Monday, August 29, 2011

Thanks For The Memories

Ramadan, dah betul-betul nak berlalu pergi. T___T Akan rindu saat bertadarus sama-sama di dalam kelas untuk satu masa pertama. Akan rindu saat sekelas jadi lembik, mengantuk bila tiba waktu tengah hari di permulaan Ramadan. Akan rindu saat sepi dan lengang di pekarangan sekolah walaupun tika itu baru pukul 4 petang. Akan rindu segala yang berkaitan dengan Ramadan kali ini.

Rasa menyesal. Sebab, aku rasa sangat tidak memanfaatkan Ramadan kali ini secara total. Allah, tolong pertemukan aku lagi dengan Ramadan hadapan. Oh, pecah rekod Ramadan kali ini. Walau satu, tidak sesekali pun aku menyentuh bunga api, bunga api bintang, bunga api warna-warni, mercun bawang, mercun bola, mercun das atau segala jenis yang berkaitan dengannya. Tetibe rasa dah dewasa, haha. Rinduuuunya nak main mende-mende tu dengan riang. :(

Yeayyy, dapat 'Thanks For The Memories'. Terima kasih wahai orang di sana yang sudah pulang. Uhuuuu. Quartet dah selesai baca, tetibe rasa suka sangat dengan nama Misa... Rumaisa'. Cantik kan? Hihi. Dah laa folio bio tak siap lagi. Satu pun aku tak buat lagi. Waaaaaaa. Jangan salahkan aku, tapi salahkan diri aku yang  pemalas. Huhuhu. Cikgu nak lepas raya. Hmmm. Banyak sebenarnya kerja sekolah ekeke padan muka tak buat awal-awal tapi... insyaAllah, aku buat sikit-sikit. Kalau tak, bersengkang mata laa jawabnya nanti hari Jumaat dan Sabtu. Arghhh. Raya tetap raya. ^^ Hailaaa. Kenapa laa cuti raya pendek sangat. T_T

Esok raya? Happy Eid Fitri. Kullu 'am wa antum bikhair. :) may Allah bless. Kawan-kawan yang nak datang beraya ke rumah aku, silakan silakan. Raya tetap raya! Haha. :D




Sunday, August 28, 2011

Surat Cinta Untuk Awak


Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful 



Tulisan saya kali ini hanya lah untuk awak, kerna mungkin awak sahaja yang akan memahami coretan ini dan saya tahu awak akan membacanya. Pssst, baca dengan senyuman tau. :)

Dear sayang,

Entah macam mana tergerak hati nak bukak dan baca. Andai kata awak baca tulisan ini, makanya benda pertama yang saya ingin ucapkan ialah saya sangat menyayangi awak wahai perempuan cantik.
Saya tahu awak sedang memberi masa kepada saya, hmm sejujurnya kepada kita. Tahun ini kan, banyak sangat krisis yang berlaku. Wah, saya tak dapat nafikan bahawa mungkin inilah pancaroba dan liku-liku persahabatan kita. Eheeeee. Selalu je kan, selalu je kita ada krisis yang senyap. Haha. Awak jangan nak nafikan, tolong laa ye. ^^


Perihal soal bergembira itu, saya tahu awak pasti yang saya tak akan lupakan awak. Cuma, tika masa saya pada pandangan awak tampak sangat bergembira... bukannya saya tidak memerlukan kehadiran awak. Cuma, hal-hal itu tidak terlalu berkaitan dengan awak dan saya tidak mahu mengganggu awak. Contoh laa kan, tak kan saya mahu mengajak awak ke rumah si dia sedangkan saya tahu awak tak akan mungkin ikut sekiranya di ajak. Saya sangat mengenali awak dan sangat boleh meneka perihal itu, lalu saya teruskan membuat hal-hal dalam hidup seperti kelihatan saya hanya gembira di samping teman-teman lain. Uhuuuu.

Tak pernah terlintas di hati saya untuk mengesampingkan awak. Memang saya akui kita agak jauh huhu tapi kita masing-masing diam dan cuba berlagak seperti biasa kan. Sebab, kita tahu masa boleh menyembuhkan segalanya. Iye, saya sedang menunggu masa itu. Masa seperti tahun-tahun dahulu. Saya lupa, saya masih ada hati yang perlu dijaga. Hati awak. Khilaf saya, maafkan saya. Tapi, tahukah awak... saya juga berasa bahawa saya tidak diperlukan tika awak bersama teman-teman yang lain. Saya melihat senyuman dan gelak tawa awak, dan saya syukur kerana awak bahagia. Lalu saya membiarkan awak bersama mereka, kerana saya tahu mereka dapat memeriahkan bibir awak dengan berkuntum-kuntum senyuman. Melihat orang yang saya sayang sangat bahagia, maka bahagia jugalah yang meresapi diri saya. :)

Awak, saya sangat sayangkan awak. Saya tahu awak pun sangat sayangkan saya. Semua kawan yang saya ada semuanya istimewa dan masing-masing mempunyai tempat tersendiri di hati saya. Sebagaimana awak, yang tidak pernah saya hilangkan dari jendela hati.

Awak, saya akan tunggu masa itu. Janji, kita sama-sama tunggu tau? Dan, awak. Awak perempuan berhati besi... saya tahu kita boleh hadapi ini. Cubaan hidup ini sangat memeritkan tapi, saya tahu semuanya akan kembali baik nanti. Bertambah-tambah baik.

ALL IS WELL.

Awak, salah satu daripada perempuan cantik yang sangat memahami saya. Cuma satu, jangan tinggalkan saya selagi saya masih boleh bernafas di hati awak.
SAYA SAYANG AWAK :D




ps. lagu Istikharah Cinta ini sedap kan? Nah, saya hadiahkan lagu ini untuk awak. Sebagaimana awak hadiahkan Who Says untuk saya. Kawan selamanya, biar sampai syurga. Kalau saya jatuh, awak tarik saya. Kalau awak jatuh, saya tarik awak. Nanti kita berpimpinan ke jannatul 'adn ye... =)

ps ii. saya tak tahu kenapa bahasa saya agak berbunga-bunga tapi percaya lah, apa yang saya nukilkan khas untuk awak ini, ikhlas. Kerana aku menyayangi engkau dan berharap engkau mengetahui hakikat ini.

I Love You Too
, Sayang
.



yours officially,
SI

Friday, August 26, 2011

Mimi, Madieyy, Pqah




Alhamdulillah.

Hari ini kan, rasa bahagia sangat =)

Dari pukul 11 pagi sampai laa pukul 6 petang, aku habiskan masa melepak dengan perempuan-perempuan kesayangan hati. Okey... Ada Kak Mimi, Madieyy dan Pqah. Wuuu, siapkan projek mega konon-konon haha.

(Tengok cerita Skrip 7707 huuu hantuuu)

Bila dah petang, dah selesai buat projek drama... terus jalan-jalan ke rumah Aifaa. Ingat nak tunjukkan aje kat Madieyy rumah Aifaa. Tup tup, bila kami tiba je terus Aiman si adik Aifaa keluar. Tanya dia, oh rupanya Aifaa ada. Haha.

Kitorang suruh dia panggil, tapi si cantik yang dalam mirhad tak percaya. Haha, dia ingat adik dia tipu. Huhu, terus aku dan Pqah masuk lepas tu pergi ketuk-ketuk pintu cakap kat dia suruh keluar cepat kalau tak kitorang balik, haha terus menjerit budak tu. Heret dia ke pintu depan, kata nak kasi kejutan. Bila dia dah kat depan pintu, Madieyy masuk. Wah, menjerit tahap habisan laa budak tu. Teruja, terkesima hihi. Lepak dengan dia, kongsi-kongsi cerita.


Dalam perjalanan pulang, cewah ikut jalan jauh sikit. Alaa, pusing-pusing kampung katakan huhu. Kak Mimi dan Farah naik basikal. Aku, Madieyy dan Pqah naik motor. Haha, iye tiga orang sekali naik. Uhuuu, bulan puasa ni kitorang kurus yeay yeayyy. Merempit laa konon-konon haha. Seronok! Habiskan masa dengan diorang, rasa macam nak senyum lebar-lebar.

Kak Mimi teruja nak kayuh basikal, sebab katanya dah lama tak main. Hahaha. Comel. =)







PS: Waktu bersedia hendak gerak pulang setelah melepak di rumah Aifaa, tetibe bebudak kampung motor lalu. Huuuuu. 1 2 3! Diorang bilang, aduh malu malu. Haha, boleh gelak je laa lepas tu. Cis. =D


Cuti Sekolah ~ Raya




Wah, dah cuti sekolah :)

Minggu ini pun, macam relaks saja sesi persekolahan. Ahad Isnin tu macam biasa laa belajar kan. Cuma, hari Selasa sekolah buat Majlis Khatam Quran. Majlis tu bermula selepas rehat. Lepas selesai majlis itu, ada acara bagi duit raya! Yeayy. Kami semua beratur ikut kelas kat beranda surau. Punya la eksaited! Aku dan Ipa, siap beratur dua kali konon-konon nak mintak duit lagi dengan Teacher Salwati. Haha. Macam-macam, siap nak tolong amik duit untuk Yana laa (yana tak datang sekolah). Teacher pun layan je perangai kitorang, hihi. Teruja wuuu dapat duit raya. Bebudak ni main bukak sampul lepas tu tengok kelas siapa yang dapat paling banyak duit raya! Macam budak kecik sungguh perangai. Hailaa. Tapi, kelas kitorang yang dapat jumlah paling tinggi antara kelas ting 4. Hahaha =D

Hari Rabu. Macam biasa-biasa aje. Tapi, ada satu masa cikgu tak masuk. Bebudak laki dah lesap ke kelas 4S yang kosong untuk 'shooting' haha. Dalam kelas tinggal laa perempuan-perempuan cantik sahaja. Enjoy sesama kitorang, hihi dan sangat laa best bila boys takde dalam kelas. Rasa macam tengah sekolah kat sekolah perempuan sahaja. Masa itu laa, main ukur-ukur tinggi dengan Ipa. Mula-mula berdiri kat belakang, suruh diorang tentukan siapa yang lagi tinggi. Aku atau Ipa? Diorang tak boleh nak tentukan. Hehe. Pergi main kat depan pula, paksa Ipa berdiri rapat dekat papan putih. Amik marker lepas tu tanda ketinggian dia. Lepas tu, aku pula berdiri kat situ. Tup tup, diorang gelak sebab sangat laa jauh perbezaan garis itu dengan aku. Maknanya, aku ni lagi rendah arghh tidak. Aku rasa itu cuma lah kesilapan teknikal. Mungkin tangan aku  yang salah menconteng... kan Ipa? =P Asyik gelak aje sepanjang masa tu. Wah, bebudak ni geleng kepala je tengok aku dan Ipa kecoh. ^.^

Khamis. Hari yang ditunggu-tunggu! Dah agak boleh balik awal kan. Teringat kata-kata Cg Alisah pada hari sebelumnya... cikgu cakap, kalau cikgu jadi pengetua... kalau boleh pukul 7.30 pagi datang sekolah, pukul 8.00 pagi terus cikgu kasi balik. Hihi. Agak boring sebenarnya hari itu. Sebab? Cikgu tak masuk kelas sangat. Yeah yeahh. Kitorang, apa lagi... enjoy je laa :) Borak-borak, kebanyakannya mesti pasal raya dan kerja sekolah. Huuu, nasib baik kerja sekolah tak banyak. Sayang cikgu muahh muahhh!




















Main conteng-conteng papan putih, main kasi-kasi kad raya. Bila pukul 12, bebudak ni memang eksaited nak balik terutama budak asrama. Jadi, sebelum masing-masing blah... salam dan cium-cium pipi sambil mintak maaf selamat hari raya bla bla bla. Yang syoknya, kali ini aku paksa bebudak yang berketinggian melebihi aku (Husna, Azlina) merendahkan badan mereka dan aku meninggikan diri aku bila nak salam supaya aku nampak lebih tinggi daripada diorang! Haha. Gelak je kitorang. Bila tiba masa nak salam dengan Farahim dan Eisyatun, aku ni siap berdiri atas kerusi lagi. Well, saya memang tinggi! :D


Pergi bilik guru dengan mereka. Salam, mintak maaf dengan cikgu-cikgu.


Tapi, aku dengan PqahManaf balik pukul 2 petang T________T. Melepak dulu. Tengok bebudak itu buat vid, kacau siket-siket, gurau siket-siket, mitak maaf dengan bebudak tu then tengok cerita charlie chocolate ke apa nama dia tu huuuu. Syok tengok cerita tetiba si Afiq adik PM panggil pulang. Wah, jom pulang. Macam comel je Afiq cakap 'nama-nama' dengan aku. Alahai, adik junior yang manis. Dan, hai Azhan yang comel pemalu. Haha.

Okey, jom masuk cerita kad raya.

Tahun ini, banyak jugak laa aku dapat kad raya. Hehe. Duit raya pun dah dapat hasil kutipan daripada cikgu-cikgu dan kawan-kawan. =)

Terima kasih ~ ♥ ♥ ♥ Putera HazimSyafiqah AmandaNor NazifaChe Nur IzzatiSiti Hajar AfiahBasirah HusnaHusna MadihaHusna Munirah, Pqoh ♥ ♥ ♥

Haha, yang paling unik kadnya... mesti laa Hazim kan? Unik sangat-sangat laa unik. -_-" Memang satu dalam sejuta laa Zim. Sangat-sangat hargainya. =D

Dan, yang paling buat aku rasa terharu... kad daripada 'double taller' huhu cena & pqoh. Huhu. Diorang siap letak gambar Safee Sali dengan ditittlekan Kesayangan Hati. Auw, korang. Sayang korang sangat-sangat! Mereka menggelarkan diri mereka double taller dan aku dapat gelaran baru daripada mereka iaitu Mc'Cheaq. Waaaa,  dah laa si AA dah panggil aku nDek. T___________T


aF ~ Aja, sayaaaaaaaaaang Aja.

Selamat Hari Lahir (250895) kepada kawan keshayangan kami... Ilman Hakim =) atau nama manjanya boyo Ime. Semoga bahagia dengan hidup dan ceria-ceria selalu! Peace, no war ~






Sunday, August 21, 2011

Balas Balik!



Hari ini, 5 orang tak datang sekolah. Encik Aziz, Cik Aina, Cik Nina, Cik Hana dan Cik KakLong Pqah. Kami cakap, dah cukup tuuu Encik Aziz nak kawen dengan empat orang tuuu XD Haha, gurau-gurau manja. Uhukss.


Hari ini, penat tak terkira. Rasa macam nak tido haha perangai lama dah datang balik dah. Sebabkan Pqah tak datang hari ini, pergi duduk kat tempat dia waktu Sejarah. Huwaaa, mengantuknya. Entah macam mana, mata ni terkapai-kapai di alam kayangan (?) Tup tup...


"Syafiqa! Bila duduk kat belakang... koyaa. Ni duk depan, tido pulak. Haihh. Haha"


Waaa, kan dah kena sound dengan cikgu sejarah. Kui kui kui, nasib baik Cg Faridah memang baik. Tu pun dia acah je hahaha. Acah laa konon, terus terbukak luas biji mata ni haa. O.O


Hari ini lagi, waktu mathmode. Santai je. Cikgu panggil pergi depan, nak perbetulkan jawapan salah aku. Tup tup, I buat hal. N pun masuk geng sama. Haiyaaa, sabar-sabar. Nak dijadikan cerita, tengah-tengah main bincang-bincang dengan teacher kat meja guru tetiba orang itu masuk ke dalam kelas aku. Aku macam, aku peduli apa haha tapi faham-faham je laa budak I dan N tuuu. Huarghhh, menggugat kesabaran betul.


Bila nak pergi duduk kat tempat, cakap kat N yang dia sangat 'baik' sekarang. Dia macam biasa, sengih je laa kan. Aku pun tak kisah sangat, seperti yang selalu N kata... bergurau mengeratkan silaturrahim. Ha'aa, banyaaaaak laa ko. XD Tapi, aku tak tahu mengapa kenapa yeaah aku perlu rasa agak membara dengan I. Huahuahua. Maybe, sebab dia budak baru so rasa macam serba salah aku nak balas balik apa yang dia buat ataupun aku nak buat bodoh aje. Lagipun, aku bukannya kenal lagi hati budi dia. Lain laa macam N atau yang seangkatan dengannya. Diorang tu, aku tahu laa perangai asyik masuk air aje jadi boleh laa aku layan perangai yang bermacam jenis tu :D


Rasa jahat sangat hari ini, huahuahua. I, maafkan aku ek? Tapi, aku cakap satu je... kalau ko buat lagi, then tanpa ragu dengan segala hormatnya aku akan balas balik titik! haha XD





Saturday, August 20, 2011

Sayang Cik Syieqa



Sayang Cik Syieqa. Muaaaaahhh :)

Haha, program hari ini adalah pergi jalan-jalan raya bersama Cik Syieqa. Okey, dari pukul 9 lebih sampai laa 1 lebih. Agak-agak, hampir satu Jerteh kami berdua tawaf. Motif utama, cari tudung raya je ekekeke. Tapi, punya laa susah nak cari tudung bidang ni. Huuuu. Kalau ada pun, takde pilihan sangat.. tiada kaler yang sepadan huhu. Mulanya, Cik Su dan Afiq dan Alif campakkan kami kat Butik Izzah. Bila masuk je, jumpa rakan sekelas tersayang Cik Hajar
 sedang memilih baju raya. XD


Lepas tu kami pusing itu pasar jerteh bla bla bla. Penat, susahnya nak cari. T_________T Ke kedai buku! Yeayyy, agak lama bergaduh dengan Cik Syieqa sebab aku dah tak tau nak beli buku apa. Mabuk buku haha sebagaimana mama aku mabuk kain bila melihat kain yang banyak. :D Setelah angkat letak angkat letak huhu akhirnya aku ambil buku Baju Melayu Hijau Serindit. Haha, kesian Cik Syieqa... nak sangat buku tu! Faktor utamanya juga, cover buku itu adalah sangat sangat sangat sangat sangat laa comel dan menenangkan!



Pada aku buku ini simple aje, tenang~ Tak terlalu menekan emosi huhu, memang santai laa.
 :)

Jalan punya jalan ke kedai itu ke kedai ini, mencuci mata dan beli apa-apa yang patut dibeli... lepas tu balik. Jalan-jalan raya memang penat. ^_^

Di dalam kereta, tetibe Cik Syieqa cakap.....


"Kenapa aku rase tak eksaited nak raye tahun ni?"

aku cakap...

"Hmmmm, maybe kite dah besar kot."

Itu laa, aku pun rasa macam sunyi je tahun ini. T____T Satu keanehan bagi aku, bilamana setakat ini aku tak sentuh lagi bunga api, mercun atau yang sewaktu dengannya. Agaknya, aku rasa aku dah faham kenapa orang besar tak suka main bunga api kot. Waaa, rindu rindu rindu. Rindu nak balik Pasir Puteh nak main bunga api dengan sepupu sepapat macam waktu dahulu kala. Iye laa, kitorang dah besar ecece so masing-masing macam... arghh.... duduk asrama laa, duduk universiti laa. Haihhh. =_="


Okey okey okey, sekian sahaja laporan untuk hari ini. Jumpa lagi!



PS: Nak guna pen. Cari kotak pensel di atas meja belajar. Eh, takde? Oh, terlihat beg sekolah masih terzip rapi. Ooo, aku tak bukak buku lagi rupanya.. waaa waaaa waaaa, homework homework!

Friday, August 19, 2011

Hikayat


Lama dah tak beli kesayangan-kesayangan hati. Kali terakhir, Contengan Jalanan & The Book of  Tomorrow. Itu pun beberapa bulan yang lepas. Rindunya, rindunya nak menenggelamkan diri ke dalam hikayat-hikayat itu.

Selalu je mengecheck laman web Jemari Seni. Tengok-tengok 'hikayat baru'.

Oh, saya nak buku-buku yang dibawah. Cik Syieqa, jom laa pusing-pusing Jerteh. =_="







hai orang di sana, lama tak dengar khabar berita? XD Cepat laa balik, cepat laa balik. Jangan lupa bawak balik hikayat di bawah ye. Tak sabar dah nak baca ni. T_T





PS: Hari ni rasa nak buat entry rindu-rinduan sahaja.
PS II: Nak baca buku For One More Day jugak... -_-'

Rintisan Rindu




Tetiba, rasa rindu sangat dekat kawan-kawan sekolah rendah. Lama tak pergi sekolah tu, rindunya rindunya rindunya! Ye laa, enam tahun bukan suatu masa yang sekejap. Walaupun, dalam jangka masa enam tahun itu semua masih kecik-kecik, mentah-mentah belaka. Tapi, zaman itu laa yang paling menyenangkan. Tak perlu fikir masalah, hanya nikmati je hidup sebagai budak-budak. Alahai.


Walaupun masa tu masing-masing belum ada telefon bimbit nak 'bergayut' atau main sms... tetap aje rasa erat dengan diorang. Haha, lama dah tak bergayut guna telefon rumah. Dulu, selalu je buat macam tu dengan kawan-kawan lama. :)

Mungkin dulu, hati masih suci kot. Budak kecik, apa laa yang tahu. Rindunya, rindu sangat-sangat. Terutama tahun 2007. Kelas petang dan malam hampir setiap hari.

Aku ingat lagi, waktu tu kelas sains. Semestinya di makmal. Tika waktu rehat, ramai-ramai rehat kat dataran perhimpunan. Macam-macam buat. Borak-borak, main-main, kejar-kejar. Geng aku? Okey, pegang tangan buat bulatan... sambil jerit-jerit panggil kawan-kawan lain ikut sama. Lepas dah pegang erat-erat, kami  berpusing sambil mendongak ke atas. Kami tengok bintang sambil-sambil cari buruj. Kalau jumpa buruj masa kelas malam, memang riuh laa! Masing-masing nak menatap ciptaan-Nya yang indah. SubhanAllah :D

Kami gelak sama-sama. Pening, lepas main pusing-pusing. Agaknya, waktu kelas malam kitorang kerap mentadabbur alam. Suka tengok langit, langit cantik dengan hiasan bintang.

Rindu dengan senyuman mereka. Nak jumpa mereka. Lama tak jumpa. :'(


Kali terakhir jumpa mereka ramai-ramai, bila reunion tahun 2008.




PS: Sekolah menengah pun best jugak. Tapi, terlalu banyak cabaran.. dugaan. Permainan hidup terlalu berselirat, sampai kadang-kadang susah nak diuraikan balik. Penat :'(


Thursday, August 18, 2011

Cerianya Kesayangan Hati



Hari ini, agaknya hari yang menceriakan :D 

Okey, pertamanya... selesai jugak membahagikan pakcik-pakcik Danbo. Setelah dihitung, rupanya dah 50 lebih keping aku buat pakcik-pakcik itu sekalian huahuahua. Oh, baru perasan XD









Keduanya... aku rasa aneh la. Sebab? Nick dan Ime sangat CERIA hari ini. Haha, aku tak tahu apa kena dengan mereka tapi aku cakap kat Cena... mungkin sebab diorang pakai baju batik asrama kot hari ini, sama ada mereka eksaited nak balik rumah atau terlebih makan ubat waktu sahur. =_= Yang paling syok, waktu Teacher kasi kertas soalan dan suruh jawab soalan sets. Agak senang jugak, dan bila Teacher kongsi jawapan kat depan... selamba je Nick dan Ime bantah sebab tak sama dengan jawapan diorang. Boleh pulak diorang tunjuk ajar Teacher satu persatu step yang diorang buat. Teacher layan je diorang walaupun hakikatnya diorang tetap salah! XD Mana tak gelak, riuh sangat dalam kelas mathmode tadi. Alahai, :)

Menggelebah jugak Nick tadi bila jawab soalan KOMSAS. Hanyut ke mana entah, haha. Bila cikgu suruh kasi jawapan, dia baru nak cari muka surat bla bla bla. Dia kena jawab soalan yang lebih kurang berbunyi... pada pendapat anda, apakah ciri-ciri isteri idaman selain daripada faktor paras rupa. Wah, asyik gelak aje bila dengar jawapan ketua kelas kami yang comel tu! Macam-macam yang dia kasi... =_="

Ketiganya, aku suka waktu Khemiyy hari ini jugak. Buat eksperimen yeah yeahhh, aku tak ingat tajuk apa entah tapi buat penghabluran yang pasti :) Kenapa best? Sebab, makmal macam takde orang je petang tadi. Ada yang pergi perjumpaan KKQ, ada budak asrama yang duduk jauh dah balik (diorang balik pukul 3, waktu biasa 3.30). Buat eksperimen pun macam syok wuuu wuuuu.

Oh, persoalan penting :
- Aku sangat hairan kenapa Baby aku tak datang sekolah hari ini. Selalu lepas baca doa, muncul laa dia dari belakang pintu kelas (biasa, spesies budak datang 'awal' :P) Tapi, hari ini dia tak muncul-muncul. Baby, I miss  you! Baby Epa yang tersayang, yang pasti aku boleh hidup tanpa mu. Cuma, agak menderita laa seluruh jiwa raga aku ni bilamana aku... aku... aku... tak dapat nak menatap lesung pipitmu itu! :D euwwww.

Setinggi-tinggi penghargaan buat kawan baik susah senang haha;
S

- lukis pakcik danbo sulung kecik
- lukis pakcik danbo tengah besar
- kasi pinjam kaler
- meng'kartun'kan aku XD

toche toche, jasa anda amat dihargai








Wednesday, August 17, 2011

HASRAT: Ustaz Akhwan Afandi


Bismillah, :)





Kelmarin, ada program motivasi HASRAT (Himpunan Anak Soleh Remaja Taqwa) yang dikendalikan oleh ADNIN Management & Training Centre. Wah, jauh mereka datang... dari Kuala Lumpur! Okey, program untuk budak tingkatan 2 dan 4 itu bermula dari pukul 10 pagi hingga ke 2.30 petang. Huhu, seharian kami tak belajar... tapi, kami dapat ilmu yang sangat best daripada Ustaz Akhwan Afandi.

Begini, bila Ustaz masuk je ke dalam Dewan Makan Aspuri... terus bebudak ni tepuk tangan kuat-kuat. Aku tanya laa kenapa? Kawan aku cakap, muka ustaz macam Mawi! Haha, memang betul pun.. ada iras-iras. Cuma, ustaz kurus sikit. Okey, ustaz kasi ceramah punya laa syok. Bebudak ni asyik gelak je. Ustaz suka je nyanyi. Suara ustaz sedap. Ustaz pun ada album tau sebab ustaz tu penasyid motivator statusnya. Ustaz ni kira tahap motivator popular laa sebab ustaz pernah duet nyanyi dengan Mawi, Nazrey, Renggo, Ramli Sarip dan sebagainya.

Pertama, ustaz ajar kami... jangan jadi orang penakut! Kedua, belajar untuk fokus. Fokus kat diri sendiri je, tak payah fokus kat orang lain. Ketiga, kita ini milik ALLAH, dan segala yang ada ni milik Dia. Keempat, jadi orang yang matang. :) Kesian bebudak laki, ustaz suka 'main-main' dengan diorang. Haha, sangat sempoi. Konklusinya, memang penuh dengan gelak tawa laa.

Tapi, bila kami berhenti rehat kejap dalam pukul 12 gitu... lepas tu, ustaz masuk mood ceramah serius. Tentang Islam dan perjuangan dakwah kita. Ustaz kasi tengok video, tentang betapa gahnya tamadun Islam zaman dahulu. Video tu tunjuk perjuangan kawan-kawan kita di Palestin yang menentang Israel, dan bila di Malaysia... remajanya musnah dengan hiburan luar biasa, dadah, pergaulan yang terlalu bebas. Tersentak jugak laa hati aku ni. Masa tu dah fikir.. aku ni langsung tak pernah buat apa-apa untuk Islam, kan? :'(

Bila ustaz tunjuk lagi video kembara ADNIN dan AMAL Malaysia ke kawasan pedalaman Sabah... you all tak akan nampak walau satu pun masjid. Tanda salib merata-rata kat tepi jalan. Banyak sangat gereja. Ustaz cakap, ada satu surau tu.. daif laa. Bila ustaz bukak je pintu tu, terkejut sebab memang selayaknya dibuat kandang kambing atau surau tu memang dah jadi kandang kambing. Sorry, tak ingat info. T_____T Memang dalam satu kampung tu, korang akan jumpa dalam tiga-empat buah rumah aje yang Islam.

Ada tu, ustaz dan krew sampai kat satu kampung. Waktu tu, ustaz tanya seorang lelaki berumur yang berpakaian seluar pendek dan bertatu.. ada tak orang Islam kat kampung ni? Pakcik tu cakap, dulu ramai. Sekarang tinggal 3-4 buah rumah aje. Ustaz tanya lagi pakcik tu yang dia Islam ke tak. Nak tahu pakcik tu jawab apa? Pakcik tu cakap dia sendiri tak tahu yang dia tu masih Islam atau tidak
.






Kawasan pedalaman tu sangat pedalaman. Takde air, elektrik. Penceramah pun tak sampai ke sana. Ustaz cakap, bila dia kasi telekung-telekung untuk makcik-makcik kat sana... ada makcik tu tanya.. macam mana nak pakai telekung ni? Masa tu aku rasa sangat-sangat speechless. Aku tak tahu pun pasal mende ni semua. Ustaz cakap jangan salahkan Yahudi sebab Yahudi memang tak akan biarkan Islam menang tapi salahkan diri sendiri. Kita kena bangkit, kita kena sedar. Mungkin kita ingat kat negara lain je benda ni terjadi tapi rupanya yang kat negara kita ada yang terlepas pandang. Ustaz cakap ramai Islam yang dah murtad sebab, sebab takde orang pun nak ajar mereka kat sana. Siapa laa kan yang nak pergi kat kawasan macam tu? Takde kemudahan asas, sebab tu mereka tak boleh buat apa-apa. Kesian mereka.

Lepas kena 'belasah' dengan ustaz, ustaz masuk mood ceria balik. Ustaz kasi satu kertas A4 kat semua orang lepas tu ustaz suruh pegang je dulu. Ustaz pusing-pusing dewan, sambil cakap.. tak tulis nama ke? Tak tulis kelas ke? Tak tulis umur ke? Bebudak ni pun macam dah gelabah haha terus tulis mende tu semua. Lama tu, Ustaz suruh siapa yang tak buat apa-apa kat kertas tu.. sila bangun! Dua orang je bangun, Jihah dan Wani. Ustaz tanya kenapa tak tulis, diorang jawab ustaz tak suruh pun. Haha, memang kena puji laa diorang sebab memang ustaz tak suruh tulis pun. Ustaz tanya aje, kitorang yang menggelabah lebih. Ceh. FOKUS, itu ustaz suruh. Then, Ustaz suruh angkat kertas yang dah berlipat. Okey, aku duduk di barisan kedua tepat-tepat depan ustaz. Dan, kertas aku dah pun terlipat empat. Haha, sekali kena sound dengan ustaz. Aduh, semua gelak haha. Aku buat dunno lalalala je laa kan. Hihi.

Ustaz pandai main suara, mimik muka dan bahasa badan. Dan, ustaz selalu nyanyi. Suara ustaz sedap. Aku sangat sangat sangat suka bila ustaz nyanyi lagu Hasrat. Omaigod, rasa terngiang-ngiang je dalam kepala. Lagu tu best! Ada satu ketika tu, ustaz nyanyi lagu kenangan terindah! Bila ustaz berhenti tetibe sayup je dengar suara banat ternyanyi sama. Haha, semua pakat gelak. XD

Okey, nak kongsi ciri-ciri ANAK SOLEH:

AKIDAH.


  • Berserah diri kepada Allah setelah berusaha.
  • Sentiasa mematuhi perintah Allah.
  • Tidak mudah berputus asa
  • Tidak bersedih hati
  • Tidak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak baik
IBADAH.
  • Melakukan sesuatu dengan niat ikhlas kerana Allah
  • Menunaikan solat, berpuasa di bulan Ramadan
  • Sentiasa berzikir dan berselawat
  • Memberi sedekah
AKHLAK.
  • Menghormati orang yang lebih tua
  • Mengambil berat tentang orang lain
  • Sentiasa bersabar
  • Bercakap jujur
  • Gigih berusaha
  • Berdisiplin
Nak berjaya ke tak nak? Kalau kita tanya, semua orang mesti jawab nak kan? Siapa la yang tak nak berjaya dalam hidup ni? Sekarang, kita check TIPS KEJAYAAN pula.
  • Sentiasa menunaikan SOLAT
  • Menjaga rohani dan jasmani
  • Menghindari sikap lemah dan malas
  • Bertawakkal selepas berusaha
  • Sentiasa belajar dari kesilapan
  • Rajin bertanya
  • Mengurangkan hiburan di dalam kehidupan
  • Menetapkan matlamat hidup
  • Mematuhi perintah ALLAH
  • Sentiasa bermotivasi dan mempunyai jati diri
  • Mengamalkan budaya suka membaca
  • Membuat perancangan untuk setiap perkara yang ingin dilakukan
  • Menjaga pemakanan
  • Memilih kawan yang baik
  • Mempunyai disiplin dan azam yang kuat
  • Mempunyai strategi
  • Berani menempuh cabaran
  • Sanggup berkorban
  • Melakukan sesuatu dengan sungguh-sungguh
Nah, nak kasi lagi AMALAN PELAJAR CEMERLANG.
  • Ingat Allah dan rasul
  • Kenang ayah dan ibu
  • Hamba yang taat
  • Kebergantungan kepada Allah
  • Hindari kemungkaran
  • Pemakanan yang sihat rohani dan jasmani
  • Membersihkan hati
  • Menepati teknik belajar
  • Hindari gangguan
  • Tautan hati (Allah)
  • Matlamat
Sebenarnya laa kan, aku rasa ni laa ceramah motivasi yang paling seronok. Terima kasih Ustaz Akhwan :)

Dan, lepas habis program.. pergi ke surau untuk zuhur. Aku pergi ke situ pun dalam pukul 3 dah, aduh lewat lewat. Ada laa kakak-kakak krew ADNIN duduk kat surau tu. Lepas solat, pergi bertegur sapa kejap. Sambil main-main dengan baby ustaz. Kecik lagi, comel sangat! Cakap-cakap sikit, bila dah nak pergi.. salam dengan kakak lepas tu kakak pesan, belajar rajin-rajin! :D

Kempunan nak dengar lagu Hasrat huhu. Dah siap pesan kat Ba... sila balik dan dengar lagu Hasrat daripada CD tu dan hafal lepas tu nyanyi untuk Sya, okey? Haha. Lagu tu best. :*

Oh, terima kasih cg Azman dan Azimah (kaunselor) sebab sudi buat program ni untuk kami! InsyaAllah, kami dapat manfaatnya.




PS: Dari kelmarin lagi kawan-kawan dan adik juniors cerita pasal program ni kat blog dan fb. Alahai, eksaited kan..? :)