Monday, December 31, 2012

Untuk kenangan; 2012.


Selamat malam, :)


Malam terakhir untuk tahun 2012. Hari terakhir untuk tahun 2012. Ah, sungguh cepat waktu berlalu. Sepantas kilat. Rasanya, baru semalam aku memakai baju kurung biru berjilbab putih dan meredah hujan di pekarangan sekolah untuk uruskan hal-hal asrama. Pertama kali masuk asrama tepat sehari sebelum sekolah dibuka. Entah kenap bersungguh benar mahu tinggal di asrama pun aku tak tahu, haha, alhamdulillah, walaupun bertahan cuma hingga awal April tapi kenangan dan pengalaman yang aku dapat.. cukup memberi aku sesuatu yang bermakna. =D

Dan sekarang, aku di sini. Dua tiga hari ini, secara tidak langsung menjadi tukang jahit tidak rasmi - menjahit lencana sekolah adik-adik. Waaaa. T______________T Rindunya. Rindunya. Rindunya nak pergi sekolah. Perasaan teruja nak pergi sekolah pada hari pertama.. nampaknya telah berakhir di sini. Cis, ayat! Hehe. Betul. Tiada kata yang mampu aku ungkapkan lagi. Tapi, 12 tahun (6 tahun- Darjah 1 di sekolah papa. 7 tahun - darjah 1 di sekolah mama) menempuhi alam persekolahan merupakan memori yang cukup indah untuk aku kenang!

Setiap permulaan, pasti ada pengakhirannya. Dan, pengakhiran aku untuk zaman persekolahan... telah tiba. Sudah sunnatullah. :) Reda la wahai diri sendiri..

Okey, aku terasa mahu menulis dengan panjaaaaaaaaaaaaaaaaaangnya pada hari terakhir 2012 ini. Haha.

2012. Suka dan duka. Bergelar seorang pelajar tingkatan 5, fuh, memang tahun penentu antara hidup dan mati laa. SPM punya fasal. Lalalala.

Sahabat-sahabat yang memang mewarnai hidup!
Yang di asrama, di sekolah.. memang sentiasa melayan kerenah aku. Waaa. Terharunya. Kalau nak cerita, tak tercerita!

Mereka, yang sentiasa ada untuk aku;

Husna - yang sentiaaaaaaaaaasa 'cool' dan tenang ~ serius, aku tidak pernah pun tengok budak tu emo tak tentu pasal macam aku. haha, aku kan kaki emo. so, bila masuk kelas dengan emo tidak kira la nangis ke muka bengang ke muka sedih ke muka kecewa ke muka mengamuk ke... maka dia, akan tanya aku dengan selambanya, "bakpo pulok ni?" ~ dan dia, akan kasi nasihat, gosok atau tepuk belakang aku. argh. rindunya dekat Cena!

Ipa - otak dia memang spesies otak aku agaknya. well, agaknya satu kelas dah lali dengan perangai kitorang yang boleh bercakap non-stop, yang tak tahu malu erk, yang perangai macam budak-budak, yang selalu gaduh dan yang selalu meng-hingar bingar-kan kelas. Haha. Ipa. Dia memang budak brutal yang baik, haha. Aku sayang dia. Dalam kelas, Ipa dan Iqa tidak dapat dipisahkan. Oh! Kitorang jugak selalu melawat ke bilik guru untuk melepak (?) pernah, selamba je duduk bersimpuh di atas lantai dalam bilik guru sambil makan kacang yang teacher bagi. hoho, kan aku dah cakap, spesies muka tak tahu malu~ haha.

Dia banyak tolong aku. Waktu dah nak dekat dengan SPM, seminggu jugak lah aku tak pergi sekolah. Pagi petang siang  malam muntah + demam arghh memang aku rasa macam nak mati la waktu itu. Kemudian, lagi dekat dengan SPM.. kena pulak radang pada kaki sampai nak jalan pun tak boleh. Tak pergi sekolah jugak dalam 2-3 hari. Memang betul-betul SPM hendak muncul alahai.. Ipa la yang bereskan borang es pi em aku itu ini.. aku rasa macam terharu gile. Sangat. Ipa, ipa. :)

Perempuan-perempuan cantik yang selalu mendodoikan aku di surau - haha. aku ada satu tabiat yang aku suka buat apabila berada di surau. Aku suka melentokkan kepala aku dalam ribaan mereka dan pejam mata sambil pura-pura tidur. Haha. Ada yang akan gosok belakang aku, ada yang aku suruh zikir untuk aku. Waaa, manisnya. Terima kasih Pqah Jusoh, Farahim, Anis dan sesiapa yang sentiasa menjadi mangsa aku. Keh keh keh. Maaflah, menyusahkan. =D

Sahabat-sahabat aku yang sentiasa mendengar - Tidak dapat dinafikan tahun 2012 sangat berat untuk aku cewahh haha makanya banyaklah orang 'dipaksa' oleh aku untuk menadah telinga bagi mendengar masalah aku. Hehe, untungnya aku.. dapat sahabat yang cukup-cukup baik. Qilah, Pqah, Hazim, Hani, Husna Madi, Jihah, Pqoh, Faeza, Mira Sya dan ramaaaaaaaaai lagi yang tidak tersebut. :)

Cikgu - cikgu yang tercinta ~ Ya, aku rapat dengan cikgu-cikgu. Kami rapat dengan cikgu-cikgu. Sebab, cikgu-cikgu semua baik. Semua memberi nasihat dengan cara mereka yang tersendiri. Aduhai, satu daripada sebab tidak mahu meninggalkan sekolah adalah kerana tidak mahu meninggalkan cikgu-cikgu yang sudah 5 tahun sebati dalam jiwa. T____________T Cikgu, rindu sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaat.

Juniors yang di sayangi - Hajar Afiah, Haizum, Adieya, Naha, Hilal, Malihah, Najihah, Aisyah, warga A206 waaaaa kak iqa rindu korang! Terima kasih atas gelak tawa, suka duka bersama. Terima kasih sebab sudi meminjamkan senyuman yang sangat manis dan perhatian yang lebih dari cukup. ^_^

Awak - Terima kasih, untuk segala-galanya. Sangat.





Okey, tak tertulis lagi apresiasi aku sebab bagi aku segala yang berlaku dalam hidup.. orang-orang yang pernah hadir dalam hidup... semuanya bermakna untuk aku. Aku mungkin tiada apa-apa, yang aku punya hanyalah kasih buat semua yang sudi menerima. =)

Inilah penamatnya, untuk tahun 2012. Isnin.

2012 yang mengajar aku erti jatuh dan bangun.. menyayangi dan disayangi.. suka dan duka.. gelak dan tawa.. sedih dan kecewa. Segalanya secukup rasa! Cukup untuk memberi kemanisan hidup yang memberikan keindahan dan seenaknya memberi kepahitan hidup yang memberikan pengalaman.

Aku tidak tahu apa yang perlu diungkapkan lagi, selain daripada rasa terima kasih yang amat sangat kepada Tuhan.. di atas segala nikmat yang telah Dia berikan.

Terima kasih, Tuhan.
:)


kerana 'menghantar' mereka semua ke dalam hidup aku; menukar warna yang suram kepada pelangi yang cukup indah!

Terima kasih, Tuhan.
:)


kerana 'memperisakan' cerita aku dengan penuh manis dan tawar, sehingga menjadikan ianya cukup sempurna.

Selamat tinggal, 2012. 
yang penuh dengan nostalgia.
(nostalgia- kenangan indah yang sangat dirindui)




Dan, lagu di bawah (You and I See) pernah dihadiahkan oleh Cik BamBam kepada aku.
Aku sangat menyukainya! (pernah, bila stress.. sumbat earphone kat telinga lepas tu bukak full volume dan hayati lagu tu. konon nak lepas stress haha)

Hari ini, aku mahu hadiahkan lagu U N I C untuk sesiapa yang membaca catatan terakhir 2012 ini =)

When your world falls apart
When your pain claims your heart
I'll be there, I'll be around
And I will never let you down 
Leave that pain, don't give up
You will fly up high again
Count on me, we are together
We'll make it through this stormy weather 
C/o:
No matter what they say
No matter what they do
No matter what they think of you
You have got me and my heart too 
No matter what they see
No matter what they feel
As long as you have got me
As long as You And I See... 
Take my hand and take my heart
We can never be apart, now and forever
I won't look back, we'll stay together
Trust in me and we'll fly, don't surrender! 
Don't lose hope when you are in need
Have faith in Allah, have faith in Him
So please be tough and please be strong
With all His love you can't go wrong

2012 yang bakal dirindui, selamat tinggal! =)




-Love, Orked.-
31 Disember 2012.
2303.


Saturday, December 29, 2012

Bidadari Hujan


Selamat lewat malam, :)

Waaaaaaa. T______T Sudah pukul 1.37 pagi tetapi mata ini masih tidak dapat lelap. Hmmm. Susah betul nak tidur sekarang ini. Hailaaaa. Insomnia? =,=' Lalala.

Disemberku yang indah.
tolong jangan berlalu pergi,
aku masih memerlukan damaimu untuk menoktahkan lelah,
aku masih memerlukan udaramu untuk membebaskan hatiku yang sesak. 
Disemberku... tolong jangan berakhir.
Aku di sini, pencinta setiamu. 
-syaizz.0145.291212-


Oh, tolonglah. Nak tidur! Nak tidur! *hentak kaki ke lantai*

Hmmm, aku rindu pada hujan. :(
Rindu sangat.

Dan, rindu jugak pada mereka.
Oh, bidadari-bidadari ku. Aku sangat merindui mereka.
Amat. Sangat.







Rindu laaaaaaaaaaaaa.
T_______________T

Moga bidadari-bidadariku sentiasa ditemani para malaikat, dan dijaga oleh Tuhan. 
:)


Selamat malam... 0242.
*paksa tutup mata, tidur laa Sya Izz!!!*


-Love, Orked.-




Thursday, December 27, 2012

Alahai, masa!


Selamat malam.

Sudah 27 Disember rupanya. Alahai, tahun 2012 semakin mahu menghilang. 2012 - yang sangat memberi kenangan, yang banyak mengajar erti pahit manis suka duka gelak tawa kecewa indah. Haih, kenapa masa berlalu begitu cepat ya? Aku masih belum puas menikmati udara 2012. Masih banyak yang aku perlu lakukan pada 2012. Dan sekarang, 2012 semakin menginjak pergi.

Alahai masa, tidak pernah mahu menunggu.
Atau aku, yang masih berjalan perlahan untuk mengejar masa?

*geleng-geleng kepala*

Oh, aku rindu nak pergi sekolah. Terutama bila ikut adik-adik aku pergi beli baju, kasut, beg dan segala alatan persekolahan mereka... sangatlah membuatkan aku terasa mahu menitiskan air mata. Haha. Drama! Tapi, serius.. memang aku rindu.

Sekarang ini, aku tak buat apa-apa pun.

Masa dihabiskan untuk;

- kerja-kerja yang seharusnya seorang anak perempuan lakukan

- buku-buku yang masih menagih janji aku untuk dihabiskan. Mak aii, masih banyak lagi ni. Nasib baiklah masih banyak, tak perlu beli buku baharu lagi. :D

- televisyen (tapi bosan la cerita sekarang. haihh. yang betul-betul layan cuma Scent of A Woman. Lalala, dah tersangkut.. nak buat macam mana. Oh, oh, Merlin tidak dilupakan~ Dan, aku nampak iklan cerita TV3 baharu yang ada Beto Kusyairi hehe rasanya bakal dilayan jugak)

- and the lists go on. :)

Okay, okay.. nak share sikit hadis yang aku dapat dalam buku Fiqah Anak Soleh, iaitu tentang amalan-amalan yang dicintai oleh Allah.

1. Solat tepat pada waktunya.
2. Berbuat baik pada ibu-bapa
3. Jihad fi sabilillah

:)

Itu sahaja untuk hari ini.
Selamat malam semuanya! May Allah bless.




Eh, eh, eh! Kejap, kejap! ~

baca doa tidur dulu okayy? :)  *senyum sambil gosok-gosok kepala*


بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
(dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati)


-Love, Orked.-


Tuesday, December 25, 2012

Si Manis 17 :)


Hari ini, 25 Disember 2012. :)

17 tahun.

17 tahun aku menghirup udara yang Tuhan beri dengan percuma.
17 tahun aku diberi kesempatan untuk menyayangi dan disayangi.
17 tahun aku mendapat nikmat hidup yang cukup sempurna.

Tuhan, terima kasih...

Hari ini, secara rasminya aku bergelar si manis 17. Haha, perasan betul! =D




Aku tak nak apa-apa hari ini, aku cuma mahu agar terus diberi kekuatan untuk mengharungi hidup yang aku tak tahu bila penghujungnya. :) Aku cuma mahu menjadi seorang Syafiqa Izzati yang super kuat, yang tidak pernah berkeluh-kesah, yang sentiasa menyayangi dan disayangi, yang tidak pernah meninggalkan agama, yang taat kepada Tuhan dengan sebenar-benar taat, yang boleh membahagiakan kesayangan-kesayangan hati, yang penyabar, yang tidak mudah melenting, yang selalu bersikap positif, dan yang akan terus bertahan selama mana mampu untuk hidup dalam reda Tuhan.

Semalam, selepas pukul 12, hoho, macam biasa laa... insan-insan tersayang call dan mesej ucap selamat hari lahir. Waaaa, terharu sangat. Hmmm, mungkin sebab hari lahir aku pada 2512, maka senang kot nak ingat. Haha, lagipun aku seorang yang kecoh. Sejak kecil lagi aku suka 'paksa' orang untuk ingat birthday aku. Hihihi, tapi sekarang dah tak dah. Dan, tak sangka.. korang semua masih ingat. Oh, walaupun hanya sekeping sms tetapi cukup untuk menyedarkan aku bahawa aku sentiasa di kelilingi oleh si pria dan si gadis yang jiwa mereka penuh dengan kasih sayang. Sekurang-kurangnya, aku tahu aku tidak sendiri. =D

Dapat call daripada Pqah Qilah, Amni Aqilah dan Hajar Afiah. :) Dapat sms daripada Basirah, Zahir, Dayah CSWK, Husna Muni, Hazim, Wani, Awak, Orang Notts, Suhada, Amanda, Kerol, Husna Madi, Zian, Izzat, Alyaa, Hani, Che Nur, Laa, Adham, Fasiha, Pok May, Aina Diyya, Cg Zmah.

Ada mesej yang membuatkan aku menangis, haha - you know who you are.
Ada call yang membuatkan aku menangis jugak, haha - you also know who you are.

:)

Kenapa aku tulis kat sini? Sebab, suatu hari nanti.. bila aku baca lagi entry ini, aku pasti tersenyum mengenangkan mereka, yang aku sayang! :)

Tuhan, terima kasih untuk hidup yang sangat indah ini.

Love, and be loved. =)


* * * * *


Petang tadi, rasa sedih. Rasa nak menangis. Uhuuuu.

Tetiba terbayang-bayang di kepala ayat yang pernah Awak kasi pada aku suatu ketika dahulu.

"Walau apa pun yang orang buat pada kita, kita jangan balas balik. Dan, kita jangan buat perkara yang sama pada orang lain. Fikirkan perasaan orang."

Ayat tu aku pernah tulis di kertas yang aku lekatkan pada dinding. Aku bangun daripada katil, aku pergi cari ayat itu pada dinding yang penuh dengan kertas-kertas. (aku suka lekatkan kata-kata yang penting dan bermakna, pada dinding)

Yes, that it is. Aku baca balik ayat itu dan aku paksa diri aku senyum. Later, aku cakap pada diri aku sendiri, "Takpe iqa, takpe. *senyum* walau apa pun yang orang buat pada aku, aku tak boleh buat perkara yang sama. Ya, tak boleh. Aku kena sabar."

Aku tarik nafas, dan aku senyum.
This's how it should be.
Learn to control my emotions, no matter how hard it's. :)

Kalau kawan, boleh buat aku macam itu.. aku pun boleh buat hal yang sama. Tapi, aku tak nak buat hal yang sama. Sebab, kawan tu anugerah Tuhan. Paling tidak, dia pernah hadir dalam hidup aku dan pernah mengukir senyuman untuk aku. Aku tak kisah, kalau kawan nak teruskan dengan apa yang dia buat sekarang ini. Yang aku tahu, aku tak nak ambil hati.. sebab aku masih sayang kawan.

Bukankah, 'be a good girl' adalah salah satu misi aku?
yes, i want to be a good girl. (i am trying to be)

doakan! :)


* * * * * *


251295 - 251212.
I want to keep strong. This is my life. I should write the story on my own, because it is mine.

Dear self,
Happy sweet seventeen.
May Allah bless in every breath you have taken.
Be a good girl! Now and forever.  
Yours sincerely,
the other you.




-Love, Orked-



Sunday, December 23, 2012

Insomnia


Oh. Rasanya sekarang aku sudah kena insomnia kot. Hahaha. =.='

Kalau pukul 12 berada di atas katil, pukul 1 pagi lebih masih terkebil-kebil sambil peluk bantal. Omaigod. :D


Untuk Orang Notts;

Mama pergi Kota Bharu untuk dua hari. Exam. Hari ini baru pulang, :) Oh, Adam dan Adib dah balik dari pondok kelmarin. Tak tahu macam mana nak cakap apabila sepuluh hari bergelar tiga beradik. Haha. Sangat sangat sangat bosan! Sunyi sepi je. Mana la biasa macam tu. Hehe. So, here they are ~ =D Rumah ini akan porak peranda setelah sekian lama ibarat tidak ber-musik-kan irama perang mulut + smackdown. Hahaha. *gelak jahat*

By the way, gua la yang jadi suri rumah keh keh keh *gelak ayu* sepanjang mama tiada.You have no idea how great I am. *sila muntah jauh-jauh* =P

Lu pun tak serajin gua kan? Ahaaaa.

Oh, lupa nak cerita. Kelmarin sambut birthday si Sarah. Alah, dekat restoran Rumbia ke-hape-entah-nama je. *cemburu buta* Sambil tengok final AFF Cup. Haha. Gua rasa nak gelak pada Thailand. Eh, ke lu tak tengok bola? Lupa. Rumah lu takde TV hehehe. :P

Okey, bye bye. Mama sudah pulang! Adam dan Adib kembali memeriahkan rumah. Cuma lu je yang takde. Oh, gua rindu. (kot) Hihihi.

Jumpa pada Januari nanti! :) Sila cepat pulang ~
Sekian.








Friday, December 21, 2012

Dingin


Selamat pagi! :)

Disember semakin menemui penghujung... namun damainya aku harap akan berkekalan sehingga selamanya. Oh, langit masih lagi sering menangis pada waktu malam dan pagi. Sejuk. Dingin. Tapi, damai! :D Suka sangat hujan. Suka suka suka! =D

Damai,
ianya memenuhi ruang di setiap hembusan nafas
hati aku bagai pantai yang tidak berombak
                      matahari yang bersembunyi di sebalik lembutnya embun pagi
kerana aku percaya
damai itu anugerah Tuhan
untuk aku; yang sering menyimpulkan resah dan gelisah dalam senada




"Ada banyak alasan untuk tidak mudah percaya sama (semua) orang. Tapi, tidak ada alasan untuk tidak percaya Tuhan." - Tia Setiawati Priatna




-Love, Orked.-


Thursday, December 20, 2012

20122012


Pagi yang indah,  :)

Kelmarin result PMR, 19.12.2012.

Tahniah untuk adik adik adik adik adik adik adik aku yang berjaya. :D

Sepupu-sepupu aku, ada 3 orang. Alhamdulillah, Allah gave them surely the best!

Adik adik adik kesayangan, kecintaan aku... Hajar Afiah, Haizum, Adieya. Alhamdulillah plus congrats! Mereka cukup buat aku bangga, sebab aku tahu betapa mereka berusaha begitu keras! Tambah pulak, untuk subjek English. Tapi tak apalah, rezeki itu, Allah yang bagi. :)

untuk;

Pyaa, tahniah tahniah tahniah. Kak tahu how much you had tried, then that's just enough for me to have a big proud on you. I just want to give a deep hug, in order to tell you that I will always stay and never to leave. Forever, no matter what happen. 'cause I love you more than enough. Good luck for days to come, sayang!

Ejum, tahniah dapat A English. Treat me an ice cream then you owe me nothing! =D

Dieya, tahniah tahniah. You can get better in future. You know you will. For now, i'm very proud.

Pya, Ejum, Diya... budak-budak kecik yang kak iqa sayang, never give up! Sebab korang masih ada dua tahun lagi untuk shoot for the best! I believe that. :)

 Kanak-kanak A206 2012 ~ pya ejum diya pikah naha hilal eg malihah aina;

Alhamdulillah rata-rata cemerlang. Kak iqa tahu korang mesti boleh punya dan korang telah pun buktikan. Kak iqa cuma mampu tembak doa-doa daripada jauh. Terima kasih untuk kenangan setahun bersama. Awal Januari sehingga awal April di asrama, dan bulan-bulan seterusnya di sekolah. Terima kasih sebab sudi cakap, "rindu kak iqa.." sewaktu terjumpa kak iqa di tepi-tepi jalan selepas kak iqa keluar asrama. ^_^ kak iqa rindu korang jugak, sangat.

you have no idea how much I miss them!

* * * * * *

huuu, sepatutnya lebih tidak pentingkan diri sendiri. sepatutnya lebih fikirkan orang. bukan diri sendiri. okey, senyum. mungkin aku perlu lebih positif. iya, positif!

insyaAllah, mahu kekal positif.
tak mahu layan perasaan negatif dalam hati ini. yang berkecamuk, yang meresahkan, yang jiwang, yang urghhh entah apa apa.

"Sederhana saja, kalau kau benar-benar mencinta, kau akan setia." - Tia Setiawati Priatna


*jatuh terduduk, usap-usap hati*

senyum. hati, engkau akan okay.
aku tahu, sebab engkau cukup kuat.
dan, cukup matang ~

Allah, please hold my heart and lead me to the right path. :)
keep me strong and afar from sadness yet laziness.
only You, I can rely on.

* * * *

Oh, sebut pasal laziness ini hehe, aku rasa aku sudah suka memasak sekarang! Haha. macam tak percaya je. Best wuuuu masak. Lalala. Tapi biasalah, siap angkut laptop letak dekat dapur. Keh keh keh. Resepi internet punya pasal ~ Tapi, sekali itu je la angkut laptop. Dah tak buat macam tu dah, macam malas pulak nak tengok-tengok laptop. Jadi, kita tanya puan mama je la steps nak bersilat di dapur. =D

best rupanya jadi suri rumah. Lalalala.

and I am proud to be a lass! yeahhh.

* * * *

okey! jumpa lagi. I will jot down later.
peace =D




-love, Orked-


Monday, December 17, 2012

Curhat


Selamat pagi, :)

Disebabkan aku punya hari lahir jatuh pada 25 Disember, jadi, urusan aku di Institut Memandu semuanya tergendala selepas lulus ujian e-test hari itu. Hmm, tidak ada sebab lain melainkan tidak cukup umur! Oh, sabar je la. Jadi, aku hanya perlu tunggu 2512 dan selepas itu baru lah aku boleh proceed to the next.

Oh, aku tak kisah sangat pun pasal benda itu. Aku bukannya terdesak sangat nak buat lesen, insyaAllah, masa masih panjang. Tapi, tak tahu kenapa rasa sedih. Sedih sangat. Aku tak tahu nak cakap macam mana atau kenapa, tapi yang aku tahu... aku sedih. Sebab, aku rasa tiada sesiapa untuk aku curhat. Hanya diam yang menjadi peneman. Sunyi menjadi penghibur.

Dan, aku rasa perasaan lama aku itu muncul lagi. Setelah sekian lama.
Aku rasa keseorangan. Aku rasa, penat.

Hati aku, macam patah seribu.
Tapi, aku tak tahu kenapa.

"Walau, kau tiada di sini ku tetap ingat semua pesanmu, ku hidup seolah-olah kau masih ada, bisikan kata kepadaku.."

Itu petikan lirik lagu Patah Seribu. Aku suka sangat lagu itu. Kalau aku dengar petikan itu, aku teringat pada seseorang; -awak. Seseorang yang beri impak besar dalam hidup aku. Dan aku rasa, kehilangan. Aku hilang dia. Aku rasa dia macam tak peduli pada aku. Beratnya rasa. Sakitnya rasa. Aku cuba bertahan, sambil cakap, semuanya akan okay. Semuanya akan jadi macam biasa.

Aku tahu dia sibuk. Aku cuba nak faham dia. Aku cuba.

Tapi sekarang, aku betul-betul rasa hendak pergi berdiri di luar hujan yang lebat. Dan, aku hendak menangis. Cukuplah, aku cuma hendak menangis.

Tuhan...
Damaikan aku dalam rintisan hujan...

Tuhan....

Saturday, December 15, 2012

Sepupu & Chalok


Selamat petang. :)

Cerita hari ini hanyalah untuk membuat orang Nottingham (Selangor) cemburu. Haha.

Begini ceritanya, sedang elok-elok aku menghadap komputer tup tup cik sepupu telefon. Katanya, dia sedang berada di rumah cik sepupu yang sorang lagi. Diorang ingat nak pergi pantai, tetapi, hujan. Maka, batalkan rancangan itu dan entah tiba-tiba rasa nak pergi rumah Che Ma (emak saudara) yang terletak nun jauh di Chalok. Haaa, aku on je rancangan diorang itu. Dalam pukul 12 tengah hari, diorang pun sampai. Okay, okay, bertolak sekarang. Sudah lah bertiga sahaja, perghh, memang syok la. Aku, Bilah dan Mirah. Tapi, mesti la Bilah yang bawak kereta sebab huhu dia sorang je yang dah ada lesen. (lambatnya aku nak dapat lesen kereta)

Kira-kira, hampir sejam jugak laa perjalanan. Kitorang guna jalan pantai Penarik, memang indah laa pemandangan. Hehe. Bila dah sampai rumah Che Ma, kitorang makan-makan bla bla bla bla dan bla. Tidak lama kemudian, selepas Asar, Abah Long dan famili pulak datang menyusul. Oh, Abah Long itu abahnya Bilah. Bilah yang cakap kitorang tengah lepak rumah Che Ma, itu yang ajak diorang datang sekali kalau diorang nak datang. Lagi meriah. :)

Hehe. Siap bawak Hafiey (anak sepupu) yang kebetulan hari lahir dia jatuh pada hari ini. Wah, sudah cukup 2 tahun Hafiey. Semakin cerdik dan semakin petah bercakap. =D

Rumah Che Ma memang banyak novel. Jadi, sempat jugaklah habiskan satu novel. Huhu. Tapi, kena tempelak dengan Ayah Mat, "Aik, kalau nak baca novel.. baik pergi library." Haha. Kan dah kena. Huahuahua.

Jadi, kitorang makan dan makan dan makan lagi. Baca novel. Borak-borak. Main-main. Main dengan Hafiey sangat lah seronok! Yeah, sememangnya suasana yang bahagia. Alhamdulillah. :D

Kitorang bertolak pulang dalam pukul 10 malam. Haa, kali ini Ijak pula yang jadi driver. Abah Long dan yang lain balik terus ke rumah diorang di Pasir Puteh. Yang naik Vios, cuma Ijak, Kak Siha, Bilah, Mirah dan aku. (oh, orang nottingham tolong lah jeles! :P) Jadi, Ijak kena laa hantar aku dulu pulang ke rumah. Kemudian, hantar Mirah. Kemudian lagi, baru lah tiga beradik itu balik ke rumah mereka. Haha, jauh tak jauh.. nasib lah. :P

Dalam perjalanan, macam-macam kitorang bualkan. Gaya dah dewasa kan. Hihi. Radio mainkan lagu Hindustan, alah, lagu Kuch Kuch Hota Hai ke ape lupa laa pulak. Boleh pulak kitorang buat cerita, ijak jadi heronya, aku jadi heroinnya, mirah jadi heroin yang sorang lagi tu, kak siha jadi nenek, bilah jadi anak perempuan. Haihh. Macam-macam! Duduk dengan diorang ini, memang perangai selalu bikin tak kering gusi laa. Sama je semua. (orang nottingham dah cemburu ke belum? :P)

Kemudian, Ijak bukak pulak cerita pasal zaman Islam dahulu, kehebatannya.. kejatuhannya.. bakal doktor itu dah macam ustaz dah! Aku rasa macam dengar talk pun ada. Hehe. Tiba-tiba rasa kerdil pada budak ex-mckk itu sebab rupanya banyak jugak aku tak tahu pasal sejarah kita. Hmmm. *muhasabah*

Okey, sampai di rumah aku dalam hampir pukul 11 malam. Erk. Ijak itu bawak kereta, lajunya mak aiii boleh tahan, gerun jugak aku. Entah berapa kali aku dan Bilah warning Ijak haha dah la malam-malam. Huuu, nasib baik tiba dengan selamatnya. :D Tapi, aku rasa nanti kalau aku yang jadi pemandu mesti aku bawak laju jugak. *gelak  jahat* Sebab aku suka laju. Cumanya kalau aku penumpang, memang aku rasa nak lepuk je sape-sape yang bawak laju. *berat sebelah* =)

Lepas ucap selamat tinggal bla bla bla dan tata pada diorang, maknanya tamat sudah cerita perjalanan untuk hari ini. ^_^

Haihh.

Dulu sewaktu kecik-kecik.. main lumba lari, badminton, teng teng, game ayam lah dan macam-macam lagi.

Sekarang, masing-masing dah habis sekolah menengah.. habiskan masa dengan jalan-jalan bawak kereta pulak, sambil cerita tentang masa depan serta mengimbau masa lalu (lepas itu gelak ramai-ramai). :P

Oh, betapa masa berlalu dengan pantas! :)

Dan, mereka; sepupu-sepupu sebaya yang sangat dekat di hati. Alah sebaya lah tu, walaupun beza umur ada yang setahun, dua tahun, tiga tahun, empat tahun lalalalala ~ Tapi, masih tetap rapat. Macam kawan yang baik, dan sahabat yang memahami.

Terima kasih; Ijak, Bilah, Kak Siha, Mirah, Alyaa, Hanis, Aqila, Hafiey untuk kenangan yang cukup manis! :D



Nota:

Haaa. Orang Nottingham, dah menangis ke sebab cemburu? Waahaha. Kami di sini, merindukanmu! Cepat-cepat la balik oiii, boleh kita pergi jalan-jalan pulak. -.-'


Game Ayam


Sobahal kheir :)

Sekarang ini bulan Disember, alhamdulillah, hujan sentiasa turun. Sukanya :) Rasa damai je apabila langit menangis. Hehe. Sejuuuuuuk. Suka suka suka! :D




Oh, itu kakak aku + aku sewaktu tengah syok main game Ayam. Game ini game PS1, jadi, game ini memang dah lamaaaa ada sejak aku sekolah rendah lagi. Game Ayam ini lah yang aku dengan sepupu-sepupu selalu main waktu zaman sekolah rendah dulu. Haha. Sampai sekarang pun masih tidak dilupakan. Sepupu aku cakap, diorang simpan lagi game ini sebab sayang sangat. Nah, sekarang kitorang main di komputer sahaja :P

Dan, sampai sekarang kitorang masih sukaaaaaaaaa main game ini. Nostalgia kot, hoho mana tidaknya, dari kecik sampai ke besar game ayam inilah selalu di hati. Okey, ini game racing sebenarnya. Sebab apa kitorang panggil game ayam? Sebab ayam watak utama kot. Haha. Lantaklah. :D

Ingat lagi, waktu sebelum SPM, maknanya kehidupan tengah haru-biru haha, jadi suatu hari pergi lah jalan-jalan ke rumah Abah Long bila balik ke Pasir Puteh... kebetulan Ijak, Anif, Bilah, Kak Siha dan kakak aku pun ada. Makanya, ho yeahh, marilah kita bermain game ayam.

Aku lawan dengan Ijak, aku kalah. Tapi, tak habis-habis gelak waktu tu. Lama rasanya tak ketawa macam tu. Sebab, bila kitorang main game tu, memang lucu habis la! Aku tak tahu nak cakap macam mana sebab semua orang gelak, gelak dan gelak. Tambah-tambah, Bilah. Bilah gelak sebab cakap 'ustazah' pun boleh kecoh tahap gila-gila dek kerana main game ayam. Perghh. Memang kecoh pun, hingar-bingar bila kitorang race. Haha. Kalau aku lawan dengan Bilah pun aku kalah. Lawan dengan Anif pun kalah. Mak aii. Sejak kecil hingga lah sekarang, tak pernah aku rasa aku menang race tu. Arghhh. *hantuk kepala pada dinding*

Memang terbang la stress masa itu dek penangan game ayam yang cool petala sepuluh + sepupu-sepupu aku yang macam tak cukup umur semuanya. Walhal, semuanya dah habis sekolah menengah. Haha. =.='

Sesungguhnya, game ayam ini adalah satu nostalgia untuk keluarga besar kami. Keh keh keh. :D

Dan, aku harap game ayam ini boleh bertahan untuk sepuluh atau dua puluh tahun lagi dalam simpanan sepupu-sepupu aku. Hamboiii, nak kasi anak-anak main ke hape? :P


Friday, December 14, 2012

November 4, 2012 :)


4 November 2012.

Sehari sebelum SPM.

Kali terakhir belajar dalam kelas kesayangan. Kali terakhir duduk bersama sebagai rakan sekelas. Kali terakhir bergurau senda tahap melampau dengan kesayangan-kesayangan hati. :P







Tak sampai sebulan, sudah rindu. Sangat rindu. T____T

Timothy Green


Good evening! :)

The odd life of Timothy Green. 

This story was so beautiful! :) I could feel the senses of family-love, hope, sadness and dream. It's just, an adorable and sweet magical movie. It's about Cindy and Jim who're longing to have kid on their own. Finally, they gave up. There's nothing more could be done. One night, they jotted down how their ideal kid should be and put the notes in a box. Later, they buried the box in the yard. A miracle happened then. There's a mud-covered boy named Timothy who had leaves on both his legs appeared suddenly and called them, mom and dad.

Happiness. Timothy brought the happiness to their new family. You could find humours, miracles, loves, tears, laughters and so many more through out the movie. Yet, it's sweet and simple. Love, and be loved. That's people are for in our life :D This movies taught me the meaning of never gave up, sacrifice yet how to appreciate the matters that happened in every single breath we had taken. Because, you knew, we might do not have the chances anymore to face it once again. Every single day, brought every different story. Just learnt how to go through the days with full of joys and thought the precious times were miracles!






That's what Timothy had done. He lived his life to the fullest because he knew, when all the leaves in his legs went, he would go too. Because he did not have so much time. The saddest part was when it's destined for Timothy to leave. I cried. Yes, I cried because I could see the pureness of his parents' love when they were trying to persuade Timothy not to go. They hugged Timothy whole-heartedly. Later on, Timothy disappeared in a blink of eyes. T_________T It's so hard to let go our beloved, right? And I felt it. I just felt, I didn't want Timothy to leave his home! But, there's nothing could be done unfortunately. Timothy was just a temporary gift to Jim and Cindy. As the saying said, "It is important to know nothing lasts forever, so we'll not get entangled by temporary things in life."

I adored Jim and Cindy, because they were trying really hard in order to become a good parents.

I wanted to be like Timothy, whom always kept calm and positive. Timothy knew how to appreciate every single thing in his life.

Enough said, my heart was touched.
Indeed.

Timothy:  “About my leaves, I gave them all away, because that’s what you do with gifts.”

 




Thursday, December 13, 2012

Selamanya Harimau Malaya, di setiap jatuh dan bangun :)


Hai :)

Setakat ini tidak pernah terlepas menyaksikan perlawanan Malaysia. Daripada peringkat kumpulan sehingga separuh akhir! Dan, ternyata perlawanan separuh akhir kedua ini sangat lah mendebarkan jiwa raga. Haha. Serius. Patutlah ada orang kena sakit jantung apabila tengok bola. Huhu. Mahu sawan rasanya! =.='

Okey, sepanjang perlawanan tadi, peristiwa Fadhli kena kad merah dan dia nangis masa keluar padang sangat la menyayat hati. Huhu. Sedihnya rasa. Tak tahu nak cakap macam mana. Rasa macam kena tindas pun ada. Dalam hati, geram je nak !@#$%^&* pengadil. Haha. Ish, tak baik tak baik. Sabaaar. Sabaaaaar. :) Oh, yang muka Farizal hendak disepak oleh pemain Thai pun macam meruntun jiwa juga. Hailaaa. Tiba-tiba rasa berkobar semangat cintakan negara. Saya sayang Malaysia!

Memang, kalau hendak dibandingkan cara pemain Thai buat hantaran bola kepada geng diorang, memang tidak dapat dinafikan lah yang diorang lebih baik dan kemas. Tapi, aku rasa geram sangaaaaaaaaaaat pada pengadil itu! What the fish. Huhuhu.

Tapi, tak apa. Positif. Aku tidak ralat pun bila Malaysia kalah. Sebab aku rasa kita kalah dengan maruah! Dan.. kita tidak boleh menang sepanjang masa, kan? Apa yang penting, sekurang-kurangnya kita telah cuba yang terbaik setakat yang kita mampu! Selamanya Harimau Malaya, di setiap jatuh dan bangun. Saaaayaaaaaaaang Harimau Malaya!

Baiklah, tutup cerita hari ini. Sesungguhnya, hari esok masih ada untuk Harimau Malaya mengaum, yeah yeah, hehehe.

:')





Wednesday, December 12, 2012

of December 12, 2012


Oh hai! Apa khabar semua? :) Moga hari ini lebih baik dari semalam.

Okay, nak cerita tentang hari ini! 121212. Hari yang sangat meletihkan tetapi membahagiakan. Perghhh. Kenapa bahagia? Kerana masa itu dihabiskan bersama kesayangan-kesayangan hati. :)

Ujian Undang-undang. (E-Test)

Ya. Hari ini ada ujian undang-undang di Jabi. Hmmm. Seawal pukul 9 pagi lagi sudah terpacak di Institut Memandu. Fuh, semangat! Semangat apanya, kalau lewat nanti tak pasal-pasal kena tinggal dengan Pakcik Van. Sementara menunggu, kitorang lepak di kantin je. Sambil menelaah buku. Haha. Malam sebelum nak ambil ujian baru terhegeh-hegeh nak bukak buku. Tu pun cuma baca buku yang Q&A. 'Buku Teks' memang minta maaf la ~ Pukul 12 am masih ber-sms dengan Cik SM, ya, masing-masing tak habis mengadu buku undang-undang itu bosan. Arghh. Memang bosan betul :P

Oh, sempat beramah mesra dengan seorang kakak ini. Nampak dia tengah duduk berdiri sorang-sorang, jadi sementara Nabilah pergi dekat kaunter, sempatlah tegur.. Huhu, selamba badak je tanya kakak tu sekolah mana. Padahal dah belajar di U :P Nak buat macam mana, muka kakak tu muka baby face. Tak hairanlah kalau aku ingat dia lepasan spm macam kitorang. Hehe. Kakak tu comel sangat! Dah la peramah jugak. Namanya Putri Safira Nabila. Hmm, cantik nama. Safira. Suka suka suka! :)

Okay, sampai di pusat e-test tu lebih kurang pukul 10 la kot. Ehemmm. Memang penantian itu satu penyeksaan! Orang ramai, tempat kecik je. Mula-mula tu berdiri je, arghh, tak sanggup tak sanggup, buat muka tak tahu malu dan duduk bersila di atas lantai je. Ahaaa. Jangan risau, lantai karpet :P Mula-mula aku sorang je duduk haha tapi lama kelamaan dah jadi fenomena biasa dah. :P Mana taknya, tak tahan manusia berjam-jam nak berdiri sambil pegang buku. No way ~ Erk. Aku la yang tak tahan. Korang semua aku tak tahu la :D

Untung ada jugak nampak muka budak-budak sekolah aku. Haihh, dulu jumpa kat sekolah. Sekarang jumpa kat sini. Cepatnya masa berlalu! :) Menunggu dan terus menunggu. Sambil berborak. Haha. Lama tak jumpa kawan-kawan. Kalau dulu hari-hari boleh bercerita di sekolah, sekarang tidak lagi! *sedih*

Husna Madiha, Syafiqah Manaf, Eizat Zakbah, Nabilah Rosli.... geng yang naik satu van dengan aku! Memang berkepit dengan diorang je laa. Haha. Kat sekolah pun dah rapat, so takde masalah la nak hang out~ Dan, yang sedihnya... diorang semua dah buat ujian sebelum pukul 1 petang! Aku, aku sorang je yang tersesat selepas pukul 2 petang. Arghh, boleh dibayangkan tak apabila anda harus menunggu sangaaaaaat lama dengan perasaan yang sangat bosan? Haha. Rasa nak hentak-hentak kaki pada lantai je. Sabar. Sabar :D

Jadi, kitorang jalan kaki pergi masjid untuk zuhur! Agak seronok laa dapat jalan-jalan di tepi jalan ramai-ramai. Hehe. Rindunya sekolah. Rindunya! *tetiba* Bla bla dan bla. Kembali ke pusat e-test dan yeahhh akhirnya nama aku pun dipanggil. Lega betul! Dah nak dekat 3 kali aku khatam buku Q&A itu sementara menunggu sepanjang hari ini. Haha.

Komputer no 3. Tangan dah sejuk tahap ais. Oh, kalau tak lulus aku memang dah tak sanggup nak datang sekali lagi ke tempat itu dan menunggu lagi. Waaa waa waaa. Tidak, tidak dan tidak. Kena lulus. Harus lulus. Wajib lulus. Masa diberi 45 minit sahaja tapi aku jawab dalam masa 10 minit 53 saat rasanya. Dan alhamdulillah, lulus :) 44/50. Okey laa tu. Cik SM 44 jugak. Cik HM 45. Cik NR 46. Hehe. Alhamdulillah. Boleh la nak senyum. Sekurang-kurang berbaloi jugak masa aku satu hari di sini.

Jadi, bila semua budak IM Besut dah siap, kitorang naik van dan balik!

Alhamdulillah untuk segalanya.
:)









Majlis Kahwin 

Tak. Tak. Tak. Cerita belum tamat ni. Hari ini jugak kakak kepada Najihah kahwin. Anak ustazah aku. Makanya, kitorang memang dah aim lepas habis e-test memang nak pergi serbu rumah Jihah. Mesti! Sanggup ni tak makan tengah hari sebab nak pergi makan di rumah Jihah. Ahahaha.

Kebetulan, di tepi pusat e-test tu ada kedai jual bunga. Jual bunga segar pun ada. Waaahh. Biasala, perempuan memang teruja dengan bunga-bunga. Tambah pulak, cantik! Jadi, memandangkan kitorang nak pergi majlis kahwin makanya kitorang pun kongsi duit dan beli bunga segar putih untuk dihadiahkan kepada pengantin. Phewww. Cantik sangat! Suci je aku tengok bunga tu. Haha. Putih kan. =)

Jadi, di rumah Jihah, kitorang makan dan bergambar. Oh, memang riuh rendah laa!

Psstt, sebelum kitorang masuk ke dalam rumah pengantin, sempat lagi sapu minyak wangi Cik HM pada kelopak bunga tu. Hahaha. Biar wangi siket sebab bunga tu tidak berbau. Hanya cantik semata-mata. :P Memang wangi laaa! (aku rasa tak pasal-pasal pulak layu bunga-bunga tu nanti sebab kena minyak wangi, hehe)

Penat, tapi berbaloi.

Sebab kadang-kadang, senyuman yang mekar di bibir insan-insan tersayang seakan cukup untuk merungkai lelah. :)

Okay, itu sahaja untuk hari ini.
Jumpa lagi! :)











-sincerely me, -




Ps. Arghh. Susahnya nak kawal perasaan. Haha. Tak terkawal. Menyampahnya aku, menyampah dengan diri sendiri! -,-



Tuesday, December 11, 2012

:)




tuai padi antara masak

esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan

anak cina pasang lukah
lukah dipasang ditanjung jati
didalam hati tidak ku lupa
sebagai rambut bersimpul mati

batang selasih permainan budak
daun selaseh dimakan kuda
bercerai kasih talak tiada
seribu tahun kembali juga

burung merpati terbang seribu
hinggap seekor ditengah laman
hendak mati dihujung kuku
hendak berkubu di tapak tangan

kalau tuan mudik kehulu
carikan saya bunga kemboja
kalau tuan mati dahulu
nantikan saya dipintu syurga


Sunday, December 9, 2012

dykhmimy



i. "awk lupa?xpe2..sy ajar..gni smile.. :) ..comey an.."
ii. "klau awk bt0l2 snyum, lg c0mmeyy.. :)"
                                                                                                             -oct 6, 11-







Saya Bakal Pemandu :)



Hai! :)

Hari ini ada kursus undang-undang jalan raya! Perghhh. Mula pukul 9 pagi, tamat sekitar pukul 3.30 petang. Saya bakal pemandu :D

Okay, rasa macam tengah duduk dalam kelas kat sekolah je sebab boleh tersengguk + pejam mata tanpa keraguan. Haha, mengantuk! Tengah hari dan petang, huhu, memang kena cubit dengan Asmaq yang berada di sebelah. :P Dah la duduk depaaaaaan sekali, uhuhu, nak buat macam mana lagi, mengantuk punya pasal :)

Dan, hari rabu ada ujian!

Wah, tak sabar nak khatamkan 'buku teks' dan 'buku latihan' Institut Memandu! *konon-konon* :D

Cumanya, rindu sekolah :'(
rindu.

rindu nak tido dalam kelas? Hahaha. tak lah. rindu nak dengar cikgu panggil nama penuh dengan kuatnya sebab tersengguk sewaktu cikgu mengajar! dan lepas tu, buat muka tak tahu malu sambil sengih dekat cikgu. Oh. rindu.




Saturday, December 8, 2012

Buku (Kali Sejuta)


Oh hai!

Aku rindu kawan-kawan! Rindu kali sejuta :)

Tapi tak apa, memandangkan sudah boleh goyang kaki dengan bersenang-lenang hehe maka, aku ada banyak buku yang sudah diperap sekian lama di dalam almari untuk dibaca. Yeah, heaven! Dan, memang betul.. duit raya aku hampir habis disebabkan pakcik dan makcik buku! Wahaha. Duit mengalir macam air :( tapi, demi buku.. tak kisah lah :D

Sebelum Aku Bernikah - Hilal Asyraf
Ensiklopedia Kiamat - H.M. Yusuf
Al-Raheeq Al-Makhtum - Syeikh Sofiyyur-Rahman
Sehingga Al Quran Terpahat di Hati - Mohd Solleh
MACEDONIA Alexander Agung~Hijab Raja Zulqarnain - Web Sutera
Dia Yang Kunikahi - Iqbal Syarie
Invasion - Robin Cook
Lone Wolf - Jodi Picoult
Sing You Home - Jodi Picoult
PS. I Love You - Cecelia Ahern
Thanks For The Memories - Cecelia Ahern
There's No Place Like Here - Cecelia Ahern
Aku Muslim - Nur Khairunnisa
Fiqah Anak Soleh - Musthofaal
Jangan Bersedih - Dr 'Aidh
Wahai Anakku Yang Tercinta - Drs Al-Ustaz Pauzi
Ibadah Terapi Kehidupan Orang-orang Mukmin - Ustaz Muhd Naufal
Kembara Seorang Hamba - Shahnon Ahmad
Stop Look Go - Norehan M. Nooh


Harap-harap semuanya bermanfaat! InsyaAllah :)

Psstt. Kalau hendak diikutkan hati, rasa nak beli buku yang teramat banyaaaaaak tetapi, huhu, duit takde. Haha. Okey, mari mula menabung lagi! ^_^

Dan, buku yang aku nak beli sangat setakat ini;

The Time For My Life - Cecelia Ahern
One Hundred Names - Cecelia Ahern
The Time Keeper - Mitch Albom

Tapi, kena kumpul duit dulu la sebab mahaaaaaaaal. *nangis*

“Reading is one form of escape. Running for your life is another.”  ― Lemony Snicket


Okey, jumpa lagi! :)

Tag Ipa :)



 Ini tag yang Cik Nazifa suruh jawab. :)

1.sape design blog anda <jujur>? 
 Kalau tema klasik, aku sendiri! :D Tapi, kalau dah warna-warni macam ini, hurmm, pakcik blogger la punya kerja :P
2.wrna kgemaran & sebab 
Hitam. Sebab, aku rasa hitam sangat cool, cold, mystery and evil! Hahaha.

3.suke makan meggi tak?? 
Boleh la. Maggi goreng sedap ape. Tak minat maggi yang ada kuah tu. :P

4.anda paka spek ke tak?klu paka,sila bagi nama kedai spek yg anda pegi. 
Ya. Aku bermata empat dan, entah, tak ingat dah kedai mana. Hoho.

5.bleh tak sebut huruf R dan S?? 
RRRRRRRRRRRR. SSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS. :D

6.sape anda paling suke??kamil atau kawan anda 
Anis je yang suka kamil, kan Ipa? Haha.

7.anda ad angan2 nak jadi princess tak..klu ad..anda nk jd princess ape?? 
Ergh. Macam tahu-tahu je. Aku selalunya dikenali sebagai Princess sebab aku yang selalu suruh kawan-kawan aku panggil aku Princess. Dan, sampai sekarang ada junior aku panggil aku, "Kak Princess! Kak Princess!" Muahahaha. Tapi, bukannya sebab berangan nak jadi princess ke hape. *sedar diri. Dan sebenarnya, aku tak pernah terfikir pun nak jadi princess jenis apa.

8.anda ad restoran atau kedai makan??berikan nama serta menunya sekali.. 
Tak ada.


9.anda  pemalu??klu ya..berikn contoh,, 
Tak.

10.rumah ad terletak kat bukit keluang?!berikan nama pntai yg ad dekat kaw. tu. 
Mesti la Pantai Bukit Keluang! Nama je rumah dekat pantai tetapi jejak kaki ke sana pun boleh bilang dengan jari berapa kali setahun aku pergi. Hehe.

11.anda mnat kat saya??
Tak. Aku minat dekat orang lain. :D





Thursday, December 6, 2012

Di Atas Segala Sesuatu


aku lupa.
Tuhan yang memiliki manusia.
mana mungkin manusia bisa memiliki manusia.
kerana hamba tetap bertuankan Tuhan.
dan, hamba tidak mampu menjadikan setarafnya bernilai lebih daripada segala sesuatu.

aku hamba. dia juga begitu.
Tuhan itu tuan. Dan selayaknya yang bernilai lebih daripada segala sesuatu; hati hamba buat Tuhan
bukan hati hamba untuk hamba

Kenapa Tuhan?
kerana letaknya Dia.. lebih di atas segala sesuatu.

syaizz-06122012/0150


* * * * * *

hati manusia, bukan milik kita kan? *diam*

hei, selamat hari merdeka! untuk diri sendiri, sempena berakhirnya SPM. hari ini mungkin tersenyum riang kerana setelah 5 tahun, akhirnya hari penamat sudah muncul. tapi, siapa tahu hari esok? pipi ini mungkin dihujani rintisan-rintisan air yang turun daripada mata, kerana aku pasti, sebuah kerinduan yang mendalam pasti hadir. benarkah, rindu itu hakikat derita yang indah?

ah! tak sampai sehari berlalu, tapi aku sudah merasakannya. rindu. rindu. rindu. dan, rindu.

aku di sini, sedang merindu. :)

aku rindu akan telatah mereka yang sentiasa memberi gelak dan tawa.

aku rindu akan kerenah mereka yang terkadang menimbulkan geram dan marah.

aku rindu, kerana aku belum bersedia untuk berpisah. haha, tapi tiada apa pun di dunia yang kekal selamanya. makanya, hidup perlu diteruskan. kerana memori itu, adalah penguat hati.

tapi, aku rindu :(
waktu menunjukkan pukul 0213, dan aku sedang merindu perkara yang sudah berakhir.



Saturday, December 1, 2012

Damai


"Eh, itik!"

"Iqa, iqa pernah tengok angsa tak?"  *Cik P perli*

Hahaha. Sama-sama gelak. Sebab Iqa buat muka teruja pabila nampak itik melenggang (?) waktu jalan-jalan hirup udara petang dengan Cik H dan Cik P.

Main baling-baling belon air kecik dengan adik Cik H.
Bila belon pecah, sama-sama gelak. Basah. Terpercik.

Duduk atas buaian jaring yang sangkut di antara dua pokok tu, Cik P hayun laju-laju. Wahhh.

Gelak sama-sama sambil perhatikan motor-motor yang tak henti-henti bergerak. Sentiasa akan ada.

Waktu tengah jalan-jalan pulang, tetiba anak jiran depan rumah (sebaya) melaung. Hah. Cik H kata dia bawak orang KL pusing-pusing kampung. Haha. :P Singgah sekejap, borak-borak petang. Erk, borak-borak lewat petang sebenarnya. :)

Memang rasa suasana kampung la petang ini :) Petang yang damai.

Damai.


* * * * * *

Kadang-kadang aku tak sedar pun
Yang di sebalik rintisan-rintisan hujan
Ada sesuatu yang menenangkan jiwa
Seakan membasahi hati yang gersang

Hujan sahaja sudah cukup,
untuk memberi damai pada hati

kerana damai itu
ada di situ