Sunday, November 29, 2009

Two Voices One Song


It's so rare to find a friend like you
Somehow when you're around, the sky is always blue
The way we talk, the things you say
The way you make it all ok
And how you know, all of my jokes, but you laugh anyway!

If I could wish for one thing, I'd take the smile that you bring
wherever you go in this world I'll come along!
Together we dream the same dream.
Forever I'm here for you, you're here for me.
Oh ooh oh
Two Voices, One Song

And anywhere you are,
you know I'll be around.
And when you call my name,
I'll listen for the sound!

If I could wish for one thing, I'd take the smile that you bring.
Wherever you go in this world, I'll come along!
Together we dream the same dream.
Forever I'm here for you,
you're here for me.
Oh ooh oh.
Two voices, one song.
Oh ooh oh.
Two voices, one song…


All for one,One for all !



TRUE COURAGE IS PURSUING YOUR DREAM , EVEN WHEN EVERYONE ELSE SAYS IT’S IMPOSSIBLE.

===========================


Saturday, November 28, 2009

Farhanah

Hari ni Sya Izz gembira.Sebab Sya Izz dapat jumpa kawan baik Sya Izz masa Darjah 6.Akhirnya,kitorang bertemu juga walaupun lebih setahun kitorang tidak bersua.

Saya rindu awak,Farhanah.

Apa pun,hari ni memang seronok!Dapt berbual dengan Farhanah walaupun hanya sekejap.Lalala.Sya Izz sayang Farhanah.Sayang sangat !!!!


Friday, November 27, 2009

Aku


Aku adalah aku.

Aku bukan sesiapa namun aku di sini hadir sebagai manusia yang bergelar anak,pelajar,sahabat dan sebagainya.

Aku berusaha untuk menjadi sahabat yang baik.Aku mahu menjadi teman yang menyayangi dan di sayangi oleh kawan-kawanku.Aku mahu menjadi insan yang sudi berkongsi cerita suka dan duka bersama sahabatku. :)

Cukuplah segala mimpiku.Dan sekarang aku terlihat gelang ditanganku.Gelang istimewa daripada Syi[FA].Saat aku terpandangnya,terus terbayang Syi[FA] di dalam mindaku.Aku tersenyum.Kasihnya akan ku sentiasa pegang kerana dia sahabatku.


Dalam hatiku cuma ada satu.Satu.Aku mahu insan-insan di sekelilingku gembira,tersenyum dan menyanyikan lagu riang sepanjang masa.Aku senang melihat mereka begitu.Aku sayang mereka.

Yang penting,sudah aku sematkan saat ini.Aku adalah aku.Aku sedar aku tidak terlalu sempurna bahkan mempunyai berjuta kekurangan.Aku cuma harap,mereka yang hadir di sekelilingku sudi menerima tingkahku,gembira apabila bersamaku dan sentiasa berkongsi kisah mereka denganku.


Aku?.Aku cuma manusia.Maafkan diriku jikalau aku ada terkasar bahasa atau tersilap kata.Aku tidak pernah lepas dari kesilapan.Namun,aku sentiasa mahu berusaha menjadi seseorang yang baik.Aku tidak kisah apa pun.Cuma,aku mahu diriku diterima.Maaf kalau ada tingkahku yang tidak disenangi atau nasihat yang diberikan tidak aku endahkan.

Aku sentiasa aku.Aku tidak mahu merubah diriku untuk kebahagiaan orang lain meskipun aku cuba.Aku sayang diriku.Ceria dan gembira.Selamanya.Lagenda hati.




* Hmmm


Aku sudah letih
hari yang gembira
perlahan muncul mendung kelabu
membendung setiap ceritera ku

Aku sudah habis
tiada daya lagi aku rasakan
semuanya yang ku harapkan
bagai berkecai tiada penghalang

Aku?Aku?Aku?
mengharap sesuatu yang tidak pasti
tidak pernah aku mahu begini
cuma ketenangan yang aku impikan

Apa hatiku yang terlalu mudah
hancur atau terasa
Ah!Pasti itu salahku
Aku terlalu mengambil kira dan lemah

Tidak!Tidak!Tidak!
Lupakan segalanya
usah bebankan fikiran memikirnya
usah peduli kata yang dibicara

Dan disini,aku bangkit berdiri
Aku adalah aku bukannya orang lain
Aku punya kehidupanku
yang dikawal oleh tingkahku
bukannya orang lain.




Thursday, November 26, 2009

Puisi Untuk SyAz


Dahulu kita sering bersua
Beriringan simfoni melangkah impian
Memahat sejarah mencipta tamadun
Dalam setiap langkah aturan.

Namun kini,masa semakin menjauh
Menanti detik untuk bertemu kembali
Mengharungi hari-hari mendatang
Dengan penuh senyuman,penuh keikhlasan.

Atas nama sahabat
Kita erat,bergembira senantiasa
Atas nama teman
Kita bergelar kawan selamanya.

Sungguh aku rindukan kenangan kita
Aku suka mendengar suaramu
Aku riang terlihat kemanisan hati mu
Kerana kamu dan aku adalah satu.

Oh!Maafkan diriku wahai teman
Andai aku tanpa mahu telah melukai hatimu
Tiada sama sekali niatku mahu begitu
Namun,semuanya mampir begitu sahaja.

Andai kau dan aku kembali bertemu
Sungguh pasti hariku indah berlalu
Meski hanya di ruang rindu
Memori lama tetap hadir.

Yang pasti aku berharap
Kau dan aku kembali bertaut
seperti hari dulu-dulu
ketika kita masih punya kasih di hati.

Ini kisah kau dan aku
Ini cerita tentang dua kehidupan
Ini catatan dua hati
Seinfiniti simfoni akan terus bergelar warisan lagenda.





Puisi Khas untuk SYAZ.
:)


Wednesday, November 25, 2009

Hampir Ke Situ


Assalamualaikum ! Salam bahagia !

Saat ini aku mendengar lagu 'Hampir Ke Situ-Mendua' . Lagu yang sedap dan harmoni.Hehe.Hmmm.Cerita hari ini?.Kenangan yang sangat indah.Hari yang sangat manis. Syi[FA] + [JI]hah + A[IE]FA = Rindu.

Ehemm.Tadi sekali lagi kitorang pergi lepak di perpustakaan awam.Empat sekawan gitu.Haha.Seronok sangat.Namun kurang seri kerana Hani tiada.Huhu.Hani ... Aku nak jumpa Hani.Tapi,ada sahaja halangan menduga.Haha.Tak apa.Tak apa.Lain kali boleh kan?.Aku tak akan putus asa ajak Hani pergi perpustakaan walau telah dua kali lamaranku ditolak.Huhu.Sayu nya hati.Okay.Okay.Nanti Sya Izz bawa cincin belah besi pergi rumah Hani,baru lamaran Sya Izz diterima agaknya?.Haha.

Apa pun,esok balik kampung.Whoa!Lamanya nak tunggu esok.Nak jumpa Kak Iylaa,Hanis,Lyaa,Kakak,Iylah,Yoe,Ijak,Haniff dan sewaktu dengannya.Hehe.Rindu kamu semua !

:)



'' SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA "



* Lagenda *


Cerita kita bukan khayalan
Ianya kisah satu lagenda
Bertautnya hati bukan mimpi
Tapi ianya sudah menjadi impian

Hari ini kita bersua
Esok lusa kita menegur
Erat terjalin bukan fantasi
Sememang harapan abadi senantiasa

Dalam rindu kita bertemu
Jauh di mata bermakna rapat di sini
Segala memori kuat terimbas
mewujudkan kasih cinta semakin mendalam

Umpama lautan tiada berhalangan
Begitulah kisah kita semua
Dalam mawar pastinya berduri
Ada cerita itu duka namun terselit bahagia

Begitulah ceritera hati kita
Muzik harmoni yang selalu senada
Memegang janji,impian dan khayalan
Kita teguh berdiri dalam satu realiti.

* Yusuf *

"......... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya
tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
- Surah Yusuf ayat 12 -

======================


Tuesday, November 24, 2009

Puisi Untuk Nadina


Ini hadiah daripada dia.

Terima kasih.

Jet'aime . Ashiteru .



Sayang Kak Atin.

:)



*At-Taubah*


“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah at-Taubah, ayat 129)

===========================



*Al-Baqarah*


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatau, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)

=================================





*Al-Ankabut*


“Apakah manusia itu dibiarkan saja mengatakan , “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji ? dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta ." (Surah al- Ankabut, ayat 2-3)

=================================





Monday, November 23, 2009

Malam


Malam ini aku tersenyum

Berdiri di bawah langit yang indah
Mendongak memandang bintang
Dalam sepoi angin malam

Malam ini sungguh dingin
Kesejukan abadi meruntuh kehangatan
Perlahan aku menaruh harapan
Semoga impian bisa nyata

Ketenangan semakin meresap
Oh!Kelihatan purnama cerah sekali
Dan aku? Masih setia di sini
Menyelimuti hati dengan satu pencarian

Riangnya alam sahut-sahutan
Cuma mimpi dan aku akan tersedar
Aku masih ada untuk bangkit
Mewarnai kembali pelangi yang semakin pudar.


Maaf C-Fa.

C-Faa.

C-Fa kawan aku.

Aku minta maaf.

Surat Cinta Untuk C-Faa

Harap C-Fa sudi baca.

Aku tulis ikhlas.

Maafkan aku !


Sunday, November 22, 2009

22.11.09. : Lepak

Assalamualaikum semua ! Salam sayang !

Ehem.Hari ni hampir seharian Sya Izz lepak kat perpustakaan.Seronok tau!Lepak.Lepak.Bawa buku sejarah tingkatan 3 tapi tak sentuh pun.Sebab sentuh novel.Wakaka.Haha.Lepas tu berbual-bual dengan Jihah dan Rangers A.Haha.Hujan.Sejuk.Tapi,masih ramai yang datang membaca di sini.Rajin.Rajin.Bagus.Bagus.Hehe.

Pukul 10 pagi tadi Sya Izz pergi perpustakaan.Ingat nak balik dalam pukul 12 lebih gitu tapi tak jadi.Jihah nak balik dalam pukul 4.Begitu juga Rangers A.Jadi,Sya Izz pun kenalah balik lewat jugak.Huk.Huk.Petang tadi,dalam renyai-renyai hujan ... Kitorang meredah jalan untuk pergi ke masjid di sebelah.Hmmm.Tunaikan yang wajib.Hehe.Lepas tu,sempat singgah kat kedai runcit beli makanan ringan.Lapar.Hehe.Sya Izz beli aiskrim.Euuu.Sejuk gitu!

Lepas tu abang Jihah pun datang laa.Tapi,abang Jihah rajin.Dia pun melepak juga kat pustaka sambil tunggu kitorang melepak.Haha.Lepak.Lepak.Mimpi Yang Sempurna.Sedap cerita tu.Sya Izz baca tadi.Hmmm.Kemudian,kitorang borak-borak dan barulah balik.Maca,-macam yang dibualkan.Haha.Sorry Rangers A sebab sorok barang-barang kamu.Wakakaka.Gurauan semata-mata di kala petang dingin.Ahakss.Apa pun,best lepak dengan kawan-kawan Sya Izz.Yer laa.Kalau nak jumpa kat sekolah,tahun depan baru dapat.

Hari ini hari yang indah.Hani,lama tak jumpa Hani.Tak apalah Hani tak datang tadi.Lain kali kita boleh jumpa.Jangan Risau.Rindu Hani.Rindu.Rindu.Rindu.Lain kali kita lepak kat perpustakaan kalau ada masa ya?.Okey.Untuk kawan-kawan tadi,Sya Izz sayang kamu!.Hani.Jihah.Rangers.Lalalala.Jumpa algi!

Hmmm.Inilah cerita untuk hari ini.Sampai bertemu lagi dalam coretan seterusnya!.Lalala.Sayang kawan-kawan.Rindu selamanya!.Cinta selagi ada!

Saturday, November 21, 2009

Beloved

Dia ... Namanya Farah.


Kak Iqa Sayang Farah.


Friday, November 20, 2009

Sejuk


Assalamualaikum ! Salam tengah hari !


Hai semua ! Apa khabar.Hmmmm.Sejuk.Sejuk.Dingin.Suasana sekarang.Ouhh.Hmmm.Tak tahu nak tulis apa kat sini.Sekadar menyemak.Haha.Sejuk-sejuk begini teringat pula kawan-kawan.Hmmmm.Memori lama.Uhukzzz.

Hehe.Dah malas mahu menulis di sini lantaran tiada cerita yang mahu diungkapkan untuk hari ni.Jadi,setakat ini sahaja untuk hari.Sampai jumpa lagi di hari dan waktu yang berlainan!.Haha.

Selamat berseronok Kak Atin.Bergembira lah dalam lawatan bersama teman-teman kamu itu!.Salam sayang untukmu dari adikmu yang cute,Sya Izz.Hehe.Bye!

Thursday, November 19, 2009

Cerita Aku : Akhir 2009


Assalamualaikum!


Hari ini hari terakhir aku bergelar pelajar tingkatan dua 2009 di SMKANI.

Hari ini hari terakhir aku dapat berjumpa dengan kawan-kawan di SMKANI.

Hari ini hari terakhir aku bergelak ketawa,bergurau senda dengan Najihah dan Azhani.


Hari ini ... Hari yang cukup indah ... Terlalu indah ... 19 november 2009 ...


Hmmm.Tanpa sedar masa berlalu begitu pantas.Kini,aku sudah menamatkan sesi persekolahan 2009.Kini,aku sudah tidak lagi bergelar pelajar tingkatan 2.Kini,aku bergelar calon PMR 2010.Ah!Aku macam tak percaya.Masih terbayang dalam fikiran saat aku mendaftarkan diri sebagai pelajar tingkatan 2.Huhu.Masa,terlalu berharga untuk aku.

Hari ini aku pergi sekolah seperti biasa.Ya lah!.Hari ini kan hari terakhir.Pagi-pagi aku,Jihah dan Hani merayau-rayau dan melepak di kawasan sekolah.Koperasi,perpustakaan.Hmmmm.Tadi,kat perpustakaan ... Aku menulis poskad.Poskad untuk diberikan kepada kawan-kawan aku.Dan hanya empat orang yang dapat.Haha.Lagipun ramai yang tak datang.Hehe.


Tadi,lepas Jihah balik ... Aku dan Hani pun berjalan bersama.Kami beriringan menuju ke luar pagar SMKANI.Ya.Buat kali terakhir.Kali terakhir..... Kemudian,tidak lama lepas tu ... Papa datang ... Sudah tiba masa untuk pulang.Sebelum aku naik kereta ... Aku tunggu Hani hingga dia habis menelefon.Selepas itu,aku dan Hani bersalam dan bertembung pipi.Saja nak buat drama kat bawah pondok telefon.Haha.Masa pipi aku bertembung dengan pipi Hani ... Aku rasa sedih.Macam mana agaknya kalau tahun depan kami dah tak rapat?Sungguh.Aku pasti rindukan Hani dan Jihah! :)

Ah!Terlalu banyak kenangan pada hari ini.Kenangan indah.Bukan hari ini saja tapi untuk tahun 2009.Tahun 2009.Tahun menyimpan terlalu banyak memori suka,memori duka.Tahun ini aku bergelar manusia yang punya kawan baik iaitu Hani dan Jihah.Tahun ini mengajar aku erti duka.Tahun ini mengajar aku apa itu suka.Tahun ini aku dapat berkenalan dengan kawan-kawan terutama tingkatan 4 juga 6.Tahun ini terlalu berharga!Sungguh.Aku rindukan segala-galanya!.


Terasa bagai bermimpi tapi ini adalah hakikat.Terasa bagai mainan tapi ini adalah kenyataan.Semuanya terasa indah.Benar kata orang ... Setelah semuanya berlalu barulah kita mengerti apa itu kenangan terindah.Benar kata orang ... Kehidupan itu indah sekiranya kita menghargai.Aku rindukan Jihah dan Hani.Hani,awak jangan lupakan aku tau!
Hari ini aku mengerti.Hari ini aku sedar.Sekarang aku sudah besar.Sekarang aku sudah remaja.

Tahun depan merupakan tahun yang penting.Cukuplah aku bermain-main pada tahun ini dan sebelumnya.Aku punya hasrat.Aku punya cita-cita.Untuk aku menggapai bintang.Bukan omongan tapi harapan.Aku mahu berjaya.Aku harus menggalas tanggungjawab sebagai seorang manusia yang bergelar pelajar dan anak.Aku punya harapan dan impian aku sendiri.


Hari ini hari yang indah.Cukup indah apabila aku bergelak ketawa bersama Jihah dan Hani.Cukup manis apabila punya sahabat yang memahami.Aku sayang semua.Aku sayang kehidupan aku.Aku sayang diriku.Namun,hari ini aku harus sedar.Aku bukan lagi anak kecil yang kalah dengan cabaran.Aku bukan lagi anak kecil yang takut dengan cubaan.Aku sudah besar.Aku sudah bergelar pelajar sekolah menengah.Aku harus menggalas impian keluargaku.Bersama mencipta kejayaan.Mengharungi onak duri.Biar pun terluka,segalanya harus diteruskan!


Rindu.Untuk teman-teman yang sentiasa menerangi kehidupan.Takut.Untuk menghadapi hari-hari mendatang.Sayang.Untuk segalanya.Yakin.Untuk diriku.Yang pasti ... Aku akan merindui tahun ini.Yang pasti ... Aku akan sentiasa mengingati hari ini.Yang pasti ... Segalanya masih belum berakhir.Yang pasti ... Bintang hatiku akan sentiasa bercahaya di bawah purnama bulan.Yang pasti ... Aku masih berdiri di sini sebagai seorang remaja yang bergelar Sya Izz.



Orang di utara bilang gunung itu indah ... Aku diam
Orang di selatan laut itu indah ... Aku diam
Orang di timur bilang bintang itu indah ... Aku diam
Orang di barat bilang permata itu indah ... Aku diam
Orang di utara,selatan,timur,barat diam ... Aku bilang 2009 yang indah.


=================================


Fatin .. Faeza .. Syahida


Nabilah ..


Fatin N .. Fatin F .. Nabilah


Serene Hectic .(Vandalisme buatan Sya Izz dalam bilik kecil 2 R.Haha)


Bersama Ustazah Syahida ..


Bintang cahaya kami ..


Bintang hati kita ..


Najihah ..

=============================



Pencinta Sahabat,
Sya Izz
19 November 2009
2.55 p.m.
Hari terakhir sekolah 2009

Wednesday, November 18, 2009

Cinta Rindu Terhenti


Assalamualaikum! Selamat petang!


Ehemm.Apa khabar?.Hari ni Sya Izz pergi sekolah.Tak ponteng tau.Haha.Pagi tadi,hujan.Dah laa SPM dan STPM hari ini.Jadi,Sya Izz dan Jihah juga Hani merayau je dalam kawasan sekolah.

Mula-mula pergi kat bilik guru,tolong Sir isi buku rekod pelajar.Dapat pen percuma.Haha.Sir sangat baik.Malah,terlalu baik dengan kitorang.Sebut tu kami sayang Sir.Lepas tu,lepak lagi.Jalan-jalan kat koperasi.Baca surat khabar.Lalala.Beli air milo.Haha.

Kemudian,Sya Izz dan Hani pergi kat bilik guru.Masa nak turun tangga,Muhai pun panggil dari bilik disiplin.Uhukss.Tak pasal-pasal Sya Izz yang kena buat cover badan disiplin.Geng diorang tolong tengok je.Tak reti konon.Haha.Tapi,tak apalah.Untuk Cikgu Mohd Chik katakan.Haha.Tapi,best jugak duduk dalam bilik disiplin tu sambil berbual-bual dengan diorang.Tak ada arah komputer tu tak ada internet.Haha.

Lepas tu,pergi kat perpustakaan.Dalam pukul 1 , baru turun pergi surau.Solat Zohor.Lepak lagi dan dalam pukul 3 lebih baru balik.Hmmm.Hari yang best!.Dapat pen yang ustazah Rafidah bagi sebab dapat A PAI.Dapat Teddy Bear kecil dengan snek jugak.Hahaha. :)

Okey.Dah habis cerita untuk hari ni.Diari Seorang Puteri katakan.Wakaka.Hak.Hak.Oopss!!SyAz,aku nak tahu alamat blog ko.Bagi laa cepat.Kawanmu yang baik nak tengok ni.SyAz!.Hani!Post pertama ya!!!!.Okey.Bye semua!Jumpa lagi.Salam sayang,rindu dan cinta semuanya!

Tuesday, November 17, 2009

Jihah : Zati : Sya Izz


Assalamualaikum! Selamat malam!

Hmmm.Hari ni dengan rasminya Sya Izz ponteng sekolah.Haha.Sebenarnya Sya Izz ponteng bertiga.Ada Jihah dan Zati.Lalala.Di sebabkan Sya Izz ni budak baik,Sya Izz duduk kat rumah je.Tapi,Jihah dan Zati datang rumah Sya Izz.Haha. Jihah dan Zati datang rumah Sya Izz dalam pukul 8.30 pagi.

Jadi,macam-macam kitorang buat.Mula-mula main pc kejap,lepas tu makan.Haha.Kemudian,bincang pasal kerja kursus GEO yang kena hantar esok lusa.Tak siap-siap.Huhu.Kemudian,lepak dalam bilik Sya Izz.Oh!Sekali lagi bilikku musnah.Ahakss.Malasnya nak mengemas balik.Tapi demi Jihah dan Zati,Sya Izz sanggup.Haha. :)


Diorang semua pulang dalam pukul 1 lebih.Hmmm.Hari yang seronok!Lalala.Terima kasih Hani sebab tolong bagitahu result Sya Izz.Sayang kamu!Tahniah atas result Hani yang power tu!Mesti Hani gembira dan semestinya Sya Izz juga turut menumpang gembira Hani.Haha.Apa pun,tahniah! >_<

Hmmmm.Esok tak nak ponteng.Nak pergi sekolah.Lalala.Kita kena jadi budak baik ya?Haha.Ermm.Dah tak tahu nak tulis apa ni.Okay lah.Cukup sekadar di sini coretan ku.

Jumpa lagi!.Hari ini hari yang indah!

Monday, November 16, 2009

Akhir tahun : 161109


Assalamualaikum ! Salam gembira!

Apa khabar kawan-kawan ? .Hmmm.Hari yang cukup meriah.Hari yang sangat indah.Hari yang memang seronok!Okay.Okay.Jom cerita!

Pagi tadi kelas Sya Izz buat jamuan akhir tahun.Kali ini jamuan kitorang bertempat di Kelas 5 Ibnu Taimiyyah.Hoho.Seperti biasa laa,mula-mula kitorang kemas kelas tu.Susun baik-baik meja.Letak kerusi elok-elok.Kitorang juga sempat tiup belon-belon.Belon?.Yup.Satu perkara wajib kalau mengadakan jamuan.Baru lah ada gaya.!.Haha.

Sementara kawan-kawan lain buat kerja diorang,Sya Izz dan Husna sibuk susun atur hadiah.Hadiah apa?.Hadiah untuk pertukaran hadiah sesama kita.Haha.Sambil susun hadiah,kitorang bercakap-cakap.Semua orang ada peranan tersendiri.Apa pun,apa yang penting?Kerjasama!

Dalam pukul 10.00,kitorang merasmikan jamuan akhir tahun kelas 2 Ibnu Rushd tahun 2009.Nak tahu menu kitorang?.Ada nasi ayam,sate,roti jalan dan lain-lain makanan.Yang seronoknya,makanan memang sedap ditambah dengan perisa 'ukhwah'.Hmmm.Makan beramai-ramai bersama kawan memang seronok!Ada yang makan sambil cakap-cakap dengan cikgu,ada yang makan suap-suap.Wau!Macam-macam gaya ada.

Selepas kitorang habis makan,barulah cikgu-cikgu muncul.Dengan gembiranya kitorang pula yang melayan guru.Ada yang senyum.Ada yang sibuk mengambil gambar.Snap sana!.Snap sini!.Haha.Macam-macam.Ada yang main belon.Sebab apa kita main belon tersebut?.Sebab belon-belon tu semua dah dicantikkan oleh SyAz,kawan kitorang yang manis berlesung pipit.Haha.Betul!.Belon yang kosong tiba-tiba menjadi cantik gara-gara SyAz menggunakan markernya lalu melukis corak ke atas belon-belon tersebut.Terima kasih!Haha.

Tadi,kitorang mewakilkan Izzat yakni ketua kelas 2 Rushd supaya memberikan hadiah daripada kelas 2 Rushd kepada Sir Halim.Sir Halim,guru kelas 2 Ibnu Rushd yang memang sporting dan cool!.Biarpun hadiah tersebut tidaklah terlalu mahal namun kami harap Sir dapat terima.Mungkin boleh dijadikan kenangan daripada warga kelas 2 Rushd.Maklumlah,tahun depan Sir sudah tidak mengajar kitorang.Sob.Sob.Sob.Opss!Lupakan dulu perkara sedih.Haha.

Lepas bagi Sir hadiah,kitorang minta bergambar dengan Sir.Memang kali ni laa pertama kali bergambar dengan Sir.Kenangan yang cukup indah.Seperti biasa,jamuan kali ini berjalan lanacar bagai yang dirancang.Dalam pukul 11 lebih,makanan sudah hampir habis.Kitorang mengemas sikit-sikit sambil berbual-bual bersama geng sendiri.Lelaki berbual dengan lelaki.Perempuan pula bergelak ketawa dengan kawan perempuan yang lain.

Jeng!Jeng!Jeng!Sekarang tibalah masa bagi acara yang telah lama ditunggu-tunggu.Acara wajib setiap kali jamuan akhir tahun.Aktiviti 'Pertukaran Hadiah'.Memang kecoh laa tadi.Sibuk cabut nombor.Lepas dapat hadiah,budak-budak semua pakat suruh buka hadiah masing-masing.Ada yang sudi buka namun ada juga yang mahu buka dirumah.Lebih privasi katanya.Haha.Macam-macam jenis hadiah kitorang dapat tengok.Semuanya menarik.Semuanya cantik.Semuanya bernilai di mata kitorang.

Cuba teka Sya Izz dapat hadiah apa?.Ahakss.Mana boleh cakap!.Lalala.Terima kasih Fatin Najihah!.Akhirnya dalam pukul 12,kitorang hampir siap mengemas kelas.Lala.Memandangkan masa masih panjang juga lantaran perasaan malas mula menguasai diri,kitorang pun duduk lepak-lepak sekejap.Berbual-bual.Ambil gambar.Cakap situ.akap sini.Pokoknya,masa tu semua orang tengah bercakap.Satu bercakap kat sana.Satu pula bercakap kat sini.Semuanya indah.Semuanya seronok.Satu kenangan akhir tahun yang tak dapat dilupakan.Bergelak ketawa,main dan segalanya.Hmmm.Indahkan jikalau masa bisa di atur kembali?. :)

Kemudian,para pelajar mula balik.Sya Izz dan kawan-kawan masih tinggal di dalam kelas.Bereskan perkara yang belum siap.Sambil borak-borak.Haha.Lepas semuanya selesai,barulah Sya Izz balik !.Hmmm.Hari ini memang indah.Terima kasih kawan kerana menghadirkan satu memori indah di dalam hati Sya Izz.Kau dan aku.Sampai nanti.Sewaktu pun tak kan memisahkan.Huhu. :P

Okey laa.Cukup sekadar sampai di sini cerita untuk hari ni.Cerita hati.Cerita Legenda.Cerita Kawan.Cerita Sekolah.Hmmm.Masih tinggal tiga hari lagi untuk bersekolah!Masih ada tiga hari lagi sebelum sesi persekolahan 2009 berakhir.Masih sempat untuk Sya Izz dan kawan-kawan mencipta kenangan.Biarpun seketika.Namun,selamanya akan tersemat di hati.

Kawan-kawan,gambar Sya Izz upload esok atau lusa ya!Terima kasih kawan!Kawan selamanya!Sampai ketemu lagi esok!Esok.Hari yang ditunggu.Untuk bertemu dengan kawan-kawan.Masa semakin singkat.Gunakan setiap kesempatan yang ada.Kawan selamanya!



Nota Lagenda :

2 Ibnu Rushd > Satu memori.Indahnya tercipta.Infiniti kenangan.Bersama suka dan duka.

Jihah > Sayang kamu.Sayang.

Hani > Post pertama please?.Haha.Love you!

SyAz > Aku tak nak delete gambar mu yang terkejut tu!.Smart!Haha.Namun sebagai kawan yang baik aku tak nak laa publish kat sini.Nak buat koleksi aku sendiri.Wakakaka.

Kawan - kawan > Sya Izz sayang kamu semua selamanya!


Sunday, November 15, 2009

Nada - Nada Indah


Assalamualaikum ! Selamat petang ! Sarangahaeyo !



Hmmmm.Apa khabar semua ?.Lalalala.Hari ni memang lepak la duduk kat sekolah.Hari ni juga hari perhimpunan terakhir bagi tahun 2009.Huhu.Sedihnya.Lalala.Lepas habis perhimpunan,Sya Izz dan geng terus naik atas kelas kemudian bincang pasal jamuan.Esok ada pertukaran hadiah.Tapi,Sya Izz tak beli lagi hadiah.Oh!.Lepas tu,Sya Izz kena tolong beli hadiah kelas untuk Sir.Tak apa lah.Demi Sir,nanti malam ni Sya Izz pergi beli laa.Tak apa.Duit dah ada dalam tangan.Terima kasih kepada Ceti Halal 2 Rushd,Hani @ Wonderfull kerana melaksanakan kerja anda dengan sistematik.Haha.

First date tak jadi.Cancelled.Wakakaka.Haha.Ermmm.Pagi tadi,kitorang letak beg kat perpustakaan.Kemudian,kitorang pergi lepak kat bawah tangga jua koperasi.Lalala.Lepas tu,sekali lagi dengan ayu nya kitorang pergi serbu jamuan kelas 2 Sina kat dataran perhimpunan.Nasi minyak yang memang sedap!Tapi,nasi minyak yang Sya Izz punya telah di sabotaj oleh Pontianak dan SyaSyacomel.Sampai hati korang!Oh!Sedihnya hatiku!Huk.Huk.Lantaran itu,nasi minyak tersebut tidak dihabiskan lalu terpaksa dibuang.Makan ayam je.Ni gara-gara si budak berdua yang ayu tu mencampur adukkan semua bahan dalam nasi minyak Sya Izz termasuklah kayu manis.Kayu manis.Kayu manis.Jahat korang ek!Siaplah! :P

Lepas serbu jamuan,kitorang pergi lepak bawah tangga.Hani dan Jihah yang comel sedang ralit berbual manakala Sya Izz yang rajin sibuk membaca buku.Haha.Tadi,sepatutnya semua murid kena pergi mesyuarat agung koperasi kat kantin.Tapi,kitorang dengan selambanya masih melepak kat bawah tangga dengan muka yang tak malu.Apabila cikgu bertanya,kami hanya mampu tersenyum dan menjawab 'malas'.Sejurus itu,cikgu pun menggeleng-gelengkan kepala lalu meninggalkan kami untuk kami terus melepak.Ciri-ciri budak jahat.Opss!Nakal!.Haha.

Selepas solat Zohor,Sya Izz dan Jihah lepak dalam koperasi.Sejuk sikit.Haha.Lepas tu,kitorang pergi beli air jagung yang sememangnya sedap!.Haha.Minum-minum sekejap lepas balik!Balik sekolah.Hmmmm.Begitulah cerita Sya Izz di sekolah hari ni.Lepak dan merayau-rayau.Haha.

Oh ya!Tahniah kepada SyAz dan Muzakkir sebab menang cabutan bertuah masa mesyuarat tadi.Wakaka.Korang jangan lupa bawa kat jamuan esok ya!Haha.Opss!Esok kelas Sya Izz ada jamuan akhir tahun.Seronoknya!Tapi,terpaksa buat dalam kelas.Hoho.Malasnya nak jalan ke kelas.Haha.

Tamat.


Lagenda Kata :

Kawan > Terima kasih sudi pinjamkan buku!

C-Fa > Sayang selalu!Esok datang sekolah ya!

Ponti > Ada ubi ada batas.Ada hari aku balas! :)

SyaSya > I'm still love you.Wakaka.


Saturday, November 14, 2009

Kau & Aku : Dalam Cinta


Assalamualaikum! Salam Maghrib !

Hmmm.Hari ni hari yang cukup meletihkan.Hak.Hak.Cakap jer lebih.Haha.Sebenarnya,hari ni banyak laa juga aktiviti.Lalalala.Pagi tadi buka pc.Sempat YM dengan kawan Sya Izz ... Zahir a.k.a. Encik Pemalas.Haha.Lepas tu,siap-siap nak pergi perpustakaan.Lepas Kak Syiekah sampai,kitorang terus pergi perpustakaan dengan papa.Hmmm.Sampai je dalam perpustakaan,Sya Izz pergi hantar buku.Zahir,I sempat lagi mengorat mak U kat situ.Haha.Mak U borak-borak dengan I dan I dah cakap kat mak U yang U ni bijak sebab dapat 8a.Haha.Perasan la tu . :)

Tengah syok baca novel kat situ,C-Fa pun datang join.Nampaknya hari ni kitorang date bertiga je laa.Kak Syiekah,C-Fa dan Sya Izz.Hoho.Best laa.Dapat borak-borak dengan C-Fa.Huhu.Kita kan dah lama tak borak-borak panjang?.Haha.I'll miss that time,sweet!

Balik perpustakaan,Sya Izz dan Kak Syiekah terus pergi ke Komplek Rakan Muda.Ada latihan taekwondo seperti kebiasaannya.Hmmm.Hari Khamis ni ada grading.Tapi,Sya Izz tak pergi sebab malas dan juga tak ingat taguide.Haha.Berlatih punya berlatih minggu lepas tapi tetap tak ingat-ingat.Kasihan betul.Sob.Sob.Sob.Jadi,Sya Izz putuskan tak nak pergi laa.Kak Syiekah,Ponti,Syatirah > Selamat berjaya dalam grading nanti.Kasihan korang tak dapat pergi sekolah.Hari terakhir pula tu.Sya Izz nak lepak kat sekolah hari tu.Korang jangan jealous ye?Haha. :P

Balik taekwondo,terus tertidur.Letih yang amat hari ini.Huhu.Letih tapi seronok!.Haha.Hmmm.Dah tak apa yang Sya Izz nak tulis di sini.Lalala.Okeyh!Cukuplah sekadar setakat ini sahaja!Sampai bertemu lagi.Esok dah sekolah dan esok juga merupakan minggu terakhir persekolahan.Sedih tapi gembira.Gembira tapi sedih.Haha.Apa-apa la.

Titik.





Nota Lagenda :

Rangers A > Terima Kasih dan Maaf untuk segalanya.

C-Fa > Masa yang indah bersama kamu !

Nudra > Sayang selamanya.Rindu selalu !

Zahir > Comel layout.Haha.Tadi,aku dengan Pqah Manaf usha mak awak.Haha.Mak awak cantik la ...... macam kitorang.Haha.



Friday, November 13, 2009

Hati : Cinta : Cerita


Assalamualaikum!Selamat malam!


Semua tengah buat apa?Mesti tengah tengok cerita Nur Kasih.Haha.Sya Izz pun sebenarnya tengah tengok juga cerita Nur Kasih ni.Sementara tak ada benda nak buat,Sya Izz ambil kesempatan menulis di sini sambil mendengar lagu Menjaga Hati.Haha. :)

Hmmmm.Semalam Che Ma datang tidur kat sini.Seronok!.Dapat berbual-bual dengan Kak Iylaa dan Alyaa.Lalala.Tak dapat tengok muka Hanis.Huhu.Tak apa lah.Mama,nak pergi rumah Che Ma!!!.Motifnya,Sya Izz nak pergi ke rumah Che Ma untuk membaca novel-novel di samping mengeratkan silaturrahim sesama keluarga.Haha.

Petang tadi pula,Abah Long datang jalan-jalan.Seronok sebab dapat borak-borak dengan kak Siha,Iylah dan Ijak.Opss!Amir 7z pun sama!.Hehe.Berbual-bual dan gelak-gelak.Kitorang lepak dalam bilik Sya Izz.Oh!Kasihan bilikku!.Haha.Tak apa.Tak apa.Sepupu-sepupu tetap dihati!

Nudra.Sya Izz sayang Nudra!.Nudra jangan sedih-sedih tau!.Nanti Sya Izz pun sedih sama.Walaupun,kita tak pernah jumpa selama ini...Sya Izz tetap sayang Nudra!.Nudra.Nudra.Nudra.Terima kasih sebab sudi percayakan Sya Izz sebagai kawan Nudra!Satu hari nanti Sya Izz harap kita dapat bertemu!Bertentang empat mata dan berbicara secara berhadapan.Apa pun,Sya Izz tetap di sisi Nudra dan Sya Izz sayang Nudra!.Nudra sayang Sya Izz ? :)

Biar ku tunduk bisu.Aku tahu gelora hatimu.Engkau mahu aku lafazkan rindu.Biar kau hanya diam.Aku selam jiwamu terdalam.Perasaan ini yang kau pendam.Kata paling terindah.Tak mungkin bisa ucapkan.Hakikat rasa yang ku rasakan.Pabila ku renung ke matamu.Terlihat diri hatimu oh kasih.Persis mutiara.Lalalala.Eh,nyanyi pulak!.Haha.Buat konsert malam-malam.

Lalalala.Apa lagi nak cakap ?Eh! Apa lagi nak tulis ?.Haha.Rasanya semua dah tertulis.Tak tertulis kat sini pun dah tertulis kat hati.Haha.Nampaknya,cukup lah coretan Sya Izz disini.Sudah panjang tidak post kali ini?Agak-agak boleh lawan blog FATHY?.Haha.Mengarut sudah ni.Apa apa pun,tata.Jom kawan-kawan,kita sambung tengok cerita Nur Kasih!.Salam sayang daripada Sya Izz !

Ijak.Selamat berjaya dalam grading esok!Dapatkan tali pinggang hitam!Ijak the best!Haha.Apa-apa pun,selamat berjaya sepupuku! :P


Thursday, November 12, 2009

A Book : Some Love

Assalamualaikum.

Hmmm.Hari ni hari yang cukup indah.Haha.Bermula dengan pagi tadi,kena hantar buku teks.Dalam perjalanan ke Bilik Buku Teks dengan Sir Halim,Sya Izz asyik cakap tak berhenti-henti dengan Sir dari Kelas 3R sampailah ke Bilik Buku Teks.Haha.Sya Izz jalan tepi Sir manakala kawan-kawan yang lain ikut dari belakang.Jadi,Sya Izz berbual-bual lah dengan Sir sambil berjalan dan bawa buku teks.Lagipun,tahun depan Sir dah tak mengajar kitorang.Huhu.Kitorang akan rindu Sir.Haha.Tadi,dapat hadiah daripada Sir.Hadiah yang sangat bermakna.

Tadaa!!



Hmmm.Terima kasih banyak-banyak Sir Halim! (^_^).Oh yaa,keputusan peperiksaan akhir tahun Sya Izz dah tahu.Alhamdulillah,kira okay la!Tahniah kepada C-Fa dan Ponti.Tak kurang juga Hani.

Tadi kan seronok sangat.Lepas hantar buku teks,Hani dan Sya Izz pergi jalan-jalan.Mula-mula pergi kat bilik guru cari Ustazah Rafidah.Hoho.Ustazah Rafidah memang baik sangat!Manis sangat.Haha.Sementara tunggu ustazah Rafidah periksa kertas BA kitorang,Sya Izz dan Hani pergi ganggu Teacher Salwati pula.Haha,Sejak kelmarin lagi kitorang pergi kat teacher lepas tu berbual-bual dengan teacher.Haha.Best sangat!

Tadi,ada jamuan 'FARIQUN MUMTAZ' kat pondok.Best whoa!!Ada mihun,kek coklat,ayam dan sebagainya.Lepas tu,dapat hadiah pula daripada fatin.Terima kasih banyak-banyak.Sayang fatin!.Masa-masa yang seronok tadi bersama Fatin,Fatin N,Jihah,Zati dan Bilah.Hoho.Sya Izz akan rindu kat korang!

Dalam pukul 11 lebih tu,Sya Izz , Jihah dan Hani sekali lagi pergi jalan-jalan.Tapi,kali ini kitorang pergi jalan-jalan kat perhimpunan sebab kelas 4R a.k.a. Kelas Fathy ada buat jamuan.Sya Izz sebagai adik Fathy yang kurang pemalu ini dengan bangganya pergi serbu jamuan diorang.Haha.Ada nasi minyak,laksa pinang dan macam-macam lagi.Sya Izz dan Hani makan nasi minyak sambil berbual-bual dengan Cikgu Faridah Comeyl dan Cikgu Aini.Syok!.Haha.

Hari ini penuh dengan jalan-jalan.Tak belajar.Semua orang asyik sibuk kejar cikgu sebab nak tahu markah dan cikgu-cikgu pula sibuk pergi jamuan-jamuan kelas.Haha.Masa-masa yang indah.Berbual-bual dengan cikgu.Main dengan kawan-kawan.Memori yang sangat manis!

Ermm.Cukuplah cerita hati Sya Izz pada hari.Oh yaa!Terima kasih untuk kawan yang sudi pinjamkan buku 'Catatan Hati Nik Nur Madihah'.Buku yang sangat bagus untuk dibaca.Terima kasih banyak-banyak.Minggu depan Sya Izz pulangkan yer! >_<




Okay semua!Sampai ketemu lagi!Sayang selamanya!Selagi hayat masih punya!

''Hari ini menugal jagung,
hari esok menugal jelai,
hari ini kita berkampung,
hari esok kita bercerai.''

''Orang Acheh sedang sembahyang,
hari jumaat tengah hari,
pergi lah kasih pergilah sayang,
pandai-pandai menjaga diri.''



Kenangan Akhir Tahun 2009.Goodbye!Haha.





Wednesday, November 11, 2009

Cerita Bintang


Assalamulaikum!.Selamat pulang sekolah semua!



Kata mu
putera, bawalah aku ke mana saja

Asal ada sentiasa di sisi

Biar pena akan terus menulis

lagenda kisah cinta kita berdua



Apa khabar semua!.Hmmm.Esok kena hantar buku teks.Lepas tu kena ambil buku teks tingkatan 3 punya.Huhu.Malasnya.Haha.Ehemmm.Esok kelas FATHY ada jamuan akhir tahun.Kelas Sya Izz nanti hari Isnin.Tak sabarnya.Lalalala.Tadi Aie-Ffa belanja Sya Izz air jagung.Haha.Terima kasih Efa!.Lalala.Nak cerita apa lagi ek?.Hmmmm.Tidak ku tahu laa.Dah tak ada idea ni.Hoho.Nampaknya dah tak ada benda nak cerita nie.Lalala.Setakat ini sahajalah catatan hati untuk hari ni.Jumpa lagi!.



Nota Cinta :

Ponti - Tahniah la!.

C-Faa - I miss you.Kenapa kita macam dah tak kenal sekarang ni?.Sob3.Haha.

Hani - Please.I want to see your first post,HANIEY.


Tuesday, November 10, 2009

HUSNA : SATU CERITA


Assalamualaikum semua!Selamat Petang!

Hmmm.Hari yang seronok!.Akhirnya betul-betul dah merdeka.Alhamdulillah!.KH dah jawab pun tadi.Suka.Suka.Suka.Haha.Ehemm.Setakat ni baru tahu 6 daripada 9 mata pelajaran.Alhamdulillah.Keputusan yang boleh dikira agak baik dan okay!.

Ahh!.Macam tak percaya je BI.Akhirnya setelah lama menunggu 'Tittle A' baru peperiksaan kali ini yang dapat.Tambahan pula,markah boleh dikira agak baik dan bagus.Alhamdulillah!.Thanks Sir Halim!Love.Love.Love.Forever.Forever.Forever.

Tadi lepak kat perpustakaan.Maklumlah,peperiksaan dah habis.Jadi,kita relaks dan lepak!.Haha.Tadi,dengar lagu kat perpustakaan.Lepas tu,Hani dan Sya Izz saja-saja pergi jalan-jalan kat Bilik APD.Tugas kami sebagai Pengawas Pusat Sumber katakan.Haha.Sempat lagi kitorang pasang mikrofon yang ada kat situ.Testing.Testing.Haha.Lepas tu main kejar-kejar dengan Hani.Haha.Kami kembali kepada zaman 4 tahun sebelum kami berusia 14!.Haha.Kedengaran seronok dan ianya memang seronok!.

Jamuan kelas insyaAllah kitorang nak buat nanti hari selasa ni.Ermmm.Sya Izz akan bawa kek coklat buatan mama Sya Izz.Kek Coklat yang tersedap di dunia.Haha.Yummy!Yummy!.Buku Teks pula nak hantar hari Khamis ni.Ehemm.Macam tak percaya je.Lagi seminggu sekolah,lepas tu secara rasmi tamatlah sesi persekolahan 2009.Huhu.Tak nak.Tak nak.Tahun depan dah tingkatan 3?.Oh!.15 tahun?.Haha.Tidak!Sya Izz akan rindu tahun 2009.Banyak sangat kenangan terindah.Kalau lah masa boleh diulang kembali....

HUSNA MUNIRAH.Nama yang cukup indah.Husna,terima kasih sebab ajar Sya Izz macam mana nak ingat Sains dan ajar Sya Izz macam mana nak buat karangan BA tentang kawan walaupun masa tu dah saat-saat terakhir.Mula-mula memang Sya Izz ingat nak buat karangan hari raya.Tapi,tak ingat!.Jadi,Husna pun ajar Sya Izz dan kongsi ayat-ayat yang akan dia gunakan.Lepas tu,sementara masa masih ada ... kitorang menghafal sama-sama.Sains pun macam tu jugak.Terima kasih sebab buat Sya Izz faham tentang Bab 8 dan ajar cara-cara nak ingat formula!Walaupun masa tu dah saat-saat terakhir,Sya Izz tetap ingat yang Husna cakap dan sebab tu lah Sya Izz boleh buat karangan BA dan soalan Sains!.Oh Husna!Husna betul-betul kawan yang baik.Sya Izz sayang Husna.Sayang sangat-sangat!Terima kasih Husna!.

Tuntasnya,hari ini adalah hari yang terindah.Sama seperti hari-hari sebelumnya.Sama seperti hari-hari yang akan mendatang.Sungguh!Sya Izz sayang sangat dengan tahun 2009 ni sebab tahun ni lah Sya Izz rapat dengan kawan-kawan.Tahun ni lah Sya Izz punya banyak memori terindah.Tahun inilah Sya Izz punya banyak kenangan manis.Terlalu manis.Sukar untuk digambarkan.Sangat indah.Satu memori yang akan sentiasa tersemat dihati.Satu kenangan cinta yang tidak akan pernah Sya Izz lupakan.Tahun yang indah bersama kawan-kawan!Tahun yang indah bersama SMKANI!Tahun terindah bersama semuanya.Semuanya kini akan menjadi Kenangan!Kenangan selagi umur masih ada,memori selagi hayat masih punya,cinta selagi rasa itu belum membeku!Selamanya ada!


Monday, November 9, 2009

Bebas : Merdeka 09 = Esok


Assalamualaikum ... Selamat Malam ...

Akhirnya,esok dah merdeka.Yahoo!.KH jer satu lagi.Yeay!Yeay!Yeay!.Malasnya nak pergi belajar KH.Haha.Mood dah bertukar!.Tak sabar nak bebas!!!.Hehe.Ehemmm.Hari ni hari yang okay!Lalalala.Okay.Esok jumpa lagi!.Hohoho.Tata!




Saturday, November 7, 2009

Sahabat Terindah : 071109


Assalamualaikum dan selamat petang !

Ehemm.Sebenarnya Sya Izz baru balik dari Perpustakaan Awam.Haha.Kali pertama sehari suntuk duduk dekat pustaka.Pergi dalam pukul 9 lebih lepas tu balik dalam pukul 5 petang.Hmmm. Sebenarnya Sya Izz dan Jiehah je belajar kat perpustakaan.Berdua laa katakan.Hehe.Ingat nak balik dalam pukul 1 tengah hari.

Tiba-tiba,Aifa dan Amni pun baru datang kat perpustakaan tu.Opss!Tak lupa juga Finie.Hehe.Lepas tu,terus tukar rancangan nak balik pukul 5 petang.
Mula-mula tu kitorang duduk cakap-cakap sambil baca Sejarah.

Lepas tu,dalam pukul 1.45 tu,kitorang pergi kat sembahyang zohor kat masjid Kg.Raja.Sebelah tu jer.Jalan kaki,lagipun tak ada orang.Eheemmm.Tadi,kat masjid tu ada orang tengah akad nikah.Kahwin?.Hehe.Yer laa.Nampak laa.Hahaha.Finie sungguh-sungguh nak tengok.Kitorang intai gitu-gitu jer.Budak kecik tak boleh masuk campur.Wakakaka.


Lepas solat zohor,kitorang sekali lagi jalan kaki pergi kat kedai goreng pisang.Pergi makan nasi air dengan air kelapa.Sedap!.Haha.Masa nak balik tu,kitorang beli cendawan goreng.Jiehah jer beli keropok dengan ubi.Haha.


Dalam perjalanan nak pergi kat perpustakaan balik,Sya Izz jalan berdua dengan Aifa.Haha.Siap pegang-pegang tangan lagi.Tinggallah Jiehah,Amni dengan Finie jalan bertiga kat belakang.Haha.Tengah jalan-jalan tu,Aifa sibuk duduk buat konsert.Nyanyi lagu I'm Yours,U belong with Me.Lalalalala.Sya Izz suruh dia nyanyi lagu Love Story, dia nyanyi lagu lain.Haha.Kebetulan jalan tu tak ada orang lalu.Tak ada kereta.Best laa kita berdua bergelak ketawa kat tepi jalan.Haha.


Dah sampai pun kat dalam kawasan perpustakaan.Oopss!Tapi kitorang tak masuk lagi.Lepak kat kerusi batu kat luar,lepas tu makan lagi.Wakakaka.Makan-makan sambil cakap-cakap.Dalam pukul 3 lebih baru masuk kat perpustakaan balik.


Akhirnya,dah pun habis belajar.Kitorang pun balik.Sudah pukul 5 gitu.Kat perpustakaan petang tadi pun tak ada orang sangat.Tu yang seronok buat perpustakaan macam kitorang punya.Pasang lagu sambil gelak-gelak dan cakap-cakap.Haha.Nasib baik petugas kat situ tak marah.Lagipun,petugas kat situ baik-baik semuanya.Suka.Suka.Suka.


Terima kasih Jiehah,Aifa dan Finie.Terima kasih untuk masa-masa indah hari ni.Terima kasih sebab sudi lepak bersama-sama hari ini.Ehemm.Rangers A dengan Sya Ish pun ada juga tadi.Haha.Oh Sya Ish ....kembar namaku.Haha. :P


* TAMAT *


Date : Jihah

Selamat pagi!.Apa khabar kawan-kawan ku sekalian?.Haha.Harap semuanya baik-baik.Selamat bergembira!.


Declan - An Angel

I wish I had your pair of wings
Had them last night in my dreams
I was chaising buterflies
Till the sunrise broke my eyes

Tonight the sky has glued my eyes
Cause what they see's an angel hive
I've got to touch that magic star
And greet the angels in their hive

Sometimes I wish I were an angel
Sometimes I wish I were you
Sometimes I wish I were an angel
Sometimes I wish I were you

All the sweet honey from above
Pour it all over me sweet love
While you're flying around my head
Your honey kisses keep me fed

I wish I had your pair of wings
Just like last night in my dreams
I was lost in paradise
Wish I'd never opened my eyes

Sometimes I wish I were an angel
Sometimes I wish I were you
Sometimes I wish I were an angel
Sometimes I wish I were you

But there's danger in the air
Tryin' so hard to be unfair
Danger's in the air
Tryin' so hard to give us a scare
But were not afraid

Sometimes I wish I were an angel
Sometimes I wish I were you
Sometimes I wish I were an angel
Sometimes I wish I were you


Hmmm.Lagu terbaru dalam Lagenda Hati.Hehe.Okaylah semua.Esok dah nak exam Mt,Sj,Sn.Jadi,selamat melakukan yang terbaik!Okay!Bye!Chaw dulu.Nak pergi buat 'date' dengan Najihah kat perpustakaan awam dengan perasaan sukarela?Paksarela?Rajin?Malas?.Ouhh.Semuanya ada.Haha.Study.Study.Study.Rajin.Rajin.Rajin. :P

Friday, November 6, 2009

Hujan

Assalamualaikum!.Selamat pagi semuanya!


C-Faa - Aku rindu ko .. Ko jangan jeles dengan layout aku kali ni yer .. Haha .. Gurau jer .. Jumpa kat sekolah !


Ehemm.Sebenarnya tak ada benda nak tulis pun.Saja jer.Dikala hening pagi.Hehe.Okay lah.Pergi dulu.Tata semuanya.Terima kasih sebab sudi follow blog ini dan juga sebab sudi baca apa yang ditulis kat sini.Haha.Terima kasih dan sayang selamanya!.



Thursday, November 5, 2009

Pena Lagenda


Assalamualaikum.Selamat malam!

Hmmm.Bebas kejap daripada peperiksaan.Lalala.Hehe.Sekarang ni cuaca tak menentu kan?.Kejap hujan.Kejap cerah.Kejap mendung.Tapi,tadi memang best laa kat sekolah.Lepas habis peperiksaan,pergi duduk kat luar kelas.Kat koridor.Tiba-tiba angin kuat dan hujan.Memang cantik sangat.Dengan rintik-rintik hujan yang putih berkilauan.Sangat menakjubkan!.Subhanallah.


Ehemm.Terima kasih Myrah sebab tolong Sya Izz kemas rak buku kat perpustakaan.Jihah dengan Hani tahu tengok jer.Haha.Gurau jer!.Markah Math K2 dah dapat.Alhamdulillah tak seteruk yang lepas.Ok!.Cuma banyak yang cuai.Hehe.Hari Ahad ni periksa Math K1 pula.Harap-harap dapat jawab!.Tahniah laa untuk kawanku,Muzakkir.Mesti kamu gembira dengan markah kamu kan?.Sob.Sob.Sebagai kawan yang baik,aku tumpang gembira!.



Nak cerita apa lagi eh?.Lalala.Hari Isnin periksa BA.Aduh!.Berdebar jantungku!.Hehe.Memang seronok hari ni!.Terutama masa hujan!.Memang cantik sangat.Ada tu,Hani dan Sya Izz duduk kat tepi tingkap sambil cakap-cakap sambil tengok hujan.Suka.Suka.Suka.Hujan rahmat katakan.Sekarang ni pun sejuk jer.


Oh!.Chop!Chop!.Sila buka yer blog kakak Sya Izz.Kakak Sya Izz?Kak Atin.Hoho.Sebenarnya blog dia tu dah lama cuma tak update je.Sekarang ni baru ada inisiatif nak update.Haha.Jemput laa masuk kat blog Hazel Irisy tu.Silakan.Adik,kakak,abang,mak cik,pak cik ku sekalian!.Hohoho.



School Myspace Comments


Ok.Sampai ketemu lagi!.Cukup untuk hari ini.Selamat berjaya!.

'' Bintang barat terbit petang, Bintang timur terbit pagi, Kalau tidak melarat panjang, Ada umur bertemu lagi.''
(Sya Izz wrote on BM k2)


'' Kalau ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Boleh kita bertemu lagi.''
(Hani wrote on BM k2)



Pena Lagenda,
Sya Izz

Wednesday, November 4, 2009

Perindu Pena :)


Assalamualaikum!.Hmmm.Rindu serindunya kat blog ni.Haha.Dah lama tak on9.On9 tu on9 juga tapi sekejap jer la.Ibarat sesaat orang kata.Haha.Sekarang ni minggu final year exam.Minggu depan baru habis.Jadi,kena sabar sikit jer lagi.Hehehe.


Alhamdulillah.Dua hari exam telah kami lalui.Yeay!.Esok exam BM 2 dan BI 1 .Haha.Sebab tu sempat tulis blog hari ni.Siap ubah layout lagi.Hehe.Dah bosan?.Betul.Betul.Betul.Oh yaa!Nak ucap thanks banyak-banyak kat Husna!.Sebab hafal Sains dengan Husna laa boleh jawab exam Sains.Sayang Husna.Tak kurang juga rakan-rakan lepak ku yang saban petang 'melepak' kat dalam kelas atau pergi jalan-jalan kat perpustakaan.Mood exam masih mempengaruhi!.Sebab tu rajin study!.Sayang Hani dan Jiehah.

Sekarang ni selalu hujan pagi-pagi.Tapi,hujan best!Terutama masa jawab exam!Tenang sangat!.Hujan rahmat katakan.Opss!Lupa pula dah bulan November pun.Hmmm.November?.Cepatnya!.Terasa baru je awal tahun.Tengok-tengok dah pun nak habis sekolah.Waduh!Rindunya kat kawan-kawanku nanti!.

Sempat habiskan buku Aa+Bb dan mantera hitam yang dipinjam kat perpustakaan awam hari tu.Hmmm.Apa apa pun,best!.Oh yaa.Sekarang ni memang best laa duduk kat sekolah.Tambah-tambah lepas exam,kitorang pergi merayap je.Haha.Bukan merayap yang tak baik punya!Tapi,kitorang pergi jalan-jalan kat surau,koperasi dan perpustakaan tersayangku.Semestinya bersama Hani.Haha.

Terima kasih untuk Ayah Sue sebab sudi bagi komen dan nasihat pasal exam!.Iqa really appreciate it!Your advice is taken!.Love you,Ayah Sue.

=======================

''Salam Iqa,
What a nice blog. Seems improving by days. Cant help myself to jot sumthing 'ere, just to share sum thoughts with u, regarding ur exam, study and life. Exam, yes for now as a student u need to study hard to pass ur exams which come in many stages. It's still a long winding road ahead of u. There gonna be ups and downs definitely. But what matter most is, you need to have a target. Set your own target 1st. Try to visualise where u gonna be 3 years from now, then 6 years from now and maybe 9 years from now or beyond that. It is also important to decide or visualise what u gonna be as it will be some sort of aspiration or inspiration to move forward come the rains and thunders along the way in order to be successful in life. Nonetheless, success itself is a broadly defined term. It is meaningless to be so successful in current life if we fail to prepare for the after life. That after life also requires preparation or 'continuous study' for the real exam, since we dont know when it is gonna be. It will come anytime regardless of our readiness. Hence to succeed in both worlds, always be prepared for any exam! :-)

tabarakallahufiq
maassalamah..wailalliqa'
ayahsu,minalmadinaturriyadh ''

=======================

Kawan-kawan 2 Ibnu Rushd!.Selamat berjaya!Get the mumtaz!.Jom kita study!.Jangan lupa:KITA KAWAN SELAMANYA!. :)

Sebenarnya banyak yang hendak dicoretkan di sini.Untuk dijadikan lagenda hati.Haha.Ya!Memang banyak untuk ditulis namun tak tertulis.Cukuplah hanya sekadar menjadi memori.Tanpa perlu diceritakan,tanpa perlu ditulis.Hanya perlu diingat,hanya perlu dikenang!.


Perindu pena,
- Sya Izz -