Thursday, December 27, 2012

Alahai, masa!


Selamat malam.

Sudah 27 Disember rupanya. Alahai, tahun 2012 semakin mahu menghilang. 2012 - yang sangat memberi kenangan, yang banyak mengajar erti pahit manis suka duka gelak tawa kecewa indah. Haih, kenapa masa berlalu begitu cepat ya? Aku masih belum puas menikmati udara 2012. Masih banyak yang aku perlu lakukan pada 2012. Dan sekarang, 2012 semakin menginjak pergi.

Alahai masa, tidak pernah mahu menunggu.
Atau aku, yang masih berjalan perlahan untuk mengejar masa?

*geleng-geleng kepala*

Oh, aku rindu nak pergi sekolah. Terutama bila ikut adik-adik aku pergi beli baju, kasut, beg dan segala alatan persekolahan mereka... sangatlah membuatkan aku terasa mahu menitiskan air mata. Haha. Drama! Tapi, serius.. memang aku rindu.

Sekarang ini, aku tak buat apa-apa pun.

Masa dihabiskan untuk;

- kerja-kerja yang seharusnya seorang anak perempuan lakukan

- buku-buku yang masih menagih janji aku untuk dihabiskan. Mak aii, masih banyak lagi ni. Nasib baiklah masih banyak, tak perlu beli buku baharu lagi. :D

- televisyen (tapi bosan la cerita sekarang. haihh. yang betul-betul layan cuma Scent of A Woman. Lalala, dah tersangkut.. nak buat macam mana. Oh, oh, Merlin tidak dilupakan~ Dan, aku nampak iklan cerita TV3 baharu yang ada Beto Kusyairi hehe rasanya bakal dilayan jugak)

- and the lists go on. :)

Okay, okay.. nak share sikit hadis yang aku dapat dalam buku Fiqah Anak Soleh, iaitu tentang amalan-amalan yang dicintai oleh Allah.

1. Solat tepat pada waktunya.
2. Berbuat baik pada ibu-bapa
3. Jihad fi sabilillah

:)

Itu sahaja untuk hari ini.
Selamat malam semuanya! May Allah bless.




Eh, eh, eh! Kejap, kejap! ~

baca doa tidur dulu okayy? :)  *senyum sambil gosok-gosok kepala*


بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
(dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati)


-Love, Orked.-


2 comments:

Rossarina™ said...

seronok laaa orang tu da habis sekolah. hehe... :P

Izz said...

mula2 mmg seronok :)

tp, lama2 rindu :(