Wednesday, February 23, 2011

Drama DS(3)AH.



Assalamu'alaikum, :)


Gembira sangat! Jumpa Aifaa dengan Amni. Hoho. Ceritanya begini, pagi tadi datang sekolah (lewat-laa-jugak, haha) lepas aku jalan je laa kan. Tup tup, daripada kejauhan nampak seorang yang cantik haha tengah berdiri kat pintu Bilik Kaunseling. Dia renung aku dari jauh lagi. Haha, aku masih kelam kelabu gelap gelita sebab tak nampak sangat laa kan. Jalan punya jalan... aku tengok dia. Erk, buat muka terkejut. Serius, terkejut amat. Terus sengih lepas peluk dia. Aiyoo, rindu sama Cik Aifaa! Borak kejap kejap, Amni pula yang baru datang. Berlari lari dia ke arah kami. Haha, main peluk peluk lagi. Tapi, tak dapat peluk sangat laa sebab aku pegang buku yang bertimbun kat tangan. Bila tengok Cik Amni peluk sape-ntah dengan eratnya, terus cakap


'sampai hati, peluk ye kuat kuat.' (buat muka merajuk)


'ehh, doh Iqa pegang buku kan..' Dia cakap. Memujuk konon konon.


Terus aku letak buku aku kat tangan Cik Madiyy, 'dah dah, mari nak peluk semula'


Dia pun sengih. Haha, berpelukan dengan erat huhu. Tup tup, jalan sama sama naik ke kelas. Yeahh, diorang ke kelas lama diorang. Hoho, budak KISAS sekarang ye awak berdua (?) mmuaaah. Tetap sayang walau di mana anda berada. Haha.


Aku pula, masuk kelas dengan rasa yang huwaa T____T Memang langsung takde mood. Tak tau terbang ke mana, rasa macam nak mengamok pagi pagi buta. Hahaha. Waktu BM dengan QS, cikgu dengan ustazah takde kan.. jadi, buat la kerja masing masing huhu. Pagi tu memang aku serabut gile. Lalala. Yang tak bestnya lagi, tiba laa masa Bio kan. Aku tengok cg mengajar tapi aku takde perhatian. Haha, asyik fikir benda benda lain je. Lastnya, apa yang cikgu sebut pasal hypertonic, istonic bla bla bla langsung takde kat kepala. Arh, buat lagi perangai macam ni ye, Sya Izz. =_=" Tak pasal pasal kena study balik pasal mende ni. Haihh. :P


Bila dah lepas rehat, baru mood kembali masuk dalam jiwa raga ni. Haha, mengade ngade sungguh. Cehh, sebab asyik gelak ketawa waktu BI. Kami belajar literature, kali ini short stories : QWERTYUIOP. Hee, teacher pun bahagikan kumpulan. Dari page sekian sekian, setiap kumpulan buat sepuluh soalan. Yeahh. Kumpulan aku, namanya DS(3)AH [kump 6]. Haha, group kami je campur. Takpe, teacher cakap untuk belajar memang takpe. Hehe. Maka, bermula laa kisah yang agak seronok. Hak hak. Mula mula, S(DongHae) yang bincang bincang dengan H dan A. Aku jauh ketinggalan, sebab baru nak baca. Haha, kami dapat page belakang dekat ending.. so, memang kena baca dari mula la. Aku ingat, apa laa cerita ni. Tapi, best juga laa kan. Bila baca dan faham, aku cerita kisah QWERTYUIOP pada D dan S(SiWon). H pun dengar juga rasanya. Haha, S(SiWon) sampai suruh dua kali aku ulang cerita. Tak faham katanya huahuahua. Dah sudah, S(DongHae) dan H yang bincang bincang buat dulu. Suasana memang sempoi la masa itu. Aku, S(SW), D dan A tup tup masuk bab cerita. Haha, kami buat drama! Kami reka skrip sendiri haha sambil bayangkan keadaan itu bla bla bla, memang kejap kejap gelak macam orang takde kerja. Bila dah gelak sungguh sungguh, S(DH) pun ala ala menjerit suruh senyap. Haha, habis group lain berpaling ke kami (di belakang) Erk. Haha, kesian diorang. Cehh, aku pun insaf laa kan. Aku dengan D pula yang bincang nak buat bla bla. Cuma, S(SW) dan A je yang sambung buat cerita tergelak gelak punya bersungguh. Haihh, dah laa sabitkan aku. Aku lempang jugak kan, wakaka :P Huhu, endingnya.. kami bagi adil laa untuk setiap watak watak haha. Sempat pula S(SW) kena renjis dengan air dua kali oleh S(DH). Tu laa, pandai pandai kenakan dia. Haha.


Okey, okey. Dah bergelak ketawa. Jom, turun ke makmal. Waktu Khemiyya tercinta. Erm, tapi aku pergi perjumpaan rumah. Aku, Fatin, Bilah, Syatun, Faeza. Huuu, banyak kerja kami buat. Dari waktu km sampai laa waktu pulang sekolah. Punya laa semangat ni, nak sambut Maulidurrasul esok. Hmm, kami yang cadangkan nak letak macam mana kain hijau tu bagi girls. Haha, macam macam gaya try try try last last, baru konfem. Ouhh, lepas tu buat bunga manggar. Cucuk cucuk kat betik. Buat reben untuk songkok boys. Main gunting gunting. Ahaa, macam kilang je rasa. Bilah yang buat, Syatun yang letak, kami yang gunting. Tekun bekerja tau! Haha, bila part cikgu cikgu main potong potong daun pandai nak buat bunga rampai.. tetiba rasa macam nak buat kenduri kawen. Haha, merewang ala ala kampong gitu. Sangat seronok, sangat meriah. Tak sabar mahu tunggu esok!


Ehm, tu je laa cerita hari ini. Hoho. 
Konklusi, ermm ermmm ermmmm sangat sangat suka drama hari ini.
Tentang cerita drama group DS(3)AH, dan cerita Usamah. Hijau mesti menang! Hahaha.


:)


No comments: