Wednesday, May 25, 2011

Tiga minggu


Akhirnya, tamat sudah peperiksaan yang berjalan hampir tiga minggu!


Sangat memenatkan.

Tetapi, sangat mengujakan hahaha.
Best ape tak payah berhempas pulas buat kerja sekolah tiga minggu.
Wuuu. Cool!.

Berakhir dengan kertas bahasa arab 1. Memang gile laa aku. Di sebabkan, rasa tak sabar gile nak habiskan exam... maka, membaca pun nak tak nak aje. Nasib ada kawan-kawan yang tolong terangkan bla bla bla. Okay. Soalannya memang senang, tapi aku nak jawab itu yang susah. Nah, amik kau. Siapa suruh baca bodoh-bodoh aje. Ceh. Entah lah. Sya Izz memang tak betul sekarang. XD


Dah habis exam, pergi jalan-jalan dengan Ba. Cerita-cerita. Dari kelas ke pondok, aiyoyo. Lepak berdua, dating laa konon-konon. Teman si SA, NS, F berbincang pasal hal pengawas diorang huhu saja je aku menyibuk. Diorang tengah cakap-cakap, aku pulak pergi cakap yang aku lapar huhu. Dengan comelnya F hulurkan cokelat nips. Lepas itu, SA pun hulurkan nips satu. Wah. Wah. Dua-dua nips itu aku makan sorang-sorang. Lantaklah, aku lapar kan. Heee. 



Borak-borak dengan N, H, M. Waw. Aku dengan M, cuba pakai kasut tumit tinggi Cg Zimah.. Waahaha, tiga inci tau tingginya! Jangan main-main. Memang rasa tinggi gile laa kalau pakai kasut itu. Yeah yeah. Gelak ramai-ramai, bila jalan.. nampak pelik. Jadi ala ala catwalk. Ah, sekali H gelak kuat-kuat.. sebab aku terpelecok waktu jalan. Ngeeee. 

Gurau-gurau dengan N. Suruh dia buat pemain bola satu untuk aku. Aaa, diorang main gem bola rupanya. Aku suruh dia letak nama GS. Dia letak GZ. Wah wah wah. Lepas itu, cg zimah dan ustazah zila bawak tembikai dua biji. Cg suruh aku dengan M pergi basuh. Hehe, kami buat kerja jahat siket. Alah, selamba-yayaya saja kami masuk ke ruangan sebelah BK. Hihi. Basuh kat sink, dengan gelak yang amat. Tak pernah lagi buat kerja macam itu. Nasib baik dah petang, takde orang. Alah, bila kami tergelak dalam BK.. si N dan H ingat yang kami basuh kat watercooler. Hehe. Sorry laa bro. XD


Selamba-yayaya kena bidas dengan cg zimah. Sebab, tak reti potong tembikai. Waahaha. Bukan tak reti laa cikgu, acah je tu. Si H pulak yang tunjukkan cara-cara nak potong. Aduyai, kasi malu kaum perempuan aje kami. Hihi. Akhirnya, cg jugak yang potong. Tapi, lepas itu aku tau yang potong. Ahaaks. Makan sama-sama. Cg berdua, N.. H.. M dan aku. Melepak kat BK. Oh, cg zimah jugak belanja aishkrim. Aku kongsi dengan M. N kongsi dengan H. Yang aku tak puas hatinya haha, dah laa aishkrim N itu gebu.. perisa vanilla pulak. Yang aku, perisa cokelat.. tapi, badan punya laa kecik. Dehidrasi ke ape aishkrim aku itu. Aduyai.

Waktu petang, pergi beli ais blender dengan NS. Nampak AM kat pondok tepi. Bila lalu, nak pergi gerai pisang goreng kat sebelah.. pura-pura bodek AM kasi belanja. Hihi. Sebab kami berdua kan.. maka dia hulurkan dua ringgit. Erk, NS punya laa heran macam mana aku boleh buat AM belanja kitorang. Hahaha. Kawan kita kan, semuanya pemurah-pemurah belaka. AM, terima kasih daun keladi.. lain kali belanja lagi! XD 



Itu lah, cerita hari ini. Bab lepak melepak, mentang-mentang dah habis exam. Erk, sehari lagi sekolah. Lepas itu, kita cuti dua minggu! Yeah yeah yeah. Suka suka suka.






Pssst : Sekarang munge-munge dah tak berapa nak tumbuh. Tapi, tetap suka tengok dia. Comel hahaha. Bukan sahaja Magnesium, sekarang aku tambah lagi sorang... Ferum! Magnesium dan Ferum, kalau tengok mende-mende 'khemiyya' itu boleh laa buat aku senyum. Comel comel comel. Hihi. *menggedik*

SA = Pqah Qilah NS = Pqah Manaf F = Famy N = Nick H = Ziem M = Madieyy AM = Mu'min

2 comments:

Anonymous said...

Kamu lupa birthday saya :'(

Sya Izz said...

tk, sy tk lupa laa nud --'