Friday, February 18, 2011
pantai, teng teng, taman, love forever ever.
Assalamu'alaikum.
Tadi, bila balik dari tuisyen addmath.. pergi pantai. Wohaa, melepak. Aku. Pqah Qilah dan Jihah. Dari rumah cg Nordin, kami jalan jalan borak borak sampai ke pantai. Hoho. Bila kat pantai.. tenang je kan? Pantai dah mula panas hoho tapi tak kisah laa. Okay, jom main tulis tulis. Sangat BESAR apa yang kami tulis. Qilah tulis yang dia laa. Aku tulis yang aku. Hoho, memang BESAR dan PANJANG sebab kami tulis bersambung sambung. Hmm, rasanya tak ditelan ombak sebab ombak tak sampai. Aku pulak, tengah syok tulis tetiba ombak datang dushhh. Erkk. Haihhh.
Lepas tu, aku dengan Qilah main teng teng. Buat petak dan lompat lompat lompat. Konon konon teringat masa main benda ini waktu Misi Perpaduan kat KRN. Hak hak hak, rindu. Sempat ukir 18/2/11 kat pasir. Kenangan :) Okey, kami main sungguh sungguh dan gelak tawa sungguh sungguh. Bercakap dengan nada yang sangat kuat, mahu lawan suara pantai konon konon. Tapi, tak terlawan pun, aduh. Heee, part yang dinanti nanti. Okey, duduk sebaris.. sila pandang ke arah pantai dan menjerit sekuatnya. Macam macam kami jerit tapi, letih laa. Macam tak larat dah nak jerit banyak banyak. Haha. Sebelum blah, renovate sikit tulisan pasir tu haha dan tinggal macam tu je. Biarlah nanti ombak yang bawa. Umpamanya konon konon, bila ombak sapu tulisan tu dan bawa ayat ayat tu ke pantai.. ayat ayat tu tak akan hilang. Sebab, air kan banyak. Selagi ombak pantai laut biru tu kekal.. selagi itu laa ayat tu kekal. Kah kah kah. :P
Okay, jalan jalan. Main kat tempat untuk bersenam tu. Haha, aku dengan Qilah laa main macam tak pernah main benda benda tu semua. Haha. Jihah jugak yang cool, opss jiwang laa :D Bila dah letih, beli aishkrim dulu. Nyumm nyummm nyummm *makan* kemudian kami pergi ke taman permainan. Yeahh yeahhh. Kitorang main semua benda yang ada kat situ. Buaian. Gelongsor. Yang panjat panjat tu. Semua laa. Tapi, harus diakui laa. Qilah memang lagi power bab bab stamina ni waaa waahaahaa bukan bermakna aku ni lembik, opps :)
Bercerita, berborak dan aku rasa lega. Ermm, gembira? Sangat sangat. Macam semua masalah dah terbang pergi. Segala kekusutan dah lari jauh. Haha, mengada ngada.
Sangat suka jadi budak budak. Doraemon, pinjam mesin masa boleh? Mahu pergi ke hikayat dahulu kala. Isk. Isk. Isk. T________________________________T
Psstt : Qilah, love forever-ever, dot dot dot dot dot bla bla bla haha. Kita kita je kan, ? :P
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
0f c0z lar u all jew..
i h0pE u alwayz epy with u bel0ved frenz.. (^_^)
bukan mu pun ade kat situ ea? koyaaa, aku sayang mu gop ehh :D
Post a Comment