Sunday, November 27, 2011

Berdiri


Selamat pagi, :)

Berusaha untuk menghadap buku, terutama pak cik biol-logi yang masih banyak perlu dikaver. Wawawa~ Deadline 30 Nov ni. Deadline sendiri buat punya. Haha, nampak tak betapa sayangnya aku pada pak cik tu sehingga aku mendahulukan beliau? Uhuuuuu, sayang laa sangat kan. =.=

Nak bukak mak cik matematik, alahai bosannya. Selalu kena marah eh bukan, selalu orang sekeliling cakap.. math senang la. senang senang senang. ha'a, senang untuk engkau =.= yang aku ni, rasa nak tido je bila bukak buku math. Oh tidak tidak tidak, kepala otak aku tidak boleh bertindak balas dengan sempurna apabila membabitkan numbers ni. Eh, tak boleh jadi ni. Harus lakukan sesuatu. Waaaaaa. T_T Susahkan, nak paksa diri buat benda yang kita tak suka? Omaigod.

Rindu laa, rindu nak berdiri sorang-sorang dalam kelas waktu English. Haha, walaupun markah aku setiap kali exam alhamdulillah, tapi itulah... selalu je tak buat kerja sekolah. Selalunya, lupa la. Sebab, biasanya aku siapkan pada waktu tu juga. Haha, banyaaaak sangat laa kerja sekolah (alasan :P). Bila teacher check, haaa bangunlah engkau berdiri sorang-sorang. Tak usah cakap laa, banyak kali. Tak, tak malu pun. Alah bisa tegal biasa, kan? Haha. Entah, takde perasaan XD Berdiri, sambil dengar teacher mengajar. Alah, itu pun sempat lagi main kacau-kacau Anis kat sebelah. Aish, teruknya budak ni. Tapi, selalu jumpa teacher pada waktu-waktu lain... check karangan, tanya itu ini bla bla dan bla. Haha, di samping menuntut ilmu cewahh maksud tersiratnya nak tunjuk kat teacher yang aku takde la main-main sangat bila belajar English ni dan sebagai tanda mintak maaf kot sebab selalu berdiri dalam kelas =D

Sama laa dengan BM, penuh buku karangan dengan pen merah yang bertulis, "hantar lewat !" Hoho. Ada satu hari itu, budak-budak ni semua gelak bila cikgu tulis kat salah satu karangan aku, "cikgu lagi suka tulisan awak yang sebelum ini". Kui kui kui, padah buat karangan minit-minit terakhir, tulisan pun jadi macam tulisan orang senget. =.= Untuk menebus kesilapan, karangan yang seterusnya aku tulis laa dengan cantik. Dan cikgu pun bagi komen, "terima kasih kerana menulis dengan cantik!" Sekali lagi, budak-budak ni gelakkan aku ramaaaaai-ramaaaaaaaaaai. Mungkin sebab aku okay dengan BM, tu yang jadi perangai pelik semacam je bila masuk bab-bab bahasa ni =.= Nasib baik dapat cikgu yang super duper baik+comel macam cikgu Aida. Alahai :D

Dan, sekarang... tengah memikirkan macam mana lah aku nak settle perangai-perangai pelajaran yang lain. Takpe, takpe. Jom usaha tahap bermati-matian dahulu. Yang penting harus semangat! :D Makanya, sila tutup encik muka buku (jarang dah online yeayyy), cik televisyen (biasa la, musim cuti sekolah.. cerita banyaaaaak =.=).. eh eh, tapi blog kesayangan terkecuali okay? =P






Selamat berusaha, wahai diri sendiri! *penguat semangat*