Tuesday, December 29, 2015

merepek


aku ingat lagi masa asasi dekat kuantan dulu, sir kamarul cakap yang dia masa degree, tiap kali exam tiap kali tu lah tak pernah jawab soalan dengan habis. sebab tak cukup masa. haha. masa tu aku macam, takkanlah tak cukup setiap paper empat soalan je kot. gituuuu. sebab masa asasi paper dia tak ada lah sampai tak cukup masa nak jawab.

haaaaaaa. kan betul sir cakap. faham tak perasaan, okay, aku tahu ni. belek lagi, haaa yang ini macam ini. belek lagi, haaaa yang itu macam gitu. sekali lima belas minit terakhir baru gelabah nak buat soalan yang macam gini yang macam gitu.

mulalah seret-seret je tulisan macam cacing (dengan harapan cikgu faham setiap huruf kat depan) lepas tu besar kecil besar kecil je tulisan sebab kau dah tak mampu tak ada daya nak tulis dan tangan kau terlalu lembab dah habis tenaga nak menulis tapi kau tahu kau tak boleh berhenti selagi akak peperiksaan tak tunggu kau kat sebelah meja nak kutip jawapan.

banyak sangat benda nak merepek tapi tak ada masaaaaaa ya tuhan. sedihnya. lepas habis, pegang tangan madam nak salam lepas tu pandang muka madam lepas tu dengan ikhlas redha pasrah yakin, "madam. maafkan tulisan saya. soalan 1 dengan 2 je tulisan cantik." pandang muka madam lagi. salam seikhlas hati. gituuuu anak murid yang kehilangan arah tuju.

* * * * *

hidup memang macam ni kan? padahal setiap benda tu cuma perlukan gist. cuma perlukan benda yang perlu. kalau merepek semua benda nak campur nak buat nak harung, memang haru biru lah ceritanya. jadi, moral hari ini?

jangan mengarut tika jawab exam. apatah lagi dalam kehidupan.

* * * * *

"self-pity will not get you anywhere."



loser


final exam kali ini macam tak guna sikit. haha. aku lah yang tak gunanya. nasib baik ada cila, rumet dengan sis yang duk brainwash aku tiap kali malam sebelum exam. masa tu laaa nak ingat cases haaa baru nak tahu facts apa semua sampai tiap kali discuss tiap kali tu aku cakap kat diorang aku tak patut amik law. sempat lagi tak nak tukar kulinari? kahkah diorang gelak. masuk pertandingan hias cupcakes pun buruk. ada hati. hey! masak je lah. hias bagi la orang lain. lepas tu sis dengan suara memujuknya,"sis, sikit lagi. dah sem 3 dah pun." k fine. k. sambung menghafal.

entahlah, kalau diikut hati aku kesian dengan diorang sebab duk bagi special lesson kat aku, nak ulang-ulang ajar, nak bagitahu cases mana yang penting, nak paksa aku ingat, nak bagi aku semangat lagi.. padahal diorang pun tengah struggle.

tapi mungkin sebab diorang lagi kesiankan aku kot, nampak macam loser sangat haha tak tahu lah kalau tak ada diorang. mungkin aku akan menangis di sebalik nota. nasib baik ada member tsk tssskkk.

dah, dah habis revision untuk esok. harapnya dipermudah. haha aku macam slow sikit untuk subjek sem ni. bukan sikit, slow banyak. takpe, slow banyak takpe. merangkaklah. at least sampai. daripada diam terus menyerah. no way kan? no way.

doakan aku dan kawan-kawan untuk criminal, mandarin dan consti yang masih berbaki. doakan kawan-kawan yang banyak sangat tolong aku, curah ilmu kat aku, bagi notes dan paksa aku belajar sampai ke habis walaupun aku jenis yang surrender kalau tak faham terus nak pejam mata huhu tapi haruslah dihalang. maka gigihlah diorang nak menerangkan segala benda yang aku payah nak faham. i cannot brain omg. saya memang menyusahkan. saya tahu. saya minta maaf. (terharu betapa sebenarnya aku punya kawan-kawan yang akan suruh kau berdiri jugak walaupun kau dah terlentang kat lantai)

aku sebenarnya, rindu rumah. huwaaaaaa. rindu papa mama atin sarah adam adib farah tok acu mokngoh sob sob sob. rindunya ya tuhan... tabahlah. tabah. doakan ika deh.

esok yang baik-baik sahaja harapnya.
selamat malam, sintok.


Monday, December 28, 2015

selamat ulang tahun yang kosong


tiga; tiada
sepertinya biasa
seakan lupa
siang bahagia
cuma berpura
malam tiba
kenangan melilau
jatuh airmata
benar rupanya
sudah lama
tapi kenapa
dalam jiwa
masih gila
aku tanya
sampai bila
pergi saja
sini juga
mahu punya
hidup tanpa
walau secebis
dongeng kita





Tuesday, December 22, 2015

error


the moment i said that i wont give up;
but actually i already give up.

GIVING UP.

GIVING ALL MY HOPES AND DREAMS UP TO THE SKY AND THEN WATCH THEM SCATTER INTO DUST AND LET THEM FADE AWAY SOMEWHERE ON EARTH;

BECAUSE SERIOUSLY I CANNOT DO THIS ANYMORE.


Monday, December 21, 2015

sebab


rindu nak belajar bahasa melayu, bahasa inggeris, bahasa arab... yang proper. pergi kelas, buat esei, poems, ayat balaghah dan so on so forth.

rasa muak. rasa jemu kalau tak ada jenis matapelajaran macam ni. alaaaa rindunya.

bosan.

dah bosan dengan facts, statutes and cases.

nak menulis ikut suka hati.
nak menulis bayangan mimpi.
nak menulis tak digari.

benci.

dah lima semester okay kau bergelumang. tinggal lima semester lagi. sabarlah. kau sendiri tahu kenapa kau pilih jalan ini, kan?

ingat tak,
-i will finish what i have started.

ingat tak,
-kalaupun aku menyesal nanti, sekurang-kurangnya aku takkan menyesal sebab aku dah buat pilihan yang aku memang nak.

ingat tak,
-passion can come second. the first will always be the intention.

dan ingat tak,


kan?

aku rasa kebanyakan orang ada sebab yang sama kenapa masih tak mahu mengalah, dan bertahan.

(merasionalkan diri)

(lapar)

(nak ciken cop, nasi ayam, sotong celup tepung, cheese cake mama)

(sabar lah)

(kembali bersemangat)




Saturday, December 19, 2015

maggi


dalam waktu-waktu macam ni,
tahap pemalas nak buat apa-apa sebab penat hadap buku-

makan maggi macam makan mamee krup krup je.

sebab lapar sangat tapi malas nak renyah.

*menangis*

walaupun fikir banyak kali sebab napie dah cakap tak boleh makan macam tu lilin okay lilin alaaa dah tuuuuuuu huhuhu sebab aku makan macam tu je maggi eizah hari tu hahah.

tapi apa kaitan maggi dengan hidup sekarang?
macam maggi, putar belit simpang siur.


.

.

.


sesat.
kalau tak mahu sesat, harus diperca.

dua-dua gila.


Thursday, December 17, 2015

memang


memang aku je ke yang rasa salah ambil kos tiap kali nak exam? memang aku je ke yang fikir betul ke tak benda yang aku buat ni? memang aku je ke yang nak patah balik, i shouldnt do this? memang aku je ke yang rasa tak confident? memang aku je ke yang rasa aku tak patut belajar benda mengarut macam ni? memang aku je ke yang rasa sepatutnya aku tak payah pilih jalan yang aku rasa aku boleh buat, dan terima yang aku memang kena buat? memang aku je ke rasa minat dan cinta yang datang kemudian ni macam tak masuk akal? memang aku je ke yang rasa tak boleh nak blend in? memang aku je ke yang rasa ya ampun macam mana aku boleh bertahan dua tahun lebih belajar macam gini? memang aku je ke rasa ya tuhan ada dua tahun lebih lagi? memang aku je ke yang rasa apabende woi apebende aaargh?!

memang aku je ke yang gila malam ni?


Wednesday, December 16, 2015

and, it feels like family.


sejak dua menjak hidup tak menentu ni, makan pun tak menentu. bila duduk dengan bebudak yang kaki makan lepas midnight ni memang cerita dia makan sama lah. kalau dah wann, napie, ika, eizah, franky, ipah, daus memang kejap-kejap maggi la, ruski la, vico la, biskut la, roti la, keropok la. masalah dia sebab napie yang suka masak. lepastu orang lain suka makan haha.

haritu napie buatkan maggie satu jug (budak asrama kan). tapi, aku kan tak suka maggie kari. rela aku tunggu diorang habis makan apa semua, baru napie masakkan ruski untuk aku. menangis terharu kejap sebab ada orang sudi buatkan ruski tengah-tengah malam.

esok-esoknya pulak, napie pergi buat mushroom soup pulak. alahai. esok-esoknya lagi, wann dengan napie goreng keropok. haha pantang bab makanan. i dont know. it just feels like family. it just feels like home.

semalam napie suruh aku belikan air mesin. padahal kat luar bilik je pun. sanggup bagi aku seringgit upah suruh belikan air yang aku mahu juga. sekali beli kopi ais. dah lama gila tak minum kopi. hasilnya pukul 4 pagi lebih baru dapat pejam. aku tak tahu sejak bila aku tak boleh react elok-elok dengan kopi. it hurts. hahaha. sumpah final exam pun aku takkan minum.

minggu lepas, duduk lepak dalam bilik sama-sama buat kerja. haha selalunya buat kerja pasal kolej yang kejap. kerja sendiri yang lama. masa tu stress buat buku mandarin. terus pejam mata atas sofa haha. ipah tolong tuliskan untuk aku karakter tu. wann buatkan air vico. tak, aku yang bangun-bangun lapar lepas tu semua duk pakat mintak air dia. wann memang redha dengan perangai bebudak ni hahah.

lepas tu napie buat #pickupline--

"kasih sayang izz sebanyak maggi ruski napie, sesedap air vico wann, dan setebal buku mandarin ipah."

kahkahkah diorang gelak. ya, aku tulis memang tak kelakar. tapi, situasi dia memang bantai la kena bahan.




aku tak pernah rasa yang aku akan sayangkan uum macam ni (despite of love-hate relationship yang tak sudah-sudah sebab stress dengan tak stress sama banyak). dah semester tiga, baru rasa. betul la kot, kat mana kita ditempatkan.. actually it is the best place untuk kita. orang lain tempatnya di sana, sebab hidup dia akan bermakna di sana. kita tempatnya di sini, sebab hidup kita mungkin akan bermakna di sini. kan?

and macam mana lah it doesnt feel like family--
kalau dah hampir hari-hari nak siapkan kerja + lepak sekali balik dari bilik pukul 3 pagi,
tido sebantal dengan eizah atas lantai sementara tunggu orang lain siap,
napie masakkan makanan tengah-tengah malam,
kena bahan dengan ika sampai rasa nak lempar bantal,
kena marah bebel dengan wann sebab cari pisau tak jumpa depan mata,
ipah yang tolong siapkan homework,
franky dengan daus yang suka mengusik,

alahai. macam mana?
kalau dah asyik habiskan masa sama-sama walaupun kejap-kejap takde arah tuju,
macam mana tak rasa macam family? walaupun kebanyakan rasa macam nak sepak je sorang-sorang sebab asyik buat sakit hati. hahah. kalau terasa kejap, selepas lima minit, baik balik. sebab nak mintak makanan hahahah.






tinggal


setiap hari, aku cuba berbicara dengan hidup,
seperti aku mampu tahu esok jadinya apa,
seakan aku mahu rayu untuk esok jadi persis yang dibayang-bayang.

setiap hari, aku paling takut akan hilang,
tentang wajah-wajah yang aku sayang, mungkinkah nanti pudar?
tentang cinta-cinta yang aku dukung, mungkinkah nanti pergi?
tentang hidup yang bagaimana lagi, kalau tiada?

setiap hari, aku berbicara soal abadi,
tahu, semua tidak kekal,
faham, termasuk aku nanti jua tinggal picisan memori.

tuhan, kalau di dunia aku sudah merasakan seperti syurga bilamana menatap wajah-wajah kesayangan hamba.. lalu, sudikah didengar untuk tiap kami saling memandang habis selesai semuanya berakhir?


*untuk-
tok, acu, papa, mama, atin, sarah, adam, adib, farah, cheqcheq, tera.
juga-
manusia.




14122015/
dalamrenungjauhyangpanjang



Saturday, December 12, 2015

alaaaaa


rindu.

pergi sana rindu sini,
pergi sini rindu sana.

alahai, hidup.

tapi, alaaaaaa.
rindu.







Wednesday, December 9, 2015

sehari lagi



akhirnya.
akhirnyaaaa.

ya tuhan, dua minggu yang sangat menghiris mental dan fizikal. tak ada hujung minggu sebab program dan setiap hari yang sangat sangat sangat buat aku terfikir, kalau terjun tingkat tiga jadi apa eh? ya, dah sampai tahap itu. dah macam orang gila. tidur bangun tak menentu. buat presentation macam orang kabut. pergi exam lambat. sepanjang semester tak pernah tidur dalam kelas family law, boleh pulak yakin tidur. rasanya tak pernah budak-budak ni tidur dalam kelas madame sebab nak kena think, kan hihu. 

hinggakan tahap aku beli buku mewarna sekali dengan krayon, sebab nak hidup balik. how pathetic my past two weeks. aku pun tak sangka macam mana aku boleh hidup macam ni. 

akhirnya.
akhirnya semua kerja dah submit. tinggal nak fokus untuk final exam.

tuhan, berikan aku sedikit sahaja sabar lagi.
esok sehari lagi.

supaya esok aku bisa terus berdoa;
sehari lagi.

dan, sehari lagi.


Saturday, December 5, 2015

mana awak? saya rindu


di tahap yang sekarang
aku cuma mahu meraung
pada dunia yang menarik tegang
pada manusia yang mengerikan sekeliling

setiap kita memang cuma selalu lihat kita yang teraniaya
setiap kita memang cuma memikir dalam pada yang dianggap
setiap kita memang cuma lupa pada kita juga pernah
setiap kita memang cuma hidup untuk membela perasaan sendiri

nah, kalau begitu
pegang sahaja masa lalu
tolak tepi semua
jangan anjak masa
biarkan di situ

kalau yang padanya hidup cuma baik-baik;
apa gunanya hujan di kala matahari?

Saturday, November 28, 2015

abang chong


tadi ada charity cinema yang chong buat. lepas makan kat kafe, pergi balik kat cenderawasih. saja. escapism. tengok cinema tu sorang-sorang. chong pasang mission impossible dengan corp apa entah. mission dah tengok tapi layan perasaan, tengok je la balik. yang corp tu best juga tapi macam gelak sorang-sorang la walaupun scene tak kelakar mana sebab pressure sangat jiwa. down tahap kerak bumi.

i dont know. i just cant live. i live but i dont feel like living.


corp ni cakap, "we live as we dream... alone." nak nangis dah. lepas tu ada,"some people think that they are getting stronger by holding on. in reality, the only power we have is letting go." okay sebak sorang-sorang.

habis cinema dalam pukul 1. lepak je kat situ sambil tengok budak-budak ni kemas dewan. chua, chong, shem apa semua. lepas tu lepak dengan chong kat bilik jkps. eon ada open day sekarang ni. cerita dia memang meriah la kan kawasan kolej sampai 2 pagi.

chong ni macam franky. antara senior yang aku respect. tak senior mana la kan kalau macam kawan macam famili dah kat kolej ni. #eonterbaik

aku down sampai tahap tak mampu nak luah dah. tapi lepas sembang dengan chong, semangat naik balik. betul la kot, maybe kita perlu orang yang kita tahu akan dengar untuk cuma dengar dan lepak tentang itu ini.

banyak yang chong kongsi dengan aku. banyak cerita. banyak pengalaman hidup. tentang program apa semua untuk sslem depan. tentang manusia. tentang buat baik. tentang marah bertempat. tentang kawan. tentang pendirian. tentang hitam putih.

manusia- tak rugi pun you buat baik dengan orang. walaupun you penat at least you happy. mungkin hari ni you tolong orang mungkin esok orang tolong you. orang buat jahat biarkan saja. itu nanti dia dapat balasan sendiri.

pendirian- you kena ada pendirian. kalau you rasa you betul, tak payah peduli orang. cari orang yang you betul-betul percaya.

marah- kalau you nak tegur orang, jangan depan ramai. itu you jatuhkan maruah dia. you tegur sebab you tak mahu dia buat silap. macam i, kalau bukan kawan i biarkan sukahati you lah. tapi kalau you kawan i, i takkan biarkan. 

"kiranya kalau i buat salah you tak tegur maknanya you tak sayang lah"

"haaa macam itulah. sebab sayang lah tegur."

hitam putih- i dulu pun macam you. i fikir dunia ini cuma baik dan putih. tapi, tak. you akan rasa dan belajar sikit demi sikit. i pernah pergi kem. ada words, universiti la tempat you buat kesalahan dan belajar. kalau dah kerja, salah kena pecat. buat apa you mereput dalam bilik. kalau macam tu apa beza you duduk uni dengan rumah maa.

banyak lagi. banyak. 
sampai aku rasa nak menangis sebab susahnya nak gain balik semangat tu.

tapi kalau dah sejam lebih duk berkaunseling memang haaaaaa. xiexie wo de abang chong haha.

:')



stitches


when things are going too far but you can do nothing.

when things are going too hard but you can do nothing.

when things are going too hurt but you can do nothing.

when things are going collapse but you can do nothing.

you can do nothing but sleep, and hope for a better tomorrow.

but what if, tomorrow still be like yesterday?

sleep.
and hope for a bettter day after tomorrow.

Monday, November 16, 2015

sudah pergi


seperti baru sahaja
aku punya semalam;

yang manis
yang damai
yang hidup
yang ada

seperti lama sahaja
aku punya sekarang;

yang hancur
yang retak
yang hilang
yang tiada

apa benar semalam tidak boleh menjadi yang sekarang?

apa benar yang manis, cuma untuk yang telah pergi?

apa benar yang retak, tidak akan lagi berganjak?


Thursday, November 12, 2015

hujan dan air mata


kalau mampu dikirimkan pada awan
tentang rindu yang masih belum serik
langit pasti menangis lagi
akan di sana hujan
dan di sini air mata


.

.

.


aku sudah lama kuat. sudah lama. benar kata-kata itu satu doa. bila tiap-tiap masa aku dipanggil, kuat/kekuatan... doa-doa sekeliling mungkin meresapi jiwa.

aneh, bukan?

aku yang hari ini bukan yang semalam. aku yang asyik lebur dengan air mata, tapi sekarang asyik tanyakan pada diri, apa yang harus aku lakukan untuk meleburkan air mata turun?

aneh.

bagaimana kita, yang hari ini jauh berbeza dari semalam.
bagaimana kita, yang seakan mahu mati semalam akhirnya masih lagi hidup dengan sisa yang tinggal.
bagaimana kita, yang sehancur-hancur ini bangun lagi melekatkan kepingan-kepingan biarpun retak.
bagaimana kita, yang seperti gamat dalam air berubah menjadi kering dan keras setelah di bawa ke darat.

bagaimana kita, yang merasa tidak mampu hidup...
sebenarnya masih hidup dengan baik?

tahu kenapa?
tahu.




Friday, November 6, 2015

dr seeni saya


khamis kelmarin midterm untuk subjek tort. penghabisan kiranya. malam sebelumnya, ada meeting dengan geng shem. hahaha alih-alih jadi kelas bahasa mandarin. diorang bersungguh duk ajar nak pronounce. kah. wo bu congmin. dui buqi pengyou!

balik meeting penat. macam orang gila duk paksa diri celik sebab nak hafal. alih-alih tertidur. pagi ada kelas criminal. separuh budak-budak ni tak datang sebab pukul 1 nanti nak exam. hahaha melampau. aku dengan wani sesaat sekali menguap.

masa jawab tort, insecure sungguh sebab ramai yang minta kertas lebih dengan dr seeni. perasaan dia macam, alahai korang tulis apa?

lepas bagi kertas kat dr,
 "dr. i feel insecure."

"why why?"

 "most of my friends ask for additional papers. i dont have even one."

"eh it's okay. okayy. dont worry. it's not about pages. it's about the content. dont worry haa."

 "okay dr ^^"

cerita balik kat budak-budak ni dalam lenggok nada dia, gelak. dr seeni baik. he's from sri langka. sebab dia baik kami suka usik-usik dia. haha. dulu, dia cakap dia nak suruh student master dia yang ajar kelaa tuto kami. it was supposed to be like that. lepas tu, masa tuto pertama, student master dia tak dapat datang. dia ganti la untuk hari tu. tengah-tengah tuto, boleh pulak kami bodek dr nak suruh dr sendiri yang ajar.

haha aku ingat lagi,"but dr we dont want anyone else. we want you to teach..." haaa dia cakap dia nak fikir. terus kelas tutorial seterusnya, memang dia yang ajar! auwww.

kitorang ni, kalau ikutkan hati nak balik untuk cuti midsem, memang jeling je notes tort. tapi sebab fikir dr seeni, kesian dia susah payah ajar kami baik-baik, haaaaa itu yang macam orang gila duk trespass to person lah to land lah.

yeayyyy. happy holidays!
i miss you bumi terengganu.
dah takmau duk hutan. dah rindu pantai.



Friday, October 30, 2015

running to life


di kala lecturer berlumba-lumba cari masa nak buat exam midsem, mula lah perangai jadi macam orang tak betul. kejap nak balik rumah. kejap nak sedih. kejap nak main cubic. kejap nak main funrun. kejap nak makan chicken chop hari-hari. kejap nak makan kfc hari-hari. (berangan) kejap cakap sorang-sorang.

well, life is hard and tough kan?

mungkin sebab dah dua hari tak lari keliling uum. aku dengan fiza sekarang ni, kalau boleh tiap-tiap hari cari masa nak lari. kecuali kalau esoknya exam, ataupun tertidur. kitorang siap dah ada route sendiri dalam uum ni. haaa, hari ini nak route dekat ke jauh. esok nak route mana? agak-agak bila kita boleh sampai route poban? agak-agak lagi mampu tak nak capai route kachi?

last week memang almost tiap hari hujan petang. degil, lari jugak. sejuk. tapi, perasaan itu, macam let the rains wash away the pain of yesterday. hahaha. nasib baik tak demam ke apa. maybe sebab dah resist. sekarang dah jadi macam addicted nak lari. asyik rasa nak lari je. walaupun penat, sumpah penat. sebab jauh.

dulu tak payah cakaplah, lepas lari kaki macam robot esoknya. tapi, lama-lama dah tak rasa apa. mungkin sebab dah biasa. apa yang dapat aku simpulkan, kalau kita ajar diri kita untuk jadi kuat dan tak mengalah eventhough banyak dugaan dan cabaran, after all, at the end of the journey we will be stronger than prior. kan?



(saja mengimbau zaman uitm masa masing-masing kurus lagi.
hahaha. itulah!
siapa suruh uum punya kafe eon ada chicken chop. >.<)



#achievementunlocked
#fitmalaysia
#izzdanfizakearahkecemerlanganakademikdangayahidupsihat
#semogaizzdanfizadapatdekan

Sunday, October 25, 2015

#cintapantaimerdeka


kat sini wajib masuk kokurikulum kan, untuk 4 semester, jadi aku masuk unit kemahiran hidup sub-unit kembara... gituuuuuuu. untuk semester ini, kami ada camp di pantai merdeka. 15, 16 & 17 oktober. di tengah haru biru assignment, exam bagai.. tapi memang wajib pergi la kan.

malam tu bertolak lepas maghrib. sebab pantai merdeka pun dua jam juga dari sintok walaupun kat kedah. so, macam biasalah mereput dalam bas macam pergi lawatan. sampai sana terus pasang khemah apa semua. aktiviti yang pertama, night walk! pukul 1 pagi lebih baru nak night walk. kemaaaain. cikmat bawak naik bukit apa entah. betul-betul rasa macam seekers sangat. kau bayangkan panjat bukit curam tu takde tali apa bagai ada dahan akar je semak sobs dengan headlamp bagai. lepastu cikmat suruh jalan sorang-sorang dalam 500 meter kat tengah-tengah hutan tu dalam pukul 3 pagi. acah build confident haha. kesimpulannya, hari pertama tidur jam 4 pagi dengan gigih bangun pukul 6.




hari kedua yang penat. pagi, orienteering dan absailing! aku partner dengan din, dapat hamper okay! mungkin cikgu rohaya akan berbangga dengan aku haha tak sia-sia masuk kelab geografi kat sekolah lol terima kasih cikgu dan cikmas kalau tak sampai ke sudah mungkin saya masih tak reti baca kompas. #achievementunlocked

dah habis orienteering, lepak dengan group aku sementara tunggu group satu lagi habis absailing. sambil kena kecam dengan cokie dan syazrie sebab baca buku family law. woi, aku ada exam! terpaksa -.- okey, #achievementunlocked juga sebab dah berjaya absailing naik turun bangunan guna tali. ahahaha. bukan tinggi pun. tapi, masa part naik tu, aku naik sampai 3/4 je. lepas tu, turun. sebab tak mampu. kesian sathis. bersungguh tolong aku panjat tali. (padahal aku yang paksa dia jangan lepas tali) sampai ke tahap tersekat kejap kat tengah-tengah alam sebab tak larat nak buka tali nak turunkan diri. sumpah penat. patutlah masa sem lepas, classmate aku pengsan masa tengah buat absailing. kau bayangkan penat dia macam mana nak tampung diri sendiri.

gigih pula tak mengalah nak pergi tali satu lagi untuk part turun. cuak part turun sebab kau bayangkan, kalau tali yang kau pegang tu tak kemas lepastu meluncur turun macam tu je tak ke sia-sia gadaikan nyawa? coach punyalah cakap, takpe. tali ni akan brek. kan dah pegang. ahahhaa. akhirnya. berjaya jugak.

petang, the best part! kayak dari pantai merdeka tu sampai tanjung dawai. kat tengah-tengah laut. aku tak tahu lah nak cakap jauh mana tapi kau bayangkan tengah-tengah laut yang kena naik bot untuk menyeberang. #achievementunlocked ahaha dengan azri, nasib partner dengan dia. mostly dia yang banyak lead dan gigih dayung almaklumlah. masa sampai kat tanjung dawai, coaches belanja semua orang minum abc! dah lah tengah basah kuyup, mungkin sebab coaches nak bagi kekuatan untuk dayung balik ke pantai. (nangis terharu)

malam, tak ada apa. bbq lepastu lepak-lepak borak-borak main game funrun dengan nef dan famy sampai 2 pagi! lol! aku tak pernah terfikir pun kami akan kongsi banyak cerita bersama hahahah sebab kalau kat kuliah, memang takde leisure la kan. rasa macam tengah campfire cuma tak ada api.






hari terakhir, pagi tu kelas kami gotong-royong bersihkan jalan kampung. hakikatnya, yang lelaki je duk main libas dengan parang manakala kami ikut je rombongan. bagi sokongan katakan. dah bersiap, kemas barang, majlis penutup, dalam pukul 330 dah settle kat bas. sempat pergi jalan-jalan minum abc kat pantai. meriah sungguh pantai merdeka diorang! pukul 5 gerak balik :')







tak tahu kenapa tapi tak boleh move on. bila camping ni, kita jadi kenal masing-masing. susah payah bersama. senang ketawa bersama. yang paling penting, banyak #achievementunlocked! hahaha. sayang cikmat. sayang coaches. sayang kembara. (walaupun masa penat memang menyesal tahap tak mampu nak hidup dah) (perkara biasa)









"if i got locked away, and we lost it all today.. tell me honestly would you still love me the same?
 if i showed you my flaws, if i couldn't be strong.. tell me honestly would you still love me the same?
"




Saturday, October 24, 2015

cubic


sekarang tengah gila main cubic. tapi, macam biasala.. aku kan slow bab-bab berfikir dengan menggunakan kemahiran yang bukan menulis ni hahaha jadi sampai ke sudah memang satu base warna je yang aku mampu buat tiap kali.

haiqa pesan suruh tengok youtube, masalahnya, tengok orang buat kat youtube pun tak faham?!

hahaha. cubic ni haiqa belikan. okay, aku yang paksa haiqa belikan kot. kahkah.

"baby kau nak aku lembab seumur hidup keeeee. belikan pleaseeeee. naaaak."

sambil pegang cubic merayu-rayu kat cmart.

"hmmm ye laa ye laaah. ambik lah"

taraaaa. haiqa jugak yang bangga dengan aku bila aku dapat buat walau satu base lol. sebab dulu memang aku campak je cubic dia kat lantai masa dia suruh aku main. stress okay!

dari kecik lagi aku nak ada cubic sendiri. setelah 20 tahun hidup baru dapat hihu. thank youuuuu baby. walaupun roommate aku cakap mungkin selepas lima tahun baru aku boleh buat perfect base masa aku gigih terkial-kial. biaaaaaadap -.-

Tuesday, October 6, 2015

wo feichang hao


too tired lepas balik kelas petang terus tertidur lepas tu bila terbangun tengok jam pukul 6. ingatkan pagi tapi pelik kenapa cerah lepas tu pergi selak langsir sambil terdetik, ha'aa la kenapa cerah. duduk kat katil, lima minit kemudian baru dapat recall bukannya tidur malam tapi tidur petang jadi masih petang. lepas tu sambung meratapi nasib sebab jadi tak betul macam ni.

too busy. too tired. and i am dying to go home. tapi mama asyik membebel je kalau aku asyik cakap nak balik. hahaha. mama tak tahu ke anak dia rindu sobs huwaaaaa. i leave them in god's hand. :')

i am waiting for this jumaat to sleep all day long. just because minggu lepas memang hari-hari gigih sobs yeah i know ini semua pengalaman. cuma sem ni takdelah tamak mahu grab semua program but still, *sigh* haha god i shouldnt do this. i shouldve stop.

mama suruh belajar elok-elok. hăo. weh mereput la assignment banyak lagi midtest before sem break kemainnnnnnnnn dengan nak pergi KLK lagi AA lagi okay nangis kbye.

and the best lullaby is when you are reading cases. confirm lena tak kira pagi petang siang malam.

good. at least i can sleep.


Wednesday, September 30, 2015

lagi


aku rindu rumah.
hari-hari aku rindu rumah.

rasanya, kalau rumah aku dekat macam si wanie senrose tu, mesti aku asyik balik rumah. lagi teruk dari wanie perangainya kalau macam tu.

oktober cepatlah pergi,
aku mahu pulang lagi.


Tuesday, September 29, 2015

sept 27, 2015


ika buat semua ni sebab mama. papa. tok. acu. mok ngoh. atin. adik2. sebab keluarga kita. i hate it when i have to go back to kedah. i hate it when we have to apart from each other. i just wanna be with you. i want to sleep at home. i want to watch tv together. i want to hug and quarrel. i want to eat your cooks. i want to be annoyed. i want my cats. i dont want to leave. there is no other place better than home. home is where my heart at. you are my home because all space of my heart is yours. you are my soul & my life. mama papa, pray for me so that i can succeed on my own. all of things i sacrifice; just for both of you. i will live well till we meet again. dont worry, i am strong enough kan? :')

i rarely cry nowadays. but when i cry, i cry really hard like hell. i just cant stop my tears and it keeps flow down my cheeks along the journey. i close my face with sweater so that no one ever notice. i swear to god that i just wanna my family.

but this is what i have to do. i have to live well. so i stop myself from crying and promise to keep strong.

till we meet again, loves.

Saturday, September 26, 2015

tok


tok datang tidur sini sebab esoknya aku dah nak balik kedah. masa tengah baring-baring, tok tanya;

"ika berapa tahun lagi duk kedah?"

"tiga tahun lagi tok huhu."

"lepastu habis la? pah nok buat gapo? duk sajo?"

"hehe jadi loyer la tok"

"minta-minta tok dok mati lagi masa tu. sempat tengok ika jadi loyer. nok sangat tengok."


tiba-tiba rasa sebak. zzzzuppp dalam hati. apaaaa ni tok. :'(


"hahaha jadi loyer buruk tok."

gelak-gelak. tok usap dahi.


* * * * * *            

sebab tu aku payah sangat nak balik kedah kalau cuti dah habis. keluarga memang syurga. okay jangan nangis. jangan. *senyum balik*

tadi aku cakap kat mama, aku salahkan dia sebab dia yang suruh aku balik cuti raya haji ni. kan dah susah nak balik sana. terpaksa berperang dengan perasaan. kalau aku mereput je kat kedah, at least aku sedih kejap je lepas tu layan abang aleepsatar ku kat youtube. dah, okay. settle.

ya tuhan macam mana nak cari semangat balik. hinggakan mama cakap, "ika ni kena cari gewe sore denu. baru semangat nok kelik." aku pun apa lagi, "măaaaaaaaaaaaaa" sambil hentak kaki buat muka tak puas hati.

omg. i iz sad. tapi i tahu i kena balik sana. macam mana pun i kena habiskan. sebab i buat semua ni, cuma sebab diorang. kalau setakat degree pun dah perangai macam ni, macam mana i nak teruskan dengan impian master, chambering, syariah, phd bagai tu?! *buat gaya fighting lee seung gi*

okaylah. selamat hari raya. :)
kerana ini semua adalah pengorbanan.




Thursday, September 17, 2015

i am drugged


aku takut ubat. sangat sangat sangat takut. sebab tu kalau aku makan ubat maknanya i am at my worst.

sepanjang dua puluh tahun hidup, baru aku tahu #lifehacks makan ubat sebab kena paksa dengan roommate. haha.

serius, ini bukan kapsul. ini yang besar gedabak macam biji kurma versi lebih lebar. kalau kapsul boleh la bertenang sikit tiap kali nak makan. ini ya ampunnnn.

kalau sepapan tu, separuh makan separuh longkang. tapi sebab roommate aku dengan jayanya bagi instruction macam coach tiap kali nak bertarung, maka berjaya sobs.

kalau dia tak paksa memang aku give up dah. apa nak jadi, jadilah. tapi, disebabkan sokongan moral (baca: paksaan ugutan) yang berterusan maka aku mengakui bahawa setiap perkara yang kita buat kalau adanya keazaman dan kesungguhan.. segala mungkin berubah.

mungkin hari ini berjaya. esok pula seakan separuh nyawa. lusa kembali cuba. kerana semuanya dengan tekad dan usaha.

perjalanan hidup ini, macam menelan ubat la kan? #philosophygameistoostrong #fallhard #standtall #forabettertomorrow

wănshang, măláixīyà běifāng dàxué... zàijiàn! (eksaited belajar mandarin sem ni haha yeayy sebab sem ni semuaaaa subjek law macam seteghessssss omg lepastu the only escapism class masa class mandarin lah sebab wo hěn gāoxìng, xìexie lily lăoshī. ni kě' ài ^^)


Tuesday, September 15, 2015

innesfree


i wanna write something, as it could be anything. but i am all sleepy. the medicine is killing my consciousness right away. and i start to......

* * * * * *

fm: apa password?

me: innesfree

fm: kenapa innesfree?

me: ingat tak poem kita pernah belajar masa sekolah? ke buku kita tak sama?

fm: haaa ada kot

me: sebab aku suka sangat tempat tu. lake isle of innisfree (though it doesnt exist)


* * * * * *

and i start to... dwell in my own dream.
again again and again

.
.
.
.
.

god.


Tuesday, September 8, 2015

what if?


seperti dipeluangkan hidup untuk kali kedua.
(i will live well, god)

mungkin sedikit rindukan uum sebab kawan-kawan aku semua dah mula belajar masuk kelas bagai. masing-masing dengan #hello2ndyear.

sabaq na. satgi aku pi la join hangpa.

dan aku masih terfikir,
what if i actually die yesterday?

:')




(tonight i want me to reject...)

start a new move.
yet a new life.

after all, i still alive.
and maybe, there will be no second chance anymore.

walk away from people who dont give any benefit.
leave everything that sucks behind.
let the hatred vanish somewhere in the air.

cause this is the chance;
to redeem every mistake
to write another page
to live my life.


Wednesday, August 26, 2015

biar


berjalan pergi dari seseorang dalam hidup, mungkin orang akan bilang jahat.

seharusnya ketahuilah bahawa di setiap detik yang masih kita bertahan, mungkin cuma akan meranapkan dengan lebih.

ada keadaan yang tidak akan terubah,
sekalipun kita sudah hidup dengan amnesia.

dan ceritanya, parutnya tetap akan di situ. tidak ke mana. setiapnya seperti menabur garam di atas luka torehan. 

lalu dapatkah kita akan terus menekan diri, katanya, "tak apa. tak apa." sampai mati. mati, dan mati lagi berulang. atau pergi sahaja. mungkin takdirnya memang begini.

biar mati di situ.
walaupun tidak ada kubur, kita tahu di mana ianya harus bersemadi.


Wednesday, August 19, 2015

izz & uum


aku asyik cerita tentang uitm kan? jarang sangat cerita tentang uum. haha. entahlah. tidak dapat tidak, uitm pegang hati aku macam cinta pertama. sayang uum? mestilah! tempat jatuh bangun perghhhhh. aku tak rancang pun nak sambung study kat uum. masa buat asasi kat kuantan dulu, pernah lah kan cakap-cakap, kalau tak lepas uitm nak pergi uum la bla bla bla. itu semua macam, cakap kosong. gituuuu. tapi, lepas habis asasi, sambil goyang kaki duduk rumah, hantar jugaklah surat rayuan (manual) ke uum. saja, sebab kawan-kawan hantar. haha, nak hantar jugak. gigih bukak buku darjah 6 cari format surat rasmi, surat sokongan bagai. sehinggalah dah nak daftar uitm seremban, uum macam sepi je. bajet memang tak ada rezeki la kan. so, macam tak apalah. kisah pulak. sebab dah redha. haha kawan-kawan pun ramai sambung uitm seremban. uitm seremban pula ya allah baru gila cantik sofistikated wow.

tapi, aku tak ngam sangat dengan apa yang aku belajar kat uitm tu. kat sana ambil sains pentadbiran. haha kau bayangkan business mathematics dia macam add maths. !@$%%^&@$^**%##!!! hahaha. aku ingat lagi kuiz madam buat, soalan pertama pun dah tanya ika kat sebelah! (ya, sesiapa yang kenal aku tahu macam mana sucks nya aku dengan maths) (apatah lagi addmaths huhu) haha kelas accounting macam !@#$%^*#@! lepastu kelas management memang aku tido je. tapi serius dewan kuliah dia memang cenggini haaaaaaaaaaaa (angkat ibu jari) tapi ye la, still rasa macam, hmmmm. kolej puteri mayang selida siap ada lif lagi haaaaaaa. surau dia ya allah best gila. biasalah, fasiliti baru. mana tak sayang.

lepas tu, adalah suatu hari tu aku dan kawan-kawan yang hantar surat kat uum tu dapat call. dia suruh pergi temuduga kat uum kl. haaaa gigih kau bangun awal pagi pergi berempat je dengan fiza, ika, acap. balik tu kemain naik ktm haha. bila lalu bawah terowong, buat muka whoaaaaaaa (biasa laa, tempat kita takde kehkehkeh) 50-50 pergi temuduga tu sebab fiza beriaaaaaa sangat. aku macam, okaylah, pergi je la. dapat tak dapat lain kira.

(malas nak cerita pasal temuduga. bayangkan temuduga macam kebiasaan haha)

oh tapi aku pergi temuduga tak cakap kat parents pun. sebab tahu diorang takkan bagi. hahaha. (jangan ikut perangai macam ni) masalahnya, bila balik temuduga tu, membuak-buak jatuh cinta dengan uum. rasa nak lari pergi uum. hahahahaha. rasanya seminggu lepas tu dapat call, dia cakap dapat. oh yeah. kawan-kawan aku pun dapat sama.

tragedinya bermula di sini. mak ayah aku habis-habisan menentang. sebab aku tahu hari selasa. khamis tu dah kena pergi uum. mak ayah baru datang tengok aku minggu lepas. memang macam orang gila la aku (dan kawan-kawan) menangis sana sini. fikir macam mana nak pergi uum sebab mak ayah aku memang takkan bagi. tapi, aku tak tahu betul ke tak keputusan yang aku buat ni. apa yang aku tahu, aku takkan boleh stay kat seremban dah. aku nak belajar law. kalaupun aku menyesal di kemudian hari, aku sendiri yang akan bertanggungjawab. haaaaa. akak aku punyalah jadi mediator antara aku dengan parents. call parents. call kakak. call parents. call kakak. call parents. call kakak. haha. drama gila. sambil kawan-kawan aku fikir macam mana nak bagi aku pergi jugak.

ingat lagi, malam tu kami kumpul kat kafe. aku dah give up. maybe korang je yang patut pergi. tapi diorang marah aku. diorang cakap, diorang takkan tinggalkan aku kat sini. hahaha. air mata aku dah satu baldi kot sepanjang masa tu. diorang cakap, takpe, pergi sama-sama. bahagikan barang. aku pergi dengan fiza. barang-barang bahagi letak dengan ika, acap. :( masa tu, tuhan je la tahu. aku taknak menyusahkan, tapi diorang insist. mana nak cari kawan macam ni? sampai mati aku ingat. akhirnya, akak aku pujuk kot, jadi parents aku pun bagi lah aku pergi. sukahati aku. haha. jadi dalam masa sehari tu kami semua setel surat, borang bagai... yeah, goodbye uitm. i dont wanna leave. but i have to.

well, hello uum.

tak tahu kenapa aku tinggalkan uitm yang sofistikated tu dan sambung belajar kat hutan sintok. haha. dah dapat bilik best, rela pergi duduk bilik lama kat uum. orang cakap, uum tak ada apa. dalam hutan. payah. aku pun ingat macam tu. tapi semua tu salah. haaaaa, uum ada segalanya. hutan bandar haha. walaupun tak canggih mana.

the struggle was real. kami pergi sana, tak ada orientasi. masuk pun dah nak dekat bulan 10. uum tu besar gila. BESAR GILA. and kami bagai rusa masuk kampung. nak naik bas macam mana. dewan kuliah kat mana. kelas tutorial kat mana. semua belajar sendiri. discover sendiri. di sinilah bergunanya pepatah, malu bertanya sesat jalan. nasib baik budak uum baik-baik! hahaha. (malas nak cerita tragedi-tragedi haha)

dan, tak sangka. dah habis tahun satu. tipulah kalau cakap, tak pernah terfikir kenapalah aku datang sini. kenapalah aku buat semua ini. kenapalah aku ada kat sini. but the fact is, aku sayang uum. tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat hidup empat tahun. insyaAllah. setahun kat sini, ajar aku macam-macam. pahit manis semua ada. biasalah kan. semester satu macam chapter satu, baru nak belajar.. baru nak hidup, baru lah. baru. semester dua macam disaster sikit. haha, bukan sikit. banyak. betul-betul menguji. but, it happened. and, lesson learnt.

orang cakap, belajar mana-mana pun sama. memang sama, tetap ada pahit manis. cuma, bila berkelana ni, macam-macam lagi lah yang kita rasa. semuanya berbeza. tapi, hidup memang macam ni kan.

aku tak pernah move on daripada uitm dan seisinya. tapi, kawan-kawan aku semua dah bertebaran. uitm. ukm. usim. mmu. semua sebab nak kejar cita-cita masing. aku pun sebenarnya tak tahu apa yang aku nak buat in future. tapi, apa yang pasti... aku nak habiskan semua ni dan aku akan teruskan jalan yang aku pilih.

macam mana hidup aku penuh pelangi di uitm, macam itu lah juga hidup aku di uum. so, sesiapa yang dapat uum (sementelah keputusan upu dah keluar)... you will have a great life ahead! serius serius serius. mana lagi nak cari pensyarah, kawan (yang sumpah baik!) (tapi bergantung la kan) dan litar go kart dan wifi laju gila dan bas sistematik dan dewan kuliah yang old skool tapi cool dan rusa dan kuda dan burung unta dan kolam renang dan gim dan mall dan ya allah sebagainya! jangan skeptikal macam aku dulu hahaha :)











p/s: awkward sangat bila masuk kereta masa cuti midsem uum tahun lepas. sebab rasa macam kahwin lari. lepastu balik rumah. nasib baik tak bawak suami! hahahahaha. but things turned out good. everything was okay. =D

p/s: uum ada langit malam yang sangat cantik. sebab hutan kan. memang bintang-bintang tak terhilang dek biasan lampu. antara salah satu sebab aku jatuh cinta.


Monday, August 3, 2015

f


failed.
gagal.

macam mana kau nak bangun balik di tahun dua? you are falling way too deep. 

sh*t you, dearself.





Friday, July 31, 2015

#izztakbolehmoveon










#izztakbolehmoveon.

sebab dah bertahun tak jumpa lepas tinggalkan uitm kuantan. dan bila jumpa, tak ada satu pun yang berubah. masih lagi rasa macam hari itu hari hujung minggu dan isnin depan kita akan masih pening kepala nak siapkan assignment dr j :(








i would give anything and trade everything... just to have them by my side once again.

how well you live without us, kuantan and seremban? :)

i am so sorry for being this kind of pathetic girl... who miss you like seriously i can die just because of missing you and your people... kuantan. T_T



Sunday, July 12, 2015

immortal? no.




walaupun aku bukanlah jenis orang yang positif (yang boleh keep calm without fikir what if, if and only if) tapi aku bukanlah mudah nak jatuh ke tahap negativiti yang paling dalam. selalunya skala negatif tu yang sederhana akan selalu berlegar-legar so macam it was not a big deal. biasalah, what to expect when you are expecting kan?

aku ingat lagi.

as if hari ini exam legal skills and i would say alhamdulillah sebab macam okay lah boleh goreng lagi. esoknya contract law. that was the worst part ever. kena hafal, hafal, dan hafal. untuk exam esok pagi. nasib baik notes semua dah siapkan awal-awal. tapi, dalam pada dah siap tu, nak hafal tu ya allah ya allah apa ni.

lepas midnight, aku dah blur terus. aku pun tak ingat tidur jam berapa but it was a nightmare. paginya aku hafal lagi but that feeling yang, oh aku tak boleh jawab nanti ni. everyone has that instinct kan. tapi aku still paksa jugak hafal, contrary to yang aku actually memang dah mess up. total mess up.

it turned out, maybe 20% je aku boleh jawab? haha. aku tak tahu la orang lain since soalan tu memang susah. but tu bukan alasan la kan nak cakap oh takpe maybe orang lain tak boleh jawab jugak. it was a nightmare dressed up like a daydream. ceh.

exam law, bila kau ada masa nak mengantuk nak menguap nak main pen nak tengok kiri-kanan nak termenung sebab fikir apa lagi nak tulis, then you totally screwed! (that was me) it should be, you suppose to jot down non stop because you actually have too much things to list on. and you have nothing to write.... argh, just get ready to be punished with death sentence. because you already dead. (that was me, again) aku tak ingat acts. aku tak ingat cases. aku tak ingat facts. (just kill me, kill me right away)

bila keluar dewan tu, tak sedih. tapi dah jauh kepada kecewa yang paling dalam yang terlalu dalam. pergi beli aiskrim dan aku jalan sorang-sorang. tak peduli dah orang lain.

lepas tu nani tegur, nani cakap... "izz, tenangkan hati ya? makan aiskrim.."

nani senyum.
aku cakap, "nani... kita tak boleh jawab"

nani senyum lagi,
nani cakap.. "takpe izz. awak dah buat yang terbaik. sangka baik dengan allah. allah pasti tolong."

and then aku pun macam, sobs nak kesat air mata. nani ni memang positif. dah la baik melampau. jadi bila aku balik bilik, aku tak buat apa-apa pun. memang kecewa paling dalam dari hati, memang sangat-sangat kecewa. aku pun tak tahu aku kecewa pada siapa. tapi kecewa ini, cukup buat aku untuk tak buat apa-apa. memang berselebung bawah selimut la sampai ke petang. haha. makan pun tak. hari itu, aku makan aiskrim lepas exam je. seharian. kecewa sampai tak lapar. aneh haha. macam mana perasaan kecewa tu boleh mengatasi kelaparan?





lepas tu aku call acube. macam biasalah. nak nangis je call budak tu haha mungkin sebab kat uitm dulu dia yang selalu pujuk aku masa aku sedih haha. aku ingat lagi masa asasi. aku sedih sampai ponteng kelas petang tu. alasan. sedih ke malas. sedih la. lepas tu duk kacau acube yang tengah kelas. oh, dia budak tesl. haaa, lepas habis kelas tu bergegas dia balik bilik nak tengok perangai aku. -___- lepas tu pujuk-pujuk buat aku gelak. gila punya orang.

pernah jugak, aku hempas pintu masa nak pergi kelas sebab gaduh dengan roommate aku yang sorang lagi. walaupun masa tu aku dengan acube je ada kat rumah. acube pun terkebil-kebil je lepas tu dia sambung makan haha dasar gendut dia jugak la yang tolong jadi mediator aku dengan roommate sorang lagi.

klimaks cengeng kami, bila dah habis final exam semester dua. budak tesl habis dalam seminggu awal kot daripada budak law. ke tiga empat hari macam tu. acube dah janji nak balik lambat. nak tunggu kami habis exam. tapi, ada satu malam tu.. dia cakap kena balik awal sebab ye lah kita merancang je kan tapi kena fikir jugak mak ayah apa semua kerja apa semua. dia pun tak nak tapi terpaksa. haha malam tu aku mengamuk gila-gila kat dia. that kind of merengek, tarik baju, sepak, jerit, guling-guling haha kat ruang tamu. faham tak uitm kuantan tu macam famili? lepas tu bebudak ni duk pujuk la, duk sengih la, macam-macam. riuh aje rumah.

lusanya acube balik. aku tak pandang pun dia. masa dia angkat barang, aku duduk je. lepas tu menangis macam orang gila. siap tak nak salam tak nak peluk lagi. haha dah la buat perangai depan mak ayah dia tak nak bagi acube balik. housemates yang lain semua suruh behave dulu. tapi, tak boleh :( mata dah bengkak. lepas tu masa acube dalam kereta, dia pulak yang menangis macam orang gila sebab it was so hard to leave the place we used to call home kan? kuantan was our second home. and the fact yang kami takkan mungkin kembali lagi pada uitm kuantan, buat hati pecah derai. *nangis*

so, bila acube dah tak ada kat sisi sekarang... takde dah nak mengamuk nak jerit-jerit macam orang gila haha i miss those days back in kuantan. family kat situ..... :'( macam adik beradik. gaduh sedih marah semua buat lek ajeeeee hahaha lepas tu bahagia balik. budak-budak betul perangai masing-masing. despite of flaws and imperfection after all....

but now, kat sini tahap survival sangat tinggi. and aku pun terfikir, macam mana aku boleh hidup lagi?





okay dah melalut. haha.

malam tu pergi bilik ayu. pergi ambil movies. lepas tu lepak-lepak. just cakap-cakap. duk mengadu sedih kecewa bagai haha. lepas tu sementara tunggu movies siap, ayu ajak main mekap. yeayyyy. haha. lepas tu gelak sebab warna gincu tak sesuai la, tukar balik. lepas tu pakai baju itu ini, buat photoshoot. belajar pakai heels ayu kahkah. belajar pakai beanie. selfies. ayu buat aku gelak sampai aku cakap, terima kasih ayu sebab hilangkan sedih aku. lepas tu sambung gelak lagi.

lepas tu lapar. ayu buat air cicah biskut. makan atas lantai style orang bujang. entah macam mana boleh pulak sama-sama tengok doraemon stand by me. hahaha. touching pulak masing-masing. (siapa tak tengok lagi movie ni tolong lah tengok eyyyy *nangis lagi*)

dan aku balik bilik dalam pukul 5 pagi. memang tak tidur ah. hahaha pebende la yang aku buat dengan ayu. it was nothing pun. but i left her room dengan duka yang terubat and a thought that, this too shall pass. it was nice to have someone yang stay dengan kau, even cuma buat benda-benda bodoh atau biasa bersama. dan tak peduli betapa crack nya kau pada masa tu. :')

masa dengan ayu, aku rasa macam dengan ipa. (now you know kan macam mana aku tak berdekah. dah la aku rasa macam bapuk dengan mekap lepas tu ayu duk gelakkan aku macam orang gila)

that was all. aku pun tak tahu kenapa aku tulis sebab setiap kali tulis mesti aku rasa macam urghhh, bayangan kecewa tu masih melambai, urghhh. exaggerate haha. but what i learn, pain in life is not eternal. kan? everyone knows that. we just have to wait, for times to heal everything. then it shall pass. and we will be okay. for one more day.




--thank you ayu kitty,
14062015.


Friday, July 10, 2015

if; rudyard kipling


If you can keep your head when all about you
Are losing theirs and blaming it on you;
If you can trust yourself when all men doubt you,
But make allowance for their doubting too:
If you can wait and not be tired by waiting,
Or, being lied about, don't deal in lies,
Or being hated don't give way to hating,
And yet don't look too good, nor talk too wise;

If you can dream---and not make dreams your master;
If you can think---and not make thoughts your aim,
If you can meet with Triumph and Disaster
And treat those two impostors just the same:.
If you can bear to hear the truth you've spoken
Twisted by knaves to make a trap for fools,
Or watch the things you gave your life to, broken,
And stoop and build'em up with worn-out tools;

If you can make one heap of all your winnings
And risk it on one turn of pitch-and-toss,
And lose, and start again at your beginnings,
And never breathe a word about your loss:
If you can force your heart and nerve and sinew
To serve your turn long after they are gone,
And so hold on when there is nothing in you
Except the Will which says to them: "Hold on!"

If you can talk with crowds and keep your virtue,
Or walk with Kings---nor lose the common touch,
If neither foes nor loving friends can hurt you,
If all men count with you, but none too much:
If you can fill the unforgiving minute
With sixty seconds' worth of distance run,
Yours is the Earth and everything that's in it,
And---which is more---you'll be a Man, my son!


Thursday, July 9, 2015

the internship


ecm kuantan--
the first movie i had ever watched with my baby girl husna munirah back then in 2014. (or 2013? haha i couldnt remember)

well, i guess it is true that we dont remember the days; we remember moments.







nay. i am her baby girl actually. kinda missing her so much.
husna, if i tumble and fell... do you think that i can pick myself back up?




kids,