Wednesday, December 22, 2010

Dani's Qaqa, and the memoirs

Salam

entry ini entry rindu, kerinduan, merindukan, erkk..

semalam aku mimpi Dani. Entah kenapa, masa tu kitorang pakai baju sekolah. cewaaahh, lepas tu dalam ramai ramai murid sekolah aku nampak dani. baru je nak panggil, kawan dani pun tarik dani pergi duduk kat kerusi. aku pun kejar dan tercari cari di celah celah orang ramai. dan, aku pun nampak dani. aku pergi dekat barisan kerusi dia dan jerit 'dani!' dani pun tengok aku. dia pun bangun. dani dengan aku pun sama sama menjerit ke'excited'an HAHA kemudian kami pun peluk.

drama pun habis, :) 

aku rindu dani.

aku baik je dengan dia dalam kumpulan. mana mana aku cari dani. dani baik. kami pun sempat sama sama nyanyi lagu 1Malaysia malam tu , siap pegang pegang bahu lagi dengan erat. dan, lepas nyanyi dengan penuh perasaan tu.. dani pun berpaling kat aku dan dia cakap

'saya sayang awak laa'

dia senyum. aku senyum. aku balas

'mean chan' [saya juga/macam saya]

aku suka dengar dia bercakap, lembut. dia memang baik. aku sayang dia juga.

dia tak jemu jemu jawab pertanyaan aku. hampir setiap hari aku tanya perkataan siam yang baru. dalam 10/11 patah, balik rumah aku tulis. dan aku siap buat ayat mengarut segala bagai dengan menggunakan kosa kata yang aku tahu cewaaahhh dan dia akan dengar. lepas tu, dia akan cakap

'haa, betul' 

aku sayang dani.

tapi, malam terakhir dia tak datang. dia demam. tercari cari aku mana dani. selalu aku sampai dia dah sampai. aku rindu dia. bila tanya yurie, dia pun cakap dani demam.

esoknya, dah nak balik. awal awal lagi aku tanya yurie dengan rat, mana dani? diaorang cakap dani nanti datang lewat siket. demam kan. kecewanya aku.

dan, bila dah siap siap nanges salam segala bagai, kitorang buat aktiviti sendiri kat luar. budak budak ni mesti laa bergambar. ehm, then.. aku nampak dani. tapi, aku tak tegur lagi mase tu. dalam hati aku cakap

'lepas lepas ni laa, nanti tak ramai orang. lagipun dia kan demam'

rupa rupanya aku yang ralat. tak berjumpa pun dia, tak nampak pun dia lepas tu. aaa, mana dani? at least, aku nak peluk dia.. kho tod daruni.

okey, memang dah tak jumpa. :'( 

dan bila bas kami berhenti kat depan masjid, nampak tharinee kat tingkap. tharinee lambai lambai kami. kami pun lambai lambai rhinee. tapi, dani kat mane ye?

dalam bas, aku pinjam buku nota Lau. tengok bioz dani. tapi, dani tak letak nombor telefon. hurmm, takpe. aku dah ambil nombor yurie dengan rhinee. nanti nak tanya diorang lar. aku pun sayang mayurie dengan tharinee jugak. :)


chan rak ther mark. ther di kap chan. ther phean-kan chan nan, dani. chan chop khong ther phrok ther suai mean chan. hak hak hak. ther di mai wan ni phrok ther di nan. 
chan sau, daruni. 

dani la yang nyanyi lagu dalam siam untuk aku, rasanya dua kali. sebab, aku kata aku nak dengar. dia pun nyanyi. aku rindu dia. dan, sedikit kosa kata yang aku belajar dan hafal kat sana, aku takkan lupa. dia yang bagi penerangan macam mana bahasa siam, dan part yang aku suka bila dia dan geng cakap siam. haha, aku akan duduk kat diorang dan dengar. hehe. lembut sangat. dan, aku nak buat tu jadi kenangan. kenangan terindah kat sana.. dengan daruni.

dan, daruni satu satunya orang yang panggil aku Qaqa. or maybe Kaka (?). hehe, sempat dia tanya aku.. suka tak pemain bola nama Kaka tu? aku tanya dia pula.. dani suka ke? dani cakap.. 

'tak laa' 

hehe. dani.. dani..



itu mayurie, sweater pink. ratchanok baju pink.. kat tepi yurie.


sayang diorang.


sayang kenangan.


Regards,
Dani's Qaqa
06 -10 disember 2010

4 comments:

ha_ziem said...

eleh....name kite xde pon...

Sya Izz said...

sibuk lar mu,, aku rindu dani jer ann.. sbut dani lar ~~

Syafi[Q]ah_Aqi[L]ah said...

gitu rr... bile jmpe kawan baru, kawan lama dilupakan... biala... xim, kito saeng du0 ah... hhuhu..
(drama habis... hikhik)

Sya Izz said...

waaahhhh, xpe xpe.. ngade yer korang ~ ~