Sunday, February 13, 2011

Manja manja dengan kawan kawan | K's session, SI n A.


Salam

Hari ini cuma exam Bahasa Melayu. Hoho. Exam yang paling aku suka sebab langsung tak tidur dan tak bosan. Menulis dan terus menulis sampai aku puas. Haha. Ermmm, lepas rehat. Aku, Qilah, Pqah, Hani, Madi, dan Eyrah lepak kat BK. Hurmmm, jarang dapat peluang macam ni sekarang. Haha, bila asyik study study study dah jarang dapat jalan jalan. Aku borak borak. Ermm, hari ini balik pukul 1.15 petang. Ouh, bila dah dua belas lebih.. naik kelas amik beg. 

Aku stay kejap dalam kelas. Budak budak sungguh takde kerja, terutama boys. Sungguh sungguh amat main shahiba, bersorak tahap giga. Haha. Bising laa kelas. Korang, tak tahu ke esok exam bahasa arab? :P Seronok laa manja manja dengan kawan kawan

Malas nak beratur, Yana kata public sudah panjang. Haha, belok ke asrama. Guna public sana, haha. Ermm, bila sekali lagi masuk BK.. borak borak dengan dia. Dia ajak aku masuk dalam bilik kecil yang dikhaskan untuk K. berkumpulan. Hurmm, pasang kipas je. Suasana, gelap tapi ungu. Erk, romantik? Haha. 

Dia cerita semua laa pada aku. Aku dengar. Sebab, aku tahu perasaan yang dia alami. Aku pun pernah rasa. Sungguh tak best kan bila rasa macam ni? Sakit, keliru, rasa nak lari dari segala galanya. Dia bercerita panjang, aku pula amik watak jadi penasihat kali ini. Memang aku sungguh sungguh mahu up semangat dia, macam yang orang lain pernah lakukan perkara sama untuk aku. Air mata dia menitik juga laa. Aku just senyum je la, kan. Proses biasa dalam luahan perasaan. Haha, aku rasa macam nak sangat dia jadi bersemangat balik. Macam yang aku kenal dia, sewaktu dua tahun lepas. :)

Bila dia cerita, kadang aku mencelah. Aku bagi pendapat aku. Aku cakap apa yang aku nak cakap. Memang pertama kali aku betul betul bersungguh macam ni. Aku nak dia tak larut lagi. Sebab, aku pun pernah alami macam yang dia alami sekarang

'kalau mu tersepak batu berulang kali, lepas tu mu jatuh berulang kali.. kenapa mu tetap bangun? kenapa tak terus biar je diri mu rebah macam tu? walaupun mu tahu, mu asyik tersepak batu dan rebah berulang ulang kali.' tetiba, aku cakap macam tu.

Bukan hanya untuk dia. Tapi, untuk aku juga. Lepas aku kata macam tu, tetiba aku tersedar. Macam dushh kat diri sendiri. Erk, hehe. 

'try mu bayangkan, mu nak pelangi. nak sangat sangat, tapi mentari tengah cerah bersinar. bila hujan turun, memang sepi sedih. lepas tu, pelangi pun datang. lagi cantik daripada masa mentari cerah tu. sekurangnya, mu akan rasakan kebahagiaan yang lebih bila dah rasakan keperitan dulu'

dia diam. aku pun diam, aku cerita cerita juga perasaan aku dulu. aku nak dia paham, memang tak mudah nak lalui semua ini. aku kasi dia ingat kisah kisah lama. aku ingatkan balik diri dia yang dulu. nak nangis aku bila aku sendiri yang ingatkan dia tentang main main kejor kejor, tentang ketawa macam pontianak :P aku nak dia sentiasa bahagia, sebab aku sayang dia.

aku hanya beritahu apa yang mampu aku beritahu. aku nak juga dia paham yang aku pun dapat menyelami perasaan dia sekarang. sangat sakit kan? yang penting, kekuatan je. :D aku nak dia bangkit sungguh sungguh, macam apa yang kawan kawan pernah buat kat aku waktu aku down seperti ini. Aku sayang kawan kawan :]



Pssst : Aku baru sedar betapa penting aku buka hati aku, dengan menerima menghargai serta menyayangi. Baru aku rasa bahagia :)

6 comments:

z@hir_ReVoLuTiOn said...

cik SI, siapakah insan itu???

Sya Izz said...

biarlah rahasia encik z :P

ha_ziem said...

aduha sayanG,,berahsia la plak...

Sya Izz said...

^_^

~JiEhAn~ said...

SI = sang idaman ..k0wt ..ermmm

Sya Izz said...

a'aa.. jolo doh tu.. tambah princess depe :P