Tuesday, May 31, 2011

Rintisan





hujan menurunkan rintisan
dingin dari langit
hati aku dipeluk
kesejukan
kesakitan
kepiluan
ketenangan
keheningan

aku hilang ditelan sepi

aku lena dimakan mimpi


* * * * * * * * *


Dah berapa kali aku update belog hari ini? Fine, aku memang takde kerja huahuahua.


Rindu, dengan hitam. Ah, putih terlalu suci untuk cerita aku.



Faking a smile





it's hard when people ask.. "what's wrong?" 
and 
you don't have an answer 
because the truth is,
you just don't know.




picture; withAifaa.pantai.gengtuisyen'10.memory.

Pictures

























Itu, gambar waktu Hari Guru 2011. Sikit aje kan gambar kali ini. Kalau tahun lepas, jumpa cikgu nak gambar.. jumpa cikgu nak gambar.. Tak kira tempat dah. Tahun ini? People change, ~lalalala~


* * * * * *


Waktu selasa, cuti. Pergi melepak kat BK sekolah dengan Ada, Cena, Azlina. Study Admet kekonon, tapi sempat lagi main game GTA. Hai lohh, gelak tak ingat dunia.. bila turn Ada yang main. Haha XD





Sekian.

Monday, May 30, 2011

The Book of Tomorrow


Jadi anak tunggal sekejap kat rumah.

Atin dan Farah kat rumah C'Ma.
Adam, Adib, Sarah kat rumah C'Ha.

Aku aje yang masih tak berubah-ubah perangai; homesick.

Tapi, aku istilah kan homesick ni sebagai homelove. Bukan ape, sepupu-sepupu aku mesti ajak-ajak ayam tido kat rumah mereka sebab mereka tahu aku akan geleng kepala. Ahaaa. Macam mana laa aku boleh terlepas ke hotel ittifaq lepas tu bertapa dua bulan setengah kat bilik no 13. Haha. Serius, itu pengalaman yang sungguh indah. Sampai aku terfikir, kenapa budak-budak aspuri laen siap nangis-nangis kalau teringat rumah? Haha, aku tak pernah nangis sebab ingat rumah. Mungkin sebab bila duduk kat sana, aku rasa macam kat rumah sendiri (?)

Ah, lari topik pulak.

Tadi ke KB, alah.. ikut mama pergi OUM nak amik ape entah. Lama jugak bertapa kat sana. Yang bestnya, pak cik yang jaga kaunter tu sungguh kelakar! Haha. Dia suka usik-usik. Mula-mula, aku senyap je laa kan. Lama-lama, tetibe je jadi becok dengan pak cik tu. Ada sekali, dia bagi penanda buku dua keping. Aku pun buat muka takde rasa.. "dua aje?"

Pak cik sengih. Mama gelak. Pak cik pun hulur banyaaaak sangat, lepas balik aku kira.. ada laa dekat empat belas keping haha. Tetibe, rasa sayang laa dekat Pak Cik itu. Rasa macam, baiknye pak cik.

"Pak Cik, boleh saya jadi menantu pak cik?"



Eh. Eh. Aku takde laa tanya sampai macam itu. Setakat sebut dalam hati je HAHA =D

Gerak ke KB Mall. Huahuahua. Lokasi sasaran; Popular. Wah, pening aku samada nak amik The Book Of Tomorrow, PS I Love You, If You Could See Me Now, Thanks For The Memories, Where Rainbows End... Kalau ikut hati, memang aku rembat PS ILoveYou aje... tapi disebabkan cover yang ada hanyalah cover pompuan dengan laki grrrr maka dengan comelnya aku amik The Book Of Tomorrow. Kalau ikut hati, memang aku amik dua atau tiga. Tapi, harganya dalam kategori mahal bagi aku. Satu itu dalam rm 30 lebih. Ngeeee. Tetibe, ternampak Contengan Jalanan. Wah, terus amik tanpa ragu.



Konklusinya, habis duit aku dalam rm 56 untuk dua buku itu. Yeahh, tak kisah laa. Janji aku dapat buku-buku itu. =D

* * * * * * *



Tetibe, aku rasa rinduuuuu sangat.

Dear Allah, 

Tolong jaga mereka untuk aku ye? Jangan bagi mereka lupa kisah kami sepanjang tiga tahun. Mencoret pelbagai rasa. Manis macam kena tabur dengan gula. Perit macam luka dilenyek dengan garam. Pahit macam kena telan ubat cacing (?). Aku sayang Rushdians. Aku rindu Rushdians. Tolong... jangan kasi mereka lupa pada aku ye? Aku nak hidup, dalam hati mereka. Sebab, mereka juga hidup dalam hati aku. Allah, Engkau saja yang tahu peritnya perasaan aku sekarang, untuk bertahan hidup hanya dengan kenangan mereka.

PS I Love you.. If You Could See Me Now at Where Rainbows End, just Thanks For The Memories and I shall keep you all in A Place Called Here for The Book Of Tomorrow never fade the sweet moments; The Gift.. greatest gift of all indeed that sent by God.

Sungguh, aku sangat rindukan gelagat mereka.

Tawa mereka.
Senyum yang sampai ke telinga.
Masam yang sampai ke dagu.
Tangis mereka.
Suram mereka.
Gelak mereka.
Gila-gile mereka; yang boleh buat aku sakit jiwa


Allah, jaga mereka dengan baik... ye? Terima kasih.

* * * * * *


Dah, sekarang sudah hari Isnin. Wallaweyh, study study study!

Budak baik, sabar ye? Sikit aje lagi... =D




Tandanya sayang








Mengarut, haha.
Nak pergi study lah, tapi..
malasnye!


Wargh.

Saturday, May 28, 2011

Nazifa, Ayah Sue & Impiana



Hai.


Sekarang cuti sekolah sudah bermula. Dua minggu, bukan masa yang sekejap. Tambah-tambah, kitorang baru lepas amik exam pertengahan tahun. Relaks nya cuti kali ini. Takde kerja sekolah yeah yeah! Haha, aku tahu budak-budak yang seangkatan dengan aku semuanya gembira-gembira kan. Tak payah tipu laaa. :)


Khamis


Aku asyik melekat dengan Ipa aje hari ini. Pagi itu, settle kan perjumpaan dengan kelab geo.. untuk sesiapa yang nak pergi Perkhemahan Kuala Koh laa kan. Bincang-bincang and bla bla bla. Lepas itu kan, cikgu suruh tandatangan satu kertas.. untuk duit bla bla bla. Nama aku atas sekali. Hihi, sebab aku yang isi kertas itu. Jadi, kalau korang tengok tulisan yang berliuk-liuk macam ulat gonggok.. hah, tulisan aku laa tu. Okay, aku akui yang tulisan aku memang tak cantik. Serius, kesian aku haha. Nak dijadikan cerita, bila orang lain tandatangan dulu nama-nama mereka... tetibe kan... nama aku dah siap bertandatangan. Eh? Sy*Z*. Haha, aku pun dengan comelnya tambah bentuk love kat hujung tu. Yeah yeah. 


Untuk kamu yang tolong tandatangan,


Terima kasih. Haha, pengerusi kelab pun gelak tengok tandatangan itu. Dia cakap, cute! =D


Okay, lepas itu bermula lah sesi mengejar cikgu. Yeah yeah. Nak tahu markah punya pasal. Result yang lain okay sangat tapi result physick memang buat aku sakit. Gile lah. Naik tiga markah aje dari peperiksaan TOV. Ngeee, mula mula itu aku macam takde rase. Tapi, lepas itu tetiba rasa nak nanges haha. Emo je lebih. Makanya, sepanjang aku emo.. Ipa setia bersama. 


Ipa buat aku senyum selebar-lebarnya.


Mana taknya, dah puas buat muka sedih dengan Ipa. Siap main lempar-lempar barang lagi. Sampai aku duduk bawah meja cikgu kat BK. Hahaha. Takpe, cikgu takde. Aku dengan Ipa aje berdua. Ipa duduk dekat kerusi cikgu. Ah, BK memang tempat kami lepak. 


Dan, di situ lah Ipa mula bercerita. Banyak cerita. Pasal Singa dengan Kucing lah. Pasal Orang Kaya dengan Orang Miskin lah. Macam-macam. Dia buat aku senyum. Dan, tak emo dah hihihi =D


Bila masuk waktu solat, pergi amik beg. Yeah, tangga blok dah kunci. Nasib baik, terserempak dengan pak guard.. tolong bukak kunci itu. Aiyayaya. Pergi solat kat surau. Berjalan dengan Ipa. Akhirnya, sebab malas mahu beratur panjang-panjang kat public phone (hari ini sekolah balik awal) makanya kami merancang mahu pergi beli air blend. Tup-tup, ternampak lori aishkrim warna pink. Dengan comelnya, kami pergi laa beli aishkrim strawberry campur vanilla. Comot!


Sebab rasa lapar lagi kan, Ipa ajak makan kat kedai belakang. Makan mihun sup, yeah yeahhh. Dah laa, waktu nak balik.. kami ikut jalan depan. Bapak jauh. Saja, tak nak masuk pagar belakang. Berjalan pun asyik gelak aiyaaaaa. Rase pening, nak muntah. Sebab, makan banyak sangat kot. Atau pun sebab perut ini kena kejutan budaya? Mana taknya, lepas makan aishkrim yang dingin huuu terus sumbat makanan panas haha. Pergi bilik guru, nampak cikgu Aida. Senyum-senyum, tolong bawak file cikgu. Heeee. 


Dalam pukul tiga lebih, melekat dengan Ipa. Lepas itu, bye-bye! Yeah. Suka cuti. Tapi, hanya satu sebab aku suka pergi sekolah iaitu sebab aku nak tengok senyuman kawan-kawan dan guru-guru aku yang menenangkan jiwa! Yeeeeeeee =D


Thanks Nazifa, for make up my day.
I love you, whole-heartedly.


Ipa.. budak brutal yang selalu cari gaduh dengan aku dalam kelas. Aku dengan dia memang suka bertekak manja-manja. Haha. Ipa.. budak yang sangat manis. Waktu aku terlelap ayam (?) sambil pegang buku sejarah kat Bilik Dadah (waktu exam beberapa hari yang lalu), dan dia sudah mahu blah.. Dia salam dengan kawan-kawan lain. Dan, dia kiss pipi aku! Haha. Aku memang sayang dia. Lepas solat tadi, salam.. lepas tu selamba-yayaya aje aku kiss balik pipi dia. Haha =D


Jumaat


Ayah Sue dan family balik kampung. Wah wah wah. Waktu sampai kat rumah Tok, Ayah Sue sibuk makan. Dengan laksanya, dengan nasi berlauknya, duriannya. Habis semua Ayah Sue sapu. Orang Riyadh sudah tembam hahaha. Sebab busy bercerita segala bagai, maka tak sempat aku salam Ayah Sue waktu mula-mula sampai.


Tetiba, waktu tengah makan duriaaaaan dengan sepupu-sepupu lain.....


Ayah Sue : Ayah Sue rasa ada orang tak salam lagi laa dengan Ayah Sue. 
Aku : Erk. (Buat muka takde rasa. sambung makan durian)
Ayah Sue : Siapa yang terasa itu, betul laa.
Aku : (cepat-cepat berpaling ke Ayah Sue.) Kenapa Iqa rasa terasa ye Ayah Sue?
Ayah Sue : Tak tahu laa. (sengih)


Ngeeee. Dah ramai sangat orang kerumun Ayah Sue. Tak sempat nak mencelah hulur tangan. Heeeee. 




Sayang Ayah Sue =D


Sabtu


Semalam tido kat rumah Che Ma. Sebab, esoknya mahu pergi Marang. Adik Aunty Sue kahwen yeah yeah. Maka, aku berjaya habiskan tiga buah buku. Projek Fesyen, IMPIANA III dan IMPIANA IV. Best! Okay lah. 


* * * * * *


Kesian si PqahManaf.. dia ajak aku pergi library. 
Tapi, boleh aje aku jawab.. 'Cuti ini aku rasa nak terbongkang kat rumah je laa. Haha.'

Wednesday, May 25, 2011

Tiga minggu


Akhirnya, tamat sudah peperiksaan yang berjalan hampir tiga minggu!


Sangat memenatkan.

Tetapi, sangat mengujakan hahaha.
Best ape tak payah berhempas pulas buat kerja sekolah tiga minggu.
Wuuu. Cool!.

Berakhir dengan kertas bahasa arab 1. Memang gile laa aku. Di sebabkan, rasa tak sabar gile nak habiskan exam... maka, membaca pun nak tak nak aje. Nasib ada kawan-kawan yang tolong terangkan bla bla bla. Okay. Soalannya memang senang, tapi aku nak jawab itu yang susah. Nah, amik kau. Siapa suruh baca bodoh-bodoh aje. Ceh. Entah lah. Sya Izz memang tak betul sekarang. XD


Dah habis exam, pergi jalan-jalan dengan Ba. Cerita-cerita. Dari kelas ke pondok, aiyoyo. Lepak berdua, dating laa konon-konon. Teman si SA, NS, F berbincang pasal hal pengawas diorang huhu saja je aku menyibuk. Diorang tengah cakap-cakap, aku pulak pergi cakap yang aku lapar huhu. Dengan comelnya F hulurkan cokelat nips. Lepas itu, SA pun hulurkan nips satu. Wah. Wah. Dua-dua nips itu aku makan sorang-sorang. Lantaklah, aku lapar kan. Heee. 



Borak-borak dengan N, H, M. Waw. Aku dengan M, cuba pakai kasut tumit tinggi Cg Zimah.. Waahaha, tiga inci tau tingginya! Jangan main-main. Memang rasa tinggi gile laa kalau pakai kasut itu. Yeah yeah. Gelak ramai-ramai, bila jalan.. nampak pelik. Jadi ala ala catwalk. Ah, sekali H gelak kuat-kuat.. sebab aku terpelecok waktu jalan. Ngeeee. 

Gurau-gurau dengan N. Suruh dia buat pemain bola satu untuk aku. Aaa, diorang main gem bola rupanya. Aku suruh dia letak nama GS. Dia letak GZ. Wah wah wah. Lepas itu, cg zimah dan ustazah zila bawak tembikai dua biji. Cg suruh aku dengan M pergi basuh. Hehe, kami buat kerja jahat siket. Alah, selamba-yayaya saja kami masuk ke ruangan sebelah BK. Hihi. Basuh kat sink, dengan gelak yang amat. Tak pernah lagi buat kerja macam itu. Nasib baik dah petang, takde orang. Alah, bila kami tergelak dalam BK.. si N dan H ingat yang kami basuh kat watercooler. Hehe. Sorry laa bro. XD


Selamba-yayaya kena bidas dengan cg zimah. Sebab, tak reti potong tembikai. Waahaha. Bukan tak reti laa cikgu, acah je tu. Si H pulak yang tunjukkan cara-cara nak potong. Aduyai, kasi malu kaum perempuan aje kami. Hihi. Akhirnya, cg jugak yang potong. Tapi, lepas itu aku tau yang potong. Ahaaks. Makan sama-sama. Cg berdua, N.. H.. M dan aku. Melepak kat BK. Oh, cg zimah jugak belanja aishkrim. Aku kongsi dengan M. N kongsi dengan H. Yang aku tak puas hatinya haha, dah laa aishkrim N itu gebu.. perisa vanilla pulak. Yang aku, perisa cokelat.. tapi, badan punya laa kecik. Dehidrasi ke ape aishkrim aku itu. Aduyai.

Waktu petang, pergi beli ais blender dengan NS. Nampak AM kat pondok tepi. Bila lalu, nak pergi gerai pisang goreng kat sebelah.. pura-pura bodek AM kasi belanja. Hihi. Sebab kami berdua kan.. maka dia hulurkan dua ringgit. Erk, NS punya laa heran macam mana aku boleh buat AM belanja kitorang. Hahaha. Kawan kita kan, semuanya pemurah-pemurah belaka. AM, terima kasih daun keladi.. lain kali belanja lagi! XD 



Itu lah, cerita hari ini. Bab lepak melepak, mentang-mentang dah habis exam. Erk, sehari lagi sekolah. Lepas itu, kita cuti dua minggu! Yeah yeah yeah. Suka suka suka.






Pssst : Sekarang munge-munge dah tak berapa nak tumbuh. Tapi, tetap suka tengok dia. Comel hahaha. Bukan sahaja Magnesium, sekarang aku tambah lagi sorang... Ferum! Magnesium dan Ferum, kalau tengok mende-mende 'khemiyya' itu boleh laa buat aku senyum. Comel comel comel. Hihi. *menggedik*

SA = Pqah Qilah NS = Pqah Manaf F = Famy N = Nick H = Ziem M = Madieyy AM = Mu'min

Tuesday, May 24, 2011

Dear Myself,


Dear Myself,

Do you still remember, what S had told you a couple month ago?




aku nok mung lebih tabah lepas nih
jangan jadikan masalah sebagai tekanan
jangan jadikan tekanan sebagai kelemahan
jangan jadikan kelemahan sebagai penghalang
jangan jadikan penghalang pembunuh kehidupan
jadikan kehidupan lebih cekal dengan kekuatan
kerana itulah sumber kebahagiaan
<<<The End>>>

Yes, he was saying that when you had to overcome the most biggest problem in life. That problem, the once in a blue moon. He gave you the spirit, and the motivational words. Not just for used once on that time, but please... for you to remember it always. He said the truth one. Yeahh.

And, R was giving you a reminder (more to an advice, you thought)...

"Jangan dependant sangat pada kawan, sebab kawan ini bila-bila aje Allah boleh tarik. Nak dependant boleh, tapi jangan 100%.. pada Allah aje boleh 100%..."

See.
You love your friends.
You do love 'em much and much.

But, sometimes... you're feeling a little dumb when those brilliant-beautiful friends around you. Yeah, they're such perfect! while you're not. It is like, that they know everything and you know nothing. The fact. You're thinking all your friends most to perfect. But, that is the truth. T_T

Please, wake up yourself-lah. Everyone is good at something. You're good in bahasa as you love it damn much, but you've to try more harder for the killer subjects. Admet, Bhiyo, Physicks. Of course you've to make some super duper efforts. Just keep trying, okey?

Just, keep smiling. As R always said... smile.
Because, everyone is good at something.
No doubt.





my desk.. two years ago. purple, and the memories.


Regards,
the other You
:)

Sunday, May 22, 2011

Fiction


Ngeee. Ngeee. Ngeeee.

Exam Physickss tadi betul-betul buat aku sick! Hui Hui Hui. Alah, tibai aje. Takpe, dalam tibai-tibai itu sempat lagi tido. Waaahaha. Aku tak faham, kenapa kawan-kawan aku sangat tekun menulis hingga ke saat-saat terakhir? Ehee.

Yeah. Baju kitorang untuk khemah nanti dah siap. Uhuuu. Hijau. Yang perempuan, baju muslimah laa kan. Yang laki, T-Shirt biasa aje, tapi warnanya hijau terang sikit. Aku suka sangat baju laki! Haha. Apa pun, tak sabar rasanya menanti 9 Jun. Ahaaks!

Penatnya. Tapi, tak boleh kalah! Yeah. Sabar. Sikit saja lagi.
Sya Izz, budak baik kan?

* * * * * * * *
Hari ini cuma senyum dan senyum pada mereka. Aduhai, indahnya kan kalau tidak ber'bad mood' segala bagai. Mengantuk petala ke sepuluh waktu jawab exam itu merimaskan. Tapi, pagi-pagi dah cakap kat diri sendiri yang hari ini cuma mau senyum senyum saja.

Dan, aku senyum sepanjang hari. Itu adalah sesuatu yang menenangkan. Seronok, tengok orang senyum dan aku sendiri yang senyum. Rasa nak senyum selalu la! Boleh... kan?

Mula membahasakan nama apabila bercakap. Selalunya, ber aku-mu (kamu).. tetiba ajak dia (PQ) ber nama-nama. Kerap kali sangat tersasul! Haha, tapi tak pe. Perubahan memerlukan masa. Seronok aje lihat kakak-kakak f5 2010 membahasakan nama mereka masing-masing apabila bercakap. Nampak macam, sangat rapat dan mesra. Dan, nak mula aplikasi laa kepada semua kawan-kawan aku. Sweet! Alah, ber aku-aku pun macho jugak. :) Tak kisah laa. Yang penting, mesra. Hihi.

Mula memanggil kawan-kawan aku Perempuan Cantik. Sejak Kak Fathy buat entry-entry pasal perempuan-perempuan cantik.. tetibe rasa suka dengan perkataan perempuan cantik. Mula nampak, indahnya 'perempuan cantik'.

Mesej selamat malam untuk perempuan-perempuan cantik aku :

Selamat malam.. lailan saedan, perempuan cantik :)

Macam-macam balasan daripada yang buat aku senyum.

Dan, aku suka menghadiahkan perkataan sayang untuk mereka.
Sebab, mereka perempuan-perempuan cantik aku :D

Dah laa, malam ni kelas Khemiyy. O laa laa.



PS; ZM buat aku gile dengan Fiction-BEAST (aku suka musiknye aje). Haha, lagu korean ketiga yang mampu buat aku jatuh hati. Selepas Bonamana-SUPER JUNIOR (sebab ada SiWon aje XD) dan A Song Calling For You-SS501. Selain mende tiga itu, aku tak minat nak dengar. Oh, dan aku paling tak suka bila orang akan suruh aku cuba dengar lagu. Aku hanya akan dengar kecuali terpaksa, atau dah takde benda nak buat. Aku jenis yang TERdengar lagu.. lepas itu mula laa meroyan cari tajuk-dan-segala-bagai-yang-berkaitan. :P

Saturday, May 21, 2011

Ah, aku betul-betul rindu pada dia.


Dia cakap, yang aku nampak pelik belakangan ini.


Huhu. Serius, aku pun tak tahu apa yang sudah jadi dengan aku. Aku rasa, macam dah lain. Tapi aku tak tahu, kenapa (?) Entah la. Nak fikir banyak-banyak pun, bukannya jadi apa-apa. Haihh. Persekitaran dan masa betul-betul mengubah aku. Hehe, aku sekarang sudah pandai ber'
bad mood' segala bagai. Uhuuu. Kalau sebelum ini, nak tengok aku jadi emo semacam... boleh laa dikatakan agak jarang. Kecuali, kalau aku betul-betul rasa kena hempap dengan batu besar gedabak.

Aku dikenali sebagai seorang yang
ceria, ramah terlebih, manja, gedik siket HAHA.
Itu aku.. Tapi sekarang, semua itu macam dah pudar.
I mean, aku sekarang emo.. tak boleh nak kawal emosi.. dan sudah pandai ber'bad  mood'. Wah.

Betapa, betapa aku nak cakap yang aku benci diri aku yang sekarang. Haha, hati pun tetibe
fragile semacam. A'aa, this is not me. Sekarang pun, aku banyak buat orang terasa dengan aku. Ecece. Aku orang yang pentingkan perasaan sendiri. Huk huk huk. Andainya, andainya hendak membentuk dan mencari diri sendiri itu sesuatu yang mudah... aku tak kan mintak aku jadi begini.




Sungguh laa, kalau korang tanya diri macam mana yang aku nak jadi.. aku akan jawab aku di mana empat tahun lepas. A'aa. Aku rindu budak kecik yang hati masih suci dan murni huhu.

Empat tahun lepas ;


Dia suka tidur dengan peluk Quran tafsir Mamanya yang besar gedabak erat-erat.
Dia suka baca buku cerita Siri Salma dan Siri Hadi, atau siri penyiasatan yang lain. Pada dia, RM 3.50 itu mahal memandangkan adik-beradiknya yang lain tak berapa suka beli buku. Makanya, kalau ke kedai buku... Rak siri penyiasatan laa yang jadi tujuan. Dia sanggup duduk kat situ seberapa lamanya, cuma untuk pilih buku-buku yang belum dia ada. Cita-cita dia, nak kumpul semua enam puluh buku bersiri itu. Tapi, dia sempat kumpul dua puluh lebih saja buku bersiri itu. Sebab, masa dia di tingkatan satu.. buku-buku itu tiba-tiba lesap dari rak buku. Erk, penjenamaan semula rasanya. Lepas itu, cover baru. Uhuu. Terus dia tak beli-beli dah. Dia suka, cover siri salma yang lama.. warna kuning.
Dia sangat suka matematik. Matematik, kacang saja bagi dia. Dia ingat lagi, waktu exam trial rasanya... Dia, Asmaq dan Aidil dapat 99%. Sungguh mengujakan. Sampai sekarang dia masih ingat, yang dia salah pada jawapan untuk soalan no 11, kertas satu. Hehe. Tapi, bila dah bersekolah menengah.. matematik adalah pelajaran yang dia paling menyampah!
Dia dan beberapa orang kawannya, waktu exam akhir tahun. Dapat 100% untuk Bahasa Melayu Penulisan. Huhu.
Dia, selalu pegang no 4 atau 5 setiap kali peperiksaan. Tak kira laa akhir tahun ke, mid year ke, exam biasa ke. Ah, dia tak suka. Sebab dia nak dapat hadiah. Sepanjang Darjah Satu hingga Darjah 6, memang muka dia laa yang dapat no no itu. Tidak 4, 5. Tidak 5, 4. Cuma, waktu Darjah 2 saja dia merosot. Dapat nombor 12, haha. Dan, akhirnya waktu Darjah 6 .. berjaya jugak dia dapat no 3. Ah, begitu tekun dia berusaha! Oh, dan dia sangat cemburu dengan Asmaq, sebab umpamanya no 1 itu memang hak milik dia laa sepanjang enam tahun sekolah. Tapi, sampai sekarang Asmaq masih jadi no 1. Dia? Semakin merosot.....
Dia... keras hati. Apa yang dia nak, dia tetap akan dapatkan. By hook, or crook! Dia jugak... tak penat untuk  mengalah. Lakukan lah apa sahaja, bila dia kata putih.. putih la. Jangan cuba disangkal dengan hitam.
Dia... kumpul duit daripada pemberian cikgu. A'aa. Waktu setiap kali lepas exam, dia dan kawan-kawannya akan dapat RM 20, sebab dapat 5A.. 
Dia... suka belajar. Selagi dia tak dapat jawapan pada soalannya, dia tak kan berhenti buat. Setiap bulan, dia akan beli banyak buku-buku latihan yang baru. Selamba-yayaya dia habiskan duit Papanya untuk beli buku. Ah, papa pun tak kisah. Bukannya dia beli mainan, hihi.
Dia... tak penat untuk senyum. Sebab, bagi dia... kalau dia senyum, dia akan bahagia dan turut membahagiakan orang lain. Pada dia, takde siapa yang suka orang yang masam-masam muka. Hehe.
Oh, dia jugak sangat anti dengan sekolah agama. Siap tulis lagi dalam buku biodata.. "I don't want to study at Arabic School." Ecece. Lastnya, tercampak jugak ke situ. Hui hui hui. Sebab apa? Sebab, kawan-kawan dia yang dapat 5A semua pakat-pakat mohon sekolah sama. Dia pun sama laa. Haha. Tapi, dia jatuh sayang jugak pada sekolah itu akhirnya. Cuma, baru-baru ini (tahun ini), dia macam dah jadi anti balik dengan sekolah. Dah lama dia tak rasa perasaan, 'tak nak pergi sekolah'. Sekarang, hari-hari perasaan itu mengundang. Kata-kata 'lamanya nak habis sekolah' itu jadi mainan biasa. Walhal, dulu.. dia laa yang paling tak suka kalau orang sebut pasal nak tinggalkan sekolah. Haha.

Banyak, banyak sangat benda yang buat
dia berubah tanpa dia sedar. Dan, ini lah dia yang sekarang.

Ah, aku betul-betul rindu pada dia!


Ha'aa. Aku, aku nak diri aku yang dulu. Orang tak faham, sebab aku sendiri tak faham kecelaruan emosi bla bla dan bla yang ada dalam jiwa aku sekarang. Aku bersyukur, sangat bersyukur sebab aku masih ada peluang untuk menghirup nafas hari ini. Aku masih ada ramai orang yang jadi kekuatan aku. Aku gembira.


Tapi, aku
tak suka jadi orang yang emo.. aku tak nak jadi orang yang pentingkan diri. Aku tak mau... jadi orang yang jahat. Susahnya, susahnya nak cari diri sendiri yang aku nak. Susahnya, nak jadi macam dulu. Susahnya, bila jasad dan jiwa di paku dengan tekanan, masa yang boleh buat aku jadi gile.

Ahaaa.

Aku cakap macam orang tua kan... padahal aku baru aje umur enam belas, haha.
Tak kisah laa.

Aku perlu bangkit dari mimpi yang mengharukan ini.

Aku perlu bangun dari lena yang panjang.
Aku perlu berubah laa.
Cari diri aku yang dulu.

Dah laa, aku penat tau hidup macam ini. Perjalanan aku masih jauh. Aku pegang impian mereka. Dan, aku ada impian sendiri. Hey, ini hidup aku laa. Dan, aku akan jadi seperti sebagaimana yang aku nak. 


Aku nak lukis-lukis ceritera yang indah-indah pada kanvas kehidupan.

Lepas itu, aku nak kaler-kaler ia.
Aku tahu, kalau aku asyik kaler dengan warna terang benderang, ceria semacam aje.. tak cantik nanti.
Sebab itu, biarlah aku redha ada warna-warna kusam, gelap jadi contengan. 

Baru la variasi namanya. 
Baru lah kanvas yang aku lukis, lama-lama nanti keluar warna pelangi.
Aku yang akan decide macam mana lukisan aku nanti.
Aku yang akan warna lukisan aku nanti, tak kisah laa guna cat ke.. pensil warna ke.. pensil aje ke.
Aku yang nak jadi pelukis utama atas kanvas lukisan hidup aku...

Boleh... kan?


Wednesday, May 18, 2011

Admet, dan Kegedikannya


Ehem.


Admet tadi, sangat huuuuuuu. Taktau nak kata ape dah. Kertas satu okey lagi. Bila kertas dua, dah.... huahuahua. Yang aku anehnya, kenapa aku rasa aku aje yang sempat tido? Kenapa orang lain terlalu tekun? Huhu. Masalah aku, bilamana sesuatu itu aku dah cuba cuba cuba jawab tapi tak dapat dapat maka passion aku untuk sudahkannya, akan hilang. Hui hui hui, teruk kan? Macam tadi, bila dah berjuta juta kali buat tapi tak dapat-dapat makanya selamba-yayaya, aku akan cakap lantaklah! Hmmmm. Lepas jawab satu, tido. Jawab lagi, tido lagi. Huhu.


Lepas Admet, exam PJK. Lalalala. Yang buat aku nak gelak, geng budak laki. Nick dan geng. Ish ish. Teacher baru bagi kertas jawapan objektif, kertas soklan tak bagi lagi. Tapi, terus ditandakannya and tak sampai seminit dah siap. Haha. Mentang-mentang laa exam PJ aje. Kami gelak, bila teacher pura-pura tak bagi kertas soklan kat Aidil. Iye laa, jawapan kan dah siap tanda. Tak payah tengok laa kertas soklan. Heee. Tapi, mereka padam semula. Dan, buat dalam masa lima belas minit mungkin. Masa yang diperuntukkan adalah satu jam lima belas minit. Huuu, sama laa dengan aku. Buat buat buat, terus tido. :)


Petangnya, study dengan Kak Mimi. Memang lawak aje rase. Study Khemiyy jugak Bhiyyo. Gelak gelak lagi dengan telatah Hanny dan Husna. Aiyaayaaa. Lega, nampak Mg senyum macam biase hari ini. Oh, dia mana pernah masam muka dengan aku lagi. Malah, waktu ber'masalah' kira-kira kritikal itu.. sempat lagi dia hulurkan tangan bye bye pada aku walaupun senyum dengan takde rasa sangat XD. Risau jugak aku. Tapi, hari ini... nampak dia dah okey. Hehe. Bagus la.


* * * * * * *


Terhibur dengan gelagat geng tuisyen semalam. Waktu admet laa kan. Baru ada Aime, Ijak, Syahir dan aku. Amik kertas terus pergi duduk depan sekali dengan diorang. Ah. Takpe, meja besar. Selamba aje Aime dan Ijak gelak-gelak kat aku sebab kena cubit dengan cikgu. Huhu. Memang gelak gile-gile laa diorang. Hey, aku memang kureng admet. Ceh. XD Bila Jee 'Ah dah datang, duduk belakang sama-sama. Jawab soklan yang memeningkan.

Ada satu, yang membanggakan laa konon konon. Cikgu bagi soklan function. Punya laa bersungguh semua cuba nak bagi jawapan betul. Akhirnya, dengan yakin aku cakap jawapan. Haha, tapi TERcakap sekali dengan Ijak. Ijak yang tak puas hati, terus berpaling belakang. Protes kekonon, sebab dia yang dapat dulu laa jawapannya kot. Hihi. Ada aku kisah? Oh. Aku tak perlu cakap kuat-kuat, sebab suara aku memang dah over volume. Sedepa dapat dengar walau aku hanya berbicara intonasi biasa. Entah kenapa, aku pun tidak tahu... :D Maka, bebudak ini pun tepuk laa tangan bagi meraikan aku sebab dapat jawab soklan. Rasanya, tepukan yang sinis kan? XD Hihi.


Memang happy laa berada dengan kekanak tuisyen. Faktor kami dah rapat di sekolah, menjadikan kami lebih   rapat di tuisyen. Heee. Dah laa, bilangan kami dari tahun lepas asyik nak sama. Muka baru pun takde. Sikit pulak itu. Around lima enam orang aje.


Untuk kelas Admet; Syahir, Ijak, Razzy, Aime, Jihah, Zati dan Aku.

Untuk kelas Khemiyy dan Physizixszzz; Ijak, Razzy, Aime, Qilah, Ba dan Aku.

Kat sekolah dah puas jumpe. Tapi, walau di tuisyen.. tetap tak puas berhadapan dengan keletah mereka. Okey, time Admet memang aku laa yang paling low. Haha. Physixcc pun sama. Memang kerja diorang laa gelakkan aku waktu itu. Tapi, tak kisah. Kelas Khemiyy aku pulak yang gelakkan mereka. Kan kan kan? Serius, aku memang sayang diorang. Semalam jugak, selamba-yayaya jugak Cikgu Admet kutuk-kutuk kitorang macam budak kecik sebab makan cokelat kadburyy. Hahaha.

Okey, kami selalu buat-buat tak puas hati sebab cikgu asyik puji Syahir. Haaa, sebabnya? Syahir itu pendiam. Kalau dengar suara dia bergelak ketawa, memang bagai mimpi laa oi. Yang kami ini, mulut tak berhenti pot pet pot pet. Hailooohhh.


Oh, bebudak tuisyen. Sayang korang. Dari tahun lepas sampai laa tahun hadapan, aku akan mengadap muka diorang pagi petang siang malam. Aduyai. XD






Eh. Aku masih limabelas kan? HAHA. *Gedik*


Tuesday, May 17, 2011

16 Mei, dan gimik.


16 Mei.

Selamat Hari Guru, Malaysia! Hmmmm. Hari guru kali ini, best bagi aku. Cuma, macam kosong aje rase. Haha. Entah. Yang pasti, sambutannya memang tahap super duper best. Tapi, entah kenapa aku asyik rasa tahun lepas lagi best? Huhu. Pedulikan. Meh nak cite. Petang kelmarinnya, sebelum aku nak balik... sempat si Nije merayu-rayu tolong balut-balut hadiah dia. Hui, aku ingat kan satu aje. Itu yang nak tolong, tapi rupa-rupanya dua plastik beg besar dia kasi kat aku. Nah, amik ko. --' Kawan kan, tolong laa jugak. Sampai pukul 2 pagi bersengkang mata. Nak bungkus hadiah dia lagi, hadiah aku lagi. Hailaa. Hari ini, pagi-pagi dah sumbat hadiah-hadiah dalam bilik dadah. Tak kuasa aku nak angkut sampai ke blok hujung tingkat atas sekali (blok kami). Hihi. Beg pun main letak dekat situ je. Tak sempat nak naik kelas pun, erk memang aku tak jejak kaki ke kelas hari ini. Hihi. Pergi perhimpunan, gamat aje.

Kami semua kena duduk, saling menghadap laki dan pompuan. Macam mana eh, sekolah aku kan bila perhimpunan... pompuan duduk belakang. Sekarang, lelaki yang kena pusing belakang supaya ruang tengah tu jadi kosong. Yang aku nak gelaknya, laki form 1,2,3 steady aje tak de masalah... tapi, bila pergi part laki menengah atas semua macam malu-malu. Sampai KP paksa duduk, baru ikut. Alah, entah ape-ape diorang. Maka, pasukan kompang bersedia nak iring cikgu start dari surau. Okey, kompang bunyi.. cikgu berarak. Hui hui, aku suka dengar bunyi kompang. Haha, tambah-tambah ada Famy. Macho giler laa dia berkompang. Oopss! XD

Kemudian, ada persembahan silat daripada abang form 6 dua orang. Sorang aku tak tau nama, sorang lagi namanya Openg. Haha, tak sure nama betul dia apa tak for sure memang Openg laa. Oh, mungkin aku yang buta silat sebab aku dengan Cena asyik gelak aje tengok diorang. Selamba-yayaya aje aku cakap macam tengah menari tarian kebudayaan aje. Yang abang berdua itu, aku tahu diorang tengah tahan gelak. Huhu. Mana tak malunya, kena buat persembahan depan kitorang. Cikgu-cikgu pula macam meriah terlebih hari ini. Ustaz Azmy, Cikgu Man.. memang buat kami gelak tak henti-henti!

Lepas itu, macam biasa laa. Dengar cikgu-cikgu cakap perutusan bla bla bla. Yang paling aku suka, bila KP bercakap. Haha, gile rasa nak gelak aje kitorang. Memang berpantun habis-habisan laa. Pertama kali aku dengar KP buat ucapan yang sempoi macam ini. Kalau KP tahun-tahun lepas, macam skema.. sebab entah.. ayat panjang-baca-bulat-bulat-dari-teks. Hihi. Gimik seterusnya, belon rama-rama. Banyaaaaak. Banner disangkut di situ. Untuk perasmian nanti. Ala-ala terbang laa ni. Tapi, tak terbang jauh pun.. sebab dah ikat dengan tali halus. Hehe, gile ke nak lepaskan belon banyak-banyak macam tu. Dah laa, mahal. Tapi, yang buat aku dengan Cena gelak bila belon itu asyik nak jatuh aje. Geng yang handle pun terpaksa macam main wau sebab tarik-tarik tali. Hihi. Yang kami pulak tak henti-henti kutuk kekonon gimik tak jadi. Sorry, haha. Tahun lepas pun sama, waktu potong tali banner.. banner tak sempat terbukak pun tapi terus jatuh. Hehe. Yang tahun ini, okey laa. Iye laa, banner itu berat kan. Kui kui kui. Tapi, memang menceriakan laa! :D

Dah siap semua, masuk kelas atau pergi laa merayau-rayau walau ke hujung dunia sekalipun. Aku, still kat bilik dadah. Nak siapkan kad-kad aku tu. Si Sapik, suruh aku tolong tulis kad untuk dilekatkan kat hadiah. Hazim pun sama. Aiyaa yaa, memang aku jadi pembantu untuk mencantikkan hadiah ye tahun ini? Hailaaa. Takpe laa, demi cikgu. Heee. Tengok cikgu main lempar belon air. Bila belon pecah, terpercik kat tudung aku. Tapi, air tak hilang. Jadi mengeras macam kena gam gitu. Hai, rosak laa tudung aku. Terpaksa basuh dengan air yang banyak, kasi lembut siket. Itu yang ramai tegur tudung aku, haha, macam rebel aje. Dan, kami satu sekolah dibelanja aishkrim. Macam best! Lagi laa rosak tudung, hui hui. Siapa suruh makan macam budak kecik? Comot-comot. Aku dapat dua, sebab cg normah kasi satu lagi. Nyum nyum.

Sesi hari ini juga dihabiskan dengan pusing-pusing sekolah cari cikgu nak hulur hadiah. Heee. Penat. Letih. Kat sekolah jugak macam-macam jadi. Petangnya, tertidur dulu dalam bilik dadah. Tak larat nak bukak mata dah. Mengantuk punya pasal, tak pasal-pasal waktu tutup pintu bilik dadah.. terkepit lengan aku! Sebab aku tolak dengan lengan aje. Ha'aa, pintu bilik dadah memang gile siket. Hati-hati tau. Padan muka aku, pagi tadi seronok aje gelak kat Sapik pasal tapak tangan dia terkepit waktu aku suruh tutup pintu itu kemas-kemas. Nah, sekarang aku yang kena. Nasib, :)


Begitulah, kisah 16 Mei. Nak tahu tak, waktu sekolah rendah aku selalu hairan bila kakak aku cakap cikgu sekolah menengah hadiahnya sikit aje berbanding cikgu sekolah rendah (?) Mana taknya, mak ayah aku setiap tahun bawak balik hadiah seguni sorang satu. Memang kenduri hadiah laa. Dan, sekarang baru aku faham senario ini. Sebab, aku dah pun mengalaminya. Mungkin sebab kami dah matang, jadi.. bagi kami hadiah bukan satu-satunya cara untuk membalas jasa-jasa guru. Mungkin. Tapi, mesti cikgu terharu kan kalau dapat hadiah daripada kita? Sebab aku tak sempat nak beli banyak-banyak hadiah, maka aku tulis kad aje.

Orang putih kata, "What comes from the heart, touches the heart." Kan? XD

* * * * * *
Banyak gambar mahu lekat kat sini, tertangguh.
Gambar tahun lepas (pulau, raya). Gambar baru-baru ini.
Birthday party Ayna, Anugerah Kecemerlangan 2011, Sambutan Hari Guru.

Nanti-nanti lah ye, tak sempat lagi laaa.

Oh, doakan aku untuk exam admet esok. Hui, berdebar!

Monday, May 16, 2011

Qa, Qah & Qi


Hari yang mengujakan :D

Ceritanya bermula, ehem ehemmm. Pergi ke sekolah, dengan happy laa kan. Iya laa, tak perlu amik exam. Ahaaaks. Jadi, masuk kelas kejap aje. Lepas itu terus blah dengan Qi. Pergi lepak sambil main tulis-tulis contengan besday. Haha, sempat lagi main gelak-gelak. Aishh Kak Mimi -_-'

Pergi tolong-tolong chekgu, lepas itu sementara tunggu pukul sepuluh pagi... buat addmath kejap dengan Qi dan Qah. Uhuuuu. Bila pergi kat dewan makan, main gelak-gelak.. gambar-gambar.. gurau-gurau. Macam takde benda dah nak buat. Kenapa? Sebab, lama nak tunggu mesyuarat PIBG habis. Hui hui hui. Geng nasyid tinggal alat-alat diorang dekat dengan tempat kami, maka kami gunakan kesempatan main-main dengan mende alah itu semua. Bising. Tanda protes sebab lamaaaa dah tunggu. Hihi.

Sempat main mende yang waktu darjah 6 rasanya last budak sebaya kita main.. uhu. Namanya, 'tea tiang'. Haha. Gile punya riuh, sampai cikguuu kat dalam terpaksa buat tanda shhhhh (sila senyap). Erk. Erk. Kami bosan kan.. hihi.

Waktu semua orang dah balik, aku still kat maktabah. Buat kerja siket, sementara tunggu Qi. Ahaaa. Nak laksanakan misi yang dari minggu lepas lagi menimbulkan debaran untuk M. Uhuuu. Maka, pada petangnye dalam pukul empat lebih.. Geng Qa, Qah dan Qi buat laa suprise! Huhu.

Bukak surat, erkk.. hepy besday! Ceh, terharu laa sungguh itu M. Hulur beg kertas, M pun macam gelabah, ahahaha gelagat dia buat kami gelak. Suruh dia bukak selalu, Qah dengn Qi yang fed up nak tunggu balutan dibukak. So gentle laa. Kerja aku laa tuh, balut berlapis-lapis. Lima lapis rasanya, alah dengan kertas surat khabar je. Haha. M pun macam terharu gile-gile kan, nasib baik tak nangis dengan kitorang. Kah kah kah.

That was a sweet memory, for today. Yeah.

Selamat Hari Guru, untuk para pendidik yang aku sayang! XD

Saturday, May 14, 2011

Tak Nak Kalah


Main jalan-jalan pusing Jerteh dengan PqahManaf dan PqahQilah. Huuuu. Dari pukul sembilan sampai laa dekat pukul satu. Memang tawaf sungguh-sungguh laa. Haha, seronok. Itu aje yang boleh cakap. Borak-borak. Gurau-gurau. Beli-beli. Hui hui hui. Mentang-mentang exam seterusnya hari Rabu (addmath), itu yang macam cool siket. Esok? Tak exam, sebab terlibat dengan Hari Anugerah Kecemerlangan. Tapi, tetap bimbang. Mana laa tau, tetiba cikgu suruh exam kejap ke... tak ke naya kalau gitu? Dah laa study siket-siket. Isnin, Hari Guru. Selasa, cuti.

Ah. Tak nak kalah. Aku tak kan kalah. Daripada aku sedih-sedih, baik aku terus berusaha dengan lebih kuat. Kalau aku usaha, mesti Dia akan bagi jugak kan. At least, aku usaha. Bukan hanya tahu bersuara mendayu-dayu merintih tanpa buat apa-apa untuk tukar keadaan.

Sya Izz tak akan putus asa. Walau apa pun, dia akan dapatkan apa yang dia mahu. Dan, dia akan berjaya. Itu janji dia!


Pssstt : Munge-munge dah tak tumbuh meliar dah. Hahahaha.

Tuesday, May 10, 2011

Aku masih, seorang Princess!



Sedar tak sedar kan, banyaaaaaak perkara dah berubah. Untuk aku laa.


Aku sekarang? Mungkin dah jadi seorang yang lebih heartless. Huuu. Itu adalah lebih baik, daripada meng'emo'kan diri tak tentu pasal macam dulu. Semua ini, berlaku macam itu aje. Sekarang, kalau rasa sedih pun memang hati kata buat dunno aje. Tak de rasa dah untuk main emo-emo. Kalau rasa kecewa pun, macam biasa. Cold. Tak rasa ape-ape jugak. Kalau rasa gembira, macam gembira laa. Part gembira itu memang macam asal. Takde laa pulak kalau tengah gembira tetibe jadi takde perasaan.


Perkara-perkara yang terjadi sebelum ini, sebenarnya banyak bentuk diri aku tanpa sedar. Aku dah jadi orang yang senyap siket walaupun mulut masih pot-pet-pot-pet tapi takde laa teruk sangat macam dulu. Kalau dulu, kalau berhenti berceloteh bukan aku namanya. Kini, rasa macam malas pulak nak bercakap banyak-banyak. Lebih baik diam kan. Lagi syok. Hahaha, boleh laa layan angan-angan sorang-sorang XD.


Entah kenapa, tetibe jadi seorang yang banyak berfikir. Selalunya, kata-kata kawan-kawan laa yang aku suka fikir. Padahal, kata-kata mereka biase aje alaa laa macam tengah borak-borak lepak-lepak sama-sama. Tapi, ada yang menusuk kalbu memaksa aku macam... muhasabah diri mungkin?


Yeahh. Dengan bangganya aku nak cakap yang aku dah lebih berdikari sekarang. Tak kesah dah nak buat semuanya sorang-sorang. Dah biasa. Sekurang-kurangnya, tak perlu laa menyusahkan orang berkepit dengan aku dua puluh empat jam. Haha.


Aku juga, macam dah kurang peduli akan hal orang lain. Bukan lah langsung tak cakna, cuma yang tak penting atau tak berkaitan sangat dengan aku.. aku malas nak amik pusing. Kecuali laa kalau mereka yang nak kongsi-kongsi cerita dengan aku. Huuu.


Sekarang juga tengah cuba menjaga tutur kata, volume suara. Haha, suara aku memang.. aku je yang dengar macam slow. Padahal, sampai ke hujung dunia boleh dengar kot. Itu yang macam rebel aje aku rase. Nak jugak ada suara yang slow, ayu macam orang laen. Hihi.


Konklusinya, keadaan yang mengubah aku tanpa aku pinta. Aku pun tak sedar, tetiba... 'eh, aku dah jadi macam ni?' Huuuu. Maybe ni turning point dalam life, bukannya aku ini akan jadi budak-budak seumur hidup. Kadang-kadang, kematangan itu perlu. Haha, gaya orang dewasa aje cakap. XD



walaubagaimanapun, aku masih seorang budak perempuan yang kaya dengan hikayat fairy tales dan sentiasa menganggap dirinya princess! Haha.

Monday, May 9, 2011

Asyik tido aje.





Hancuusss. Hancur betol SI hari ini. Haha. Memang gile. Entah-ape-laa yang aku jawab SI tadi. Mata pulak mengantuk. Yang SI i boleh tahan lagi. Yang SI ii itu, nak habiskan dua jam setengah macam setahun rasanya. Hehe, kejap kejap tido. Kejap kejap tido. Kalau nak kasi mata terbukak tu ala ala kena berjuang habis-habisan dulu. Aiyoooo.

Faeza cakap, 'Iqa tido sokmo tadi. Relaks nya.'


Yang si Cyfaa pulak ,'Aku lalu-lalu kelas mu, tido sokmo.'


Erkk. Erkk. Dah aku rasa nak tido, aku tido laaa. Huuu. Yang jawab BIO je tak tido. Ahaaaks. Dah laa tak sempat makan hari ini! Waaa, aku rasa sekelas girls semua tak makan. Bayangkan, sudah exam SI i pukul 9.20 pg. Nanti 9.35 pg sampai 12.10 t/hari sambung exam SI ii. Pukul 12.15 sampai 1.30 exam Bio. Memang haruuuu. Bila dah balik sekolah, terus pergi melantak dengan Jihah, Hani dan Thirah.


Lepas itu, kami sambung study sejarah dengan Thirah kat Bilik Dadah. Tempat biasa laa kan. Ehemm. Bila Thirah dah balik, kami study BM aje. Alih-alih, si budak yang tak cukup ubat itu datang XD. Kita pun borak-borak lepak lepak macam takde kerja. Kenapa? Sebab, esok exam BM sahaja. Hahaha. (punya laa suke). Dah rasa macam alumni 2Rushd je tadi. Huuu, sebak sebak. Jihah dan Hani sekarang kelas Q. Aku dengan dia R. Tapi, waktu form 2 dulu lagi rock kan. Macam best sangat-sangat. Dan, sangat banyak kami gelak hari ini. Haihhh. Orang kata, kalau gelak banyak banyak tak elok. Nanti, mesti ada sesi sedih sedih pulak. Entah. Cuma, aku happy dengan diorang. After all, kami pernah sekelas dua tahun lepas. Sangat cool!


Kan dah cakap minggu exam tu best. Bahagianya tak payah buat kerja sekolah. Haha. Bahagiaaaa walaupun terpaksa berhempas pulas dengan buku-buku yang maha banyak dan kepala jadi pening fikir-fikir mahu tulis jawapan apa. Pelik jugak dengan budak itu, kami persoalkan kenapa tibe-tibe jadi aneh macam tak cukup ubat? Aku cakap, mungkin terlebih makan ubat yang warna putih, oren dan bla bla bla kat dalam meja dia tu. Dia gelak aje.

Rasanya, aku dapat sesuatu hari ini. Thanks SA. Dalam sedar tak sedar kami berempat bercakap tadi, tetiba ada yang menusuk kalbu. Kah kah kah. :)


* * * * * *

Tengok, time exam ini laa jadi gile nak update belog. Huhu. 

Sunday, May 8, 2011

heart-to-heart


Erm. Hari ini sudah start exam. Super duper cool. Petang semalam balik dalam pukul enam petang, study dengan Ada, Cyfaa, Hani. Haha. Sekarang, memang dah biasa balik lewat. Study. Buat amanahworks. Lepak. Bilik Dadah tu dah macam bilik sendiri aje. Petang-petang mesti study kat sana. Huuu.

Sangat berterima kasih kat Ada yang ku sayangi. Ajar saya BA kelmarin. Mujur belajar dengan Ada. Kalau tak, tak tahu laa nak jawab apa. :) Dan, pagi tadi rasanya perhimpunan Ahad yang paling menggilekan. Haha. Kami sepatutnya tak perlu pergi beratur sebab nak exam pukul 8 ni. Tetibe, ada pengumuman cakap budak f4 dan f5 supaya turun ke tapak perhimpunan. Ahaaaaks. Memang setiap orang pegang buku, kertas. Beratur pun dah tak betul. Berbincang. Asyik dengan buku. Memang kesian laa kakak-kakak pengawas dengan gelagat kami se form 4 yang macam erk erk erk sebab asyik dengan buku. Btw, aku boleh jamin laa.. takde yang betul-betul khusyuk dengar cikgu cakap apa kat depan. Huuuu T_____T

Akhirnya, pukul sembilan pagi start. Habes dalam pukul 11 setengah. Lepas tu dah takde exam dah. Yeahhh. Pergi makan-makan. Lepak-lepak. Study bio dengan Ipa. Memang haru laa. Boleh pulak kami buat cerita yang berkaitan dengan kami pasal mitosis meosis bla bla bla. Hmmm. Sempat kena kacau dengan AA dan RI. Gile laa korang, dah pandai kacau sekarang ye? Huuu. Diorang letakkan botol air aku kat tempat paling tinggi. Buli. Sampai aku buang semua air dalam botol, alergik! Euw. XD

Memang riuh laa kelas. Kelas aku je laa. Yang kelas S kat depan, dah blah ke library kot. Yang kelas T kat belakang, sesetengah dah lesap. Kelas aku? Entah macam mana si Sapik itu boleh jadi macam orang tak makan ubat hari ini. Haha. Masa dia angkut beg nak keluar tu, sempat lagi nyanyi 'mari kawan-kawan.. kita dengar cerita..' (ala ala lagu nasyid Aura-Kisah Nabi Yunus). Dia, Nick dan Ime. Very bising sungguh. Main conteng-conteng. Sampai aku tanya dekat Nick, kenapa dengan kawan dia itu? Haha, Nick cakap dia rindu Nick kot. Lama tak jumpa kan.

Oh, lupa nak cakap. Very big tahniah untuk Nick, Fify, Famy, Zim, dan team Soutul Ittifaq sebab menang johan festival nasyid Terengganu. Lepas ni, wakil negeri Terengganu ke kebangsaan. Memang Ummi Pengetua pun asyik tahniaaaah kat diorang. Huuuu, superb kawan-kawan aku. Hahaha.

Petang ini, sekali lagi melepak kat Bilik Dadah. Cool. Belajar Bio dengan SI. Wargh, malas belajar SI. Pening. Ahaaaaaaks. PSI = Princess Sya Izz. Itu yang aku cakap kat kawan-kawan aku. Makanya, mesti buat yang terbaik sebab nama aku laa tu konon-konon. Heeee.

Dan, Selamat Hari Ibu untuk Mama. Iqa sayang Mama. Iqa tahu Iqa banyak sangat buat salah dengan Mama. Tapi, Iqa bertuah sangat sebab ada mama yang baik macam Mama. Mama, lebiu so much! Mmuaaahhhhh :*

pssst : Mg buat aku senyummm hari-hari. *gedik*

Friday, May 6, 2011

Cinderella and her Magnesium

Tetibe, rase asyik tumbuh munge-munge kat kepala.

Oh, aku dah gile. Memang sungguh gile.

Nampaknya, aku kena jadi orang yang takde perasaan lagi. Ah, kena jadi orang yang hati batu. Sekeras-kerasnya. Kalau tak, makin menjadi-jadi munge yang tumbuh kat kepala yang menggile.

:)


Cinderella and her Magnesium.

Haha. Ntah ape ape.

Thursday, May 5, 2011

I've HIM.


Macam-macam jadi sepanjang minggu ini. Aku pun macam malas nak citer. (macam laa ada orang baca, haha). Yang penting, dapat juga aku kurangkan passion aku untuk main tulis-tulis kat blog. Masa sangat berharga laa kan konon-konon. Erm.

Uruskan perkhemahan untuk kelab geografi memang memenatkan. Walaupun aku tak sepenat Qilah dan Akkir. Haha. Hampir setiap hari ada orang nak tarik diri. Lepas sorang-sorang, yang kena cari ganti... kami la. Semalam, gaduh-gaduh dengan Akkir. Haha, ada tiga tempat kosong. Geng F4 yang nak ganti, juga ada tiga. Aku mintak laa yang kosong itu untuk aku handle. Tapi, dia dah cari satu geng f5. Cakap punya cakap, dia tak nak jugak lepas kawan dia. Kira macam, okay laa. Aku pun bukan kisah sangat. Nak dijadikan cerita, hari ini ada perjumpaan. Tetiba, ada pulak yang tarik diri. Oh, memang kena betul laa. Akhirnya, masing-masing puas hati. Akkir dapat geng dia. Aku dapat geng aku. Haha. Belum cerita nak kutip duit. Beratus-ratus aku pegang, memang kalau dah agak-agak banyak... terus serah kat cikgu. Haru kalau hilang. Haha, tapi insyaAllah tak. :) Tetiba rase gempak handle projek ni bertiga. Akkir, pengerusi kelab geo. Qilah pengurus projek. Aku? Secretary merangkap bendahari projek. Harap-harap perkhemahan kat Taman Negara Kuala Koh lagi sebulan lebih ni akan berjalan lancar. Aminn.

Hari ini, ada latihan kebakaran. Tengah-tengah syok belajar BI, tetiba berbunyi laa siren yang sangat kuat dan panjang. Oh, kitorang dah tahu latihan sebab cikgu dah mentioned. So, bergegas turun ke tapak perhimpunan. Tapi, aku dengan syapiq mungkin 'hangus' dulu sebab kami laa yang turun last sekali. Orang lain semua kat perhimpunan, kami baru terhegeh-hegeh nak turun tangga. Sebab? Asyik belajar summary dengan teacher. Huuuu.

Sekarang ini, banyak main masa belajar. Huhu. Main lukis-lukis dengan orang depan padahal teacher tengah ajar math mode, ustazah tengah ajar QS. Main bentuk-bentuk mende-ala-plastesin padahal cikgu tengah ngajar. Isk Isk Isk. Lastnye, fokus yang hilang. Nah, amik ko.

Kak ***** cakap, crush tu mende nombor dua. Apa apa pun, pelajaran tetap nombor satu.

Jadi, walaupun aku isytihar magnesium a.k.a. crush iii itu sebagai crush terbaharu hahaha setelah crush i dan crush ii dah lesap... maka, aku tetap aku letak mende ni dalam kategori tidak terlalu penting. Haha, cuma.. mungkin boleh laa crush ni digunakan sebagai penyejuk mata, ketika waktu-waktu tak mau pergi sekolah, malas, mood tak okey. Tengok lah crush, maka boleh laa senyum siket-siket. Ajaran menyimpang ni, sepatutnya bukak Quran. Huuuu. Teruknya aku.

Oh yaa, hari sabtu nanti aku sekolah. Sedih sedih. Cuti ganti. Huuuuu, rasa macam tak mau pergi. Tapi laa kan, macam ramai je yang tak mau pergi. Aku rasa kelas peperiksaan je yang penuh. Haha. Dan, cakap pasal exam... budak form 4 exam pertengahan tahun nanti 8 Mei. Ahaks. Ini lah saat yang aku tunggu-tunggu. Kenapa? Sebab, aku tak mau belajar tajuk baru yang memeningkan dan aku tak perlu buat kerja sekolah untk tiga minggu. Ahaaa, tidakkah itu sesuatu yang menggembirakan? Okey. Agak menggembirakan laa walaupun nanti kena struggle baca buku hari-hari. Heee. Bagi aku, struggle baca buku lebih best daripada kena buat kerja sekolah. *pemalas*

******

"Sesungguhnya, dengan mengingati Allah... hati akan menjadi tenang."

nak amal mende ni

selama ni selalu terlupa
selalu ingat orang lain dulu
baru ingat Allah

tak tenang siket

sms orang itu orang ini
rasa layu siket
call orang itu orang ini

padahal tak sedar

Allah ada
kalau citer kat orang itu orang ini
mungkin orang itu orang ini tak selesa
takkan nak bebankan orang itu orang ini
dengan masalah kita sedangkan mereka 
ada masalah sendiri

Allah kan ada

kalau aku ngadu kat Allah
mesti Dia lagi sayang aku
mesti Dia lagi suka aku
mesti Dia lagi kasih aku

Allah, bagi aku kekuatan ye?

setiap saat, masa dan ketika
aku harap
Allah tidak lari dari aku
kerna Dia tempat pergantungan aku

"Aku ada Allah. Kau pun ada Allah. Kongsi laa semua pada Dia. Nanti, Dia tolong."

******

Aku doakan diri aku sendiri juga kawan-kawan yang dicintai agar dapat menjawab exam kali ini dengan gempak. Flying colours orang putih cakap. InsyaAllah. :D