. Tapi, apesal yang papan kat depan jadi terlalu tadika? Haha, takpe takpe. Aku suka. Erk, kami suka sangat sangat! Rasa ceria ceria ceria :D
Masa BI, teacher masuk. Tapi, kami buat kerja sendiri. Terbahagi kepada empat. Putera main catur. Kami main shahiba. Hajar dan geng borak borak. Syatun dengan Farah melukis. Hehe, memang sangat best main dengan diorang!
Masa ini baru laa rasa, 'betapa aku tak mencuba hargai apa yang ada di depan mata selama ini' *senyum*
Betul. Tetiba je rasa, semua ini best. Kalau laa aku dapat rasakan dari dulu... Tapi, satu je yang aku fikir.'aku tak kan dapat nikmati semua kegembiraan kebahagiaan yang aku dapat masa sekarang kalau aku yang menutup hati aku. Aku hanya perlu syukur dan terima apa adanya. Semunya akan jadi best. Kan?'
Oke oke. Main main main kemudian ikut Syahirah kutip duit pandu puteri. Jumpa cg Zimah kat bilik kaunseling. Dengan prs yang sibuk angkat angkat barang mahu pindah bilik, hehe. Dalam ramai ramai tu, cg panggil aku. Haha, cg bisik markah khemiyya. Hahaha, terus erkk 'aku benci khemiyya :p' Menempik sekejap kat tengah tengah keriuhan, haha. Giler laa =_="
Bila dah masuk kelas, tengok geng dah kemas shahiba. rasanya, takde orang menang ehh? hhaha. Aku tinggal bila huruf aku dah hanya dua. terus bagi kat faezadti. hak hak hak, maka jom jom jom hias kelas. Seronok tau! Masa tu masa fizik. Hehe, yang budak lelaki dari pagi ke petang main catur.. tak puaskah? heeee.
Borak borak hias kelas. Sangat best. Aku sayang 4Rock!
Oh yaa, part nak balik tu.. bila aku keluar surau, nampak kereta cg zimah. Cg pun panggil aku. Aku pergi. Meluahkan ketidakpuasan hati pasal khemiyya geram geram geram huhuhu dan tetibe cg hulur kerongsang yang panjang panjang kira kira sejengkal. Alaa, fesyen sekarang kan.. yang pakai dengan tudung ariani. Hehe, cg hulur leps tu cakap 'hadiah sembilan A'. Heee, aku buat muka teruja je laa haha.
Petang tadi, Qilah datang umah. Berderet deret dengan adik adiknya aidil dan azim. haha, jalan jalan pergi rumah cg sue. dan, jalan jalan pusing kampung dengan basikal.
Apa yang aku dapat hari ini ?
'Belajar menerima, menghargai dan menyayangi :)' Serius, aku dah mula sukakan sekolah lagi, yippi!
No comments:
Post a Comment