Hai, rindu aku tak? Haha.
Rabu, Khamis, Jumaat; jadi orang di perantauan :) Perantauan laa sangat. Hihi. Banyak kisah minggu ini, hoho semestinya... minggu akhir persekolahan 2011 kan. Tersangatlah banyak kenangan yang tercipta :D
Hari Selasa, ada Anugerah Kecemerlangan PMR kat Gong Kemuntong... jadi, aku pergi dengan Cik Amanda. Cewah, pagi-pagi laa dah bermain hujan di pekarangan rumah dia. Haha, lebat yang amat. Basah :D Bla bla dan bla, kat situ jumpa laa jugak kawan-kawan lama yang tersayang ehehe dan nak tau tak? Aku ada kembar rupanya. Hihi, bukan aku yang cakap tapi kawan-kawan yang cakap. Ada la, waktu anugerah untuk UPSR... bila pengerusi majlis tu sebut satu nama tup tup budak-budak semua berpaling ke arah aku. Apa? Haha. Nama budak tu sebijik dengan nama aku, cuma tambah Nur je kat depan. Tak sangka tak sangka XD
818. Duduk dikelilingi oleh kawan-kawan tercinta. Hoho. Qilah 819. Apa lagi, tahu borak je laa dengan dia. Balik, ke sekolah dengan Cikgu Su. BK yang penuh selama ni tetibe takde orang sangat. Kesian Pqah J, dia sorang je perempuan 4R yang datang sekolah hari itu. Hehe, penolong kelas kan... harus lah rajin :D
Hari Rabu, sekolah macam biasa. Habis duit Zim haha, mula-mula mintak duit dengan dia nak beli aiskrim... untuk aku dan Qilah. Lama tu, beli untuk Pqah J satu... guna duit dia jugak. Haha, akhirnya... beli pulak aiskrim dua batang untuk aku dan Qilah lagi. Konklusinya, memang habis laa duit dia. Takpe, takpe.. dia redha. :P
Duduk kat surau sorang-sorang. Huuuu. Tido. Tetiba, ada kawan aF datang kasi mee. Hehe. Sambung tido pulak. Tetiba, aF kejut aku. Okay, siap hulur lolipop lagi. Lepas tu makan sama-sama. Thanks sayang :) Dalam waktu tengah hari, lepak dengan mereka kat BK. Borak-borak aje, lepas tu gelak-gelak, lepas tu emo-emo. Hihi.
Balik sekolah, dengan Cikgu Su. Aku dengan Cik Amanda :) Cikgu ajak teman, suami dan anak lelaki cikgu takde kat rumah. Hehe, buat macam rumah sendiri. Meriah, dengan Iman.. Adam.. Adib. Alahai, Iman yang sangat mencuit hati. Adam, yang suruh aku ajar dia membaca. "Baca satu lagi, satu lagi..". Adib, yang banyak sangat soalannya. "Kak Iqa, Kak Iqa.. Adib bla bla dan bla.." Haha. Kat sana, Cik Amanda kita boleh panggil Kak Long ye XD
Malam tu, lepak dengan mereka kat ruang keluarga. Budak-budak ni memang hiperaktif waktu malam, termasuklah Iman Kamilia kita tu. Alahai, yang kitorang ni tak tahu kenapa jadi mengantuk awal. Cik Amanda dalam bilik rasanya, aku main dengan Iman. Tup tup, tertido kat tepi dia. Lepas tu, dengar dia pergi dekat aku sambil suruh aku bangun. Sempat lagi goncang-goncang aku, haha. Biasalah, baby sebut perkataan bangun... sangat comel! Aku bukak mata, senyum lepas tu peluk dia dan dia pun kiss aku sambil cakap mmmuaahhhh mmuaaaaahhh. Haha. Iman, Iman. Kak Iqa sayang Iman.
Iman; kesayangan hati
Hari Khamis, last day! Huhu, sedih tapi gembira tapi tak tahu laa nak cakap apa. Pagi-pagi dah berada di bengkel KH, siapkan kerja sikit sambil dengar lagu-lagu. Dalam pukul 10 pagi, pergi kat kelas... kutip-kutip buku segala bagai kosongkan meja. Simpan semua kertas yang aku letak bawah plastik meja. Letak untuk meja tahun depan pulak :D Ambil gambar kelas, oh aku akan rindukan bangunan ini.
Pergi 2K. Melepak dengan juniors. Hehe, riuh rendah. Sempat main tido-tido dengan budak tu, atas meja cikgu yang besar gedabak pulak tu, lepas tu kan ada budak tu siap nyanyi untuk aku lagi lagu Ya Sudahlah tu. Hehe. Part yang paling sweet je laa; apa pun yang terjadi, ku kan selalu ada untukmu, janganlah kau bersedih, 'cause everything gonna be okay. :) you're so sweet, aF ~
Pergi makan nasi air kat kedai Kak Som. Sejak tingkatan 2 lagi jadi pelanggan tetap ni. Budak-budak sekolah ini, kalau tak addicted dengan nasi air Kak Som, memang tak tahu nak kata apa laa. Haha, tapi menu tetap aku bukan nasi air... setiap kali pergi ke sana, haruslah aku memesan mihun takde sayur. Hahaha. Geng ini, kalau aku suruh diorang pesan; macam tahu tahu je aku akan pesan mihun takde sayur. Terutama Husna Madiha.. bila suruh dia pesan, dia pun cakap, "mihun takde sayur?" :P
Sebelum pergi surau, terserempak dengan Cikgu Asiah kat tangga. Huuuuu, cakap-cakap dengan cikgu. Peluk-peluk dengan cikgu. Lama sangat berdiri kat tangga dengan cikgu. Sebak, sampai hati cikgu pindah ye? T________T Ambil gambar ramai-ramai, lepas cakap-cakap, cakap kat cikgu..."nak peluk, nak peluk" Cikgu pun cakap sambil peluk aku, "alalala.." Lepas tu, bila budak-budak ni cakap-cakap dengan cikgu... aku tak lepas lagi tangan aku dari bahu cikgu. Masih peluk cikgu, sambil cakap taknak lepas cikgu. Cikgu siap cakap lagi,"alala, manja ni :D" Hehe. Sayang cikgu, mana boleh cikgu pergi......
Tapi, takpe. Senyum untuk cikgu :D Terima kasih cikgu, untuk nostalgia tahun 2010. Kena bayar 20 sen sebab tak hantar kerja sekolah, kena berdiri kat depan dengan Husna Munirah sebab cikgu tanya apa maksud perkataan repetisi (komsas) dan tak boleh nak jawab, kena puji dengan cikgu sebab buat presentation komsas yang best hehe. Alahai, akan rindu cikgu! :'(
Jumpa dengan Cikgu Masriza jugak. Cikgu pun akan pindah, alaaaaaa. Kenapa semua cikgu nak pindah ni? Waaaaaa.
Balik sekolah, dengan Cikgu Su. Sampai depan rumah Cik Amanda, waktu tu aku pegang Iman.. Iman dengan comelnya ajak aku turun. Siap cakap jom lagi. Peluk-peluk dia lepas tu bila bagi dekat Cikgu Su, dia taknak. Sangat kuat dia nangis, sambil meronta nak ikut aku keluar. Iman yang cantik, sayang Iman. Sedih je dengar Iman nangis. Huuu. Duduk di luar pagar, di tengah kepanasan sambil kereta yang lalu lalang melihat aku. Haha, aku buat Cik Amanda malu je sebab elok je bersila depan pagar rumah dia tanpa rasa apa -apa. XD
Apa lagi, marathon tengok cerita korea dan Harry Potter la. City Hunter! Hoho. Entah macam mana boleh tido dekat rumah dia. Hehe. Sangat sweet! Dan, petang Jumaat tu.. selamba-yayaya je aku tido sorang-sorang dalam bilik dia dan itulah tido yang paling lena pernah aku dapat. Serius, takde mimpi-mimpi... cuma tido yang betul-betul tido. Bila dia kejut aku, aku taknak bangun. Haha, nak sambung tido. Alahai, dah lama tak dapat tido yang lena macam tu....
Duduk di rumah Cik Amanda, akan membuatkan aku bertambah gemuk! Haha. Sikit-sikit ajak makan. Lepas makan, tengok cerita. Haha, begitulah seharian Jumaat kelmarin. Makan makan makan. =.=
part yang aku paling suka dalam bilik cik amanda. bunga.
Malam tu, baru pulang ke rumah. :D
Balik ke rumah, pening masuk bilik. Alahai Sya Izz, bersepahnya! Dengan buku-buku atas katil, kertas situ sini, softboard yang tercabut, teddy bear merata-rata. Huarghhh, kena buat projek mega mengemas bilik laa ni. --'
Psssstt; Secara rasminya, aku mengundurkan diri daripada menjadi pelajar tingkatan 4. Hehe. Life form 4, sememangnya sangatlah memberi pelbagai nostalgia. Huhu, dan sememangnya sangatlah memberi cabaran. Apa pun, persekolahan 2011 memang memberikan pelbagai memori suka dan duka. Sangat menghargainya :)
2 comments:
akak tertanya2, nasi air tu camne? adekah rupenye seperti mee sup tapi mee tu diganti dengan nasi? errr...
pergh die dah cuti sekola. syioknyeeee.
ya ya ya, tepat sekali. tp, takkanlah nk panggil nasi sup kan? erk, ke ade nasi sup? haha. yepp, mcm mee sup then kite tukar je dgn nasi :) ala ala bubur laa sbb nasi dia lembik. :D
syok sangat!!! :P
Post a Comment