Friday, November 22, 2013

Konservatif


Reply 1997.

kena tengok aaa. siapa-siapa yang rasa dia lahir tahun 90's wajib tengok haha sebab bagi aku, inilah cerita yang paling best. mana taknya, tengok cerita ni mesti macam terimbau zaman-zaman kecik dulu. dengan kawan-kawan. ye laa. main kat keliling rumah. main mainan kecik tu. tido atas kamus dalam kelas. tengok tv yang ada tv 1,2,3 je kot kalau kat mesia ni. takde henfon. main surat-surat. haha. petang-petang lepak dengan kawan. takde risau-risau.

aku ni konservatif sikit. aku mengaku. mungkin, sangat konservatif.

konservatif ni menurut pusat rujukan persuratan melayu adalah-
ingin atau cenderung untuk mengekalkan sesuatu keadaan yang wujud atau yang menjadi kebiasaan.

bagi aku, sebenarnya dunia hujung jari ni tak best. whether kau akan dapat banyak baiknya atau kau akan dapat banyak buruknya.

aku tak pernah suka mainan kat smartphone. tak pernah addict. kau akan hilang sense untuk main-main dengan apa yang ada kat keliling kau. takde kerja je, mesti diam je tumpu phone. buat apa? main candy crush. --" dan itu akan buatkan aku sangat rindu pada mainan aku zaman dulu-dulu. lari-lari, sorok-sorok, lompat-lompat. sebab aku dah besar? memang. tapi aku tengok adik-adik aku mana ada dah main-main macam tu. agaknya, kalau aku tanya adik aku, mesti diorang tak reti nak buat tali getah yang kita ambil getah banyak-banyak dan kita sambung-sambung lepas tu panjang gila lepas tu kita main lompat-lompat. haha.

sekarang ni pun, aku dengan zee je kot yang bila free main mainan kaki. bila dah terer, nampak macam kitorang tengah menari tarian inggeris haha. padahal tengah battle step. satu-satunya permainan yang aku main sekarang. itu pun dah cukup buat aku gelak-gelak. dan aku lebih prefer ini daripada candy crush.

sekarang dah tak ada main surat-surat ke tulis-tulis guna pen ke. semua pakai wassap je. semua jenis kenangan dalam phone je. macam entah, aku tak tahu. aku tak suka. mungkin sebab aku sukakan kertas. jadi aku sedikit bias.

*sigh*

sekarang ni kalau boring mesti bukak tv. hadap tv je. cerita pulak mostly cerita entah apa-apa. aku rasa macam dungu sungguh. tapi rasa macam tersekat. nak keluar main-main ke jalan-jalan kat luar rumah memang tak ah. tambah pulak duduk rumah sebuah-sebuah macam kat kawasan aku ni. harap bebudak kecik je la or budak-budak lelaki main bola.

bosannya!

aku sebenarnya dah muak dengan televisyen. paling aku muak-
ceritanya.

kalau aku tengok pun, cerita CSI, Law & Order, Merlin, The Heirs, Marry Him If You Dare. aku lemas. lemas duduk tercongok depan tv. aku harap sangat rumah aku ada pokok besar yang boleh aku bersidai kat atasnya bila boring.

masa dulu-dulu ada buaian kat porch tengah rumah aku. petang-petang mesti ambil bantal lepas tu pegang buku lepas tu berbuai-buai sambil baring kat buaian tu. damai sungguh.

sebab tu aku tak pernah ada impian nak duduk kat bandar. aku lebih prefer kampung. jiwa aku di sini. aku nak pokok. aku nak hijau. aku nak rumah kayu. aku nak orang-orang kampung yang mesra. aku nak kehidupan. dan sebab tu juga lah, dari dulu lagi kalau aku lukis-lukis, aku akan lukis rumah kayu dengan bukit air terjun di belakangnya, dengan orang-orang yang sedang senyum. itu yang aku impikan.

bila kau duduk kat beranda rumah, kau akan nampak bintang yang penuh kat langit.

itu je. itu je.

aku rasa aku ni orangnya konservatif.
sangat.

mungkin sebab aku larut dalam kenangan. atau mungkin sebab aku risau pada masa hadapan, semua itu akan hilang.

ya, dunia berubah. makin maju.
tapi jangan hilangkan nyaman aku yang masih tinggal.

jangan hilangkan dedaun hijau. jangan gantikan pokok rendang dengan binaan merapati langit. jangan. jangan hilangkan air terjun yang dingin. jangan hilangkan bintang yang bersinar di atas. jangan hilangkan syurga bumi yang manusia ada sekarang.

jangan hilangkan semua itu atas nama maju dan moden.

*deep sigh*

aku rindu masa-masa dahulu.
tetap rindu.

tapi, semua itu yang sudah berlalu. cukup dijadikan kenangan beerti. yang di hadapan, letaknya pada tangan kita manusia. moga-moga sejauh mana pun zaman merentasi kehidupan, nyaman itu tidak akan pernah hilang.

kerana nyaman yang sebenarnya itu,
adalah cinta daripada tuhan.



ps. dah lama tak masuk hutan! rindunya hijau. rindunya sungai. *nangis*

1 comment:

Anonymous said...

Kemon lar ;) be strong!