*menulis dengan rindu yang membuak*
salam. haha, entry sudah masuk hari ke empat. hehe, setiap entry sebelum ni panjang je kan.. tu pun ada yang tak terluah lagi sebab memang dah tak boleh nak luah lagi dah. oh, kenangan yang buat aku sebak je kalau diingatkan balik! hurmmm. biasa berlaku :)
okay, hari keempat hari yang takde aktiviti sangat. cuma, majlis perasmian penutup laa sayang. huhu, sabar sabar. dan kenduri rakyat. yeahh, sangat best!
pagi ni ada senaman aerobik. diketuai oleh AbaDi haha. happy yang amat! Sangat best laa. gembira. hehe. aerobik. chicken dance. senyuman AbaDi. oohh, rindunya. hehe. okeyh, dah sudah aerobik tu.. kami dibahagikan kepada dua. satu kena merewang untuk kenduri rakyat. satu lagi kena stay kat dewan terbuka buat persiapan. yang terlepasnya cuma kumpula tarian india dan choral cpeaking. mereka kena laa berlatih untuk persembahan petang nanti.
aku hani qilah dengan sukarelanya pergi merewang. cewahhh, hahaha. mula mula kitorang potong kubis je. haha, kubis yang sangat banyak. sempat tengok lembu sekor baru lepas kena sembelih. huhu, kesiannya. hurmm, yang laki potong daging. yang perempuan, bawang sayur. haha, best buat kerja dengan makcik pakcik kat kampung tu. best sangat sangat. first time rasa macam ni. iye laa, orang kampung bergotong royong buat kenduri rakyat dengan kitorang ramai ramai. sweet sangat. heeee.
tapi, aku dengan hani lepas potong kubis terus pergi dewan terbuka. haha, konon konon tukar syif. lalala, konon konon susun susun kerusi laa juga.. padahal sempat lagi bergambar sambil tengok geng syarul buat tarian india. berlatih. dengan cikgu dua orang. haha, seronok amat tengok! cute je diorang diorang semua. oo yeahhh.
lepas tu, kami jalan jalan pula dekat dewan tertutup. haha, kitorang pergi tengok orang melapah daging, haha. ermm, tetiba je PM berpaling kat aku hani dan thirah dan dengan suara lantangnya sebut 'haaa.. ustazah!' erkk. terkejut kitorang, terus blah. haha, sungguh nakal perdana menteri kitorang. tu, yang pakai baju kuning tu. hehe. dan, bila dia terserempak dengan kami lepas tu, terus senyum senyum malu bila terlihat kitorang. haha, takpe. biasa berlaku...
hak hak hak. dan kami pun tolong pasang bunga manggar dengan anak anak kampung ni. lalalala. kemudian, jalan jalan dan jalan. hehehe. okay, rehearsal bermula. kami kena duduk kat kerusi masing masing. haha, abadi abanua siap jadi vip lagi. hak hak hak. yang jd MC, Nizam dengan Niza. Haha, comel tak? Masa rehearsal diorang laa yang kena jadi pengantin. wakaka. actually, ada gimik perkahwinan.. pengantin tu orang kampung ni laa. kerusi air mawar hantaran segala bagai. haha.
kemudian, dalam 12:45 kami kena pulang dan pukul 1.30 datang balik dengan baju rasmi. omaigod. hahaha. giler sungguh rasa. baru je nak balik, orang kampung panggil suruh makan. huhu, ramai jugak laa yang tak makan. balik je. dah takde masa. haha, majlis perasmian nanti mula pukul 2 petang. hurmm.
balik rumah bergegas tukar baju segala bagai. haha, qilah pulak badmood hari tu. sabar sabar biasa berlaku. kan kan kan? :P cepat je kami balik rumah. dan, bila dah ke sana lagi baru kami makan dengan aman. haha, sebab orang takde lagi. hehe, balun habis habisan makanan tu bro. hasil kerjasama semua yaa. cewaahhh.
akhirnya, kami pun duduk laa kat dewan terbuka. lama tu, acara pun bermula. iye laa, macam biasa. ucapan situ sini. hehe, mengantuk pun ada. iye laa, petang petang kan. hurmm, bab persembahan laa yang paling cool. haha. terutama persembahan dikir barat orang kampung. serius, memang comel sangat sangat. haha, first tengok dikir yang best depan mata. selalu yang biasa biasa saja. habis sudaaa. haha.
akhirnya, majlis pun tamat. kami kena angkut balik kerusi kerusi plastik tu semua. iya, kemas laa dewan. abazim dah cakap, yang perempuan maksima tiga kerusi je sorang. haha, sayang abazim. tapi, memandangkan dah takde kerusi yang nak diangkat.. maka aku dengan hani pun angkat sama sama. tiga kerusi dua orang. haha. bila dah nak sampai kat dewan tertutup tu, terserempak dengan abazim. abazim pun tengok kitorang dengan aneh. terdiam kitorang. wakaka, punyalah takut dengan abazim. hahaha.
lepas tu, dah lama ni kami nak amik gambar dengan abaDi. dan, peluang ada.. yeahh. jauh kat dewan terbuka tu terus nampak abaDi kat sana. hehe, jom pergi. ajak hani. ekeke. abaDi tengah sorang sorang maka aku dengan berdebarnya cakap kat abaDi nak bergambar. dia pun sengih dan buat style rock nye. hahaha. happening gile. asyik ketawa je masa amik gambar. dan, yang lain pun ikot laa bergambar juga dengan abaDi. hehe. ada sekali tu, aku dengan hani nak amik gambar dengan abaDi. masa tu abaDi tengah cakap dengan abg nabil. hak hak hak. abaDi siap minta diri lagi dengan abg nabil cakap nak bergambar, well ramai peminat kan beb. haha. konon konon menunjuk laa kan. dan bila kami bersiap nak bergambar.. kamera dah 1,2,3, terus abg nabil melompat depan kami. haha, dramatik giler. memang gelak tahap habis habisan laaa!
petang tu program boleh dikatakan berakhir awal laa. dalam pukul 5 dah boleh balik kan. hurmm, kami amik kesempatan bergambar. haha. siap duduk atas jalan lagi kat depan rumah. sampai geng geng lain yang dalam perjalanan balik siap tegur lagi kuat kuat. part tak boleh lupa along cakap 'haha, ustazah bertapa laa..'
jeng sungguh. haha, takpe takpe. minta tolong zati adik angkat kitorang yang jadi gambargrapher. haha. seronok je kitorang bergambar kat tepi tepi jalan. cewahh, last last tanya dia gua madu dekat tak? yang kitorang dah pergi dah hari tu. tapi, rasa nak pergi pula laa. haha, zati pun bawa kitorang ke sana. jalan kaki. yeahhh. selalu je jumpa geng kitorang yang lelaki bawa motor. haha, padahal AbaDi dah haramkan. Sungguh melanggar peraturan. haha. kami tegur je laa diorang gitu gitu. bila dah sampai kat batu madu, nampak geng geng lelaki sebahagian ada kat pondok. sebahagian lagi dah selamat dalam sungai. haha, giler laa korang. air tengah keruh pun still mandi lagi. haha, kami ternampak. bukan mengintai ye. siapa suruh diorang mandi depan depan. wakaka.
kat jambatan gantung siap posing lagi. haha, ramai juga terjumpa kawan kawan aku. naik motor. arh, tak aci laa korang. zahir siap bye bye lagi kat kitorang, haha dia pembonceng je. syafiq pun sama. tapi, yang bestnya.. masa nizam dengan syafiq nak naik jambatan gantung.. motor terus tak hidup haha. so, syafiq turun dulu. hehe, sementara nizam berusaha gigih nak bagi motor hidup nak naik jambatan tu.. kami bergambar gambar dulu. haha, percubaan kitorang baru nizam berhasil. gelak gelak. siap tepuk tangan lagi kitorang. dan, bye bye. wakaka. dalam perjalanan balik, hani tersayang pula dah takde mood. wakaka, sabar sabar. cubaan, senyap je budak tu. nasib baik dah masak dengan budak tu. wakaka, dalam bilik.. tahulah apa yang aku buat kat dia. akhirnya, steady je. dah okay. haha. terkekeh kekeh gelak bersama.
okay, malamnya pula malam yang indah. malam terakhir kan kat sini. sebak je rasa. hurmm, dengan ceramah. pasal rukun negara. cikgu yang bentang guna slaid. sambil sambil masa terluang tu, nyanyi dulu lagu biasa. sayu sangat rasa. kemudian, dengar abang nabil berkata kata. eewaaahhh. sampai hati diorang cakap kat kitorang yang diorang nak balik kuala lumpur malam ni juga. konon konon dah tak boleh jumpa esok. huhu, kitorang siap cakap lagi..'tak nak!' sebak sebak. sempat main 'siti kata dan abang kata' dengan abanua. haha. gembira je! hurmm, serius. sayang abadi, abazim, abanua dan abang nabil. sangat sangat.
sebelum balik rumah, sempat bergambar gambar kat dewan tu. agak agak lambat juga laa kitorang pulang. hehe. dah balik pula, pergi dapur.. makan makan sambil borak borak dengan ma dan abah. haha, elok elok borak borak.. ma pun keluarkan gelang yang dia buat. haha. cantek, ma pakaikan tapi gelang tu ketat. hehe, kami yang gemok kah? wakaka. kitorang pun ikot ma pergi sambung gelang tu. rupa rupanya ma buat gelang suasa. haha. banyak sangat kristal kristal. comel sangat. macam macam kami tanya. pukul 1 lebih baru tidur. haha, rasa macam tak nak tidur je! sebab, tak nak balik.. huhu.
dan, kami pakai gelang tu.. tak tanggalkan dah.. hehe, ma buat tiga gelang yang sama. ma cakap kalau tengok gelang tu semoga kitorang ingat kat ma. huhuhu, sedih amat!
aku sayang, kenangan hari keempat. kenangan yang sangat indah. sayang sangat sangat.
7 comments:
mane gmba aq w0o
kat hati ak,, kah3
haha....sianyer...~
hahaha,, <3 u adek..
<3 akk gak..hik3
<3 korang bedue
haha...hate u...hik3..kiddin~!<3 u ajim~!
Post a Comment