Friday, February 25, 2011

Lagu lagu nostalgia

Salam.

Hari ni rasanya mahu cerita tentang lagu laa :)

Hanya Kau Yang Mampu. Aizat.
- Lagu ini, memang nostalgia untuk aku dan sepupu sepupu. Lagu ini masa tu, tengah popular haha, rasanya sekitar tahun 2008. Memang asyik kedengaran aje lagu ini. Okey, jadi sampai sekarang bila dengar lagu yang mendayu dayu ini minda aku akan automatik teringat CameronHighland. Sebab, kami gilakan lagu ini semasa bercuti kat Cameron waktu cuti sekolah. Ramai ramai pergi, dengan kenangan. Hoho. Teringat pula bila bebudak ni selamba-yayaya turun tebing yang curam. Bawah tu ada longkang. Disebabkan Anif Ilah dan yang lain lain dengan machonya turun haha maka aku dengan Kak Siha pun konon konon nak mencuba juga. Baru je nak turun tup tup tak tau jadi apa entah. Rumput licin sangat (berembun) terus aku menggelungsur turun (ala ala naik gelongsor kat taman permainan haha) kak siha pula lagi advanced, tergolek golek laa jugak. Haha, memang kami kena gelak sungguh sungguh laa dengan sepupu sepupu lain. Ceh, nasib baik tak sempat masuk longkang. Haha, sangat tragis tapi seronok! Lagipun tinggi juga dari atas nak ke longkang. Haha, biasa :)

Tinggal Kenangan. Saleem.
- Aku tak tahu kenapa, setiap kali dengar lagu ini mesti mau teringat kenangan lawatan budak tingkatan tiga ke Kuantan. Ahaa, terutama memori kat taman tema air Gambang. Yuhuuu, sangat mengujakan. Terutama, part cocobeach. Hahaha, memang main sungguh sungguh. Dalam tiga jam kot. Ahakss, meriaaaaaaaaaah sangat rasa masa tu. Iye laa, dengan kawan kawan kan :D Ingat lagi, lepas main air.. kami sudah mahu pulang kan. Masa dalam bas tu, memang terus jadi sunyi sepi. Pasal bebudak semua dah tak larat buka mata angkat muka segala bagai.. letih sangat main air kot! Tido memanjang, haha. Serius, manis sangat kenangan masa tu! 

I Have A Dream. Westlife.
Lagu ini mengingatkan aku kepada satu satunya kem UPSR waktu aku darjah 6 semestinya. Tahun 2007. Kat pantai air tawar, tapi sungguh aku dah tak ingat nama tempat tu =_= Ngeee, anjuran sekolah aku kan.. Ingat lagi, waktu baru tiba.. ehm ehmm tak bestnya. Nampak biase biase aje tempatnya kan haha. Punya laa kami dah cop nak duduk sebilik dengan siape siape tup tup ehemm ehemm cikgu cakap cikgu yang tentukan kami akan duduk dengan siape. Huwaaa, memang tak suke laa masa tu. Sebab, kami memang tak mesra sangat lagi masa tu. Haha, faktor kelas kan. 6.1. 6.2. 6.3. dan 6.4. Jarang bergaul kot. Haha. Kemudian, aku dapat bilik no berapa entah. Campur, aku jadi ketua rasanya haha mungkin sebab aku budak kelas pertama huhu dan mula mula rasa sangat tak best! tetapi, rupanya yuhuuu sangat gila gila sebilik dengan mereka yang lain. Bilik aku lima orang rasanya. Geng aku kat bilik sebelah, merangkap jiran. So, selamba je main ketuk ketuk pintu masuk rumah orang haha. Pengalaman yang sangat best. Dan, pasal lagu ini.. waktu tu penceramah BI. Dia pasang lagu ini. Entah kenapa, aku pun tak ingat. Aku memang dah tak ingat muka dia, tapi sentiasa kata katanya terngiang sampai sekarang. 'Saya mungkin tak ingat awak tapi awak mungkin ingat saya. Tegur la saya kalau terjumpa kat mana mana :)' Ahaaa. Aku juga masih ingat di mana cikgu Dina bagi kami semua kertas dan list perangai buruk kami yang kami nak buang. Haha, berjela jela aku list. Then, cikgu bawa kami ke pantai. Kami masing masing berdiri dekat gigi air. Lepas tu, cikgu kasi semua orang buang kertas sambil menjerit kuat kuat 'aku tak mau dah ke mu, pergi jauh jauh' Huhu. Sekuat tenaga kami lempar kertas tu ke ombak pantai. 

Gemuruh Jiwa. Faizal Tahir.
- Yang ini pula, lagu semangat. Lagu ini aku dengar dengar sambil tengok klip video pasal angkasawan negara bla bla bla. Tahun 2007. Memang, idola sungguh laa angkasawan negara yang pertama ni. Waktu dalam kelas, sehari tak bercakap pasal angkasawan memang tak sah. Punya laa best nampak, sebab angkasawan dapat naik roket pergi ISS. Aku, siap kumpul keratan keratan akhbar pasal misi ni dan letak kat buku log. Penuh dengan pelbagai berita. Haha, punya laa kami sanjung angkasawan waktu tu. Hehe. 

Love Story. Taylor Swift.
- Entah macam mana boleh dengar lagu ini. Haha, rasanya cerita dua tahun lepas. Haha, sepupu aku Yoe dan Mirah memang selalu pasang lagi ni. Waktu tu, aku selalu lepak dengan diorang kat rumah diorang sambil belajar matematik. Hehe. Teringat pula, pukul dua tiga pagi tapi masih dengar Yoe cerita pasal bola itu ini bla bla bla siap perkenalkan satu persatu pemain dia bla bla bla. Teringat lagi, waktu tu Yoe baru balik kelas tambahan.. aku dengan Mirah lepak kat atas sambil dengar dengar lagu. Bila dia balik, dia naik atas. Kami lepak cerita sama sama. Haihh.

Mungkin Nanti. Peter Pan.
- Hmmm, lagu ni lagu yang terlalu bernostalgia. Huhu. Ingat lagi, rasanya waktu aku Darjah 4. Biasa, waktu ini memang ramai guru praktikum ambil alih kan. Nak dijadikan cerita, ada empat orang cikgu yang datang kat sekolah aku. Heee, tahu tak.. aku sangat sayang cikgu ni. Sampai sekarang, aku masih ingat nama dia. Siti Radziyah Em Daik. Orang Johor kot, huhu ingat ingat lupa.. Serius, dia baik sangat. Ingat lagi, cikgu bagi keychain yang dah print nama kita dan di sebelahnya lagi ada gambar teacher. Atasnya, tertulis All The Best. Sampai sekarang aku simpan. 05-11. Hampir enam tahun dah, isk isk. Huhuhu. Bila balik rumah, aku pun ternyanyi lagu mungkin nanti ni. Sedih T___T 

Kenangan Terindah. Samson.
- Aku dedikasikan buat segala kenangan terindah yang aku ada laa. Time teringat sesuatu je, mesti nyanyi lagu ini. Sangat indah, ye laa liriknya pun kena je kan. Haha, khas untuk kawan kawan. Bila terdengar lagu ni, semestinya tup tup teringat kawan kawan lama. :)

Kasih Kekasih. Inteam.
- Aku tak berapa dengar sangat lagu ni pun. Cumanya, waktu ni darjah lima atau enam (ingat ingat lupa) Kelas aku masa ini masuk ke perpustakaan. Buat kerja sendiri laa kan. Perpustakaan, memang bersambung dengan Bilik Muzik. Hmm, mama aku yang bawa pelajar darjah dua rasanya masuk ke Bilik Muzik lepas tu suruh aku jaga diorang. Haha, peluang keemasan laa kan. Aku pun masuk, ada laa kawan kawan yang ikut. Selamba-yayaya pasang cd lagu nasyid. Aku. Azam. dan Azhar. Daus ada juga rasanya, tak berapa ingat laa. (kenapa kawan kawan aku semua laki? haha) Tetiba, aku pun pergi tukar kasi berkumandang lagu Kasih Kekasih ni. Diorang gelak. Terus diorang berseloroh cakap 'glenya' atau maksudnya, sama dengan gedik. Haha, iye iye laa. Budak budak tak patut dengar lagu ni kan :P

Fikirkan Boleh.
- Jika kau fikirkan kau boleh,  kau boleh melakukan bla bla bla.. (nyanyi) Lagu ni memang tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan. Huhu, sewaktu darjah 6 memang setiap hari kami akan berkumpul kat dataran perhimpunan (bila dah dekat nak UPSR) Agendanya, cikgu akan selalu bagi nasihat kat kitorang, ajar itu ini dan pasang lagu ini seterusnya kami akan nyanyi bersama sama dengan semangat! Bila dah masuk kelas, terus rasa jiwa meruap ruap nak belajar sungguh sungguh haha.

Akrab Persahabatan. Inteam.
- Lagu, waktu tahun 2008. Lagu ni bernostalgia khas untuk kawan kawan masa tingkatan 1. Kalau nyanyi lagu ni, memang teringat diorang laa. Kenangan, kelas dan jamuan akhir tahun. Hehe. Masa tu, memang terlalu best laa kan. Iye laa, perangai pun tak berapa rock lagi (biasa, baru bersekolah menengah) dan still terikut ikut perangai budak sekolah rendah. Haihh, indahnya kenangan laa kan.

Tentang Bulan. Fatin Nur Afifah.
- Tentang kawan, sahabat. Sebenarnya, aku sangat suka akan cerita Tentang Bulan. Iye laa, cerita ala ala zaman dahulu kan.. duduk kat kampung, main sama sama, mengaji sama sama, mandi sungai bla bla bla. Aduhai, aku sangat hargai cerita ini. Aku rindu kawan kawan lama! Sangat sangat. Jadi, bila dengar lagu ini rasa macam sangat sangat ala laa laaa.. berjiwang laa rasanya. Oh yaa, satu lagi.. Ceritanya, waktu tingkatan satu.. aku pernah print lirik lagu ni lepas tu letak kat meja. Lepas tu, meja aku di belakang meja Fahmi dan Danial. Haha, aku paling 'suka' dekat dengan diorang. Kejap kejap, paling ke belakang mintak pemadam.. liquid, pembaris, buku aiyooo! Budak lelaki ni memang ada pen sebatang je ke? Haha, biase.. budak budak laa waktu tu kan.. Ehh ehh. Tersasul haha. Then, aku dengan tengah pusing ke belakang (bercakap dengan bilah, fatin, zati).. tetibe, aku ternampak Famy amik kertas lirik tu. Dan, dia nyanyi. Haha. Sungguh 'macho' hoho. Haha, aku buat buat tak nampak laa kan, sambil tersengih sengih cuba tahan ketawa. Haha, btw Famy memang 'macho' pun. Terutama, bila dia main alat muzik untuk nasyid dan main kompang juga. Haha, menggedik kejap. Hihi, tu laa.. kenangan dengan kawan kawan sekolah kan. Lalala.

1Malaysia.
- Seia sekata sehati dan sejiwa la la la la.. Lagu yang tengah popular sekarang. Mesti ada main kat tv. Aku sangat pantang (suka amat) dengar lagu ni.. lepas mengikuti Kem Perpaduan 1Malaysia kat Batu Papan. Sangat memberi kesan kepada kami, geng 1Malasyia. Hari hari mesti nyanyi lagu ni. Lagu ni, aku rasa mendamaikan. Melodinya, lembut aje. Haha. Masa kat kem tu, ada satu malam (malam terakhir) kami nyanyi sungguh sungguh. Berulang ulang kali. Sangat, wow.. sayangkan perpaduan. Sangat cintakan perpaduan! Jadi, setelah lebih dua bulan berlalu... bila dengar je lagu ni, automatiknya aku akan teringat segala perkara yang berkaitan dengan kem ni. Abang fasi, keluarga angkat, kawan kawan Terengganu, Kelantan, Pahang, warga Batu Papan. Aduh, aku rindu. Aku sayang semua itu. Hehe.

Hoho, sudah habis cerita pasal lagu lagu. Hehe. Cukup laa dua belas aje. Banyak lagi kot, tapi yang ini sangat beri kesan. Haha, nostalgia kot. Lalala.



P/s : Sambutan Maulidurrasul 1432h kat sekolah kelmarin sangat best. Tak dapat nak tulis dengan kata kata. Meriaaaaaah sungguh. Hehe. Usamah tetap menang, di hatiku! Wakaka. Nanti, hanya gambar gambar yang boleh berbicara :D

2 comments:

ha_ziem said...

Khalid Larh the reaL winneR,,and Usamah pengalah Laa,,hux6..xdelaa semo mene,,usamah jah dop..(twinkle2?..syaza?)...he3

Sya Izz said...

ek elehh, sama taraf jah ehh usamah ngn khalid. kalo mu sek zubair, dakpe laa nak nyoho gak. hahaha. twinkle twinkle auw auww still remember heh? haha :P