Aku merindukan purnama, bersama cahayanya yang menenangkan
Aku mahukan bintang, yang mampu memujuk aku agar terus tersenyum
Aku tidak mampu bertahan
Andai aku ini pantai, kerna aku tidak mampu sekiranya ombak berterusan menghempas
Lalu, jurai-jurai hujan menitik membasahi
Rasa sakit yang tidak mampu aku tahan lagi
Guruh petir mula mengekori derai-derai hujan
Seakan waktu menjadi kelam gelap gelita
Masih lagi ombak menghempaskan dirinya
Dan, aku cuma mampu bertahan
Matahari perlahan-lahan berjalan menyalurkan sinarnya
Segalanya sudah mula menghilang
Jurai-jurai hujan kini tinggal menjadi embun indah
Yang meresapkan kedinginan dan kesejukan
Umpama mengubati luka yang merengsa
Aku tidak mengharapkan pelangi
Aku takut, aku takut segalanya keceriaan yang didatangkan akan hilang
Dan, aku akan merasakan sakit kembali
Pabila pelangi mengundurkan diri
Hakikatnya, pelangi milik aku
Bukanlah tujuh warna
Tetapi pelangi, yang cuma berhias warna hitam
Kerna aku sedang mengajarkan hati ini
Agar tidak menangis lagi
Sekiranya terjatuh kembali ke dalam dunia pudar
2 comments:
Sya Izz, pelangi akak pun hitam jugak. :) let's us be strong. do not hesitate ye kalau nak cite/ngadu pape kat akak. :)
we're our own knights in shining armor. :D
ps: yang part italic tu ade makna mendalam. eceh.
kakak. yeah. let's be strong :) strong girl :D
ps ii. ehehehe, tahu tahu ^^
Post a Comment