Saturday, May 21, 2011

Ah, aku betul-betul rindu pada dia.


Dia cakap, yang aku nampak pelik belakangan ini.


Huhu. Serius, aku pun tak tahu apa yang sudah jadi dengan aku. Aku rasa, macam dah lain. Tapi aku tak tahu, kenapa (?) Entah la. Nak fikir banyak-banyak pun, bukannya jadi apa-apa. Haihh. Persekitaran dan masa betul-betul mengubah aku. Hehe, aku sekarang sudah pandai ber'
bad mood' segala bagai. Uhuuu. Kalau sebelum ini, nak tengok aku jadi emo semacam... boleh laa dikatakan agak jarang. Kecuali, kalau aku betul-betul rasa kena hempap dengan batu besar gedabak.

Aku dikenali sebagai seorang yang
ceria, ramah terlebih, manja, gedik siket HAHA.
Itu aku.. Tapi sekarang, semua itu macam dah pudar.
I mean, aku sekarang emo.. tak boleh nak kawal emosi.. dan sudah pandai ber'bad  mood'. Wah.

Betapa, betapa aku nak cakap yang aku benci diri aku yang sekarang. Haha, hati pun tetibe
fragile semacam. A'aa, this is not me. Sekarang pun, aku banyak buat orang terasa dengan aku. Ecece. Aku orang yang pentingkan perasaan sendiri. Huk huk huk. Andainya, andainya hendak membentuk dan mencari diri sendiri itu sesuatu yang mudah... aku tak kan mintak aku jadi begini.




Sungguh laa, kalau korang tanya diri macam mana yang aku nak jadi.. aku akan jawab aku di mana empat tahun lepas. A'aa. Aku rindu budak kecik yang hati masih suci dan murni huhu.

Empat tahun lepas ;


Dia suka tidur dengan peluk Quran tafsir Mamanya yang besar gedabak erat-erat.
Dia suka baca buku cerita Siri Salma dan Siri Hadi, atau siri penyiasatan yang lain. Pada dia, RM 3.50 itu mahal memandangkan adik-beradiknya yang lain tak berapa suka beli buku. Makanya, kalau ke kedai buku... Rak siri penyiasatan laa yang jadi tujuan. Dia sanggup duduk kat situ seberapa lamanya, cuma untuk pilih buku-buku yang belum dia ada. Cita-cita dia, nak kumpul semua enam puluh buku bersiri itu. Tapi, dia sempat kumpul dua puluh lebih saja buku bersiri itu. Sebab, masa dia di tingkatan satu.. buku-buku itu tiba-tiba lesap dari rak buku. Erk, penjenamaan semula rasanya. Lepas itu, cover baru. Uhuu. Terus dia tak beli-beli dah. Dia suka, cover siri salma yang lama.. warna kuning.
Dia sangat suka matematik. Matematik, kacang saja bagi dia. Dia ingat lagi, waktu exam trial rasanya... Dia, Asmaq dan Aidil dapat 99%. Sungguh mengujakan. Sampai sekarang dia masih ingat, yang dia salah pada jawapan untuk soalan no 11, kertas satu. Hehe. Tapi, bila dah bersekolah menengah.. matematik adalah pelajaran yang dia paling menyampah!
Dia dan beberapa orang kawannya, waktu exam akhir tahun. Dapat 100% untuk Bahasa Melayu Penulisan. Huhu.
Dia, selalu pegang no 4 atau 5 setiap kali peperiksaan. Tak kira laa akhir tahun ke, mid year ke, exam biasa ke. Ah, dia tak suka. Sebab dia nak dapat hadiah. Sepanjang Darjah Satu hingga Darjah 6, memang muka dia laa yang dapat no no itu. Tidak 4, 5. Tidak 5, 4. Cuma, waktu Darjah 2 saja dia merosot. Dapat nombor 12, haha. Dan, akhirnya waktu Darjah 6 .. berjaya jugak dia dapat no 3. Ah, begitu tekun dia berusaha! Oh, dan dia sangat cemburu dengan Asmaq, sebab umpamanya no 1 itu memang hak milik dia laa sepanjang enam tahun sekolah. Tapi, sampai sekarang Asmaq masih jadi no 1. Dia? Semakin merosot.....
Dia... keras hati. Apa yang dia nak, dia tetap akan dapatkan. By hook, or crook! Dia jugak... tak penat untuk  mengalah. Lakukan lah apa sahaja, bila dia kata putih.. putih la. Jangan cuba disangkal dengan hitam.
Dia... kumpul duit daripada pemberian cikgu. A'aa. Waktu setiap kali lepas exam, dia dan kawan-kawannya akan dapat RM 20, sebab dapat 5A.. 
Dia... suka belajar. Selagi dia tak dapat jawapan pada soalannya, dia tak kan berhenti buat. Setiap bulan, dia akan beli banyak buku-buku latihan yang baru. Selamba-yayaya dia habiskan duit Papanya untuk beli buku. Ah, papa pun tak kisah. Bukannya dia beli mainan, hihi.
Dia... tak penat untuk senyum. Sebab, bagi dia... kalau dia senyum, dia akan bahagia dan turut membahagiakan orang lain. Pada dia, takde siapa yang suka orang yang masam-masam muka. Hehe.
Oh, dia jugak sangat anti dengan sekolah agama. Siap tulis lagi dalam buku biodata.. "I don't want to study at Arabic School." Ecece. Lastnya, tercampak jugak ke situ. Hui hui hui. Sebab apa? Sebab, kawan-kawan dia yang dapat 5A semua pakat-pakat mohon sekolah sama. Dia pun sama laa. Haha. Tapi, dia jatuh sayang jugak pada sekolah itu akhirnya. Cuma, baru-baru ini (tahun ini), dia macam dah jadi anti balik dengan sekolah. Dah lama dia tak rasa perasaan, 'tak nak pergi sekolah'. Sekarang, hari-hari perasaan itu mengundang. Kata-kata 'lamanya nak habis sekolah' itu jadi mainan biasa. Walhal, dulu.. dia laa yang paling tak suka kalau orang sebut pasal nak tinggalkan sekolah. Haha.

Banyak, banyak sangat benda yang buat
dia berubah tanpa dia sedar. Dan, ini lah dia yang sekarang.

Ah, aku betul-betul rindu pada dia!


Ha'aa. Aku, aku nak diri aku yang dulu. Orang tak faham, sebab aku sendiri tak faham kecelaruan emosi bla bla dan bla yang ada dalam jiwa aku sekarang. Aku bersyukur, sangat bersyukur sebab aku masih ada peluang untuk menghirup nafas hari ini. Aku masih ada ramai orang yang jadi kekuatan aku. Aku gembira.


Tapi, aku
tak suka jadi orang yang emo.. aku tak nak jadi orang yang pentingkan diri. Aku tak mau... jadi orang yang jahat. Susahnya, susahnya nak cari diri sendiri yang aku nak. Susahnya, nak jadi macam dulu. Susahnya, bila jasad dan jiwa di paku dengan tekanan, masa yang boleh buat aku jadi gile.

Ahaaa.

Aku cakap macam orang tua kan... padahal aku baru aje umur enam belas, haha.
Tak kisah laa.

Aku perlu bangkit dari mimpi yang mengharukan ini.

Aku perlu bangun dari lena yang panjang.
Aku perlu berubah laa.
Cari diri aku yang dulu.

Dah laa, aku penat tau hidup macam ini. Perjalanan aku masih jauh. Aku pegang impian mereka. Dan, aku ada impian sendiri. Hey, ini hidup aku laa. Dan, aku akan jadi seperti sebagaimana yang aku nak. 


Aku nak lukis-lukis ceritera yang indah-indah pada kanvas kehidupan.

Lepas itu, aku nak kaler-kaler ia.
Aku tahu, kalau aku asyik kaler dengan warna terang benderang, ceria semacam aje.. tak cantik nanti.
Sebab itu, biarlah aku redha ada warna-warna kusam, gelap jadi contengan. 

Baru la variasi namanya. 
Baru lah kanvas yang aku lukis, lama-lama nanti keluar warna pelangi.
Aku yang akan decide macam mana lukisan aku nanti.
Aku yang akan warna lukisan aku nanti, tak kisah laa guna cat ke.. pensil warna ke.. pensil aje ke.
Aku yang nak jadi pelukis utama atas kanvas lukisan hidup aku...

Boleh... kan?


2 comments:

Anonymous said...

Sya Izz... *big hug* akak pun orang emo jugak. kite bole kawan same-same kan? :)

kite buat geng, dan korek mata sume orang muahaha. *evil laugh* >:D

Sya Izz said...

uhuksss. syg akak! *peluk balik*

jom. haha, tetiba eksited bab korek mata semua orang muahahahahaha. XD