Tuesday, December 14, 2010

Geng 1Malaysia Homestay Batu Papan [iii]

1Malaysia!

Hehe. Hari ketiga yang indah. Semakin hari semakin indah. Ekeke. :)

Pagi tu kita mulakan dengan aktiviti yang dinamakan Misi Perpaduan. Hehe, ala ala mini explorace. Kumpulan still gabung. Hehe. Nama kumpulan kami, kumpulan Tun Dr Mahathir. Yeahh, sukses sukses. Hahaha. Memang best giler laa. Walaupun kami main tu dalam lingkungan kawasan yang biasa biasa je. Iya laa. Kawasan antara dewan terbuka dengan dewan tertutup. Haha. 

Explorace kami dimulakan dengan bermain Boling Kelapa. Haha. Sayangnya, aku baling tak kena. Hahaha. Setiap sorang kena main. Hmmm, dah lepas check point boling.. kami pergi bina bangunan dulu. Menara bongkah kayu. Ooo laa laa. Bertimbun timbun kayu. Maka, kami pun amik siket siket sorang. Susun setakat boleh, lepas tu.. kami gabung. Jadilah bangunan. Haha. 

Kemudian, pergi main magic steel. Besi magik. Besi tu ada dua, maka kami kena pecahkan jadi satu satu. Haha, lepas pecahkan satu satu, cikgu suruh masukkan balik biar jadi bergabung lagi. Haha, part tu yang tak boleh tu.. Last last, suruh budak laki-kumpulan9-nama-apa-tak-ingat-tapi-dia-jadi-bomoh-jugak. Haha. Dia amik, kemudian masukkan. Ekeke, senang je. Haha. Kemudian, kami main teng teng. Yeahhh. Aku lempar batu masuk dalam petaknye. Cewah, maka kena ber'teng teng' laa aku.

Haha, part tragis ni. Hurmm. Malu je terloncat loncat kat situ. HAHA, tapi enjoy! Yang tak bestnya.. part nak meloncat petak yang ada batu tu tak best. Haha, sebab aku berhenti dulu.. amik batu dan pegang. Bersedia ni nak lompat. Petak tu petak ketiga. Lepas tu ada dua petak lagi kena jejak sebelum sampai ke ending. Huhu.

okay, sedia.. lompat! Kat kotak kedua, dushhh! Jatuh! Haha. Nak elak tertiarap atas kawasan bertar tu terus aku bertongkat dengan lutut dan tangan kanan. Haha.

Along plak 

'ehh, ustazah ayu jatuh laaaaa..'

haha, siap kena sound lagi. malu malu malu. tapi, pengalaman laa tu jatuh semasa berkhidmat dengan ahli kumpulan. ini namanya pengorbanan. Haha. Pqah Manaf pun cepat cepat pergi kat aku. Tolong aku bangun. Haha, jalan pun dah tak betol. Saket woo. Haha, berdarah tapak tangan. Cewaaahh. Pqah pun bawa pergi belakang dewan kat paip air tu, nak basuh. HAHA, aku dah berjuta kali cakap tak nak. Tapi, dia yang berdegil suruh aku hulur tangan. Huarghhh, ingat tak saket kena air? cewaahh. maka, si Pqah Manaf tu membebel laa ala ala gaya mak nenek. kah kah kah. :P habis kotor seluar aku. huhu. tragisnye. cikgu yang jaga permainan teng teng siap cakap lagi

'takpe.. ayu sangat.. cuba lagi ye'

huwaa.. haha.

check point seterusnya abazim yang jaga. Main batu seremban. Erkk, batu selambut. Atau apa apa laa. Permainan rasmi masa sekolah rendah ni. Haha, dia bagi sepuluh minit je untuk semua orang dalam kumpulan try. Aku yang pandai ni pun tak sempat nak habeskan. Masa dah habes, wakaka. Salahkan batu tu yer! Batu jalan yang besar gedabak, entah kutip di mana. Wakaka. Tapi, memang syok sangat rasa. Iye laa, buat bulatan. Lepas tu duduk bersila semua. Maen, tradisional gitu. Ahakss. Suka suka suka.

Dan, lepas tu maen Monkey Trouble. Nak amik lidi tanpa menggerakkan lidi yang laen. Huhu. Ingat tak susah ke. Yang pusingan pertama tu, aku jer yang last. Tangan terketar ketar lidi tetap gerak. Asyik tak jadi je. Arh, lepas tu maen semula. Hehe, nasib baik berjaya amik. Haha, ada laa kitorang maen tipu sikit. Sikit je, tak banyak. Hehe, mase tu tengah buat bulatan. ye laa, lidi banyak banyak kat tengah tu. Lepas tu, ada lidi sesat sebatang dekat dekat dengan aku. Along yang matanya tajam terus bagi isyarat senyap kat aku sambil tunjuk lidi tu. Haha, aku sengih je. Dia pun datang kat aku, terus amik lidi tu dan bagi kat Pqah yang masa tu tak de lagi lidi. Muslihat sungguh budak budak ni. Hahaha.


Yang last sekali, main batu dua. Tolak batu yang kat atas tanah tu sejauh boleh. Haha, geng ni buat ala kadar je beb. Malas laa. Permainan last tu kan. Lagipun, kotor laa atas tanah. Hahaha. Ngade ngade sungguh. Dah sudah semua check point, kami berhimpun kat dewan terbuka laa. Sementara tunggu kumpulan laen. Cewahhh, kami siap buat bentuk love lagi. <3 


Cantek dan sweet. Hahaha. Kemudian, AbaDi bagi komen setiap kumpulan. Haha. Kumpulan kami dikatakan kumpulan yang paling kreatif! Haha, dan mendengar kata ketua. Ketua cakap itu terus kami buat. Haha, ala ala bekerjasama laa jugak. Ekeke. sayang y'all! 


Relaks relaks, buat break clap. Suka sangat! Buat clap. Ning Nang Ning Ke. Suka laa buat benda benda tu semua. Semangat naik! Haha. Ayat AbaDi saban waktu


'yang perempuan cover cover yang lelaki jaga jaga'


cewahhh, maju maju.


Dah habes Misi Perpaduan, kami balik rumah. Haha. Ermm. Petang kena pergi pula sebab ada Misi Kenegaraan. Yeahhh. Memang kami tak tahu laa misi kenegaraan tu kitorang kena buat apa..




Hehehe, jeng jeng jeng. Kitorang main tarantula kot nama dia. Haha, dalam bekas tu ada barang amanah. Kumpulan terakhir yang kena bawa barang amanah tu untuk dimasukkan ke dalam bekas ataupun AbaDi guna tayar. Yeahhh. Masa kumpulan kami, AbaZim tambah dua biji batu besar sebab dia cakap laluan kitorang senang je. Huhu, memang pun. Susah jugak laa.


kumpulan terakhir yang besar peranannya. Sebab, penentu berjaya ke tak usaha orang orangt terdahulu. kami semua lingkung bulatan yang tempat nak masukkan barang amanah tu. memang riuh sangat. setiap orang menjerit bagi pandangan, suruh buat itu ini jangan itu ini. haha, memang berdebar giler rasanya. 


terutama part abang nabil bagi semangat kesedaran! dengan semangatnye dia cakap sanggup ke kita nak kuburkan usaha kumpulan kumpulan sebelum ni? sanggup kita terima kekalahan. bla bla dan bla. sangat semangat, memang rasa 1Malaysia amat! Haha. Punyalah berdebar ni. Saat genting. Memang riuh laa kawasan tu. Dengan menempiknya, menjeritnya, tunjuk ajarnya! Memang bersatu padu semua. Masa tu izzat muhammad jadi tonggak laa. 


semua harapan bergantung pada dia. dia pun nampak bersungguh giler. setahun aku sekelas dengan dia, tak pernah lagi dia seserius dan setanggungjawab ini. macam dapat rasa je semangat yang berkobar kobar. dan setelah saat saat genting berlalu maka dup dup dap dap jantung. dah puas dah kitorang menempik bila nak lakukan percubaan masukkan kelapa ke dalam tayar. haha, memang rasa nak merdeka giler ni! dan akhirnya, bila kelapa dah masuk dalam tayar atas tanah tu depan mata kepala kami sendiri... memang terpegun je rasa! terus menempik sekuat hati weh. rasa bangga sangat sangat! aku dengan hani siap give me five! lagi. rasa nak peluk je. rasa semua usaha berbaloi. iye laa, dari satu kumpulan ke satu kumpulan bawa benda tu. dan, kumpulan ke tujuh jadi sandaran. kami bersatu padu bagi semangat dan bagi cadangan.. akhirnya berjaya! rasa nak nanges je! masa tu memang sayang sangat malaysia!


huhu, memang aktiviti paling best laa! kemudian, aktiviti kedua.. AbaDi bagi beberapa batang paip dan bendera Malaysia serta tali. Kitorang kena dirikan tiang daripada paip paip tu tapi tiang tu tak boleh jejak tanah. haha(?) memang nampak aneh. tapi, rasenya lebih kurang macam tarantula tadi laa tu. tapi, disebabkan boys yang buat maka girls yang bagi sokongan. cewahh, budak budak ni buat sampai minggu depan tak jadi. hahaha, akhirnya AbaDi terpaksa tunjukkan cara cara. cewahhh. bila dah siap tu.. shah siap cakap lagi kepada geng yang pegang tali tali tu bagi tiang tegak

'jangan pegang kuat sangat, pegang laye jah' . 

haha, kami geng terengganu kelantan faham laa apa yang dimaksudkan shah dengan pegang laye tu. maksudnya pegang santai je laa gitu. haha, AbaDi boleh pula dia tergelak gelak dengar perkataan tu. hahaha.


akhirnya, berakhir laa misi kenegaraan dengan sukses. 1Malaysia! Malaysia satu..!

lepas siap pasang, nyanyi negaraku lepas tu nyanyi lagu negeri masing masing. macam biasa, terengganu laa paling kuat. haha, sebab Perdana Menteri nyanyi kuat giler! Semangat berkobar kobar! sayang PM!




malam tu ada sesi pembentangan pula. memang letih laa, haha. kami kena buat pembentangan pasal apa yang kami dapat bla bla dan bla. hehe. dan malam tu juga laa kami nyanyi lagu 1Malaysia habis habisan sekuat hati! Lagu tu memang mudah ingat, sedap didengar dan mendayu dayu.


haha, tengah tengah malam patriotik giler. entah berapa kali kami ulang nyanyi lagu sama. haha. kita satu bangsa kita satu negara, kita satu matlamat oooo.. kita satu bangsa.. satu negara .. kita satu malaysia!


haha, nyanyi dengan penuh perasaan. aku nyanyi sambil peluk daruni. kami berdua lambai lambai tangan. ewahhh, kemudian ratchanuk pun datang join. so, kami bertiga nyanyi sekuat hati kami. sambil berpegangan tangan. ye! kami satu malaysia! Jihah pula 'membuat' malam tu. memang dia nyanyi kuat giler r. hahaha. lepas habis kami nyanyi. Daruni pun berpaling kat aku dan dia cakap


'saya sayangkan awak laa'


haha, terharu sangat.


aku pun cakap.


'mean chan. chan rak ther.' [saya juga. saya sayangkan awak]


hehe, sebab dia laa aku pandai bahasa siam. cewahh, boleh laa siket siket. tanpa jemu dia ajar aku bahasa siam.. sampai aku reti siket siket. daruni / dani! saya sangat sayangkan awak. first time ada kawan bangsa siam. daruni, tharinee, mayurie!


malam yang sangat indah. memang rasa semangat! semangat kami satu. memang rasa sangat sayangkan korang semua. kami satu geng, tak kira kelantan pahang terengganu.. kami tetap satu MALAYSIA! Memang indah yang amat! terima kasih sebab beri aku peluang merasai keindahan semangat muhibah walaupun kami hanya kenal selama tiga hari! 

terima kasih!

hari ketiga yang penuh dengan keindahan.

7 comments:

feeq said...

hampeh betul kau ye, panggil aku mak nenek.. sampai ati... aku muda lagi tao. ha99

Sya Izz said...

haha,, dh memang betol! :P

aku.haziq.hazman :) said...

gamba adq x dop ker?huhu...hik3..x yah pom x per...

Sya Izz said...

haha,, gmbr adek kat ati!

aku.haziq.hazman :) said...

haha....x abiz ngn hati~!!haha..aper pom..tima kaeseh~hahaks!!

ha_ziem said...

sy?..mane sy??

aku.haziq.hazman :) said...

haha...x der...~!!kui3