Tuesday, February 1, 2011

Kejohanan Merentas Desa'11



Salam, yuhuuuu.


HAHA, konon konon nak dapat dapat nombor laa ni lari larian merentas desa hari ini. Cehh, nombor k o s o n g jugak aku dapat. Kah kah kah, kasi malu je, hihihi. Okey okey okey, mahu mula cerita hari ini.


Pagi pagi pergi sekolah, dari semalam lagi menggesa budak budak kelas R tahun lepas agar memakai baju kelas yang bernama Rushdianz '10. Huhu, baju tu memang kenangan gile la. Bebudak ni semua sayang baju tu. Rasa macam hari hari nak pakai. Geng aku asyik pakai tiap kali PJ. Tapi, sesetengah pula jarang nak pakai sebab sayang. Diorang cakap takut lusuh nanti. Wuhuu, kan best kalau baju tu boleh dipakai selalu tetapi tetap nampak seperti baru serta tidak lusuh atau rosak kalau dipakai berterusan. Waaa, baju tu baju kitorang. Macam bangga je bila jalan ramai ramai pakai baju tu. Macam, indah :)


Mula masuk pintu pagar, nampak Amni. Ouh, Jihah masih dalam kereta. Tunggu, berhenti tengah jalan sebab baca doa. Huhu. Nampak sangat datang lewat ke sekolah, haha. Maka, dengan comelnya kami bertiga berjalan bersama sama menuju ke blok kami nun jauh di hujung sana.

Ermm, dah cakap dah dengan Amni dan Aifaa yang hari ini.. aku mahu habiskan masa dengan diorang. Sebelum ini, bila tahu diorang nak pindah.. aku cakap kat diorang yang nak bergaduh dulu, nanti selasa baru berbaik. Takut sedih. Haha. 


Dalam kelas, borak borak riuh riuh dulu. Haha, memang gembira la sebab kitorang tak belajar hari ini! hahaha. bergambar situ sini dengan pelbagai gaya semestinya dengan budak berdua tu. Huhu. Aifaa dengan Amni yang akan bergelar Kisasian. Huk huk huk, sedih laa kot diorang takde huahuahua.


Dalam pukul lapan lebih, cikgu cikgu sudah mula panggil budak budak turun. Oo yeahhh. Memang sangat riuh. Okey, rumah Usamah! Usamah ialah rumah hijau, haha. Ambil reben hijau dan lekatkan kat tudung. Tanda kami rumah Usamah. Rumah Tariq pula reben merah, lekat kat tudung juga. Rumah Zubair kain petak kecik warna biru, juga lekat kat tudung. Rumah Khalid juga yang comel dengan reben kuning tapi ikat kat tangan. Hohoho. Macam macam gaya kami buat. Reben aku, Nadiah yang pakaikan. Untuk Nazifa, aku jadikan kain biru dia macam reben. Untuk Mila, aku juga yang pakaikan, haha. Untuk menengah atas, kena amik lagi kain petak hijau macam rumah Zubair. Ada yang lekatkan kat kepala, buat macam reben haha comel comel. Ada yang lekatkan dengan tudung juga. Aku dengan Pqah Manaf lekatkan kat lengan baju, ala ala rock konon konon. Heeeeeee :D


Okey, sesi pemanasan badan laa. Bersungguh sungguh ni, abang abang form 6 buat pemanasan ala ala nak pergi main bola sepak. Haha, kali ini je kan. Okey, budak budak lelaki memang rock! tapi, budak budak perempuan macam tak sabar sabar nak berlari. Haha, sampai abang form 6 suruh undur belakang. Hihi, bila Ummi tiup wisel.. terus lari! Yeahhhh, mula mula memang bersungguh. Tapi, lama lama memang huahuahua rasa nak pengsan. Kuat sangat berlari, dah laa tak minum air. Sangat perit tekak rasa, memang pedih laa rasa. Arh, tapi teruskan juga berlari larian. Akhirnya, sampai ke sekolah dengan catatan masa 31 minit. Hahaha, orang lain dua puluh minit pun dah sampai. Itu bagi yang dapat nombor laa. Orang macam aku ni, standard saja waahaha. Masuk je terus ke pondok, wahh khemah masing masing ikut warna.. meriah je nampak. Bila berhenti je berlari, terus rasa nak tumbang. Hahaha, relaks relaks relaks. 


Nampak Fifi dengan Nik, ouh.. budak lelaki ni memang lari kuat ea? Haha, setara Fifi tu pun dapat nombor 12. Huwaa, lelaki gagah dan perkasa. Kah kah kah. Nampak Amni, pergi kat dia. Letih, terus duduk kat atas pasir bawah pokok besar tu. Hahaha, kasi relaks dulu. Baru pergi ambil beg dan kupon Usamah. Mahu tukar dengan nasi dan air. Lalala, lepas tu relaks relaks bawah pokok. Lihat suasana budak budak ni, haihhh. Indahnya, dah empat kali rupanya aku lalui hari merentas desa kat SMKANI.


Borak borak, tegur orang tu tegur orang ni. Relaks relaks, nampak Fifi kat depan. Laung kat dia, minta buah. Hahaha. Dibukanya plastik makanan dia, lepas tu suruh aku sambut itu limau. Ecece, terima kasih beb! Buat drama je kat tengah orang ramai. Haha, tak aci.. rumah dia bagi nasi, buah dan air. Tapi, rumah aku... nasi dengan air je. Hahaha. Kawan kan, tak berkira sangat. Ke guane Fi? :P


Pergi makan nasi kat surau. Huhu, jalan jalan kat kelas. Kat tepi blok, budak lelaki tengah main bola sepak. Haha, best wuuu tengok geng form 4 ni main. Sporting je. Diorang memang bersungguh, hensem je semua nampak auww auwwww ;p macam kami, bersungguh bila main bola jaring. haha. Dari kelas S tingkat atas sekali, macam tak jelas. Lepas tu, turun ke kelas Q.. tingkat tengah. Lagi dekat, okey laa. Haha, bila si Fifi tu perasan kami ada.. terus dia laung 'tengok aku ko? haha'


Cehhh, suka je bila tengok budak lelaki tendang bola tapi dengan kasut kasut melayang. Yang selalunya, si Diwi dengan Pok Pa la. Hahaha. Comel je budak budak ni main. Lepas tu, cikgu panggil pergi kat dataran. Nak bagi hadiah. Haha, memang riuh dan gamat laa. Tahun ini, bagi piala. Huawaaaa, nak jugak. Dari tempat ke empat belas hingga nombor satu dapat. Okey, Nurul Nabilah no 1. Fatin Fasiha no 2. Geng Usamah wuuu! WNabilah no 4. Ida Ira si kembar dapat nombor tujuh dengan lapan rasanya. Popular mereka. Syahirah dengan Syairah dapat nombor juga. Heeee, geng ayu tu bro. Malu aje, haha. 


Pemenang rumah tahun ini, jatuh kepada Rumah Khalid! Hoho, tersengih Cg Mat Chik. Arghh. No dua rumah Zubair. No tiga Tariq. Dan pertama dari belakang, atau no empat.. rumah Usamah! Rumah ak grr grrrr, Usamah selalu je macam ni. Haha. Dari aku tingkatan satu sampai sekarang selalu je huni no last last. Huhu, low profile laa kami :P


Pukul 1130 pagi memang cikgu dah bagi pulang. Tapi, geng kami pulang lewat. Malas laa, nak beratur mahu telefon. Panjaaaaaaaaaaaaang, haha. Lebih baik duduk borak borak kat pondok dulu. Bergambar gambar dengan Amni Aifaa. Huhuhu, punya laa Aifaa tu peluk aku kemas kemas. Haha, oh yaaa. Aku dah sarungkan s y a f a kat tangan dia. terharu? Masa tu duduk bersila kat rumput, aku cakap tutup mata. Dia tutup sambil senyum. Ahaaa, sweetnya laa kan? haha. Bila turn Amni, aku tarik dia ke pondok yang takde orang, bagi dia duduk. Aku pula melutut kat bawah je laa kan, tarik tangan dia.. untaikan s y a n y kat tangan dia. Tengah aku pakaikan, air mata Amni jatuh kat tangan aku. Dia terharu T___________T huahuahua. Okey, jangan drama drama ye.


Borak borak dan habiskan masa dengan indah. Best aje aku usik Amni dengan nyanyi lagu bertemu dan berpisah adat manusia biasa.. hilang di mata tapi di hati tidak lupa .... bla bla bla. Bercucuran air mata dia, haha. Sempat cakap dekat Aifaa, 'jaga baik baik. Kalu mu mari sini mula, bagi balik benda tu kat ku' hahaha.


Sedih bila tengok kawan kawan salam peluk cium Amni dan Aifaa. Tapi, pura pura tak nampak laa. Takut aku yang terover drama nanti, hahaha. Tolong ustazah Rohani buat kerja sikit. Tuntut baucar 9A kat pejabat. Dalam pukul 1330 baru telefon nak balik. Haha, punya laa lengang kawasan sekolah. Huuuu, Pqah Manaf balik dengan aku. Jadi, ada teman laa borak borak. Haha. Sementara tunggu tu, lepak dengan dia dan Akkir. Budak tu balik lewat, berlatih nasyid. Sempat juga tegur tegur mukmin dengan nik. Haha, siap minta angpau lagi dengan nik. atau nama lainnya, Chong. Haha, dia sungguh amat comel laa ketua kelas aku tuh! Suka je gedik gedik dengan dia. macam budak budak ;p 


Borak dengan Hani sayang. Haihh, betul betul rindu dia laa. Betul betul sayang dia. Hani, Jihah, Cyfaa, Qilah dan semua. Kenapa, kenapa tak kembalikan suasana yang dulu?!
Bila papa dah datang, masuk kereta dan pulang. Angkut Pqah Manaf dengan Akkir masuk kereta aku. Haha, Pqah Manaf dengan Akkir kan jiran, so sekali tumpang laa. Kesian dia lagipun, ustazah tak datang amik dia lagi. Jadi, ajak je balik dengan aku. Cehh, kawan selamanya kan ? Sayang semua laaa.


Haha, tetiba je rasa post kali ni panjaaaaaaaaaaaaang. Haha, maaf.











 



























Dan, banyak kali peluk Amni dengan Aifaa hari ini. Amni cakap 'start nangis bila mula peluk iqa laa ni. T_T'
Jangan lupa aku, ye? Jaga diri baik baik. Semoga bahagia, kawan ku.




Regards,
Sya Izz
HikayatMerentasDesa
SMKANI'11

3 comments:

ha_ziem said...

Alahai..payohnyee nak trimekan?...tp xpee..(lucu aq kleh SYAHIRAH..)..muzammni smpat ag gamba yee!!!..

Sya Izz said...

haha, lucu tetapi cantek! huk2, sepasang weh baju kelas sep ak. amni wakil baju pompuan. akkir wakil baju laki. hahaha.

ha_ziem said...

ea?..hadDO!!