Friday, November 29, 2013

Sehingga


buku-buku dah beli.
dem. dah takde alasan taknak study hahah.
dekat empat ratus jugak la melayang untuk buku-buku dan notes bagai.
kau, kalau kau tak mahu jadi semakin tough, kau jaga!
T_____T

tadi kelas ekonomi. *sigh*
miss anne sumpah gempak gila tapi tapi tapi faham-faham je la ekonomi kan.
mesti ada numbers dan graphs bagai huwwaaaaaaa nak nanges nak nanges sob sob.

tapi takpe takpe.
insyaallah boleh. yang penting study.
aku pun macam malas nak amik peduli tentang apa-apa.
hmmm.
yang aku tahu aku nak belajar. tu je.

dah aaa subjek sem 2 ni makin tough.
tapi takpe. jangan kalah jangan mengalah hoyeahhhh.

dem. aku rasa nak tukar ke akademi pengajian bahasa je nanti degree.
hahaha.
tapi, aku tak nak tinggalkan law.
tak nak tinggalkan kuantan.
tak nak tinggalkan gorgeous g.
tak nak tinggalkan nyaman aku di sini.

kuantan pada malam hari indah.
seperti kota cahaya.
lampu bertebaran bergemerlapan.
aku suka kuantan yang bising, tapi damai.

tak tahu aaaa macam mana nak describe-
tapi andai ditakdirkan aku hidup untuk berpuluh tahun lagi,
kuantan yang inilah yang akan aku kenang seumur hidup.

kuantan yang begini,
yang sedang aku rasakan damai di hirupan nafas.

mari aaa kita cipta memori suka duka di sini-
sehingga april 2014.

mari.
sebelum ianya berakhir.
sebelum tiada sesaat pun yang berlalu tanpa kenangan.

semester 2,
selamat menjadi indah.


untuk kami-
para pencinta kuantan;
bumi jatuh bangun.
bumi tawa tangis.
bumi resah damai.

selamat.

Thursday, November 28, 2013

Kenapa

*sigh*

kenapa mahu dibiarkan benci bertunas.

kenapa mahu diluruhkan cinta sesama kita.

izz.

semua ada hikmah.
semua ada sebab.

terima izz, terima. untuk hidup yang lebih indah. untuk masa yang lebih emas. dunia ini untuk semua. jangan fikir bahagia cuma kau yang berhak. jangan.

*senyum*

moga lebih meriah.
moga lebih cantik.
moga lebih kenangan.

yang baik-baik sahaja.
insyaallah.

selamat datang ke dunia G.
dunia pelangi.
sumpah.

mari kita sama-sama meraikan bahagianya ya. :)

Wednesday, November 27, 2013

Jaga


aku suka bergaul dengan orang. aku suka bercakap dengan orang. aku suka tegur orang. aku suka senyum pada orang. aku suka. aku suka berinteraksi.

tapi, aku ada masalah.
aku tak suka orang masuk dalam hidup aku.

yang aku rasa dah cukup,
yang aku rasa dah bahagia,
yang aku rasa dah tenang,
yang aku rasa dah sayang.

tiba-tiba ada orang menghulur diri nak masuk dalam ruang-ruang tersebut,
memang aku tak boleh.

rimas.

sebab semua yang aku expect, akan jadi negative.
halang lah macam mana, jauh daripada sudut hati-
aku memang fikir macam tu.

ingat lagi-
waktu tingkatan empat.
memang ramai budak baru masuk.
masuk kelas aku pun ada.

dan aku-
aku benci.

hahahah.

cara aku memberontak-
aku tulis kat papan putih dengan marker merah besar-besar;
boikot budak baru.

takpun, aku letak note kat kerusi diorang.
boikot.

tambah-tambah bila budak baru tu aku lihat menjengkelkan.
gila.

di akhirnya,
bila dah nak habis separuh tahun,
baru aku dapat terima.

aku memang pantang.
kalau mess up-
jaga.

jaga.
tu je aku cakap.

sebab aku pantang-
orang lain rosakkan kebahagiaan orang-orang yang aku sayang.

dah lama dah aku simpan.
dah lama tak tunjuk.

tapi ingat-
di masa hadapan,
kalau kau buat apa-apa kat G;
JAGA.

jangan buat aku hempaskan buku kat depan kau.
jangan buat aku jeling kau.
jangan buat sampai aku cakap, "kau dah kenapa?!"

jangan buat perangai yang aku tak boleh nak get rid sampai sekarang itu muncul lagi.
jangan.
sebab aku takkan teragak-agak.

jangan nampak aku baik.
sebab kalau melibatkan benda macam ni-
kau akan nampak siapa aku.

aku belum tunjuk,
sebab belum perlu.

tapi selagi kau tak buat perbezaan yang buruk pada G-
aku masih akan senyum.
aku akan cuba untuk terima.
aku akan paksa diri aku terima.

aku janji.
aku janji aku cuba.

kalau tak-
aku ulang lagi;
JAGA.

Tuesday, November 26, 2013

Semester 2


dah hari kedua semester dua di sini! hmmm. hmmmm. jadual kelas semakin penuh. cuti sabtu ahad je. dan belajar lapan subjek.

law037. law039. law087. law088. elc092. elc093. eco099. ctu086.

empat subjek law. satu subjek english. satu subjek writing. satu subjek ekonomi. satu subjek asas syariah.

malangnya-
kena belajar ekonomi!
dem dem dem aku dah la tak ingat apa nak main kira-kira ni. huwaaa. tapi kan, aku rasa macam boleh je go on kot sebab masyaallah pensyarah kitorang sangat cool.

miss anne namanya.
memang kecoh kelas.
sebab dia sangat comel, cool dan steady.

aaaa, sangat best kelas dia!

penat. penat. penat. baru dua hari kelas. haha. dah terbiasa makan tido.

so far so good.
gorgeous g is still there for me.

oh, 25112013. kelas pertama introduction to law ii. dengan lecturer baru. miss illa. semester 1, iqbal dan ummi yang jadi class rep & assistant. semester 2, mimi dan iffah. :))

miss illa suruh sorang-sorang perkenalkan diri. macam biasa, nama kemudian asal kemudian kenapa masuk bidang ini.

bila tiba part kenapa boleh ambil law-
jawapan aku;
accidentally. sebab ni last choice aku masa isi upu. so instead pergi ke matriculation and getting involve with sciences and maths, better la aku buat mende ni. cliche. ada dua tiga orang juga la yang spesies aku. lari ke law sebab taknak sciences dan maths. haha sep siket iekyn & zam! okay. okay. aku cakap lagi, at first susah la nak survive but things get better becauce i have a gorgeous classmates.

lepas aku cakap gojes tu, bebudak ni pun buat auwwwwwwww tacing reramai. ngahaha. bila aku duduk, miss illa cakap, "best compliment ever." :)

zam dan bal pusing belakang lepas tu cakap, izz sweet hahaha.

bukan aku nak buat sweet ke apa. aku memang sayang gojes g. aku memang hargai mereka. sebab memang betul, mereka yang buat things get better. seksa betul aku waktu mula-mula masuk sem 1. takyah cakap la deraian air mata yang tumpah. tapi, luckily mereka ada.

dan lama kelamaan-
kuantan sudah menjadi semakin indah. law sudah menjadi semakin sebati.

kerana mereka.

dan aku bertahan-
kerana aku ada gojes classmates yang kami gelarkan diri kami;
gorgeous g.

memang dah lekat nama tu.

juga kerana aku ada ohsem housmates.
:)

kat sini aku buat keputusan tak nak bergaul sangat dengan orang. tak amik port dalam mana-mana jawatan. cuma budak yang mungkin hanya dikenali oleh classmates dan housemates je. dan aku, aku kenal classmates dan housemates je among 300 orang budak uitm kat sini. dan yang lain semua kenal gitu-gitu je. setakat tahu muka. setakat tahu budak uitm. ye, uitm kuantan kecik je. so aku rasa macam aku duduk sekolah asrama je. ekeke. bezanya, curfew 11pm. tu je. alhamdulillah seronok!

tapi bila dah ada housmates-
yang mana ada crush tu, silakan kongsi silakan tunjuk.
yang mana ada gosip, satu kuantan tahu.
yang mana ada kisah itu ini, asyik cerita.

maka, update jugakla berita kampus ni ngahaha daripada tak kenal orang boleh la setakat kenal yang mana mahu yang mana perlu. :))

sebab bagi aku-
aku dah boleh hidup cuma dengan classmates dan housemates.
rasa macam hadiah daripada tuhan.
rasa diberikan nafas baru untuk hidup.

baiklah, untuk hari ini-
cukup.

selamat malam kuantan.
moga nyaman senantiasa.



Sunday, November 24, 2013

Tamak


aku tamak.
aku tak suka berkongsi sayang.
aku mahu sayang seluruhnya hanya untuk aku.

tapi, aku bahagia tamak begitu.

aku bahagia tamakkan tok, mama, papa.
walaupun menjengkelkan kadangkala perangai aku ini.

mana tidaknya, asyik berebut kasih.

dem kuantan. dem.
kenapa cepat sangat dipanggilnya aku?

aku masih belum puas menggesel-gesel pada mama.
aku masih belum puas memeluk-meluk.

masih belum cukup.

harini serba tidak kena. petang tadi sampai aku menghentak-hentakkan kaki ke tangan sofa, merengek-rengek mahu paksa mama temankan ke pasaraya cuma untuk beli ubat gigi dan biskut.

menjengkelkan?
tidak.

aku memang begini.
aku tamak.

dem. aku tak nak balik kuantan!

 

Pria


ada-
masa isi minyak dengan acu, acu mintak tolong abang stesen minyak ni isi angin kat tayar.
nampak macam 20 an la. manis-manis sahaja.

dia buatkan keempat-empat tayar.

bila dah sudah, acu hulur lima ringgit.
acu cakap, buat beli air.
tanda terima kasih sebab tolong dengan manisnya.

tapi dia tak ambil.
beria-ria dia lari elak-elak bila acu paksa dia terima.

akhirnya,
dengan senyum yang paling sopan,
dia cakap kat acu, "takpe. dah memang kerja dia."

lepas tu dia senyum lebar-lebar,
kembali bertugas tanpa ambil duit yang acu mahu kasi.

walau cuma jaga pam stesen minyak.
pekertinya nampak.

ah, rupa-rupanya masih ramai pria berbudi di luar sana.
masih ada.

Friday, November 22, 2013

Konservatif


Reply 1997.

kena tengok aaa. siapa-siapa yang rasa dia lahir tahun 90's wajib tengok haha sebab bagi aku, inilah cerita yang paling best. mana taknya, tengok cerita ni mesti macam terimbau zaman-zaman kecik dulu. dengan kawan-kawan. ye laa. main kat keliling rumah. main mainan kecik tu. tido atas kamus dalam kelas. tengok tv yang ada tv 1,2,3 je kot kalau kat mesia ni. takde henfon. main surat-surat. haha. petang-petang lepak dengan kawan. takde risau-risau.

aku ni konservatif sikit. aku mengaku. mungkin, sangat konservatif.

konservatif ni menurut pusat rujukan persuratan melayu adalah-
ingin atau cenderung untuk mengekalkan sesuatu keadaan yang wujud atau yang menjadi kebiasaan.

bagi aku, sebenarnya dunia hujung jari ni tak best. whether kau akan dapat banyak baiknya atau kau akan dapat banyak buruknya.

aku tak pernah suka mainan kat smartphone. tak pernah addict. kau akan hilang sense untuk main-main dengan apa yang ada kat keliling kau. takde kerja je, mesti diam je tumpu phone. buat apa? main candy crush. --" dan itu akan buatkan aku sangat rindu pada mainan aku zaman dulu-dulu. lari-lari, sorok-sorok, lompat-lompat. sebab aku dah besar? memang. tapi aku tengok adik-adik aku mana ada dah main-main macam tu. agaknya, kalau aku tanya adik aku, mesti diorang tak reti nak buat tali getah yang kita ambil getah banyak-banyak dan kita sambung-sambung lepas tu panjang gila lepas tu kita main lompat-lompat. haha.

sekarang ni pun, aku dengan zee je kot yang bila free main mainan kaki. bila dah terer, nampak macam kitorang tengah menari tarian inggeris haha. padahal tengah battle step. satu-satunya permainan yang aku main sekarang. itu pun dah cukup buat aku gelak-gelak. dan aku lebih prefer ini daripada candy crush.

sekarang dah tak ada main surat-surat ke tulis-tulis guna pen ke. semua pakai wassap je. semua jenis kenangan dalam phone je. macam entah, aku tak tahu. aku tak suka. mungkin sebab aku sukakan kertas. jadi aku sedikit bias.

*sigh*

sekarang ni kalau boring mesti bukak tv. hadap tv je. cerita pulak mostly cerita entah apa-apa. aku rasa macam dungu sungguh. tapi rasa macam tersekat. nak keluar main-main ke jalan-jalan kat luar rumah memang tak ah. tambah pulak duduk rumah sebuah-sebuah macam kat kawasan aku ni. harap bebudak kecik je la or budak-budak lelaki main bola.

bosannya!

aku sebenarnya dah muak dengan televisyen. paling aku muak-
ceritanya.

kalau aku tengok pun, cerita CSI, Law & Order, Merlin, The Heirs, Marry Him If You Dare. aku lemas. lemas duduk tercongok depan tv. aku harap sangat rumah aku ada pokok besar yang boleh aku bersidai kat atasnya bila boring.

masa dulu-dulu ada buaian kat porch tengah rumah aku. petang-petang mesti ambil bantal lepas tu pegang buku lepas tu berbuai-buai sambil baring kat buaian tu. damai sungguh.

sebab tu aku tak pernah ada impian nak duduk kat bandar. aku lebih prefer kampung. jiwa aku di sini. aku nak pokok. aku nak hijau. aku nak rumah kayu. aku nak orang-orang kampung yang mesra. aku nak kehidupan. dan sebab tu juga lah, dari dulu lagi kalau aku lukis-lukis, aku akan lukis rumah kayu dengan bukit air terjun di belakangnya, dengan orang-orang yang sedang senyum. itu yang aku impikan.

bila kau duduk kat beranda rumah, kau akan nampak bintang yang penuh kat langit.

itu je. itu je.

aku rasa aku ni orangnya konservatif.
sangat.

mungkin sebab aku larut dalam kenangan. atau mungkin sebab aku risau pada masa hadapan, semua itu akan hilang.

ya, dunia berubah. makin maju.
tapi jangan hilangkan nyaman aku yang masih tinggal.

jangan hilangkan dedaun hijau. jangan gantikan pokok rendang dengan binaan merapati langit. jangan. jangan hilangkan air terjun yang dingin. jangan hilangkan bintang yang bersinar di atas. jangan hilangkan syurga bumi yang manusia ada sekarang.

jangan hilangkan semua itu atas nama maju dan moden.

*deep sigh*

aku rindu masa-masa dahulu.
tetap rindu.

tapi, semua itu yang sudah berlalu. cukup dijadikan kenangan beerti. yang di hadapan, letaknya pada tangan kita manusia. moga-moga sejauh mana pun zaman merentasi kehidupan, nyaman itu tidak akan pernah hilang.

kerana nyaman yang sebenarnya itu,
adalah cinta daripada tuhan.



ps. dah lama tak masuk hutan! rindunya hijau. rindunya sungai. *nangis*

Wednesday, November 20, 2013

Deranged


tadi tengok cerita Deranged. cerita korea. cerita pasal kasih sayang, pengorbanan, keluarga. ramai yang kena virus. ada satu famili ni, comel je. isteri anak dia dua orang kena jangkitan jugak. sang suami je yang tak kena. memang tacing aaaa bila suami tu sasau tak henti-henti usaha cari penawar pergi situ sini dengan keadaan yang dah chaos, dengan gilanya. yang paling touching, bila suami cakap dengan isteri dia kat telefon, sampai menitik air mata suami tu. arghhh. kasih sayang kan.

siapa lah yang nak hilang orang yang dia sayang.

tapi cerita tu mesti lah happy ending. suami tu peluk anak-anak dia. lepas tu isteri menangis depan dia sambil terduduk sebab macam tak percaya je keadaan gila yang dah berlaku kat diorang sebelum ni. lepas tu suami dia panggil nama isteri dia lepas tu satu famili peluk sambil menangis.

siapa yang tak touching? siapa?


* * * * * *

aku dah jadi manusia yang tak peduli orang lain dah. aku. entah. aku tahu aku kejam. tapi aku rasa hati aku dah macam batu. aku tak tahu dah berapa kali aku sumpah seranah diri sendiri.

dem.

memang patut pun. kadang-kadang kau nak sangat ubah diri kau, tapi kau takde kekuatan. sampai di akhirnya, kau dah hilang sense untuk berubah.

dan kau biar keadaan, dengan tetap begitu.

contohnya: kau nak sangat hiraukan orang yang kau sayang, yang bermakna. tapi kau tak boleh. kau kosong. macam mana kau nak sayang orang kalau diri sendiri pun kau hancur nak lulur sepenuh kasih? di akhirnya, semuanya terbiarkan begitu.

kau jadi manusia robot. tapi, kau tak sedar.

sedar-sedar, kau dah begitu.

dah terlambat.
dah terlambat.
dah terlambat.

* * * * * *

alaaaa. gigi hari tu dah sakit balik. cuma tak seteruk hari tu. dah berapa kali kemam ais dalam mulut tak berhenti. tapi sebenarnya, ianya akan lagi menyakitkan. ye la, masa ais tu ada dalam mulut, sejuk, kebal, tak rasa la sakitnya kan. bila dah habis, lagi sakit denyutnya. arghh. sekali kau dah pakai ais, kau tak boleh berhenti. sebab bila takde, makin sakit!

tak tahan sangat dah.

cari painkiller yang doktor bagi hari tu. ada tiga biji lagi. ambil satu biji. tarik nafas dalam-dalam. telan. tapi bukannya sakit tu terus hilang kan.

letak ubat kebas dalam mulut. yang hari tu ada lagi. beli kat farmasi. dem. sampai ke lidah kebas sebab terkena cecair tu jugak. ye la. mulut besar mananya. kecik je.

tahan sakit. tunggu painkiller jalan. sampai tertido. bila bangun je, dah tak sakit. fuh.

tuhan nak hapuskan dosa-dosa kau yang terlampau banyak tu. sabarlah. tuhan masih kasihankan kau. sabarlah.

* * * * * *

Monday, November 18, 2013

Heroes

kelmarin ada lipan bawah sejadah. panjang jari telunjuk jugak aaaa. aku nak buat apa pun tak berani. padahal ada je kamus tebal ke penyapu ke nak kasi lipan tu mati.

yang paling best bila ada heroes-
they act likely as they are.

bisik-bisik panggil adib. adib cakap kat papa. papa suruh adib buat sendiri guna penyapu je. adam pun masuk jugak. diorang bekerjasama keluarkan lipan tu dari bilik aku.

yang aku-
berdiam kat katil.

haih. lepas tu diketawakan oleh budak berdua tu sebab bagi diorang lipan tu, "elehhhh".

-_-

seyes aku cakap. aku tak boleh. urghhh. lipan tu aku boleh tahan lagi kalau ada dekat. tapi satu-satunya yang aku paling ngeri, ular. masyaallah. even yang kat dalam tv pun aku tak boleh tengok. ingat lagi, aku pernah tengok cerita snake on plane. memang kisah ular. natijahnya, sampai termimpi-mimpi.

sejak itu, memang aku langsung tak berani. langsung tak.

hah. aku pun tak tahu la apa nak jadi dengan aku. lipan ular trauma. ubat biji pun tak boleh. jarum nak cucuk lagi la!

hari itu sakit gigi. doktor cakap dia nak bla bla bla bla tapi kena cucuk ubat bius dulu. urghh dengan pantasnya buat muka seram. aku rela minta ubat makan. tu pun dia kasi biji. tu pun nangis-nangis nak telan. dah berapa terbazir masuk dalam sink. letak dalam pisang dulu lah. haihh. ini semua salah nurse gigi yang cabut gigi aku masa darjah 5. dia cucuk mak aiiiii. sejak hari tu, terus aku trauma dengan jarum kalau nak cucuk dalam mulut. sejak hari tu, aku tak pernah deal dengan jarum kat mulut.

dem aaaaa.

macam mana nak hidup macam ni. tak tough langsung.

Sunday, November 17, 2013

Tawar

aku tak tahu. tapi aku bangun pagi ini, dengan rasa sedih. *sigh*

senyum tawar.

tolong terbangkan aku ke dunia yang paling hujung. nanti biar aku kais sendiri sisa nyaman yang tinggal agar tidak hati aku kejung.

dunia. apa sudah jadi sama engkau.

Saturday, November 16, 2013

Fikir mak ayah


ahad minggu depan dah kena balik uitm. sabtu sehari sebelumnya ada muet- listening, writing & reading. oh pehlis. aku lebih rela burn seratus daripada terpaksa reseat muet lagi nanti march. hahaha. band 4 please. band 4.

somehow aku tak tahu lah kenapa aku belajar benda ni. kenapa aku kena amik muet band 4. aku tak berani letak harapan la sebab dulu english spm aku pun tak capai. when you are expecting, and you finally get nothing... that is a total disappointment. ngaahaha.

ok serius aku tak tipu.

ye la ye la. tahu tuhan bagi semua benda bersebab. tahu rezeki orang takkan sama dengan rezeki kita. tahu yang tuhan tu adil. tahu tahu tahu. arghhh demmit hati, tolonglah jangan fikir bukan-bukan.

how i wish aku nak cepat-cepat habiskan master dan kerja. nak simpan duit nak bagi kat mama papa. nak bagi kat adik-adik. kakak aku? tak payahlah. nanti dia pun kaya hahaha. nanti aku dan kakak aku dah kerja, senang sikit nak tolong mama papa. adik-adik aku yang berempat tu mak aiiiii, hahaha.

kau dah besar ni barulah kau tahu kan susah payah mak ayah besarkan kau. huaaaaa.

the only way nak tolong mak ayah-
belajar.

jangan duk berjimba sangat. reti? aku nak jugak buat law. tapi aku tak boleh decide lagi whether aku nak jadi lawyer ataupun lecturer. and before master nak amik LLB Syariah ke kat UIA setahun or dua tahun buat double degree. or tengok la macam mana. dah bersimpang siur jalan dalam kepala otak aku ni. terus lari daripada cita-cita asal lepas spm dulu. yang pasti, semua jalan yang aku nak amik- law.

kalau tuhan dah letak aku, at the beginning kat law;
then i will finish it. i have to.

sebab nanti lapan tahun lagi-
aku nak mama papa boleh senyum sebab kakak aku dah jadi biotechnologist dan aku dah jadi lawyer.

tu je.
tu je aku nak. mama papa senyum.

dan serius, kau fikir je mak ayah-
mesti kau akan dapat feel nak study. nak berjaya. nak habiskan belajar. nak bagi duit kat mak ayah. nak bawak mak ayah pergi makkah.

kan?

sebab kau dah dapat sense tu, sense susahnya orang tua aku kerja cari duit nak besarkan anak-anak dia. eventhough mak ayah aku cikgu.

sebab tu aku salute sangat parents yang susah payah banting tulang nak bagi makan anak. terharunya. sebab tu lah, manade kasih sayang kat dunia yang paling mulia selain kasih sayang mak ayah?

*diam*

*pandang muet model papers*

*sigh*

gotta go. wish me luck in muet!


Friday, November 15, 2013

Deena


semalam kan kecoh-kecoh pasal muet march bagai hahah. aku pun dah pasrah dah sebab memang tak dapat la aku nak beli no pin kalau aku nak pun sebab bank tak bukak hari jumaat. sedang ber-huarghhhhh kat wassap group tetiba deena cakap kat aku, yang boleh je kalau nak dia tolong belikan. deena tu budak johor. aku pun rasa macam, kalau lah aku ni deena dan kawan aku adalah aku, mungkin aku takkan offer diri aku untuk tolong beli no pin. ye laa. harga beratus. menyusahkan pulak sebab diri sendiri pun tak tentu nak beli ke tak.

jadi aku macam terharu sangat. aku macam huwaaaaaa. aku macam tak tahu nak cakap terharu macam mana bila kita susah lepas tu orang lain dengan no offense nya nak tolong bagai. melibatkan duit lagi. bukannya sikit. padahal bukannya rapat tahap gila-gila pun. sekadar rapat sebagai kawan sekelas. rapat sebagai keluarga gorgeous g.

dan nak tahu apa yang deena cakap kat aku,

"alaaa, takpe la. kita kan kawan. ^_^"

dem. aku rasa nak nangis sekarang jugak!

sebagaimana tuhan pertemukan aku dengan manusia bukan pemberi cinta-
sebagaimana itu jugalah Dia pertemukan aku dengan manusia yang cintanya penuh hingga ke langit.

lepas semua dah settle, lepas semua keluarga gorgeous g tarik nafas panjang sebab mostly kitorang dah selesaikan muet march ni after pelbagai rumours and we had to take the final decision which was buying that pin number. just in case. we would take the risk.

aku cakap kat deena,

"seriyes anak kite nanti kite nak letak nama deena dotdotdotdotdot. supaya dia jadi baik macam awak. haha"

deena.

deena sakinah.

terima kasih. :))


ps. aku rasa aku perlu mula catat semuanya di sini lagi sebab, aku tak mahu semuanya hilang. memori aku dah semakin mengabur. dan aku perlu tulis, supaya suatu hari nanti aku boleh senyum sendiri apabila membacanya lagi. dan supaya, aku takkan lupa yang tuhan pernah menghadiahkan deena sakinah dalam hidup aku.



Thursday, November 14, 2013

Dem

dem aaaaaaa muet ni. demmmmmmmm!

+×÷=%_€£¥₩!@#$/^&*!

aku tak tahu nak beli ke tak no pin untuk muet march nanti. just in case tak dapat band 4 la kan untuk muet nov ni. hmmm hmmm. tapi dah dekat seminggu takde konklusi daripada wassap kelas hahah kejap nak beli kejap taknak beli. yang pihak muet cakap nak tutup esok dah. yang madam cakap takyah beli nanti madam do something.

tetibe kat group aie cakap, "bank terengganu bukak ke jumaat"

tadi budak kelas aku dah decide nak beli, takpe la korbankan seratus ringgit daripada korbankan degree law. arghhhhh, masalahnya esok dah tarikh tutup dan esok adalah jumaat yang memberi makna bank tak buka.

jadi, aku rasa aku jumpa korang di akademi pengajian bahasa je laa nanti degree!

susah sangat nampak. arghhh.

okay, bukak practice muet sekarang. muet nov, kau akan kasi aku band 4. kau ingat!

huh.

banyak betul kerenah birokrasi.

dah la, selamat malam dunia. selamat malam. aku penat. penat jugak hidup sendiri ni. takde orang yang aku mahu minta telinganya. tak sampai hati sama sesiapa. kalau dulu.....

ah!

kuat. kuat. kuat.
aku sudah tidak mahu terlalu bergantung pada manusia.

hilang juga akhirnya.
haha. pasti.

selamat malam dunia. tetapkan bintang itu dilangit sana, agar aku masih mampu punya nyaman. walau secebis. walau.

Pisah

Sepuluh hari lagi.

Demmit.

Macam malas pulak nak balik Kuantan. Huarghhhh.

Sebab aku tahu, masa aku di Kuantan akan berakhir dalam sekelip mata je. Sem 2 akan bermula, dan berakhir.

Dan aku, belum mahu itu terjadi.

Aku sayang UiTM Kuantan dan segala isinya.

Dalam hidup, ada satu je perkataan yang aku benci-

PISAH.

Tuesday, November 12, 2013

Gelap


orang yang paling jauh daripada Allah-
adalah orang yang hatinya keras.

ustaz don cakap.

macam mana Allah nak dekat dengan kita kalau hati kita keras.

T_________T


* * * * * *

allahurabbi. aku dah tak ada daya.

aku.

dah.

tak.

ada.

kekuatan.

sebab aku pun tak tahu, apa yang dah jadi kat aku sekarang.


* * * * * *

aku sekarang, suka bergelap.

aku benci, ada cahaya.

benci.

Monday, November 11, 2013

Setan

Setan apa yang melata dalam hati kau ni?

Setan apa.
Sampai kau jadi macam ni?

Sunday, November 10, 2013

The moment when-

The moment when-
Kau tak dapat tahan air mata sebab tengok cerita drama yang pernah jadi kat kau.

The moment when-
Kau dapat mesej lepas tu bukak pintu lari turun ke bawah tapi yang ada cuma deruan kereta lalu-lalang bersebelahan pagar.

The moment when-
Kau call kawan kau lepas tu kau panggil nama dia sambil tersedu-sedan sampai teresak-esak.

The moment when-
Kau cerita dengan juraian air mata dan terduduk kat atas jalan tar kat bawah apartment macam orang bodoh.

The moment when-
Kau nangis kuat-kuat macam orang gila sambil pegang telefon sorang-sorang tengah-tengah malam.

The moment when-
You just cant hold onto it anymore. How you wish it is a nightmare. But it doesnt turn out as you likely want to.

The moment when-
It is over.
Sunday. 180813.

Mana nak cari

sucks.

mana nak cari-
yang macam lee min ho.

hahah.
maybe i should get rid all of my korean dramas in this hardisk.

memang fairytale sangat.
tak wujud.

sebab, aku tak percaya ada.

Saturday, November 9, 2013

Sudah


hmmm.

aku benci jadi manusia yang berjaga malam. aku benci jadi manusia burung hantu. tapi, tetap tak terubahkan. tetap mata tidak mahu pejam selagi belum 2-3 pagi.

kau dah kenapa.

petang tadi sudah berkemas-kemas sedikit bagasi untuk dibawa ke Kuantan nanti. padahal, masih berbaki 2 minggu lebih sahaja lagi cuti. arghh, aku rindu Kuantan. aku rindu Sekilau. aku rindu Gorgeous G. aku rindu A107. aku rindu UiTM. aku rindu bandar yang tidak pernah tidur itu.

sudah habis idea nak buat apa. asyik televisyen televisyen televisyen oh pehlissss. aku benci aku. culas. malas. huarghhhhhhh.

dan sebenarnya, aku rasa kosong. rasa macam dada ini lompong. tapi dalam masa yang sama, tersesak-sesak dengan keserabutan. entah la, mahu dibilang seperti apa lagi. sedangkan aku sendiri tidak mengerti. tidak reti untuk memujuk dan menenangkan hati sendiri.

aku rindu nyaman.
aku rindu damai.
aku rindu perasaannya berdiri dibawah hujan merintik turun ke bumi.
aku rindu depangan tangan yang menangkap angin sepoi-sepoi sehingga membuai-buai wajah aku.
aku rindu segala yang sudah lama aku tidak rasa.
aku rindu segala yang sudah tidak ada.

hidup ini, terlalu pantas.
sampaikan aku tidak sedar bahawa aku sudah berbelas tahun menghirup nafas.
sampaikan aku tidak sedar bilakah aku menjadi besar.
sampaikan aku tidak sedar masa itu berdetik rakus tak menunggu.

kerana hingga kini, aku masih pura-pura tidak sedar.

aku masih larut dalam khayalan indahnya bermain lompat getah.
sukanya berkejar-kejaran dalam air banjir separas pinggang bila tiba musim tengkujuh.
seronoknya melihat bintang malam daripada atas motor papa tika pulang daripada kelas.

dan aku tahu, aku sudah hilang semua itu.
kerana itu, aku panggil ianya kenangan.

sampai satu saat, air mata kau masih akan meluruh jatuh,
kerana rindu.

ya, cuma kerana rindu.
untuk sesuatu yang tidak lagi kau punya.

*senyum*

agaknya manusia memang begini, seringkali sahaja mahu mencari yang pasti tidak ada. yang pasti tidak akan bertemu.

dan aku rasa,
aku sedang merindukan manusia,
yang tidak merindui aku.

:))

tidak apa. aku sudah biasa begini.

Friday, November 8, 2013

Lebih

Kau rasa ada ke-
Manusia selain ayahbonda yang akan mencintai kau lebih daripada diri sendiri?

Sejujurnya-
Aku tidak pernah percaya;
Aku tidak pernah percaya akan ada.

Thursday, November 7, 2013

Bertahan dalam hidupmu


Jika engkau pergi hilang dariku.
(Noah. Jika Engkau.)

.

.

.

.


Lagu inilah yang sekerapnya berdansa di telinga aku sekarang.

Aku punya perangai-
kalau aku suka satu-satu lagu, akan aku ulang mainkan lagu yang satu itu untuk berminggu berbulan lamanya sehingga habis minat aku, sehingga aku bertemu lagu lain.

Aku kan bertahan dalam hidupmu.

Tak. Aku tak mahu bertahan dalam hidup siapa-siapa.
Tidak mahu.


Terhempas dalam jaga


Kadang-kadang aku rasa macam bodoh, oh dan sedih.

Macam manalah dulu, aku boleh terlalu beri sayang pada yang bukan sepatutnya.
Macam manalah dulu, aku boleh percaya sehabisnya pada yang bukan sepatutnya.
Macam manalah dulu, aku boleh menangis untuk pada yang bukan sepatutnya.

Macam manalah dulu, aku boleh pentingkan hidup yang bukan sepatutnya;
bukan hidup aku sendiri.

Gila.

Bila dilihat kembali coret-coret lama-
Aku rasa mahu sumpah diri sendiri.

Gedik.
Bodoh.

Haha.

Yang dulu di waktunya-
ada hikmah,
ada hikmah,
ada hikmah.

Pada yang sekarang-
nah sekurang-kurangnya kau tahu untuk bilang pada sendiri,
"Jangan jadi bodoh lagi! Cukuplah sekali."

Kan.

Kalau tiada yang dulu-
kayu.

Mungkin tiada yang sekarang-
besi.

Nampak tidak Tuhan sedang ajarkan kau,
tentang sesuatu?

Maka, bila sudah tahu bila sudah diajarkan tentangnya-
berhenti berpura tidak tahu,
berhenti mahu melakukan yang sama,
jangan lagi perit itu diseru-seru,
takut nanti jatuh terhempas dalam jaga.

Sakit.

:))

Aku ni memang bodoh, ke?


Wednesday, November 6, 2013

Pada yang jiwanya ada


Kalau boleh diulang putarkan masa, satu je yang hendak aku ubah-

Aku sepatutnya cari sekolah yang ada aliran sastera tika tingkatan empat.

Serius.
Itu je.

Sebab aku sangat menentang bila adik nak ambil sains tulen dulu. Sedangkan sekolahnya ada sastera. Mungkin kerana aku cemburu tiada terhidang peluang sepertinya. Atau mungkin kerana aku tidak mahu dia merasa sakitnya silap pilih. Atau mungkin juga kerana aku tidak mahu dia terpaksa belajar sesuatu pada yang jiwanya tiada. Atau lagi sekali mungkin aku yang salah tafsir, sastera itu bukan hentian jiwanya tapi jiwa aku.

Seperti aku.
Belajar pada yang jiwanya tiada.

Bahasa itu jiwa aku.
Dan, aku tersadung barangkali. Lari jauh daripada jalan yang aku cinta.

Hikmahnya ada. Aku tahu. Maka- kalian yang bingung membuat pilihan untuk apa sahaja;

Pilihlah pada yang jiwanya ada.
Pada yang kalian merasa cinta di setiapnya.

Friday, November 1, 2013

Legal

I am no a good law student. I start the journey with full of pain. But God says that He will never give the obstacles more than His servant could get rid of it.

Law was my burden.

But now, Law is my blessing.

What I really want to do right now is-
Live the semester 2 for good. And being able to further my Bachelor of Legal Studies at UiTM Shah Alam.

Sem 1-
I could say alhamdulillah for the result itself which is above from 3.0 but yet still not have the chance for the Dean's List.

As saying goes, "The starting point is always the hardest!"

I am the one who make the choice. And my choice is, to strive for success in second semester!

No more times for virtual world, please. And no more time for something that can mess up the life. No more. No more. I repeat, no more.

Oh, I need to focus on MUET's last 3 papers in no time.

Band 4. Band 4. Band 4.
Ameen.

Law

This-
Is what I gonna do.

FINISH MY LAW SCHOOL.

:)

Alhamdulillah for the result. Starting point is always the hardest though. Alhamdulillah.