Sunday, December 12, 2010

Geng 1Malaysia Homestay Batu Papan [ii]

Salam 1Malaysia!

Hehe. 
 

5 Disember 2010.

Hari kedua program perpaduan. Hurmmm. Kena berkumpul pukul 7.30 pagi. Tapi, kami bertiga kira kira terlewat sedikit. Hurmm, berlari larian laa kami. Hahaha. Dalam pukul 8.30 pagi baru semua orang cukup. Huhu, mengamuk laa AbaDi kami yang terchenta. Okay, okay. Janji dah tak mahu lewat! Dan, kami ada aktiviti gotong royong. Yeahhh. Sepaututnya aku kemas kawasan masjid. Tapi, sebab dah bersihkan.. maka aci kutip macam tu laaa... Haha, ingat lagi masa nak masuk pagar kecik masjid tu.. along siap sound lagi 'ustazah iqa..' 


oo laa laaa. Sabar je laa, biasa berlaku. Hurmmm.. Pose pose siket, guna kamera khaleeda. Haha. Bergelak ketawa siket. Then, sudah habis acara gotong royong. Hehe, kampung tu memang dah bersih kan... Hehe, kemudian kitorang pergi dekat Gua Batu Madu. Huhu, sangat rock. Jalan kaki je. Lepas tu naik jambatan gantung, hehehe. Bergoyang goyang, ahaksss. Ooo laa laaaa. 

Maka kami posing kat gua gua tuh. Huhu. Lama tu baru pulang, letih. Hehehe. Okeyh, petang kena berkumpul lagi kat dewan. Arh, letih letih letih. Hehehe, petang tu kami kena gabung kumpulan. Yang sebenarnya kumpulan ada 14, maka gabung biar jadi 7 je. Jadi, kumpulan 9+10 = kumpulan 5. Hehe, cabut undi. Kak Fara jadi ketua. Yeahh. Kami kena sketsa. Ohhhh tidak! Hahaha. Maka, kami diberi masa dalam dua jam lebih gitu untuk berbincang apa yang hendak dipersembahkan pada malam ini. Yeahhh, sekejap je diorang bagi masa! hahaha.

aku rasa kumpulan aku yang tragis sangat nye. elok elok je kami bincang, ehemm. actually bukan bincang sangat.. kami dengar idea kak fara. hurmm. kami semua berkumpul kat pentas yang berkarpet biru. dalam dewan tu ada kumpulan aku dengan kumpulan choral speaking. yang lain, melepak tempat laen. along kan jenis suka usik orang gitu. last last, kak fara merajuk. terus keluar turun pentas keluar dewan. tup tup, senyap dewan. haha. along pun menyusul, pergi pujuk. kemudian, empat lima orang pula pergi pujuk. aku dengan yang laen steady je tunggu kat pentas. hehe. last last, kak fara pun datang. yeaaa, dah berjaya dipujuk. oo laaa laaa. dan, along pula jadi senyap. memang serius je aku tengok muka dia. haha, tak pernah tengok along macam tu. kesian laa pulak. tapi, aku tak masuk campur laa.

dan, didie ada idea lain nak buat drama apa. huhu, kami pun sepakat nak buat apa yang didie cadang. yeahh. kisah bomoh. bomoh india, china, dan melayu. hahaha, setiap bomoh tu pula ada keluarga masing masing. ada anak isteri. haha, sekadar nak suruh semua orang amik peranan je. hhehe, dan aku? siap jadi isteri ustaz lagi. hahaha,  sepadan laa tu. mase tu, ustaz nama syafiq. isteri nama syafiqa. anak nama syafiqah. Wakaka. okey, petang tu latihan macam tergendala cam tu jer bla bla dan bla. okay, biase berlaku.

lepas asar, lepas bagi masa nak latihan persembahan.. kami berkumpul kat dewan terbuka. ada acara sukaneka rakyat! hahaha. ermm, yang best.. kami berbaris dan duduk kat dewan terbuka tu sambil pandang arah padang yang ada rumput rumput tu. lalala. aku wakil boling padang. haha, ataupun diorang panggil boling kelapa sebab guna kelapa. haha. aku, daruni, along.. dan tak ingat dah. dan, kami menyumbangkan empat mata untuk kumpulan sepuluh. oo yeahhh, aku berjaya jatuhkan satu. haha. nasib tu.. maka, dengan ini bergelarlah juara boling padang. Hidup kumpulan sepuluh [ permai abadi ]! hahaha. 


Main jalan ikat kaki pun best. sebab, ikat kaki tiga orang. haha, lucu sangat. kumpulan sepuluh je yang tak masuk. aku rasa takde orang perasan kot. sebab memang dah ramai kat situ. haha, sebab apa tak masuk? tak kerjasama kot. dah orang nak start baru nak pergi. dan biar je laa. tak payah masuk. haha, unik sungguh. Kemudian, main tarik upih pinang. Permainan yang tak disangka. haha, lelaki tarik perempuan. perempuan duduk atas upih pinang. Kumpulan aku along dengan daruni yang masuk. haha, kalah. tapi, pengalaman indah. kali pertama tengok depan mata orang maen upih pinang. sangat unik dan best! memang rasa kampung sangat! best best best! Dan yang paling best main tarik tali. haha, tempat tu tak adil. sebelah sana rumput semua. sebelah situ lumpur, jadi licin. haha, along dengan optimisnya cakap 'kalah dah ni'. hahaha, ape laa. kami akan lawan dua kali. biar tak bias. haha, nasib baik.. pusingan pertama kami dapat alik rumput jadi kami menang. pusingan kedua, alik lumpur.. kami kalah. licin sangat laa. haha, pusingan ketiga ditentukan melalui baling syiling. dan, kami kena alik bahagian berlumpur tu. huwaaaa, memang confirm kalah. hahaha. kami berusaha sedaya upaya beb.. huhu, akhirnya tetap kalah. takpe, sangat menyeronokkan. amat sangat. walaupun habes saket tangan tangan. haha, tali tu besar gedabak laaa weh. takpe, kali pertama merasainya. memang tak rasa rugi pon. dah tak boleh nak describe apa perasaan yang aku rasa bila main sukaneka rakyat ni! :D





hoho, malam yang dinanti telah tiba. hehe. ermm, tiga kumpulan terbaik akan dipilih untuk mempersembahkan persembahan mereka nanti perasmian penutup. lalala. sebelum tu, kitorang pilih Perdana Menteri dulu. Menteri Menteri setiap kumpulan kena naik atas pentas. Haha. Yang ni aku undi shahrul. Lala. Kemudian, empat terakhir.. aku undi Alif. dan, Alif yang cool jadi Perdana Menteri. Haha. Terengganu kita. Erkk, Malaysia kita!

kumpulan syafiq dengan hazim kena buat tarian china. diorang guna prop payung dan kipas. hehe, yang aku nak bantahnya.. diorang guna lagu mira'e.. kiroro. haha, ini tak adil. itu lagu jepun. wakaka, tapi comel je diorang menari. terutama syafiq dengan payung bunga bunga nye. ekekeke.

lepas tu, kumpulan perdana menteri kena buat dikir barat. sedap je suara PM.. Tapi, sayang diorang nyanyi takde musik segala bagai. huhu, jadi biasa je laaa. Hehe, tapi lagunya memang enjoy. kemudian, ada kumpulan kena buat boria. okay. lagi, buat choral speaking. okay. kumpulan shahrul dan zahir buat tarian india. hahaha, bole chudiyan. haha, sangat gempak dan terhibur! serius, sangat comel. 

dan tibalah kumpulan aku. ohhh, haha. rupa rupanya 'suami' aku telah ditukar. selamba je encik hafiz tanya siapa 'bini' dia.. haha. tak adil! tukar last minute. maka, mula mula bomoh india dulu.. kemudian bomoh china.. akhirnya, sampai laa turn aku ustaz. haha. naiklah kami 'anak beranak'. ekeke, iya laa. ustaz. aku. anak anak, pqah manaf dengan ayu. haha. dasar. kat atas pentas tu, bersila laa aku kat tepi 'suami'. hahaha. mujur ustaz nama hafiz. arh, tetap tak puas hati. kenapa ustaz tak nama syafiq seperti pelan awal? Kah kah kah.

mase tengah belakon tu, tetiba je ustaz jadi tak ingat.. slow je dia berbisik dengan geng 'arhh, sudoh.. dop ingat doh laa..'


haha. nak terguling aku rasa. rileks rileks. aliff dengan daus yang tengah pegang mangsa rasuk pun cepat cepat cakap dengan ustaz. haha, macam macam cover. haha. akhirnya, habis laa persembahan. persembahan kitorang yang entah hape hape. ni semua salah mikrofon! hahaha. ermmm, along siap minta maaf lagi sebab dia cakap dia memang tak buat elok elok sebab tak nak kumpulan ni kena buat persembahan lagi sekali. ahahaha, lepas laa beban kami..

kemudian, kumpulan qlah buat tarian melayu. fiewwwieeet! cun oooo. menari nari. hahaha. sopan santun je. hak hak hak. okay, persembahan habis. kami balik. hehe. 

maka, tamatlah hari kedua di sini.

episod yang buat aku rasa, aku akan melalui hari hari yang indah di sini..

3 comments:

ha_ziem said...

so,,where am I in diz picha??

Sya Izz said...

huhu, in my heart darling... ahaha..

aku.haziq.hazman :) said...

haha~macam2 la..